Wednesday, December 15, 2010

DIA...FAKHRUL RAZI : BAB 12

"Are you okay, Sayang? Dari tadi I tengok you makan sikit sangat? You demam eh?"
Eryna Sufia senyum sahaja. Kepalanya digelengkan perlahan. Wajah Fikri yang nyata pamer kerisauan itu dipandangnya kosong.
"Kalau you nak balik sekarang I hantar you balik." Usul Fikri.
"Eh tak lah. Maaf ya, I Cuma sakit perut sikit. Nanti singgah Watson kejap, I nak cari ubat sakit perut."
"Okey. I order sandwich untuk you. Lepas makan ubat nanti, you makan ye?"
Eryna Sufia angguk sahaja. Laksa asam itu di tolak ke tepi. Sedikit sahaja di jamahnya. Alasan sakit perut sekadar alasan sahaja. Yang sebenarnya, dirinya terganggu sedikit dengan panggilan yang diterima daripada Badariah. Sejak peristiwa dia meninggalkan Cameron Highland dalam keadaan tergesa-gesa, sekadar sempat meninggalkan nota ringkas kepada temannya itu mereka langsung tidak berhubung.
Selepas selesai menjelaskan bil makan, mereka terus bergerak ke Watson untuk membeli ubat. Kemudian, Eryna Sufia menemankan Fitri membeli hadiah untuk kawannya. Selepas itu, Eryna Sufia terus meminta Fitri menghantarnya pulang ke rumah. Fikirannya menerawang jauh. Perbualannya dengan Badariah sebelum Fitri sampai mengambilnya berlangsung tidak sampai dua minit. Sekadar sempat bertanya khabar sahaja. Eryna Sufia mahu tahu lebih daripada itu walaupun antara dia dan Fakhrul Razi sudah makin menjauh. Sejak sebulan selepas pertemuan di lif itu mereka tidak lagi terserempak di mana-mana. Panggilan telefon jauh sekali.
"Assalamualaikum Bada."
"Waalaikumsalam, Ryn. Maaf lah kacau kau tadi."
"Eh tak adalah."
"Aku nak tanya kau boleh?"
Eryna Sufia menelan air liur. Soalan Badariah bagaikan sudah dapat diagaknya. Berkenaan Fakhrul Razi pastinya.
"Kau dengan abang aku bercinta ke?"
Eryna Sufia terdiam seketika. Mengambil kekuatan untuk bersuara. Walaupun banyak kali dia cuba menghindar memikirkan perasaannya terhadap lelaki itu sesekali ia hadir juga. Perasaan benci yang cuba disemai di dalam diri untuk lelaki itu tidak pernah menjadi. Sebulan telah berlalu, walaupun dia sudah merelakan hatinya menerima Fikri serasa ruang itu masih punya rasa untuk lelaki itu.
"Taklah. Mengarutlah kau ni!"
Suara riang cuba dipamer. Namun, getar suara itu mampu ditelah Badariah. Dia bukan buta dan pekak untuk memikirkan akan hubungan temannya itu dengan abang kandungnya sendiri. Sejak sebulan lalu, dia bermain teka-teki dengan diri sendiri. Waktu itu mahu bertanya kepada Eryna Sufia, dia faham benar sikap gadis itu. Mahu bertanya abangnya jangan haraplah lelaki itu membuka mulut.
"Dah tu? Kau senyap terus lepas aku hantar kau balik hotel. Mak Su aku kata dia terdengar abang aku berborak dengan seseorang. Lepas tu muka abang aku masam mencuka jer."
"Ish kau ni, mana kau tahu abang kau berborak dengan aku!?"
"Aku bukan nak menuduh, Ryn. Aku juga bukan bodoh. Tengok kau berdua malam tu pun aku dah tahu ada sesuatu tak kena. Lepas tu siap kau tanya aku pasal tunang abang aku. Esoknya aku pergi hotel, bebudak tu kata kau tergesa-gesa keluar tak lama lepas aku hantar kau. Mata merah macam baru lepas menangis. Bila aku telefon kau, tak dapat pulak. Bila balik rumah Mak Su aku dan dia beritahu pasal tu, aku terus cek telefon abang aku. Malam tu, kau telefon dia."
"Tak ada apa-apalah, Bada. Kami cuma satu pejabat jer. Tak lebih daripada tu pun!"
