Tuesday, July 25, 2017

Pesimis itu Aku.

Senyuman lebar aku berikan untuk Daniel yang semakin menghampiri tetapi nyata senyuman lebar aku ini tidak diambil peduli oleh lelaki itu. Pandangannya terus kepada Shima yang duduk di sebelahku. Bila Daniel mengambil tempat berhadapan dengan Shima dan bersebelahan Kak Gee terus aku pura-pura membelek telefon bimbitku. Dan senyuman lebar aku tadi menghilang. Entah kenapa aku selalu lupa diri. Selalu terlebih teruja berbanding orang lain. Daniel pun kenal aku kerana Shima dan Kak Gee. Di tempat kerja pun jarang-jarang terserempak. Kalau terserempak pun dia nak senyum dengan aku pun hendak tidak hendak sahaja. Selalunya dia sengih dan anggukkan kepala sahaja. Dan akulah yang jadi malu sendiri.
You nak join tak tengok Ghostbusters? Sempat lagi ni kalau nak beli tiket lagipun mesti tak penuh.” Pelawa Shima dan tanpa berfikir panjang Daniel terus bersetuju. Mereka terus menerus bersembang dan ketawa Daniel membuatkan hati aku bertambah sakit. Entahlah kenapa aku tetiba menjadi emosi. Sedangkan aku dan Daniel tiada apa-apa hubungan.
You all masuk dululah. Sekejap lagi I masuk.” Beritahu Daniel sebelum dia menghilang. Akupun lajulah melangkah masuk ke dalam panggung setelah tiket diperiksa. Kali ini aku mahu duduk ditengah antara Kak Gee & Shima. Sebabnya aku tidak mahu terasa hati lagi Daniel tak duduk sebelah aku. Aku ketawakan diri sendiri di dalam hati. Terasa bodoh pulak diri aku ni!
Tapi akhirnya Shima yang duduk ditengah disebabkan Kak Gee masuk dari sebelah kiri dan aku dari sebelah kanan. Tadi aku sengaja membiarkan Shima masuk dahulu dan kemudiannya aku. Rupanya rancangan aku tidak menjadi dan paling membuatkan aku berdebar sebaik sahaja aku mengambil tempatku ada susuk tubuh yang aku kenal benar mengambil tempat di sebelahku.
“Bukan nombor seat you sebelah Kak Gee ke?” soalku kepadanya.
“Mana-mana pun bolehlah, Sya. Bukan ramai pun.” Shima terlebih dahulu menjawab dan Daniel dengan wajah selambanya memandang skrin di hadapan.
“Ini kau kongsi berdua dengan Daniel. Aku dengan Kak Gee.”
Shima hulur bungkusan popcorn & air pepsi kepadaku.k
“Air pun?” soalku sedikit kuat.
“Itu kalau korang tak kisahlah!” Kak Gee ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri.
It’s okay. I tak minum air bergas.”
Aku mencebik dan sepanjang tayangan filem aku langsung tidak ambil pusing dengan cerita yang ditayangkan. Betapa tidak selesa duduk di sebelah Daniel. Badanku terasa berpeluh walaupun aku pasti penghawa dingin di panggung ini cukup sejuk. Ahhhh, aku tak suka dengan keadaan sekarang! Serasa mahu angkat kaki keluar sahaja!

***
Esok pagi, aku terserempak dengan Daniel di hadapan lif. Dia pandang aku, aku pandang dia. Masih terasa dengan ‘layanannya’ semalam, aku sekadar anggukkan kepala terus pandang ke hadapan. Dan seminggu jugalah aku terserempak dia di hadapan lif walaupun aku sudah sehabis daya cuba mengelak. Yang aku peliknya, selalu dia dan Shima mempunyai jadual kerja yang sama tetapi tidak minggu ini.
Something happen?”
Hari ke tujuh Daniel menegur aku ketika kami sama-sama memasuki lif. Hanya kami berdua. Aku pandang ke arahnya kemudian gelengkan kepala.
“Pelik. I tengok macam moody jer. Selalunya muka happy go lucky jer!”
“Perli ke apa?”
Dia senyum. Itulah pertama kalinya aku merasakan dia senyum dengan aku. Hati terasa berbunga-bunga tetapi cepat sahaja aku sedar diri.
