Wednesday, March 16, 2011

PADA DETIK ITU...: BAB 17

Suasana sedikit tegang. Natrah yang berada di dalam situasi itu tunduk merenung lantai. Tidak berani dia untuk memanggungkan kepalanya. Idlan memang marah benar dengan perancangan tersebut. Walaupun Natrah menarik balik keputusannya untuk menerima rancangan Puan Rohaya tetapi wanita bergelar ibu kepada Idlan itu tetap mahu meneruskannya. Wanita itu bertegas sekiranya Idlan tidak menerima Natrah sebagai isteri gadis itu tidak boleh bekerja sebagai pembantu rumahnya. Kata-kata itu yang membuatkan lelaki yang sedia panas baran itu menumbuk dinding konkrit. Kuat dan sakitnya usah dipersoal.
“Kalau kamu tak mahu tak apalah. Ibu dah tak boleh paksa.”
Akhirnya Puan Rohaya bersuara. Cepat-cepat sahaja Natrah panggungkan kepalanya dan memandang wanita lewat empat puluhan yang duduk di hadapannya.
“Tapi… ibu tetap akan bermenantukan Natrah. Kalau Along tak mahu, Rafiq ada.”
Mata Natrah membulat, air liurnya terasa tersekat di kerongkong. Sesaat kemudian pandangannya sudah beralih kepada Rafiq yang turut serta dalam perbincangan itu. Nyata ada garis terkejut di wajah lelaki itu.
“Apa ni bu?!” Bukan Rafiq yang bersuara sebaliknya Idlan.
“Dah kamu tak mahu. Kan ibu dah kata kalau Natrah tak jadi isteri kamu, dia tak boleh jadi pembantu rumah kamu jugak! Jadi, ibu tetap nak tolong Natrah selesaikan hutangnya jadi Rafiqlah penganti. Kamu tak kisah kan Angah?”
“Er.. er… Angah tak kisah. Kalau itu dah pilihan ibu. Lagi pun bukan ke Angah dapat pahala tolong orang dalam kesusahan?” Senyuman Rafiq panjang. Berbalas senyuman dengan ibunya sedangkan Encik Ideris sudah berkerut dahinya. Senang-senang sahaja isterinya menukar pasangan untuk dijodohkan dengan Natrah.
“Angah ni gila ke apa?”
“Apa pulak?! Dah Along tak mahu… apa masalahnya kalau Angah yang tukar tempat dengan Along. Angah memang tak kisah. Cinta tu kan boleh datang lepas kahwin tapi sekarang ni pun Angah dah jatuh cinta dah dengan Natrah ni!”
“Ikut suka lah!” Tinggi suara Idlan berserta langkah pantasnya meninggalkan ruang tamu dan terus keluar. Seketika kemudian, kedengaran enjin kereta di hidupkan dan kereta lelaki itu berlalu meninggalkan rumah tersebut.
Rafiq dan Puan Rohaya saling berpandangan dan memasing menjungkit bahu. Ada senyuman yang terukir di bibir mereka dengan reaksi daripada Idlan. Reaksi yang sudah di duga.
“Ibunya ni kenapa? Dah macam bola si Natrah ni dibuatnya. Sekejap Idlan sekejap Rafiq!”
“Alah, daddy nya tengok lah nanti!”
Puan Rohaya bangun dari sofa dan terus berlalu ke dapur dengan senyuman panjang yang membuatkan Natrah mahu pun Encik Ideris mengerutkan dahi.


