Thursday, January 27, 2011

PADA DETIK ITU... : BAB 6

Saya sudah sampai KL. Esok awak datang awal pagi. Jangan lambat.
SMS yang diterimanya daripada Idlan itu membuatkan Natrah tidak lena tidur. Dibelek-belek SMS itu beberapa kali. SMS itu biasa sahaja tetapi dia tidak tahu kenapa hatinya rungsing. Apa yang dia tahu esok bermula tugasnya sepenuh masa di kondo lelaki itu. Memikir-mikir bagaimana dia harus menghadapi lelaki itu. Selama dua bulan ini hanya dua kali sahaja mereka bertemu selepas kali terakhir lelaki itu membawanya ke kondo ditemani Imran. Itupun ketika dia sampai Idlan sudah mahu keluar. Sekadar sempat berbalas salam dan bertanya khabar sahaja.
“Eh kau ni belum tidur ke? Rimas aku tau. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Apa yang kau fikir?” Soal Sarida yang agak geram bila tidur lenanya terganggu dengan pergerakan Natrah.
Sorry. Aku tak boleh tidur. Bos aku dah balik.”
“Jadi?” Soal Sarida dengan mata yang masih tertutup. Matanya terlalu berat untuk dibuka. Esok hari pertama dia ke kuliah selepas bercuti semester. Jadi dia perlu tidur awal supaya esok tidaklah dia menggagau sahaja di kolej.
“Aku takutlah. Sebelum ni aku jarang jumpa dia tapi mulai esok kena hari-hari datang. Selalunya aku datang kemas rumah sikit-sikit jer. Sekarang ni kena memasak sekali. Aku takut dia tu cerewet. Ada je nanti tak berkenan.”
“Itu jer? Dahlah tu… lebih baik kau tidur dari memikirkan benda-benda remeh macam tu. Kau belum tahu lagi kan perangai dia yang sebenar. Esok kau buat macam biasa. Dahlah tidur!” Marah Sarida.
“Kalau kau tak mau jugak tidur, nak guling-guling.. tu kat lantai tu boleh… aku nak tidur. Esok ada kelas.”
“Yalah-yalah.. aku tidurlah ni. Kau ni macam mak nenek lah!” Natrah mencebik walaupun dia tahu Sarida langsung tidak melihatnya. Selimut yang sudah berada di hujung kaki ditariknya sehingga menutupi seluruh tubuh. Terus dia memejamkan mata, memaksa dirinya untuk tidur.