“Kenapa pulak I nak perli you? I cuma pelik. Shima dengan Kak Gee ada bagitahu sejak dari lepas tengok movie hari tu mood you tak baik.”
Aku telan air liur. Shima dan Kak Gee perasan ke? Ish, yang pergi beritahu Daniel buat apa?
“Tak ada apa-apa pun.”
“Ker mood datang bulan?” kali ini dia sudah tergelak. Nampak jelas lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Aduhai…
“Takde maknanya.”
Lif terbuka di tingkat dua belas dan aku terus keluar tanpa sebarang kata.


***
Hari Rabu. Hari ini aku bercuti. Bertukar cuti dengan Raj kerana dia mahu bercuti pada hari Jumaat yang sepatutnya hari cutiku pada minggu ini. Disebabkan kebosanan di rumah, aku keluar seorang diri. Dari satu kedai ke satu kedai di dalam pusat beli belah aku masuk.
Hendak dijadikan cerita aku ternampak dengan Daniel. Dia bersama seorang wanita cantik tinggi. Memang sepadan mereka berdua. Saat mata aku dan Daniel bertentang tanpa sedar aku menjelingnya dan terus memandang ke tempat lain. Kakiku atur memasuki sebuah kedai pakaian dan jadi berdebar dengan tingkahku sendiri. Aahhhh!
Dan esoknya, aku terserempak dengan Daniel di hadapan lif. Dia mahu masuk dan aku mahu keluar. Aku buat-buat tidak perasankannya tetapi sebaik sahaja aku keluar daripada lif namaku dipanggil
“Sya, I nak cakap dengan you sekejap.”
Langkah aku terhenti dan dadaku berombak kencang. Janganlah dia tanya pasal semalam!
“Erm ada apa?” aku toleh ke arahnya.
“Ikut I.”
Aku mengikutnya menuju ke arah kawasan rehat terbuka yang selalu menjadi tempat lepak dan rehat kakitangan syarikat. Terdapat beberapa lelaki yang sedang bersembang sesama mereka.
“Ada apa?” soalku tidak sabar.
you ada masalah dengan I ke?” soalnya serius.
“Tak de.”
“Habis tu semalam tu apa?”
“Apa yang tu?”
“Jangan buat tak tahulah, Sya. Yang you jeling I semacam tu? Lepas tu, I perasan you bad mood sejak I join you tengok movie minggu lepas. Seingat I... I tak pernah ada masalah dengan you.”
“Ha.. betullah tu. you tak pernah ada masalah dengan I. Kita pun bukan kenal samgat.”
“Habis tu?”
“Tak ada kena mengena dengan you pun. Jadi jangan serabutkan kepala you.”
“Yang semalam pun tak ada kena-mengena dengan I?”
“ Er.. tak ada. I terjeling je tu...”
“Ke you jealous? you suka I kot?”
Mata aku sudah terbeliak dengan serkap jarang Daniel. Dia pulak boleh ketawa besar. Lucu baginya mungkin. Aku pandang ke arah sekumpulan lelaki tadi tetapi nsmpaknya mereka tidak peduli dengan ketawa Daniel.
“Me.. mengarut. Tak ada sebab untuk I sukakan you.”
“Well, you tak perlukan sebab untuk sukakan seseorang. Tapi kekadang perbuatan kita dan instinct orang yang kita suka tu yang buat orang lain sedar.”
“Terbelit-belit,  mengarut dan perasan.” Balasku.
Daniel mencebik sambil angkat bahunya. Dia bangun dari duduknya dan mencapai beg galas dan helmet yang di letakkan di atas meja.
“Okeylah I dah lambat. Hurm, ada orang beritahu ada orang tu tetiba tak nak join bowling sebab I ada. Yang peliknya sebelum-sebelum ni orang tu yang excited kalau tahu I ada.”
Daniel ketawa dan terus berlalu tanpa menoleh ke arah aku yang sudah kaku mendengar kata-katanya.
SHIMAAAAAAAAA!



