Tuesday, May 10, 2011

Lafaz Qabul : BAB TIGA

Ketawa besar Puan Rozilah mendengar cerita anaknya. Mana tidaknya,selama ini dia mendengar cerita lelaki yang menggunakan cara kotor itu untuk menundukkan wanita ini terbalik pula.
Mummy  gelak kenapa? Benda ni tak lucu pun!”
Puan Rozilah masih lagi ketawa sehinggakan air matanya terasa bergenang di tubir matanya. Yusnita, pembantu peribadinya yang masuk dengan fail yang diminta oleh Puan Rozilah berkerut-kerut dahinya melihat majikannya ketawa sampai ke luar dengarnya.
“Awak letak fail tu atas meja saya. Nanti saya habis dengan Raif nanti saya panggil awak masuk semula.”
Yusnita angguk sahaja. Matanya bertembung dengan mata Raif yang masam mencuka. Sejak lelaki itu berkahwin kerap kali juga dia melihat Raif datang bertandang ke pejabat ibunya tetapi tidak pernah pula lelaki itu datang bersama isterinya. Itu satu lagi yang mendatangkan kemusykilan kepada dirinya, lelaki itu berkahwin senyap-senyap sahaja. Semacam menyembunyikan sesuatu sahaja dari pengetahuan orang lain. Mahu bertanya kepada Puan Rozilah dia segan.
“Tak apalah Raif… dia isteri kamu.. kamu tak mahu layan dia.. terpaksalah dia guna cara tu.”
Ada sisa ketawa yang masih tidak mampu lupus. Bertambah rasa lucu bila melihat riak anaknya yang semacam tidak berpuas hati dan marah dirinya ‘dinodai’ isteri sendiri.
“Perempuan tu ingat dengan apa yang dia buat malam tadi, dia akan dapatkan cinta Raif. Jangan harap. Kalau pun dia pregnant jangan harap Raif akan akui anak tu anak Raif.”
“Ish… yang salah si Annisa bukan anaknya. Mummy tak mahu kamu bertindak melampau. Kita biarkan dia buat apa yang dia nak.. lepas tu kita mula bertindak. Mummy akan pastikan dia tak akan lupakan sampai mati.”
“Maksud mummy?”
“Kita akan cari jalan supaya dia menderita seumur hidup dan menyesal.”


**

“Dah lama you tunggu I?”
Soal Raif seraya mengambil tempat di hadapan gadis berselendang biru merah itu. Sebaik sahaja dia keluar daripada pejabat ibunya tengah hari tadi, nombor yang tidak dikenali tetiba sahaja menghubunginya. Sebaik suara di sebelah sana kedengaran hatinya menjadi girang. Syarifah Irwana Hanim Binti Ahmad Rashid, nama yang tidak pernah dia lupa. Gadis berkulit putih, bermata bulat, beralis sederhana tebal dan berbulu mata lebat mewarisi darah arab daripada ibunya memang sempurna di mata. Gadis itu bukan sahaja cantik tetapi sempurna penampilannya.
“Baru je.”
“Lama tak dengar cerita. Tetiba hilang macam tu. Telefon pun tukar nombor.”
Gadis itu ketawa. Aduh, ketawa itu yang dirinduinya sekian lama!  Kalau dia tahu dahulu gadis itu akan menghilangkan diri dia tidak akan teragak-agak untuk meluahkan segala rasa hati yang terpendam. Adakah ini peluangnya yang ke dua?”
“Maaflah. Family matters. Auntie Ila sihat?”
“Alhamdulillah sihat. Dulu selalu lah dia tanya you tapi bila dia asyik dengar jawapan I yang tak tahu tu dia dah malas nak tanya.”
“Rindu pulak dengan asam pedas ikan pari yang auntie buat.”
“Jemputlah datang. Mesti mummy seronok dapat jumpa you semula. Yalah kan.. you konon-kononnya menantu kesayangannya.”
“Hahaha.. you ingat lagi kan?! Malu I tau bila semua member-member menyakat.”
“Mana boleh I lupa… you tahu berbulan-bulan mummy fikir you kekasih I!”
“Itulah you…siapa suruh tak cari sorang awek.. tak pasal-pasal I kena jadi teman you malam tu.”
“Nak buat macam mana kan! Dah tak ada calon lain dah melainkan you. So,  you sekarang macam mana? Dah kahwin ke?”
Gelengan gadis bernama Syarifah Irwana Hanim atau mesra dipanggil Wana itu melegakan hati Raif.
Single and available lagi lah ni?” Raif cuba menerka.
“Nampaknya macam tulah..”
Hati Raif berbunga. Hilang terus bayangan Annisa dari kotak fikirannya. Mahu dikhabarkan kepad ibunya nanti akan pertemuannya dengan Irwana. Dia pasti ibunya semestinya cukup gembira!