"Sampai kau telefon dia malam-malam? Keluar hotel terus balik tanpa beritahu aku? Telefon aku pun tak?! Abang aku tu pun aku tengok macam tak betul je!"
Eryna Sufia menghela nafas panjang.
"Kau cakap macam aku ni terhegeh-hegehkan abang kau jer!" Eryna Sufia gelak kecil di hujung bicaranya.
"Aku tak kata macam tu pun. Aku tahu abang aku tu macam mana sampai kau nak terhegeh-hegeh kat dia. Cuma aku perlukan penjelasan kau. Kau datang Cameron waktu ada masalah. Abang aku pun sama. Jadi aku syak korang ni macam bergaduh jer. Selalunya yang bergaduh sampai bawa-bawa diri ni orang bercinta jer!"
"Pandai lah kau! Aku dengan abang kau tak bercintalah. Aku tak tipu ni. Dia tak nak dengan aku!"
Ayat terakhir itu melucur laju nampak disedari oleh Eryna Sufia. Ingatkan kata-kata itu hanya bermain di fikirannya sahaja tidak sangka pula terkeluar dari mulutnya. Mahu menarik balik kata-kata itu sudah terlambat.
"Apa maksud kau dengan abang aku tak nak kat kau!?"
"Tak ada apalah. Aku gurau jer."
"Ryn, aku tak rasa macam tu. Sikap kau dan abang aku tu aku dapat agak."
Entah kenapa Eryna Sufia terasa sebak tetiba. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Bila-bila masa empangan matanya pecah.
"Tak ada apa-apalah, Bada. Kau jer yang fikir bukan-bukan."
"Tengok tu suara kau pun dah lain. Cerita dengan aku, Ryn. Kalau kau cerita, aku akan cerita dengan kau pasal sesuatu. Deal?"
"Cerita apa?"
"Kau dulu. Jangan risau, aku tak akan tanya dah lepas ni tapi kau mesti cerita yang betul-betul. Biar aku puas hati."
"Apa yang kau nak tahu?"
"Hubungan kau dengan abang aku."
"Dulu kawan. Sekarang ni Cuma kawan satu office."
"Kenapa?"
"Dia tak mahukan aku sebab tu dia tipu aku pasal dia dah bertunang tu."
"Kau cintakan abang aku?"
"Entahlah Bada. Dahlah, aku malas nak fikir pasal dia. Sekarang ni aku dah ada Fikri. Pasal abang kau tu aku dah malas nak fikir lebih-lebih. Dia tak mahukan aku, tak apalah. Tak kan aku nak terhengeh-hegeh paksa dia terima aku."
Terus-terang Eryna Sufia meluahkan perasaan.
"Aku rasa.. abang aku cintakan kau cuma dia tak yakin dengan diri dia. Dia macam tu dan kau cukup sempurna. Kalau aku yang perempuan ni kata kau cantik dan menarik apatah lagi lelaki. Kau terlalu sempurna untuk abang aku…"
Eryna Sufia diam, tidak menyambut kata-kata Badariah. Tentang perkara itu, bukanlah satu masalah baginya. Dia tidak pernah memikirkan untuk jatuh cinta dengan lelaki seperti Fakhrul Razi tetapi sekarang, hatinya benar-benar terpaut dengan lelaki itu.
"Mana kau tahu dia sukakan aku?" Eryna Sufia bersuara setelah beberapa ketika membisu. Kalau boleh, dia mahu mematikan panggilan itu tetapi sebahagian daripada dirinya mahu tahu tentang lelaki itu. Mahu tahu kenapa lelaki itu menolak dirinya tanpa sempat memberi ruang!
"Aku kenal sangat abang aku, Ryn. Dua hari dia kat rumah lepas kejadian tu, asyik dengan telefon. Masuk toilet jer dia tak bawa telefon tu. Mak Su aku yang tukang perhatikan dia. Sampai Mak Su aku kata naik rimas tengok abang aku tu macam tu. Balik tu aku ada la belek hand phone dia masa dia tengah mandi. Ada panggilan ke nombor kau. Tak tahulah aku berapa puluh kali dia tekan nombor kau sebab Mak Su aku beritahu dia dok tekan-tekan hand phone dan ada dekat sepuluh SMS dekat draft. Semua atas nama kau."