Waktu rehat itu aku memilih untuk tidak keluar makan. Sebaliknya aku sekadar meembancuh air kopi panas dan makan biskut sahaja. Tidak ada selera untuk makan dek kerana memikirkan pertemuan aku dengan Daniel semalam. Semalam bila aku ceritakan kepada Shima dan Kak Gee rasanya bergegar rumah dengan gelak ketawa mereka berdua. Menurut Shima dia terlepas cakap dengan Daniel bila lelaki itu bertanyakan perihal aku yang tidak ikut serta bermain bowling lewat malam beberapa hari yang lepas.
Wana Adillah reply on comment that you’re tagged in
Bernard Wong, Munif Ahmad and 22 other people ....
Daniel Hakim replied....
Terbeliak mataku melihat akaun facebook penuh dengan notifikasi. Terdapat tujuh belas permintaan untuk menjadi rakan yang kesemuanya rakan Daniel. Aku klik pada notifikasi yang menyatakan Daniel telah tag diriku di statusnya.

The more you hide your feeling, the more they show. The more you denied your feelings, the more they grow. ~Sumnan Quotes >Aisyah Ahmad

Ahhhh, Daniel memang melampau! Apa yang dia fikir? Geram betullah aku!
■Wana Adillah : Dah datang dah mat romeo. I ingat dah lama terjun sungai. Hahaha. Serious Note: If you love her, go for her. Jangan lambat nanti melepas.
■Bernard Wong : I tertinggal train ke? Tak dengar any gossip pun. Serious Note: She’s my anak buah. Be good to her or satu tingkat 17 tu I amuk. 😑
■Aizat Abdullah : Wah ada berita terbaru! Menangis lah secret admires kau semua. Hahahaha. Aku pun nak serious note jugak: Kau dah tua, bak kata mak kau. Kahwinlah bai. Takde lah aku yang asyik kena menjawab dengan mak kau.
■Gee Harun : Shima Yusof kau tahu cerita ni? Pandai budak tu simpan rahsia dri kita kan? Siaplah kau balik nanti!  Serious Note jugak : Daniel & Sya, korang berdua hutang sesuatu dengan kami. Malam ni, datang menghadap ok?!
 □Shima Yusof : Hahaha.. Kak Gee lambat pick up. Saya dah lama terbau. Tapi depa memang kena datang menghadap malam ni. 😎
□Daniel Hakim : 😆😆😆
Aku terus keluar daripada facebook dan menghubugi Daniel melalui messenger.
“Hello…” suara di hujung talian kedengaran gembira. Aku jadi geram pulak mendengarnya.
“Apa kena dengan you ni, Daniel? Suka hati you nak tag I macam tu? you tahu tak disebabkan status you tu tetiba I dapat 17 friend requests dari perempuan yang I langsung tak kenal.”
“Hei... bertenanglah. Cakap perlahan-lahan.”
You nak I bertenang macam mana? I boleh agaklah yang hantar friend requests tu sebenarnya nak tengok siapa I. So bolehlah dorang nak condemn I. Dan you yang tetiba up status tu kenapa? Nak tunjuk I jealous dan terhegeh-hegeh nak kat you ke?”
Aku sudah tidak peduli dengan kehadiran beberapa orang rakan sekerjaku di pantri. Lantaklah mereka nak kata apa. Daniel sudah melampau. Dia ingat aku kemaruk sangat nak kat dia!
“Okey pasal friend requests tu nanti I beritahu kawan-kawan I jangan kacau you. Dan I minta maaf kalau status I tu buat you fikir macam tu. I cuma nak mengusik you je dan tak ada niat tak baik. Satu lagi kalau you baca semua komen tak ada pulak yang mengata you, semua positif.”
“Oooh you nak mengusik I? Sebab apa? Sebab you rasa kelakar? Atau you rasa seronok kenakan I? I memang jealous tapi you jangan nak fikir sebab I teringin sangat dengan you. I jealous dengan ramai orang jadi pada you, I sukakan semua orang tu lah ye?”
 Suara aku yang sedikit kuat tadi tiba-tiba perlahan. Aku jadi emosi tetiba. Aku rasa seperti aku ini menjadi bahan ketawa Daniel. Memang salah aku! Aku yang ibarat perigi mencari timba. Aku yang begitu teruja setiap kali Shima atau Kak Gee memberitahu Daniel akan ikut serta bila kami keluar bersama. Aku juga yang teruja mahu berborak dengan Daniel sedangkan dia sikit pun tak berminat nak berborak dengan aku. Jawapannya acuh tidak acuh. Dan akulah yang menghantar permintaan untuk menjadi rakannya di facebook.
