Monday, December 6, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 9

Hilang sedikit segala tekanan. Segalanya rasa berkurang. Berjalan dan menikmati pemandangan sekitar Cameron Highland dan melayani taletah Fakhrul Iman yang semakin hilang ‘segannya’ begitu melegakan.
Sesekali figura lelaki berkayu tupang itu menerjah ruang matanya sehinggakan dia bagaikan melihat lelaki itu di mana-mana. Namun, cepat juga dia memujuk diri. Lelaki itu mana mungkin tahu dia ke sini. Kalau tahu pun mana mungkin akan mencarinya sehingga ke sini.
Pukul tiga dia sudah kembali ke bilik hotel. Mahu menunaikan solat zohor dan terus menunggu solat Asar sebelum meneruskan aktiviti melawat kawasan sekitar. Hampir maghrib barulah dia kembali ke hotel. Telefon bimbit yang dimatikan sejak petang semalam kembali diaktifkan. Menderu bunyi mesej masuk ke kantung peti masuk telefon bimbit. Eryna Sufia memandang sekali imbas sahaja telefon bimbitnya. Ada tujuh mesej yang menunggu untuk dibaca. Eryna Sufia biarkan dahulu. Dia harus cepat-cepat membersihkan diri dan bersolat kerana telah berjanji dengan Badariah untuk turun makan malam bersama.
Selesai solat, Eryna Sufia bersiap-siap untuk turun menemui Badariah yang sudah menunggu di lobi hotel tersebut. Dia sekadar mengenakan seluar denim gelap bersama t-shirt lengan panjang berwarna senada. Wajahnya dibiarkan bersih tanpa sebarang palitan bedak. Tudung hitam disarung ke kepalanya. 
“Ryn, tukar rancanganlah. Kita makan kat rumah Mak Su aku kat Tapah. Mak Su aku tu pantang dengar abang aku nak datang sini terus dia masak sedap-sedap.”
“Erm, tak apalah macam tu. Jauhlah Tapah tu lagi pula segan aku lah nak ke sana.”
“Mana jauh, aku drive. Aku dah beritahu Mak Su aku dah pun. Jom je!”
Eryna Sufia sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serasa serba tidak kena mahu menerima ajakan Badariah tetapi mahu menolak rasa tidak sedap hati. Wanita itu sudi menemaninya sepanjang hari, tidak baik pula kalau dia menolak ajakan Badariah.
Di dalam kereta, Eryna Sufia sekadar mendengar Badariah bercerita. Banyak yang keluar dari mulut wanita itu. Sesekali sahaja Eryna Sufia menyampuk. Fakhrul Iman sudah lena di tempat duduk belakang.
Hampir sejam perjalanan barulah mereka sampai ke destinasi. Kereta Persona milik Badariah berhenti di sebuah rumah kampung. Ada seorang lelaki berada di anjung rumah.
“Along ingat siapa tadi. Rupanya hang. Tukaq kereta baru ka?”
Suara lelaki itu kedengaran sebaik Badariah keluar dari keretanya. Sempat dia bertukar senyuman dengan Eryna Sufia.
“Tak lah. Kereta kawan tempat kerja tu. Kereta orang kena masuk bengkel.”
“Oh, ni kawan hang ka? Tak mau kenalkan dengan Along?”
“Yalah kawan orang lah. Eryna namanya. Ryn, yang dok gatai meghela ni abang sulung aku. Namanya Amsyar.”
“Amboi hang! Along tanya ja pun. Jemputlah naik Eryna. Mak Su dah siap masak. Tunggu orang dari atas gunung datang menjamah!”
Eryna tergelak kecil mendengar kata-kata Amsyar. Lain benar perangai Amsyar kalau nak dibandingkan dengan Badariah. Wanita yang menjadi rakannya itu kelihatan lebih serius. Jarang bergurau.
Fakhrul Iman yang baru sahaja terjaga dari tidur terus sahaja berlari naik ke anjung. Tubuh bapa saudaranya itu dipeluk erat. Mulutnya mula bising bertanya itu dan ini.
“Jom kita masuk, Ryn. Anak saudara dengan bapa saudara ni pantang berjumpa. Belum jumpa ‘gu’ sorang lagi tu.”
Badariah terus menarik tangan Eryna Sufia supaya mengikutnya masuk ke dalam rumah. Diperkenalkan kepada ibu saudaranya.
Hangpa duduk lah dulu. Kejap lagi kita makan sama-sama. Tunggu Angah, tadi dia telefon dia sampai lambat sikit. Mak Su nak solat dulu.”
Eryna Sufia dan Badariah hanya mengangguk. Wanita separuh abad yang di panggil Mak Su oleh Badariah menghilang ke dalam bilik.
“Kau duduk kejap. Aku nak pergi tandas. Sakit perut ni.”
Eryna Sufia angguk. Sebaik Badariah menghilang ke dapur, dia teringat tentang mesej di telefon bimbitnya yang masih belum di bacanya tadi. Segera telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan. Ada tambahan dua mesej lagi.
Berderau rasanya bila tertera nama Fakhrul Razi tertera di skrin telefonnya. Tiga mesej daripada Atikah. Satu daripada emaknya. Tiga mesej lagi daripada Maxis. Tentu sahaja mesej berkenaan dengan panggilan yang tidak berjawab. Dua mesej lagi daripada Fakhrul Razi.
Eryna, awak okey? Kenapa tak datang kerja hari ni?
