Thursday, February 3, 2011

PADA DETIK ITU... : BAB 8

Terhenti pergerakan Natrah yang mahu menyidai pakaian yang baru siap dibasuhnya apabila kedengaran bunyi kunci rumah. Dia memasang telinga. Seketika kemudian kedengaran pintu gril pula ditarik, seterusnya pintu kayu ditolak.
“Kenapa dia balik pulak? Ada apa yang tertinggal ke?!”
Sambil bercakap dengan diri sendiri, Natrah terus mencapai tudungnya dan terus ke ruang depan.
“Kamu  ni siapa?!”
Natrah menelan air liur melihat seorang wanita bertudung litup memandang penuh syak kepadanya. Di belakang wanita itu ada seorang lelaki yang berjambang halus yang turut memandangnya kehairanan.
“Saya… saya Natrah, orang gaji Encik Idlan.”
Tergagap-gagap dia memberitahu wanita itu siapa dirinya. Di dalam otaknya memikir bagaimana mereka berdua itu mempunyai kunci rumah Idlan dan siapakah mereka berdua yang sedang berdiri di hadapannya dan memandangnya dengan pandangan begitu.
“Oh… Ingat bini Along.” Lelaki berjambang itu bersuara dan pantas sahaja Natrah menggeleng.
“Nama saya Rafiq dan ini ibu saya. Ibu Encik Idlan juga.” Perkenal lelaki itu tanpa di pinta. Wajah penuh kehairanan itu bertukar kepada wajah penuh ramah.
Natrah menghulur tangannya menyalami wanita itu.
“Dah lama kerja sini?”
“Er… Dah empat bulan, puan.”
“Nama kamu apa?”
“Natrah.”
“Umur?”
“Erm, dua puluh.”
Natrah masih berdiri tegak di hadapan ke dua-dua tetamu itu. Tertunduk merenung lantai. Ibarat persalah yang sedang disoal.
“Yang kamu berdiri tegak macam tu kenapa? Buat apa tadi?”
“Tengah sidai pakaian, puan.”
“Dah tu pergi sambung kerja kamu balik.”
Natrah angguk.
“Puan dengan Encik Rafiq nak minum apa-apa ke? Saya buatkan.”
“Tak payah susah-susah. Nanti kalau nak minum auntie buat sendiri.”
Natrah angguk lagi dan terus ke ampaian. Menyambung tugasannya yang terhenti seketika tadi. Kekok rasanya membuat kerja bila ada orang bersama. Tambahan pula orang itu adalah ahli keluarga majikannya. Serasa serba tidak kena. Sebaik sahaja selesai menyidai pakaian, Natrah terus ke dapur. Tergaru-garu dia akan kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu mahu membuat apa. Tadi sementara menunggu pakaian di basuh, dia sudah mengemas rumah. Nak memasak terasa awal lagi. Lelaki itu hanya menyuruhnya menyediakan makan malam sahaja. Jadi dia tidak perlu begitu awal menyediakan makanan.
“Tengah hari Idlan balik makan ke?”
Terkejut Natrah bila suara ibu Idlan kedengaran. Nasib baiklah dia tidak memengang apa-apa barang. Kalau tidak mahu terpelanting semuanya.
“Tak. Selalunya saya masak petang sebab Encik Idlan malam je dia makan kat rumah.”
“Kamu tinggal di rumah ni ke?”
“Tak, saya tinggal kat kawasan perumahan belakang tu. Bila Encik Idlan balik, baru saya balik rumah.”
Perlahan sahaja dia menjawab pertanyaan wanita lewat lima puluhan itu. Gugup usahlah cakap.
“Tengah hari nanti kamu masaklah. Auntie nak makan sini. Angah, kamu call Along dengan papa beritahu kita makan kat sini. Natrah masak,” ujar wanita itu kepada Natrah dan anaknya yang leka menonton televisyen.
“Baik boss!” jawab Rafiq dengan kegembiraan.
Natrah yang jadi tidak keruan memikirkan hal itu. Tidak tahu mahu memasak apa malah barang-barang basah seperti ikan dan ayam hanya ada sedikit sahaja. Cukup-cukup untuk Idlan makan seorang hari ini.
“Tapi puan, barang tak cukup. Esok…”
Belum sempat Natrah menghabiskan kata-katanya Puan Rohaya sudah membuka peti ais. Wajah itu tanpa reaksi bila melihat peti ais itu hanya terdapat dua ekor ikan dan dua ketul ayam sahaja serta lobak merah sahaja. Selebihnya minuman kosong dan jus buahan-buahan sahaja.
“Sekejap lagi kita pergi beli. Apa lah dengan budak ni barang nak habis baru nak beli.”
Mendengar perkataan ‘kita’ itu, Natrah sudah dapat mengagak dia juga perlu ikut serta untuk membeli barang dapur itu.
“Ibu, Along nak cakap dengan ibu.”
Rafiq terus menghulur telefon bimbitnya kepada Puan Rohaya. Sempat dia menghantar senyuman untuk Natrah yang berdiri tegak di hujung penjuru dapur.
“Siapa suruh kamu tinggal kunci kat rumah ibu?! Nasib baiklah ibu jumpa orang gaji kamu jer, kalau ibu jumpa orang yang bukan orang gaji kamu… nahaslah kamu! Kamu balik makan tengah hari kat rumah kamu. Ibu nak rasa juga masakan orang gaji kamu ni sampaikan kamu dah jarang nak makan masakan ibu.” Sinis sahaja kata-kata Puan Rohaya. Idlan yang berada di hujung talian sudah tergelak kecil. Cuba menutup perasaannya yang kurang enak saat itu. Bila adiknya menghubunginya tadi dan memberitahu dia bersama ibu mereka berada di kondonya, berderau darahnya. Takut benar dengan reaksi ibunya yang pantang melihat dia membawa perempuan ke rumah.
“Dengar tak ni?”
“Dengar bu. Tengah hari nanti Along balik. Boleh bagi telefon kat Natrah kejap.”
Puan Rohaya menghulur telefon kepada Natrah. Lambat-lambat gadis itu menyambutnya.
“Hello.” Suaranya bergetar.
“Awak okey tak ni Natrah? Ibu saya ada marah awak ke?”
“Erm tak adalah encik. Ibu encik tak ada marah-marah pun.”
Natrah panjangkan lehernya memandang Puan Rohaya yang sudah menghilang ke ruang tamu menyertai Rafiq menonton televisyen.
“Barang-barang nak memasak cukup tak?”
“Tak, encik. Banyak barang dah habis tapi tadi ibu encik ada cakap nak pergi beli.”
“Okeylah macam tu. Pergi Jaya depan tu je. Awak masaklah apa-apa pun. Nanti tengah hari saya balik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Telefon bimbit masih menekup di telinganya walaupun Idlan sudah meletakkan panggilan. Natrah benar-benar kalut memikirkan dia perlu memasak apa untuk makan tengah hari keluarga majikannya nanti.

2 comments:

MaY_LiN said...

aiyok..
jumpa mak mertua

Anonymous said...

mantap r natrah,,fuuhh...