“Sya, I’m so sorry okay? Macam I cakap tadi I tak ada niat tak baik pun. I tak rasa kelakar ataupun seronok pun kenakan you.”
“Dah tu apa?”
“I tak tahu. I tak tahu, okay? Let’s meet up lepas you habis kerja. You habis pukul 7 kan?”
“OT hari ni sampai pukul 10. Tak payah nak jumpalah. Lebih baik you terangkan dekat Kak Gee dengan Shima. I malas nak terangkan apa-apa. you yang mulakan. Dan terangkan juga dengan kawan-kawan you  tu yang  I dengan you tak ada apa-apa hubungan.”
“Okey. Pasal tu jangan risau. I cuma risaukan you. Jangan sampai you maki customers dah la.” Daniel ketawa lagi. Tak sampai lima minit pun dia serius.
“Tahulah I. you ingat I baru kerja ke?” Ketawa Daniel kedengaran lagi.
“ Dahlah rehat I dah habis. Disebabkan you, I tak makan! Okeylah.. Assalamualaikum.”
Aku tamatkan panggilan sebelum sempat Daniel berkata apa-apa. Aku matikan telefon boimbitku dan mug berisi air kopi yang masih panas aku bawa ke mejaku.
“Kau okey tak?” Soal Raj bila aku mengambil tempat dudukku di sebelahnya.
“ Okey je, kenapa?”
“Taklah. Tadi aku tengok bukan main marah lagi. Lepas tu aku tengok facebook, budak Brazil tu ada tagged kau. Kau dengan dia couple ke?
Budak Brazil yang dimaksudkan oleh Raj itu adalah Daniel disebabkan Daniel menjaga akaun pelanggan dari Eropah.
“Mengarut. Dahlah, sambung kerja. Nanti aku cerita.”



“Sya!”
Aku menoleh bila kedengaran namaku di panggil. Daniel, berbaju t-shirt putih, berseluar trek dan berselipar menghampiriku. Rambutnya yang selalu tersisir rapi diikat tinggi. Macam apa lagi aku tengok!
“Jom makan”
“Erk?! I dah janji dengan Liza. Terima kasih jelah.”
“Eh tak apalah, Sya. Aku tak kisah. Lagipun aku tak lapar. Aku pergi dulu.”
“Liza!”
Thanks, Liza.”
Liza sengih sambil angkat tangannya sedikit. Laju sahaja dia melangkah meninggalkan aku dan Daniel.
“I nak balik. Kalau you nak makan, makanlah sorang.”
“Teman I boleh? I lapar sebab dari malam tadi tak makan.’
“Bukan masalah I. You kan banyak kawan yang boleh ajak makan. Takpun call je mana-mana perempuan mesti ramai yang sanggup teman you.”
“Tapi I nak you bukan mana-mana perempuan tu.”
You ni kenapa Daniel? Apa motif you sekarang ni?”
“Tak ada motif apa pun. Okey, kalau you tak nak temankan I makan tak apa. Erm, mungkin I kena up status kat facebook kot untuk pujuk you?”
Jangan nak buat gila Daniel!”
“Jadi pilih makan dengan I malam ni atau you nak I up status?”
“Gila!”
Daniel ketawa girang. Seronok benar agaknya ‘mengugut’ aku begitu. Dengan terpaksanya aku mengikut langkahnya ke kedai mamak yang berhampiran. Waktu-waktu begini kedai mamak ni penuh dengan pekerja SDAV. Seperti aku agak banyak mata yang memandang aku dan Daniel. Daniel pulak buat muka selambaanya. Nasib baiklah Daniel mengambil tempat di dalam restoran di bahagian hujung yang memang jarang ada orang berminat untuk duduk kecuali kalau sudah tiada tempat di bahagian luar.
“Betul you tak nak makan ni?”
Aku angguk. Hilang habis selera aku dengan sikap Daniel. Bila fikirkan balik rimas sungguh aku kalau dapat kekasih macam Daniel.
You beritahu I sekarang Daniel, apa yang you nak daripada I?”
“Tak ada apa-apa. Cuma pengakuan you.”
Pengakuan apa?” Soalku sedikit kuat sampaikan orang di meja sebelah memandang pelik.