Laju sahaja langkah Natrah menuju ke arah kondo Idlan. Entah macam mana selepas menunaikan solat subuh pagi tadi dia tertidur dan hanya terjaga apabila Sarida mengejutkannya. Ketika itu pun gadis itu sudah siap-siap untuk ke kolenya yang terletak di Bukit Damansara. Sedang menunggu ayahnya memanaskan enjin kereta. Kelam-kelibut Natrah mandi dan bersiap. Ketika dia keluar rumah tadi jam di telefon bimbitnya sudah melepasi angka lapan. Kecut perutnya bila memikirkan Idlan akan memarahinya.
Dia sampai ke betul-betul di hadapan kondo Idlan ketika jam sudah menunjukkan angka lapan dua puluh minit pagi. Sempat dia berdoa dan berselawat sebelum dia mengetuk pintu rumah lelaki itu. Mahu terus memasuki rumah lelaki itu dengan menggunakan kunci yang ada padanya serasa tidak elok pula ketika lelaki itu berada di rumah. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tombol pintu di pulas.
“Tak ada kunci ke?” soal lelaki itu. Raut wajahnya bagaikan orang baru bangun tidur.
“Ada.”
“Habis tu kenapa tak guna kunci awak?”
Natrah tidak menjawab. Sebaliknya dia melangkah masuk ke dalam rumah Idlan setelah lelaki itu memberinya ruang.
“Saya tak keluar hari ni. Kejap lagi lepas awak kemas rumah kita pergi Tesco. Beli barang dapur.” Beritahu Idlan setelah pertanyaannya tadi dibiarkan tanpa jawapan.
“Saya kena ikut ke?”
“Habis tu? Awak nak suruh saya beli barang dapur sendiri?”
“Er.. er… bukan macam tu. Saya takut lambat saya habis kemas rumah. Baju encik banyak tu tak basuh lagi.”
“Awak sapu sampah cukuplah dulu. Nanti petang-petang boleh basuh baju tu. Bukan saya nak pakai hari ini jugak!”
Natrah diam sahaja. Tidak mahu untuk terus mempersoalkan lelaki itu. Dia adalah orang gaji dan lelaki itu adalah majikannya.
“Saya belum breakfast lagi. Awak masaklah apa yang patut. Lapar ni.”
Natrah angguk dan terus ke dapur. Di bukanya peti ais. Hanya ada nugget dan sosej sahaja.
“Goreng benda ni sahajalah.”
Sambil menggoreng, sambil itu dia memikir. Sesekali dia mengeluh. Dia benar-benar tidak selesa berdua-duaan dengan lelaki itu di dalam rumah begini. Beberapa kali juga dia menjenguk ke ruang tamu rumah, melihat Idlan yang sedang menonton televisyen. Senang elok sahaja lelaki itu berbaring di atas sofa sambil menonton cerita kartun. Macam budak-budak! Getus Natrah perlahan.
“Natrah! Awak lambat lagi ke buat breakfast tu? Saya dah lapar ni…”
“Kejap encik. Dah nak siap ni.. Sikit lagi.”
Suaranya ditinggikan sedikit supaya dapat didengar oleh Idlan. Terkocoh-kocoh Natrah memasukkan nugget yang digorengnya ke dalam pinggan. Kemudian dia membancuh minuman. Sebaik sahaja dia ke ruang tamu untuk memanggil lelaki itu untuk makan, lelaki itu tiada tetapi tv terpasang. Berkerut dahi gadis itu memikirkan ke mana Idlan pergi. Baru tadi kedengaran suara lelaki itu tetiba sahaja menghilang
“Bilik air kot!” ujarnya sendirian.
Sementara menunggu Idlan, Natrah mengemas dapur. Cepat sahaja pergerakannya menyusun pinggan mangkuk kembali ke dalam rak pinggan.
“Natrah.”
“Ye encik.”
“Mari makan sekali.”
“Erm… tak apalah encik. Encik makanlah.”
“Saya kata mari makan sekali dengan saya. Saya turun beli nasi lemak kat bawah tadi.”
Lah orang tua ni, tadi beria suruh aku buat breakfast! Ini dia boleh pulak pergi beli nasi lemak. Kalau tadi cakap kan senang, aku pergi jer beli nasi lemak tu.
“Apa yang awak tercegat lagi. Cepatlah makan, lepas ni kita keluar.”
“Erm… Er,… Saya tak lapar lagi. Encik makanlah, saya kemas rumah dulu.”
“Awak ni suka melawan ya? Saya suruh makan tu makan ajalah! Lagi pun saya tak suka makan sorang-sorang. Dah duduk!”
Nak tak nak terpaksalah Natrah duduk juga di meja makan itu. Perutnya memang lapar tapi terasa segan pula makan bersama Idlan yang merupakan majikannya itu.
“Awak nak ayam bahagian peha ke isi?”
“Hah?”
“Saya tanya awak nak ayam bahagian peha ke isi? Saya beli nasi lemak ayam kat mamak tu tadi.” Terang Idlan.
“Erm… mana-mana aje lah Encik Idlan.”
Mendengar jawapan Natrah, Idlan menghulur sebungkus nasi lemak kepada Natrah. Gadis itu menelan air liur melihat bungkusan nasi lemak yang besar itu.
“Habiskan,” ujar Idlan bagaikan dapat mengetahui apa yang bermain di fikiran Natrah.
“Banyak sangat ni, Encik Idlan.”
“Saya kata habiskan!”
Mendengar sahaja suara Idlan yang bagaikan arahan tidak berani Natrah untuk membalasnya.
“Lepas ni kalau saya suruh buat breakfast, buat air milo panas.” Beritahu Idlan sambil menuang teh o panas ke dalam mug yang tersedia di atas meja.
“Er.. encik nak saya buat yang lain ke?”
“Tak payahlah. Saya kata lepas ni, bukan sekarang.”
Natrah angguk. Mug berisi teh o panas yang diletakkan di hadapannya di pandang lama. Terasa bersalah pula kerana tidak bertanya terlebih dahulu kepada Idlan tentang minuman yang dimahukannya.
“Apa yang awak menungkan lagi. Makanlah cepat!”
Benar juga kata Imran, Idlan menyuruh dia makan bagaikan menyuruh anaknya sahaja makan. Sudah itu pula, kata-katanya bagaikan arahannya sahaja.
“Lepas makan nanti, saya nak mandi dulu. Awak kemas-kemas sikit. Lepas tu baru keluar.” Beritahu Idlan sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Natrah angguk sahaja. Tidak bersuara. Sunyi sepi meja makan itu bila masing-masing kusyuk menjamah makanan.


*auto-publish*

2 comments:

dandelion kiss said...

Oh, tak puas. awat pendek sangat ni
? grrr!

MaY_LiN said...

amboi..
garang nye lan ni..
tamaula garang2..
nnti jatuh sayang baru tau..