Thursday, May 12, 2011

Lafaz Qabul : Bab Enam

Pagi yang hujan itu membuatkan Soraya berpeluk tubuh. Baju yang dipakainya tidak cukup tebal pula. Ruang medan selera yang terletak di aras satu PPUM itu hanya terdapat beberapa orang jururawat baru habis syif mereka sedang menikmati sarapan.
“Macam mana boleh accident?”
Soal Raif memecah kesunyian antara mereka. Selepas dia kembali dari Surau selepas solat subuh, Soraya memberitahu ada sesuatu yang mahu diberitahu kepadanya. Perkara itu juga yang disebut ibunya semalam ketika dia menghantar ibunya dan Irwana pulang ke rumah. Bila ditanya, ibunya itu meminta dia bertanyakan kepada Soraya sahaja. Sekembalinya ke hospital, Soraya sudah tidur. Tidak sampai hati pula dia untuk mengejutkan wanita yang kelihatan terlalu penat itu.
“Kena langgar dengan kereta. Nak kata laju taklah laju sangatlah tapi tercampak juga Anis. Nasib baik jatuh atas pasir. Kalau tak aku rasa lagi teruk kecederaan dia. Mungkin Anis dah tak bernyawa lagi dah.”
“Bila accident?”
“Tiga hari lepaslah. Kami baru balik dari masjid…”
“Masjid?”
Berkerut dahi Raif mendengarnya. Serasa jelas benar pada pendengarannya Soraya menyebut perkataan itu. Soraya tersengih. Dia sudah tahu Raif seperti ibunya mesti tidak akan percaya.
“Aku sudah berhenti kerja kelab. Lagi pun aku dah tak ada hutang apa-apa dengan Mr. Robert. Datuk Rizal dah tolong jelaskan baki hutang aku dan Anis.”
“Datuk Rizal? Kenapa orang tua tu baik hati sangat tolong korang?”
“Aku dan Anis pernah tolong dia perangkap dua orang pegawai syarikat dia yang berpaling tadah dan khianat. Memang kerja kami ni sesuai sangat perangkap orang. Sampai kau pun terperangkap.”
Soraya gelak kecil. Raif pula masam mencuka. Dirasakan kata-kata Soraya itu tidak lawak langsung. Hidup dan kebahagiaanya diperjudikan oleh dua orang wanita itu!
“Raif…”
Suara Soraya tetiba mengendur. Wajahnya juga serius sahaja.
“Apa dia?”
“Pasal kami perangkap kau tu… bukan niat aku mahupun Anis nak musnahkan hidup kau. Anis memang cintakan kau.. dia jatuh sayang dengan kau sejak hari pertama dia nampak kau kat kelab. Sebab kau tak macam orang lain yang masuk kelab. Kau tak minum arak… kau tak ada sentuh mana-mana perempuan pun… Steven sendiri beritahu aku dan Anis kau tak macam dia… kau datang pun sebab Steven dan Johan.”
“Dan dia harapkan aku balas cinta dia?! Huh!”
“Tak.. tak… Anis sedar diri dia siapa. Dia tahu mummy kau siapa. Kau dari keluarga baik-baik. Dia? Dia anak yatim piatu yang kehilangan keluarga sejak usia tujuh tahun… Dia sering beritahu aku, dia tak layak untuk kau!”
“Habis tu yang kau berdua perangkap aku malam tu kenapa?”
Perlahan sahaja Raif bertanya walaupun dia terasa cukup sakit hati.
“Kalau tak kerana peristiwa tu kami tak akan perangkap kau, Raif.”
“Peristiwa apa?”
Soraya terdiam. Semalam ketika bercerita kepada Puan Rozilah begitu juga keadaannya. Sukar dia mahu membuka mulut. Walaupun bukan dia yang mengalaminya tetapi sebagai kawan dia turut sama derita.
“Sehari sebelum tu Anis cuti. Dia keluar bertemu kawan kami semasa di rumah anak yatim. Aku pulak terpaksa bekerja. Dalam pukul lapan malam tu, Anis balik naik LRT. Dalam perjalanan balik tu… dia ikut jalan short cut. Benda memang dah nak jadi sebab sebelum ni tak pernah-pernah Anis ikut jalan tu. Dia sanggup jalan ikut jauh dari ikut jalan tu sebab gelap. Masa tu lah ada dua orang lelaki tarik dia masuk semak. Anis cerita mulut dia kena tutup dengan sapu tangan.”
“Maksud kau Annisa kena rogol?” Bergetar suara Raif bertanya. Anggukan daripada Soraya itu membuatkan Raif merasakan tubuhnya seram sejuk sahaja.
“Lepas dia kena tu.. jantan-jantan tak guna tu terus tinggalkan dia macam tu jer. Lelaki yang kau nampak dengan tok imam tu yang jumpa dia.. masa tu Anis dah pakai baliklah pakaian dia tapi baju yang dia pakai tu dah koyak rabak. Nasib baik Farid lalu situ… dia yang bagi baju tshirt dia supaya Anis pakai.” Suara Soraya sudah berbaur sebak. Matanya juga sudah bergenang dengan air mata.
“Dah tu kenapa tak pergi buat report? Entah-entah budak lelaki tu yang buat!”
“Annisa tak nak. Dia malu! Kami dah nekad nak cari kerja lain dan duduk di rumah tu. Nanti kalau Annisa buat report  dan tak lama lepas tu orang kat situ perasan Anis pregnant macam mana? Semua orang akan mencaci! dorang akan cakap Anis bukan kena rogol tapi dia sendiri yang bagi lelaki tu sentuh dia!”