You sukakan I. You love me.”
Kali ini aku ketawa. Ketawa disebabkan kerana rimas dan geram dengan Daniel. Kenapa penting sangat pengakuan aku? Apa yang dia nak buat sekiranya aku mengaku yang aku sukakan dia? Dia mahu canang satu dunia dan malukan aku?
“Tolonglah Daniel! I jeling you.. I excited bila you ada.. bukan bermakna  I sukakan you. You buat macam I ni terhegeh-hegeh sukakan you. Susahlah I nak terangkan dengan you ni. Bukan setakat you yang tak faham. Semua orang tak faham dengan I dan I tak minta you atau sesiapapun faham I. Tapi I nak you tahu I tak pernah mengharap apa-apa dari you.”
Aku. Aku Nurul Aisyah Ahmad yang selalu cemburukan orang lain. Aku cemburu melihat orang lain ada kekasih, cemburu melihat pasangan bahagia. Aku cuma ada Kak Gee dan Shima. Itupun bukan selalu dapat berkumpul kerana aku dan mereka berlainan jadual kerja. Kawan-kawan yang lain sekadar kawan-kawan di tempat kerja. Kawan-kawan zaman sekolah aku tidak ramai dan kesemuanya sudah berkeluarga. Aku yang masih sendirian. Bila ada yang bertanya bila aku mahu berkahwin jawapan aku sekadar sebuah senyuman. Mungkin aku tidak cukup kuat berdoa untuk jodohku. Mungkin Allah ada perancangan lain.
“Cuba cerita dengan I supaya I faham. I nak cuba faham apa yang you rasa dan lalui.”
“Untuk apa? you tak perlu nak faham I dan minta maaf sebab jeling you dan apa sahajalah yang you rasa I salah.”
“ Okey, biar I berterus-terang dengan you. I tak pernah excited bila ada perempuan tunjuk minat dengan I. Pada I, I memang tak suka perempuan yang mulakan dulu. Dan I tahu your  jealousy...
“I tak jealous pun...”
“Okey... Okey... you tak jealous.. you cuma cemburu...”
“Daniel!”
“Hahaha... biar I habis cakap dulu... please?! Okey? you marahkan I kan masa kita tengok movie hari tu? Dan you punya moody hari tu Kak Gee bagi tahu yang paling teruk. I pun perasan sebab you macam tak selesa masa I duduk sebelah you then masa kita makan lepas tu you langsung tak bersuara. you sibuk sangat belek handphone you.”
Lagi?”
“Dan I pasti you marahkan I bila you nampak je I dekat lif you tak macam biasa. you bukan Aisyah yang akan senyum lebar bila nampak I... okey... bukan I sorang... tapi you dah tak join Shima dan Kak Gee main bowling macam biasa.”
“Ni you nak buktikan kan I ada perasaan dekat you ke apa? Biar I jelaskan dengan sejelas-jelasnya okey? I tak marahkan you... I marahkan diri sendiri sebab I yang macam terhegeh-hegeh kononnya nak friendly dengan orang yang langsung tak pedulikan I. Okey? Jelas? Tak perlu nak serabut otak you fikir yang I marahkan you.”
“Okey.. okey... kalau macam ni sampai tahun depan tak habis. I tak tahu apa yang you lalui dan apa yang you rasa sebenarnya tapi I pasti you perlukan seseorang bukan? I akan jadi seseorang tu untuk you. Not only as a friend but... someone lebih daripada tu.”
“Apa yang you mengarut ni? I tak faham.” Degupan jantungku waktu itu usah cakaplah. Tubuh badanku serasa panas tetiba walaupun kipas angin ligat berpusing di atas kepalaku.
“I nak jadi boyfriend ... dan kalau Allah izinkan I nak jadi suami you.” Daniel senyum lebar. Sedangkan aku rasa mahu pengsan mendengar kata-katanya.
You jangan nak main-main, Daniel!”
I am serious. Ke you nak I propose you with candle light dinner, a bouquet siap cincin baru you percaya?”
Aku tidak berkata apa-apa. Masih tidak percaya dengan apa yang baru diungkap kan oleh Daniel.