"Dia tulis apa?"
"Banyak yang kosong. Cuma ada satu jer yang buat aku pasti dia sukakan kau."
"Apa dia?"
Langsung tidak sabar Eryna Sufia mahu mengetahui isi mesej yang mahu dihantar oleh Fakhrul Razi kepadanya.
"Aku tak ingatlah semuanya tapi lebih kurang macam dia sayangkan kau tapi dia tak nak kau menderita satu hari nanti. Dia tak sempurna dan dia tak nak kau terkena tempiasnya. Dia nak kau jadi anak yang membahagiakan ibu bapa kau dan dia nak kau lupakan perasaan kau pada dia!"
"Kau tak tanya dia?"
"Nak tanya apa, Ryn? Abang aku tu macam kau juga. Jangan tanya dia apa-apa waktu dia tengah serabut. Cuma aku tak sanggup dia terus macam tu. Sebulan ni, tetiap minggu dia balik Tapah. Kelmarin masa dia balik sini dia ada beritahu dia nak berhenti kerja. Nak balik Tapah dan cari kerja kat sini. Aku memang tak kisah tapi dia dah beli rumah kat KL tu. Kerja pun dah stabil kat sana. Aku nak je tanya pasal kau tapi aku tak sampai hati. Aku harap kau boleh tolong aku. Kalau kau masih sayangkan dan cintakan abang aku, kau cuba yakinkan dia yang kau tak pernah tengok kekurangan dia."
Ada harapan di hujung bicara Badariah. Suaranya perlahan, menahan esakan yang tiba-tiba mengetuk hatinya. Air mata Eryna Sufia sudah mengalir. Dia tidak tahu bagaimana cara mahu menyakinkan Fakhrul Razi akan cintanya dan hakikat yang harus diterimanya kini, dia telah memberikan ruang itu kepada Fikri. Lelaki itu sudah banyak berubah. Tidak lagi Fikri yang dia kenali sebelum ini. Walaupun masih ada ruang di hatinya tetapi mengecewakan Fikri bukanlah satu pilihan.
"Maaf, Bada. Aku tak boleh. Perasaan aku pada abang kau dah tak ada. Aku dah ada Fikri. Dia lelaki baik dan aku tak mahu kecewakan dia."
Sunyi sepi di hujung sana. Eryna Sufia tarik nafas dalam-dalam. Dia tidak mahu menangis lagi. Cukuplah. Dia redha dan pasrah akan takdir hubungannya dengan Fakhrul Razi. Mati sebelum sempat bercambah.
"Aku yang patut minta maaf pada kau. Sesuka hati je minta macam tu kat kau sedangkan abang aku yang patut berusaha untuk dapatkan kau. Satu je aku nak minta tolong kau. Boleh?"
"Cakaplah dulu. Kalau aku boleh tolong aku tolong."
"Harap kau dengan abang aku dapat berkawan macam biasa. Tak best lah macam ni!"
"Aku tak janji, Bada. Bagi aku masa sedikit."
"Okey tapi kau masih mahu berkawan dengan aku kan?"
"Mestilah. Kau tetap kawan aku dunia akhirat walaupun kita tak rapat. Jangan risau walaupun aku dengan abang kau tunggang terbalik pun!"
Ketawa mereka bersatu. Masing-masing cuba mendamaikan hati sendiri. Dari hal Fakhrul Razi, Eryna Sufia cuba menukar topik perbualan. Bertanyakan perihal Fakhrul Iman dan perbualan dua orang teman itu berlarutan sehingga lewat malam.



_____

Tak boleh log in blog, jadinya MN update DFR melalui email. Mohon maaf kalau ada kesilapan.

Di kesempatan ni MN mahu ucapkan tahniah kepada kak Nozi kerana anak sulung beliau (novel ^_^) akan berada di pasaran pada januari 2011. Novel bertajuk 'Akulah Cinderella'.

3 comments:

MaY_LiN said...

alahai..FR ni suka pendam je..
tamaula cenggini..
nak ryn ngan FR

Nozi Danisya said...

tenkiu nera..

best citer DFR ni.. kata novel pendek je? tapi bole buat novel ni.. keep it up dear!

aqilah said...

ala, taknaklah eryna dgn fikri....nak dgn Fakhrul.....!!!!!!!!!!!!!apalah fakhrul ni!!!! belum berjuang, dah mengaku kalah!!!!!!!!!!