Mesej itu tidak dibalasnya. Cuma dia terasa sebak tetiba. Sebolehnya mahu sahaja dia membalas mesej tersebut dan menyuruh Fakhrul Razi jangan menghubunginya lagi ataupun mahu sahaja dia menghubungi lelaki itu dan menjerit di corong telefon, dekat dengan telinga lelaki itu. Saya cintakan awak tapi awak dah berpunya jadi tolong jangan hubungi saya lagi!
Telefon bimbit kembali di simpan ke dalam beg tangan bila kelibat Badariah kelihatan. Serentak dengan itu kedengaran sebuah kereta memasuki laman rumah.
“Dah sampai pun Angah!” perlahan suara Badariah seolah-olah hanya untuk diri sendiri tetapi dapat juga ditangkap butir bicaranya oleh Eryna Sufia. Badariah terus ke anjung rumah. Suara Fakhrul Iman dan Amsyar sudah kedengaran. Eryna Sufia masih kaku di tempatnya duduk.
“Along pun ada? Tak kerja ke hari ni?”
Suara yang kedengaran dari luar itu bagaikan biasa sahaja di dengar oleh Eryna Sufia. Seperti suara Fakhrul Razi!
“Eh tak kanlah dia pulak!” getus Eryna Sufia sendirian.
 “Aku kan bos. Bila-bila masa aku boleh cuti. Tambah-tambah lagi bila Ateh beritahu ada kawannya nak datang. Lajulah aku datang!”
“Apa lah Along ni. Buat malu kat Eryna jer dengar.”
Ketawa Amsyar kedengaran kuat. Eryna Sufia sudah berdebar-debar bila lelaki yang dipanggil Angah itu menyebut namanya. Dia begitu pasti lelaki itu adalah Fakhrul Razi. Derapan kaki yang semakin menghampirinya membuatkan dia bertambah berdebar-debar.
“Ryn, ni aku kenalkan dengan abang aku yang nombor dua….”
Saat dia memanggung kepalanya memandang ke arah lelaki yang diperkenalkan oleh Badariah, hujung kata-kata temannya itu  langsung tidak ditangkap deria telinganya.
“Fakhrul…”
“Eryna…”
Suara ke dua-duanya bersatu, mengundang wajah berkerut Badariah dan Amsyar. Ke dua-dua adik beradik itu saling berpandangan.
“Korang kenal ke?” tanya Badariah setelah seketika berdiam diri. Riak terkejut di wajah abang dan temannya itu mengundang tanda tanya.
“Er… Erm.. satu tempat kerja.” Akhirnya Fakhrul Razi yang menjawab. Matanya sudah beralih kepada Badariah.
“Lah, kecik rupanya dunia ni! Senang lah cenggitu!”
Ke tiga-tiga mereka serentak memandang Amsyar. Tidak mengerti maksud ayat terakhir lelaki itu.
“Apa?! Along bergurau ajalah!”
Badariah yang baru mahu membuka mulut untuk mengenakan abangnya terhenti apabila melihat Mak Sunya yang sudah turun ke ruang tamu.
“Hah dah sampai pun Angah. Dah jom makan. Sat lagi sejuk semua.”
Masing-masing tidak bersuara, terus mengekori langkah wanita itu ke meja makan. Eryna Sufia rasa tidak selesa di situ. Makannya terasa kekok. Sesekali dia memandang ke arah Fakhrul Razi yang nampak tenang. Nasib baiklah Badariah mahupun Amsyar tidak bertanya apa-apa berkenaan mereka.
Selepas makan malam dan berbual-bual sekejap, Eryna Sufia sudah mengajak Badariah menghantarnya pulang ke Cameron Highland. Badariah yang menyedari sesuatu yang tidak kena antara abangnya dengan Eryna Sufia mengikut sahaja.
“Erm… Bad, tunang abang kau tu orang mana?” Tergagap-gagap Eryna Sufia bertanya apabila sekian lama berdiam diri.
“Abang aku yang mana?”
“Fakhrul lah!”
“Angah aku tu?! Masa bila pulak dia bertunang? Awek pun tak ada! Mana kau dapat cerita dia dah bertunang?” Soal Badariah tanpa memandang Eryna Sufia.
“Budak-budak office aku beritahu.”
“Ohhh…”
Suasana kembali sunyi sepi. Eryna Sufia bagaikan tidak sabar untuk menghubungi Fakhrul Razi dan bertanya perihal itu. Mahu mendapatkan penjelasan lelaki itu kenapa perlu mereka cerita tentang pertunangannya. Kalau lelaki itu tidak mahukannya, terus terang sahajalah tidak perlu menipu begitu! Eryna Sufia melepaskan keluhan berat, cuba menghalau rasa sebak yang tetiba mengetuk hatinya!


***
mohon maaf kerana DFR hasilnya bagaikan tidak baik. :(








8 comments:

masyimalo said...

huhuhu sedih klu di tempat eryna..
tp maybe fakhrul razi rase rendah diri huhu...wake up eryna, berjuang tuk dapatkan fakhrul razi!!

epy elina said...

adeh....
tipu rupanya.....

aqilah said...

hahhaaaaaaaaa fakrul,.....kan dah kantoi!!!!!!!!!!!!!!!

mama_ariana09 said...

apa motif fakhrul razi yer,,hehehe,,cpt smbung

hana_aniz said...

eryna ada peluang!! g pikat fakhrul cepat!!

MaY_LiN said...

sedihnyebile FR tipu cenggitu..

IVORYGINGER said...

okew jew.lain dr yg lain.
kebiasaan org mesti boh hero yg perfect too much plus charming, handsome, hv perfect body figure.
apa salah sx skala hero ada kekurangan but still be hero sbb hati dia hero bukan sbb kemachoan dia. ahaks...
so plz keep writing this story.
nk tau gak sal pa fakhrul declare dia dah tunang.
ke family ary dah bg warning??? hmmp...

Anonymous said...

menarik...teruskan usaha anda...
x sabar nak tahu kesudahannya...