“I tak main-main tapi I nak beritahu you yang I akan resign from SDAV dalam dua bulan lagi dan akan mula kerja tempat baru lepas tu.  Tapi I akan dihantar ke Dubai enam bulan untuk training.  Jadi you punya banyak masa untuk fikir.”
“Hah?!”


“Kau tak pergi jemput Daniel ke? Dia balik hari ni kan?”
Aku gelengkan kepala. Biarlah ahli keluarga Daniel yang datang mengambilnya. Lagipun aku segan untuk bertemunya setelah setahun tak bertemu muka. Tempoh enam bulan yang dijangka oleh Daniel dilanjutkan kepada setahun. Dalam tempoh itu aku dan dia memang jarang bertukar-tukar mesej. Apatah lagi bercakap di telefon. Nak kata seminggu sekali berbalas mesej pun susah. Dan kerana itu juga aku tidak merasakan Daniel serius dengan kata-katanya lebih setahun yang lalu. Pada Shima dan Kak Gee malah kepada sesiapa sahaja yang bertanyakan hubungan aku dengan Daniel jawapan aku antara kami tidak lebih daripada kawan.
Dan aku lihat gambar-gambar di facebook yang dimuat-naik oleh kawan-kawannya yang turut ke Dubai, Daniel kelihatan rapat dengan gadis cantik berwajah persis wanita Arab. Bukan sekali dia aku lihat gadis itu memuat naik gambar merek berdua. Aku senyum sahaja bila Shima mahupun Kak Gee menyatakan rasa tidak puas hati terhadap wanita itu.
Hari ke tiga Daniel pulang ke Malaysia, tiada satupun panggilan mahupun mesej daripada lelaki itu. Aku kawal diri dari memulakan dahulu kerana aku tidak sanggup kecewa bila panggilan mahupun mesejku tidak berjawab. Mungkin pada Daniel aku tidak penting dan aku tidak menyalahkannya. Aku wanita biasa-biasa yang tiada apa yang menariknya berbeza dengan gadis-gadis yang selalu didampinginya. Orang kata bagaikan langit dengan bumi. Aku dan Daniel ibarat Pipit dengan Enggang. Aku sedar diri.
Petang itu, Shima dan Kak Gee yang baru balik dari kerja menyuruh aaku bersiap. Kata Shima, Daniel akan datang mengambil kami sekejap lagi kerana ada majlis makan-makan di rumah kakak Daniel. Bila aku tanya majlis makan-makan untuk apa mereka sekadar menjawab tidak tahu cuma yang datang bukan kami bertiga sahaja. Aku mulanya menolak untuk pergi kerana pada aku Daniel seperti menjemput kawan-kawan kumpulannya semasa di SDAV sahaja tetapi setelah di desak oleh mereka aku mengalah. Sebaik melihat kelibat Daniel, jantungku berdegup kencang dan sepanjang perjalanan ke rumah kakaknyaa aku diam membisu.
Sebaik memasuki rumah teres dua tingkat itu kami diperkenalkan kepada emak dan kakak Daniel. Dan aku rasa dunia aku kosong bila aku diperkerkenalkan kepada Athirah, gadis yang aku lihat gambarnya dan Daniel di facebook. Serasa mahu menangis. Kecewa! Jadi benarlah telahanku! Inilah sebabnya Daniel banyak berdiam diri dariku.
Akhirnya aku buang jauh-jauh rasa kecewa dan sedih itu. Ini bukan masa untuk aku bermain perasaan sendiri. Aku tidak mahu sesiapa pun sedar akan keadaan aku. Lalu aku cuba ukir senyum dan pura-pura ikut serta mereka berbual.
“Akak nak tanya awak sesuatu boleh? Kakak Daniel toleh kebelakang. Waktu ini hanya kami berdua di dapur kerana yang lainnya ke tingkat atas bersolat Maghrib. Hanya kami berdua bercuti.
“Tanya apa kak?” soalku gugup.
“Kamu tahu siapa girlfriend Daniel?”
Terus jantungku hilang rentak. Bekas bihun goreng yang maahu dihidangkan aku pegang kemas. Nafas aku tarik dan lepaskan perlahan.
“Erm tak tahulah saya kak. Kenapa? Dia ada cakap dia ada girlfriend ke?”
“Dia kata malam ni nak perkenalkan dengan emak calon isteri.”
Aku senyum sedikit. Pasti itu bukan aku!