“Alhamdulillah Nat, gembira aku tengok kau macam ni. Syukur sangat sebab keluarga Idlan baik hati macam ni. Aku nak tumpangkan kau kat rumah aku memang tak boleh. Kau tahu je lah aku menyewa dengan kawan-kawan lelaki.”
“Tak apalah abang Im, Nat tak kisah pun. Abang memang dah banyak tolong Nat.”
“Kau tahu pak cik kau masih cari kau lagi. Si Minat beritahu aku dua tiga hari ni, pak cik kau dok merayau kat kawasan depan tu.” Sampuk Sarida yang tiba bersama Imran.
“Erm… Sebenarnya ada sesuatu yang Nat nak beritahu ni.” Lambat-lambat butir bicara Natrah.
“Apa dia?” soal Imran yang bagaikan tidak sabar sahaja untuk mengetahui ‘sesuatu’ yang dimaksudkan oleh Natrah.
“Nat akan berkahwin.”
“Hah?!” Suara Imran dan Sarida bersatu. Masing-masing nyata terkejut. Menganga kedua-dua mereka yang duduk berhadapan dengan Natrah di ruang tamu rumah tersebut.
“Dengan siapa? Idlan?”
Natrah geleng. Lelaki itu menolaknya mentah-mentah. Lelaki itu menyatakan dia tidak layak menjadi isterinya. Ah, dia tidak kisah kerana dia sendiri sedar akan kedudukan diri! Malah dia juga tidak punya rasa untuk lelaki itu! Rasanya cukup sekadar rasa hormat seorang pekerja terhadap majikan. Tidak pernah lebih dan tidak pernah kurang.
“Habis tu siapa?”
“Adik Encik Idlan.”
“Hah?! Kau biar betul?! Kenapa adik dia bukan dia? Kenapa? Sebab apa?” Bertalu-talu tujahan soalan daripada Imran. Sarida yang duduk disebelahnya menjadi tukang angguk dengan kerutan bertingkat di dahinya.
“Ibu dia nak Nat kahwin dengan adik dia dan akan tolong jelaskan hutang pak cik Nat.”
“Jadi kau terima? Kenapa ibu dia tak suruh Idlan jer?”
“Manalah Nat tahu. Lagi pun, bagi Nat adik encik Idlan tu okey jugak! Lebih lembut dari Encik Idlan puting beliung tu!”
“Dia ala-ala nyah ke Nat?”
Natrah ketawa lepas mendengar pertanyaan Imran yang sungguh-sungguh itu. Sejak bila pulak lelaki di hadapannya ini lurus bendul sangat. Lembut si Rafiq itu lembut dari segi perangainya bukan dari segi fizikalnya! Apalah yang Imran fikirkan!
“Ada pulak ke situ Abang Im ni. Bukan lembut itulah… lembut kat perwatakan dia. Tak macam Encik Idlan tu semedang naik angin!”
“Ehem… Amboi seronoknya mengutuk saya kan?!”
Natrah menelan air liur. Degupan jantungnya usah cakaplah, pantas sahaja. Imran pula sudah tersengih. Langsung tidak dia perasan akan kehadiran Idlan. Entah dari mana munculnya. Tiba-tiba sahaja lelaki itu berdiri di antara dia dan Natrah. Tidak kedengaran pula kereta masuk ke halaman rumah tadi.
“Kutuk lah lagi. Saya nak dengar ni. Seronok juga kan sesekali dengar orang mengutuk saya macam ni.” Perli Idlan, dia sudah duduk di atas kerusi kayu bersebelahan Natrah. Wajah itu tidak bereaksi marah.
“Mana ada Natrah kutuk kau. Betul apa yang dia cakap tu. Kau tu kan garang tak kena tempat. Ada je yang kau nak bising.”
“Banyaklah kau! Yang awak diam ni kenapa Natrah? Tadi saya tengok bukan main seronok gelak. Nampak hantu?” Langsung Idlan buat tidak peduli dengan kehadiran Imran dan Sarida. Imran hanya menggelengkan kepala. Ingatkan bila kena ‘kutuk’ turun sikit tahap bebelan malah sikap sinisnya. Ini tidak, sama sahaja! Tidak berubah langsung!
“Okeylah, aku dengan Sarida nak balik ni. Dah janji dengan emak budak ni hantar sebelum maghrib. Tak pasal-pasal nanti aku kena ganyang.”
Imran sudah angkat punggung. Bukan mahu melarikan diri dari situasi itu tetapi dia sudah berjanji dengan ibu Sarida untuk menghantar gadis itu pulang sebelum matahari terbenam. Nanti risau pula ibu gadis itu.
Natrah tayang muka simpati. Berharap benar mereka berdua tunggu sekejap. Membiarkan dia berdua-duan dengan Idlan akan mengundang rasa serba tidak kena. Ditambah pula lelaki itu terdengar perbualannya tadi. Bertambah haru jadinya.
“Okey Nat, apa-apa hal nanti telefon aku. Lan, kau jangan nak membebel lebih-lebih. Dia ni kan bakal adik ipar kau!” Imran gelak mengejek. Sebenarnya dia masih tidak percaya dengan kata-kata Natrah tadi. Kalau pun Natrah mahu dikahwinkan kenapa tidak Idlan sahaja yang menjadi pasangannya? Kenapa harus adik lelaki itu?
Selepas berbalas salam, Natrah memerhati kereta yang dipandu Imran meninggalkan halaman rumah. Patutlah tidak kedengaran kereta Idlan masuk rupanya kereta Imran menghadang jalan.
“Jom, jumpa ibu!”
Sebaik sahaja kereta Imran menghilang terus Idlan menarik tangan Natrah supaya mengikutnya. Terpinga-pinga gadis itu dengan tindakan Idlan. Dua hari lelaki itu menghilang terasa aman dunianya. Senyum gembira jadinya. Tetiba hari ini muncul, tidak sampai sejam sudah menghadirkan perasaan tidak puas hati.
“Encik, lepaslah tangan saya ni! Sakitlah!” Suaranya tidak meninggi tetapi tegas. Mendadak Idlan memberhentikan langkahnya menyebabkan Natrah melanggarnya.
“Sejak bila awak pandai marah-marah ni? Sejak nak kahwin dengan Rafiq ni ke?”
Natrah mendengus. Geram dan sakit bersatu.
Badan kalah batu!” dia menggerutu sendirian tetapi kata-katanya itu dapat ditangkap oleh Idlan.
“Tengok tu! Tak sampai seminggu duduk rumah saya, awak dah pandai pulak kutuk saya!”
“Encik…. Mana a….”
“Along… Natrah.. apa bising-bising ni? Sampai ke bilik boleh dengar!”
Berkerut kening Puan Rohaya melihat gelagat Idlan dan Natrah. Pembacaannya terganggu apabila terdengar suara anaknya itu.
“Along nak cakap dengan ibu pasal sesuatu…”
“Pasal apa?”
“Pasal Along dengan Natrah!”
Berkerut dahi Natrah mendengar jawapan Idlan. Apa lagi yang tak selesai ni?!