“Habis tu yang kau berdua perangkap aku apasal? Aku pulak jadi mangsa! Dah tak mau buat report dan takut malu kena maki pergilah cari rumah lain. Berlambak rumah kat KL ni!”
“Entahlah Raif.. aku minta maaf. Masa tu aku terfikirkan kau je. Aku beritahu idea aku tu kat Anis. Mula-mula dia tak nak tapi lepas aku pujuk dia.. dia bersetuju. Sekurang-kurangnya kalau dia pregnant tentu semua akan anggap anak kau… berbinkan nama kau… dan tak ramailah yang anggap anak tu anak luar nikah.”
“Kau memang gila Sue! Kau tahu tak apa yang kau buat ni salah!?”
Soraya angguk. Dia mengesat air matanya yang laju sahaja mengalir. Beberapa jururawat dan pekerja hospital yang melalui meja mereka tertoleh-toleh.
“Aku ingat walaupun kami perangkap kau, lama-lama kau akan terima juga Anis sebagai isteri kau. Kau akan jatuh cinta dan mencintai dia seumur hidup kau. Tapi Anis beritahu aku, dia hanya akan bersama kau sampai anak tu lahir. Kalau dia tak pregnant, dalam tiga bulan dia akan minta cerai dari kau. Malah dia sanggup berlaku kejam dengan memaki-hamun mummy kau. Dia buat semua tu supaya mummy kau bencikan dia. Ubat yang Anis letakkan dalam minuman kau sampai kau khayal tu memang ubat khayal tapi tak ada apa-apa yang berlaku pada kau dan Anis. Anis buat semua tu supaya kau percaya dia mengandungkan anak kau dan bila dia tahu dia tak pregnant… dia dah bersedia untuk kau lepaskan dia. Lagipun kau ada Irwana.”
“Dia tahu aku dengan Irwana?”
“Ef, dia seorang isteri. Dia tahu bila suami dia ada kekasih. Semuanya dia ceritakan pada aku. Dia beritahu aku setiap kali kau balik rumah, muka kau gembira sangat. Senyum sorang-sorang. Bila dia tegur kau marah-marah. Untuk kepastian, semasa kau mandi dia cek telefon kau. Dia baca semua SMS kau dengan Irwana. Malah gambar Irwana kau jadikan wallpaper hand phone kau tu! Dia menangis bila cerita ni semua pada aku!”
Raif menelan air liur.
“Irwana memang gadis yang baik dan layak untuk kau dan menjadi menantu mummy kau. Dari cara dia pun aku dah tahu dia lebih layak. Aku tak minta kau untuk terus bersama Anis dan menerima dia. Terima kasih sebab sudi bersusah payah datang jenguk dia. Nanti lepas dia sedar, kau dengan mummy kau tak perlulah datang melawat lagi. Tentu Anis akan faham.”
Raif yang tertunduk memanggungkan kepala. Bertemu mata Soraya. Mata gadis itu sudah merah kerana mengangis.
“Aku tahu kau lelaki baik, Ef. Kalau tak kau tak akan batalkan percutian kau di Australia tu. Aku betul-betul berterima kasih dengan kau dan mummy kau. Walaupun masa aku telefon dia tu, dia macam marah tapi tak sangka cepat dia datang melawat. Bila aku ceritakan hal sebenar kepada mummy kau, mummy kau pun menangis. Bila dia masuk bilik Anis, dia cium dahi dan pipi Anis. Kau dan mummy kau memang baik. Aku tak dapat nak balas jasa korang dengan apa sekalipun. Cuma aku boleh janji, aku dan Anis tak akan kacau kau lagi dah lepas ni.”
Soraya sudah menangis teresak-esak. Dia sudah tidak malu diperhatikan. Hatinya benar-benar dicarik sembilu. Kawan baiknya yang sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati itu terlalu banyak menderit. Sedari mereka diperangkap sehinggakan terpaksa bekerja sebagai pelayan di kelab malam milik Mr. Robert sehinggalah ke saat ini deritanya berpanjangan. Soraya tahu Raif seorang lelaki yang baik tetapi dia juga dapat rasakan Raif tidak akan menerima Annisa. Siapa yang mahu beristerikan seorang wanita yang telah hilang kehormatannya?!
“Boleh tak kau cakap hal ni lepas Anissa sedar? Dahlah, air aku pun dah habis. Aku nak balik ke wad. Kau pergilah balik. Doktor Mariam kata kau dah tiga hari tak tidur lena.”
“Tak apa Raif. Kau pergilah balik. Kau mesti penat. Kawan aku datang sekejap lagi. Dia ganti aku jaga Anis sekejap.” Ujar Soraya. Tangisannya sudah mengendur. Dikesat air matanya dengan hujung tudung yang dipakainya.
“Okeylah kalau macam tu.. aku balik dulu. Apa-apa hal telefon aku.”
Akhirnya itu yang keluar dari mulut Raif, sedangkan dia dalam hatinya lain yang dimahukan.




____

terasa panjang pulak nak habiskan di bab 6... hehehe
akan disambung di bab 7.



No comments: