Wednesday, February 9, 2011

PADA DETIK ITU... : BAB 10

Habis sahaja mesyuarat petang itu, Idlan terus bergerak ke pusat membeli belah berhampiran. Dia mahu membeli sesuatu untuk Natrah. Sesuatu sebagai tanda bersalah kerana kata-katanya terhadap gadis itu. Biar pun Natrah tidak menunjukkan rasa tersinggung tetapi entah kenapa dia tetap rasa bersalah. Dari satu kedai ke satu kedai dia singgah. Tidak tahu mahu membelikan gadis itu apa.
Ah, buat apa pulak aku nak jaga sangat hati dia tu?! Dia tu orang gaji aku je!I Getus Idlan di dalam hati setelah hampir setengah jam dia mengelilingi pusat membeli-belah tersebut. Lantas langkahnya di atur kembali menuju ke tingkat paling atas, di mana keretanya di parkir. Namun langkahnya terhenti di hadapan Guardian. Berkerut sedikit dahinya. Gadis yang sedang tersenyum senang hati dan erat merangkul pinggang seorang lelaki itu bagaikan dikenali. Pantas telefon bimbitnya dicapai dari kocek seluarnya dan terus menghubungi Mell.
“Hello, you kat mana?” terus Idlan bertanya, dirinya berganjak sedikit jauh. Tidak mahu gadis itu nampak akan dirinya.
“Hello Bi, I dekat Sunway. Keluar dengan Nina ni, dia ajak I temankan dia beli barang.”
Idlan sudah tersengih. Banyak kau punya Nina!
Ye ke?! Dia nak beli barang apa?”
“Erm… toiletries  sikit then shopping baju. You kat mana ni? Bising je?”
“Oh, I kat luar. Ada meeting tadi. Ingat nak jumpa you.”
“Alah Bi, so sorry. I dah janji dengan Nina. Lepas ni pun dia ajak temankan dia dinner. Kalau you nak kita supper bolehlah.”
“Erm, tak apalah kalau macam tu. Malam ni I dah janji dengan ibu I, nak tidur rumah family. Okeylah, you go on  dengan Nina. Send my regard sekali.”
“Er… okey Bi. Esok kita jumpa ya.”
“Okey. Bye!”
Belum pun sempat Mell membalas terus sahaja panggilan di matikan. Idlan kembali memandang ke dalam Guardian. Gadis itu kembali mendapatkan lelaki yang bersamanya tadi. Idlan sengih sahaja. Langsung dia tidak merasa marah.  


Esoknya, Idlan keluar awal dari rumahnya. Mahu bersarapan di kedai mamak berhampiran butik tempat Imran bekerja. Tekaknya tetiba teringin mahu makan roti canai. Sebaik sahaja dia sampai di hadapan restoran mamak tersebut matanya menangkap sesusuk tubuh yang sedang duduk bertentangan menghadapnya.  Natrah! Gadis itu kelihatan gembira bercerita sesuatu dengan lelaki yang duduk disebelahnya. Terus mati keinginannya untuk menikmati roti canai terus sahaja keretanya dipandu keluar daripada kawasan tersebut dan terus pulang ke kondonya.
Natrah yang tiba setengah jam kemudian terkejut sebaik sahaja pintu rumah Idlan di tolak. Masakan tidak rumah itu tunggang langgang. Bagaikan di landa ribut gamaknya! Dengan kasut bergelimpangan. Kusyen berterabur di setiap sudut. Kaca bertaburan di lantai. Kena masuk penyamun ke? Tapi pintu berkunci! Haih… apa pulak kali ni!
Sebaik dia melangkah masuk, Idlan keluar dari biliknya. Muka lelaki itu masam mencuka sehingga takut Natrah dibuatnya.
“Encik, kenapa dengan rumah encik ni?” Dalam takut-takut itu dia bertanya juga.
“Awak tak nampak ke? Kemas sekarang!”
“En…”
Laju sahaja langkah Idlan tanpa sempat Natrah bersuara. Serentak dengan itu kedengaran Idlan mengaduh. Terhenti langkahnya. Kakinya sudah berdarah akibat terpijak kaca. Natrah yang melihatnya sudah telan air liur. Cepat-cepat dia menyarung selipar yang terdapat di tepi dinding dan mendapatkan Idlan.
“Banyak darah ni, encik! Kejap!”
Natrah ke dapur dan mendapatkan kain buruk. Kain itu dibasahkan sedikit dan cepat sahaja dia kembali mendapatkan Idlan.
“Erm… encik duduk dulu. Saya pergi ambil pembalut luka sekejap.”
Lelaki itu tidak bersuara sebaliknya mengikut sahaja arahan Natrah. Muka masam mencukanya sudah berubah.
“Encik tak mahu ke klinik ke?” soal Natrah yang kembali dengan kotak first aid.
“Buat apa? Bukan teruk pun.”
Dengar sahaja Idlan berkata begitu, Natrah diam sahaja. Tapak kaki Idlan yang masih mengeluarkan darah dilapnya dengan kain bersih. Ini mesti kes bergaduh dengan girl friend ni! Bukan penyamun ke perompak masuk rumah! Bergaduh dengan awek, aku yang jadi mangsa! Mengalahkan perempuan betullah orang tua ni! Bergaduh sampai baling-baling bantal! Sampai berselerak rumah!
“Dah siap.”
“Erm… terima kasih.”
“Encik nak apa-apa?”
Idlan gelengkan kepala. Niatnya yang mahu ke pejabat tadi terbatal terus. Hatinya yang sakit tadi bagaikan terubat.
“Awak kemaslah apa yang patut. Hati-hati jangan sampai awak pulak terluka. Tengah hari ni awak masak. Saya tak ke pejabat.”
“Encik nak makan apa?”
“Ikut suka hati awaklah. Saya nak tidur. Awak siap memasak kejutkan saya.” Terus sahaja Idlan membaringkan tubuhnya ke atas sofa. Natrah sudah terbeliak matanya.
“Er… er.. encik tidurlah dalam bilik. Saya nak kemas sini.”
“Awak kemaslah. Bukan saya kacau awak pun!”
Aduh lelaki ni memang lah! Semuanya dia betul! Mentang-mentanglah dia bos! Sesuka hati dia jer! Nanti aku buat bising dia marah!
“Apa yang awak tercegat lagi kat situ? Nak tengok saya tidur ke?”
“Erm… taklah.”
Terus Natrah melangkah kembali ke dapur. Menyimpan kembali first aid dan kembali ke ruang tamu dengan sebatang penyapu dan penyodok. Berhati-hati dia menyapu supaya tidak menganggu Idlan tidur. Habis sahaja dia menyapu, Natrah mengemop pula lantai. Sempat dia mencuri pandang ke arah Idlan. Lena betul lelaki itu tidur.
Pukul sebelas setengah Natrah sudah siap memasak. Pakaian Idlan juga sudah siap dibasuh dan disidainya. Mahu mengejutkan lelaki itu terasa awal lagi. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan Shamsul untuk makan tengah hari bersama. Nampaknya terpaksalah dia membatalkannya.
“Hello Loy, tengah hari ni tak bolehlah. Ada kerja kena buat ni. Esoklah ye?!”
“Erm okey, apa-apa hal kau SMS aku nanti.”
Sebaik sahaja Natrah memalingkan tubuhnya terkejut dia bila Idlan betul-betul berada di belakangnya. Secara spontan kedua-dua tangannya berada didadanya.
“Awak telefon siapa?” soal Idlan, langsung dia tidak berganjak. Keadaan mereka ketika itu dekat benar. Hanya terpisah dengan tangan Natrah sahaja.
“Kawan.” Natrah berganjak ke belakang sedikit. Kurang selesa dirinya berada begitu dengan Idlan.
“Ker boyfriend?”
“Kawan sekampung. Terjumpa kat sini.” Apa lagi orang tua ni!? Apa masalah dia pulak nak tanya aku macam ni?
“Nampak seronok jer?! Gelak sakan!”
Berkerut dahi Natrah mendengarnya. Serentak itu dia mendonggakkan kepala memandang Idlan. Lelaki itu tinggi melangit, jadi terpaksalah dia mendongak lebih sedikit.
“Kenapa? Seronok berborak sampai tak nampak orang lain dah!”
“Er… maksud encik?”
“Saya bercakap bahasa Melayu bukan bahasa Thai! Dahlah, saya lapar. Hidang makan cepat. Lepas tu ikut saya keluar.”
Sudah!
Nak ke mana encik?”
“Jalan-jalan. Teman saya shopping
“Er….Kaki encik tak sakit ke?”
“Sikit jer pun.... bukan teruk sangat. Kenapa? Tak mahu? Awak bekerja dengan saya, jadi kenalah ikut cakap saya. Saya bukan nak bawak awak pergi kelab malam ke hotel ke apa.”
“Tapi saya pakai macam ni je. Seganlah nak keluar.” Alasan itu paling munasabah difikirkan oleh Natrah. Mana tidaknya, dia hanya memakai seluar sukan dan t-shirt lengan panjang yang sudah agak luntur warnanya. Lagi pula, apa mimpi lelaki itu mengajak dia keluar, siap teman membeli-belah lagi!? Kerjanya hanya sebagai orang gaji bukan peneman lelaki itu. Bukan ke dia sudah punyai teman wanita?! Ajak sahajalah teman wanitanya itu?! Ada pula ajak dia!
“Saya tak terima alasan awak tu. Lepas makan, awak balik… tukar pakaian. Saya bagi awak sepuluh minit je untuk bersiap. Kalau awak tak mahu keluar jugak dengan saya, gaji awak bulan ni saya potong tujuh puluh peratus!”
Melopong Natrah dibuatnya. Gilalah orang tua ni! Tujuh puluh peratus tu bersamaan tujuh ratus ringgit!
“Apa lagi, hidangkan makanan cepat!”
“Er… er… kejap.”
Idlan tersengih melihat gelagat Natrah yang terkocoh-kocoh ke ruang dapur. Perasaannya yang bercampur baur itu amatlah tidak dimengertikannya. Entahlah! 

5 comments:

pexx said...

alamak ! suka la dekat idlan ni.
baik je. =)

aFaiSh said...

Aaaaa
Idlan gilaa sudah :p

Anonymous said...

rasanya idlan tu dh suka kat natrah..
tu dia cemburu & angin je..heheh..

MaY_LiN said...

uhuuuuu..
lan jeles ye..
tamaula marah2

hana_aniz said...

hikhik. like2!