11 comments:

Cikgu kes0m said...

Arggh..Awat xhbskn..Den nk tao ape y idlan nk habaq..

Pe pn,tbaeklah dear.

nina falina said...

Hahahaha.... ini mesti rafiq dh plan baik dgn ibu dia... sian kt idlan... tk senang duduk bila nat dgn rafiq...

aFaiSh said...

hehehhehee
tu laaidlan.. jual mahal lg suka kata suka agagaggagaa!

hana_aniz said...

hikhik.. kelakar lah idlan ni.. miss nera, sambung la cepat2! huuu

nurafiqah airil said...

alahai idlan..bila natrah dengan rafiq, baru kau gelabah ye? wahaha :D

nda said...

hahaha...msti idlan ckp dia nk kawin dgn natrah...:)

Nurul.Liyana said...

haha...idlan terjerat...pandai btol puan rohaya...tak sabar nak tau sambungannya...

MaY_LiN said...

along nak kawin ngan natrah!!
apa???
teng teng teng..
hikhikhik..
pepandai je

ayuna said...

yey, x saba nak tau khdupan idlan n nat after married,,,next n3...

mama_ariana09 said...

bestnya,,idlan nak kawin ngan natrah,,heehe

Su said...

Baru tau nk gelabah idlan..bunga nk disambar org..pndai ibu idlan wt taktik yea..suka2..