**
Sudah dua bulan lebih berlalu. Hubungan Raif bersama Irwana semakin hari semakin intim. Begitu juga hubungan Irwana dan Puan Rozilah. Manakala hubungan Raif dan Annisa tidak pernah menampakkan sebarang tanda ke arah kebaikan.
Walaupun Annisa mencuba pelbagai cara tetapi Raif tetap tidak dapat menerima wanita itu sebagai isterinya. Malah yang paling menyakitkan hati lelakinya bila Puan Rozilah menghubunginya dan panggilan itu dijawab oleh Annisa, gadis itu berlaku kurang ajar dengan ibunya itu. Dia sendiri mendengar ayat maki hamun yang keluar daripada mulut wanita itu. Apa lagi cepat sahaja tangannya naik ke muka wanita itu.
“Wana….”
“Erm…”
“I ada sesuatu nak beritahu you…”
“Beritahu apa?”
Soal Irwana sambil matanya tertumpu ke arah sekumpulan gadis yang baru sahaja melintasi mereka. Awal pagi tadi Raif menghubunginya dan meminta supaya dia datang ke taman itu. Ada hal yang mahu dibincangkan.
“I dah kahwin….”
“Hah? You jangan nak bergurau dengan I boleh tak Raif?”
“I tak bergurau. I dah berkahwin tapi I tak cintakan perempuan tu. Perempuan tu perangkap I. kalau you tak percaya you boleh tanya mummy.”
Raif mula bercerita dari mula. Dia mahu Irwana tahu sendiri daripadanya. Dia mahu Irwana tahu perempuan bernama Annisa yang menjadi isterinya itu adalah seorang pelacur!
“Teruknya perempuan macam tu! Habis tu you mahu ceraikan dia kalau kita kahwin?”
“I akan ceraikan dia bila I rasa dia dah cukup terseksa. I akan pastikan dia ingat seumur hidup dia sebab dia memerangkap I!”
“Raif… I tak tahu nak cakap macam mana tapi I tak suka you cuba buat semua ni. Lepaskan dia dengan cara elok. Janganlah you balas tindakan jahatnya itu dengan kejahatan.”
“I benci sangat dengan dia Wana! Bukan setakat dia perangkap I supaya kahwin dengan dia… dia perangkap I supaya dia tidur dengan dia! Perempuan macam tu I nak buat baik?”
Irwana mengeluh. Dia tidak pasti sama ada dia suka atau tidak dengan cara Raif. Malah dia masih terkejut dengan pengakuan lelaki itu.

**
Ceraikan I. I dah tak perlukan lelaki macam you. You tak mendatangkan faedah pun pada I. I dah failkan penceraian kita ke pejabat agama. I nak perkara ni selesai cepat-cepat supaya I dapat bersama Datuk Rizal. Dia janjikan I lebih banyak duit daripada you lelaki tak guna!

Panas membara Raif bila membaca nota yang ditinggalkan Annisa. Hatinya menggelegak marah. Nota daripada Annisa itu benar-benar mencabar dirinya. Benarlah tekaannya selama ini pelacur itu hanya mahukan duitnya sahaja. Bila tidak berjaya dia mencari umpan baru!
Terus dia capai kembali kunci kereta dan memandu keretanya ke rumah Soraya. Dia tahu Annisa berada di situ. Dia mahu memberi ingatan kepada Annisa, Annisa tidak boleh pergi sesuka hati selagi dia belum puas menyeksa perempuan itu!

No comments: