Monday, January 31, 2011

PADA DETIK ITU... : BAB 7

Perlahan Natrah menolak troli mengekori Idlan dari belakang. Entah kenapa hatinya berdebar sahaja.
“Yang awak buat muka macam tu kenapa? Macam kena paksa ikut jer!”
Tegur Idlan yang berpaling memandang Natrah. Terasa lambat pula gadis itu menolak troli. Raut wajah gadis itu usahlah cakap. Apa yang ditakutkan Idlan tidak tahu!
“Ada apa-apa lagi tak awak nak beli ni?” soal Idlan bila kata-katanya hanya dijawab dengan gelengan oleh Natrah.  Sekali lagi gadis itu sekadar menggelengkan kepalanya sahaja. Idlan mengeluh dengan reaksi Natrah itu.
“Betul ni?”
Angguk pula. Giliran Idlan menggeleng.
“Kalau macam tu, awak tunggu saya kat kaunter tu. Saya nak beli barang lagi sikit. Lima minit jer.”
Natrah angguk sahaja. Masakan dia mahu menegah lelaki itu. Sebaik sahaja Idlan melangkah menuju ke arah bahagian pakaian, Natrah menolak troli ke kaunter bayaran. Tak sampai lima minit lelaki itu sudah terpacak berdiri di sebelah Natrah. Di tangannya terdapat beberapa helai pakaian.
Sebaik habis menjelaskan bayaran dan memasukkan barang ke dalam troli mereka terus bergerak ke arah pintu keluar. Tika itu juga telefon bimbit Idlan berbunyi. Kedengaran jelas lelaki itu mendengus sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“Yes Mell!”
“You kat mana Bi?”
“I kat Tesco. Beli barang dapur.”
“Kenapa you tak ajak I? You pergi dengan siapa?” suara Mell yang tadinya manja semacam sehingga geli geleman Idlan dibuatnya bertukar sedikit tinggi.
“I pergi sorang lah. Pergi barang dapur jer. Lagipun lecehlah nak pergi ambil you lepas tu pusing balik sini.”
“You jangan macam-macam, Bi. Kalau I tahu you keluar dengan perempuan lain, nahas you!”
“Apa masalah you ni, Mell? You asyik nak ugut I macam ni! I rimaslah. Dahlah, I nak balik ni. Nanti I call you.”
Belum sempat pun Mell membalas, Idlan sudah memutuskan panggilan. Telefon bimbitnya terus dimatikan. Natrah yang sekadar mendengar perbualan Idlan terus menolak troli.
Sepanjang perjalanan itu memasing diam seribu bahasa. Muka Idlan masam mencuka. Natrah pula sudah kecut perut, kemas dia memegang tali pinggang keselamatan yang dipakainya bila merasakan Idlan memandu laju. Bunyi geseran tayar kereta bertemu jalan bertar itu ketika Idlan membuat pusingan U. Mengucap panjang Natrah di dalam hati.
“Biar saya bawa barang-barang ni.”
“Tak apalah encik, biar saya bawa. Bukan banyak sangat.” Serba salah Natrah untuk membiarkan Idlan membawa barang-barang tersebut sedangkan dia yang berkerja dengan lelaki itu tidak membawa apa-apa.
“Awak ni kenapa degil sangat?! Memang suka melawan cakap orang ya?”
“Er… er.. bukan.. bukan, encik!”
“Dah tu?”
Tiada jawapan daripada Natrah. Jelingan Idlan sudah cukup membuatkan dia takut. Perlahan sahaja langkah diatur mengikut Idlan yang sudah melangkah pantas menuju ke lif. Ke dua-dua belah tangannya sarat dengan plastik-plastik berisi barang yang di beli tadi.
Marahkan orang lain, aku jugak yang jadi mangsa. Panas baran betul orang tua ni! Dan masa bila pulak aku ni suka melawan cakap dia? Aku cuma nak jalankan kerja aku jer! Dia tu bos aku, tak kan dia yang bawak semua barang-barang tu sedangkan aku melenggang macam ni!
“Apa yang awak dok mengomel sorang-sorang tu? Marahkan saya?”
“Hah… mana ada encik. Saya tak cakap apa-apa pun!” Aku cakap dalam hati pun, orang tua ni dengar ker? Dia ni ada kuasa telepati ker? Atau aku yang tak sedar aku keluarkan suara? Ish..
“Sekejap lagi saya nak keluar pergi rumah keluarga saya. Lepas kemas barang-barang ni semua awak boleh balik.”
“Tapi saya belum siap mengemas lagi. Pakaian encik pun belum basuh lagi.”
“Esok boleh buat. Saya hantar awak balik.”
Natrah diam. Kalau dibantah, ada pula nanti melayang plastik barang-barang itu ke mukanya. Lebih baik diam dan mengikut sahaja. Lagipun, panas-panas terik macam ni mau terbakar rasanya kulit berjalan kaki balik ke rumah.
“Erm, encik hantar saya ke butik Abang Im boleh? Dah lama saya tak jumpa dia.” Beritahu Natrah setelah dia siap menyusun barang-barang yang dibeli tadi ke tempat yang sepatutnya.
“Kenapa? Dah rindu sangat ke? Dia kekasih awak ke?”
Terbeliak mata Natrah dengan pertanyaan Idlan. Segera kepalanya digelengkan sebagaikan jawapan. Idlan sudah tersengih melihat reaksi Natrah. Budak ni cepat gabra betul!
Idlan menghilang ke dalam biliknya dan keluar dengan dua beg kertas berwarna hitam dan merah hati. Disua beg itu kepada Natrah.
“Apa ni, encik?”
“Tengoklah. Untuk awak.”
Lambat-lambat beg kertas itu dicapainya. Segala isinya dikeluarkan perlahan-lahan. Natrah menelan air liur melihat beberapa helai blouse dan sepasang seluar serta skirt labuh berwarna putih.
“Er… encik… saya… mahal ni…”
“Saya dah bagi tu… ambil lah. Jangan nak banyak soal pulak. Kalau tak mahu, campak jer kat mana-mana! Tak pun awak bakar jer.”
Aduh! Ini yang malas aku nak bercakap dengan orang tua ni! Cakap sikit, marah… cakap sikit, melenting! Teruklah aku lepas ni dok hadap orang tua sensitif ni hari-hari.
“Terima kasih ya encik!”
Idlan tidak menjawab sebaliknya dia mencapai kunci kereta dan kunci rumah yang berada di atas meja kaca dan terus menuju ke pintu. Muka itu masam mencuka.
“Yang awak tercegat tu kenapa? Cepatlah sikit!”
Tekocoh-kocoh Natrah menghampiri Idlan yang sudah berada di muka pintu. Lelaki itu sudah siap memakai kasutnya.
Muka masamnya itu tidak juga berkurang-kurang. Langsung tidak bersuara bila keretanya diberhentikan di hadapan butik tempat Imran berkerja. Ucapan terima kasih Natrah juga tidak berbalas. Sebaik sahaja Natrah keluar dari kereta terus kereta itu melucur laju.
“Apa kes? Aku tengok semacam je kau ni? Idlan hantar kau ke? Kenapa dia tak singgah?” Berjela pertanyaan yang keluar dari mulut Imran. Gaun berwarna merah yang dipegangnya tadi sudah diletakkan di atas kerusi.
“Aduh, Abang Im ni kan tanya satu-satu tak boleh ke?!”
“Aik!? Sejak bila kau pandai marah ni?! Baru dua minggu tak jumpa kau terus bertukar jadi panas baran?!”
Hehehe… minta maaf ye, Abang Im. Ini semua orang tua tu lah! Tak pasal-pasal Nat pun dah tersampuk.”
“Orang tua? Siapa? Idlan?”
“Siapa lagi?! Asyik nak naik angin jer kerjanya. Marah kat girl friend sendiri, Nat pulak kena tempiasnya.”
“Bergaduh dengan Mell lah tu?! Pelik tu…. Lepas tu kenapa kau balik awal pulak ni?”
“Dah boss suruh balik, Nat baliklah. Nanti bantah kata dia, lagi naik hantu! Baik ikut jer.”
“Sabar je lah Nat. Tak lama lagi tu hilang lah tu panas baran dia tu.”
Berkerut dahi Natrah mendengar kata-kata Imran. Lelaki itu gelak sahaja melihat Natrah.
“Lupakanlah. Kau dah makan belum ni?”
“Belum.”
“Kalau macam tu jom pergi makan. Aku pun dah lapar sangat ni!”
“Abang Im belanja?”
“Banyaklah kau! Asyik aku je yang belanja kau!”
Natrah gelak kecil. Dia tahu, Imran tetap akan membelanjanya makan. Mulut sahaja cakap begitu tetapi di akhirnya, duitnya juga dihulur.


1 comment:

MaY_LiN said...

hihihi..
suka tul ngan idlan ni..
cam kena sampuk je..