“Saya tak tahu sangat  pasal tu lagipun dia tak ada beritahu apa-apapun.”
“Daniel tu memang perahsia. Awak jangan beritahu dia yang akak tanya ni...”bisik kakak Daniel. Aku senyum sambil anggukkan kepala.

Malam itu aku sedaya upaya untuk senyum dan berbual seperti biasa tetapi sesekali aku memandang ke arah Athirah yang jelas begitu ramah dengan emak dan kakak Daniel. Emak dan kakak Daniel juga begitu selesa dengan Athirah. Siap emaknya membahasakan dirinya dengan Athirah sebagai ibu.
Bila Athirah dan rakan-rakan sekerja Daniel mahu balik emak Daniel siap berpesan kepada Athirah untuk selalu datang ke rumah. Aku jadi cemburu tapi segala perasaan itu harus aku buang jauh-jauh bila aku teringatkan perbualan aku dengan kakak Daniel di dapur tadi.
Sepanjang perjalanan pulang aku sekadar berdiam diri. Sebenarnya tiada sesiapa yang bersuara. Tidak tahu sama ada Kak Gee dan Shima kepenatan atau kekenyangan. Hanya kedengaran lagu Inggeris daan Melayu berselang seli daripada kereta Daniel.
“Sya, I nak cakap dengan you sekejap,” ujar Daniel sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan rumah. Aku pandang Shima yang duduk di sebelahku, mengharap dia menolak permintaan Daniel bagi pihakku.
“Kalau korang nak bercakap apa-apa jangan di dalam kereta ni.” Suara Kak Gee yang kedengaran dan serentak dengan itu Kak Gee dan Shima keluar dari kereta. Aku pun teragak-agak turun.
You nak cakap hal apa?” soalku bila Kak Gee dan Shima melangkah masuk ke dalam kawasan rumah. Mereka mengambil tempat di bangku panjang yang terletak di luar rumah.
You marahkan I?”
Aku geleng.
You langsung tak tegur I pun tadi. Dahlah I balik Malaysia pun you langsung tak peduli.”
Tersengih aku mendengar kata-kata Daniel. Dia seperti menyalahkan aku. Sedangkan dia boleh sahaja menghubungi aku terlebih dahulu. Kenapa aku yang perlu memulakan semuanya? Adakah dia seronok bila aku yang memulakan terlebih dahulu?
“I yang tak peduli atau you yang tak peduli? Kenapa I yang kena pedulikan you sedangkan you langssung tak peduli? Dan kenapa I perlu peduli bila you happy je?” aku memberanikan diri mempersoalkan Daniel.
“Siapa kata I tak pedulikan you? I Cuma agak busy dan I nak tengok you rindukan I tak!.”
“Atau you nak tengok I terhegeh-hegehkan you ke tak? Kan?”
“Apa yang you mengarut ni, Aisyah?”
Suara Daniel sedikit kuat dan buat pertama kali seingat aku dia memanggil nama penuhku.
“Dahlah, Daniel. I tak tahu apa motif you tapi I harap you berhenti buat I macam ni. You dah ada awek pun kan? Jadi I tak nak ada apa-apa hubungan dengam you.”
“Hah? Awek? Ni siapa yang buat cerita dekat you ni?”
“Tak perlu pun sesiapa cerita dengan I. Mata I ni masih terang dan I bukan budak-budak yang tak faham apa-apa. Kalau nak kenakan I pun remove I dari friend list you, tak adalah I nak nampak semua tu!”
Aku cuba mengawal emosi walaupun aku dapat mendengar sendiri intonasi suara aku yang cuba menahan rasa sebak. Aku cuba untuk kuat supaya Daniel tahu aku bukanlah perempuan yang terlalu lemah.
“Maksud you apa ni? I betul-betul tak faham.”
“Tak apalah, you tak perlu faham apa-apa. Cuma berhenti buat I macam perempuan murah.”
Aku senyum. Senyuman yang aku cukup pasti cuba memujuk dan membohongi diri aku sendiri. Aku pasti Daniel pura-pura tidak memahami dan aku malas untuk cuba fahamkannya.
You nak I tanya Kak Gee dengam Shima ke?”suaranya kedengaran serius. Aku pandang Daniel dan jelas raut wajahnya yang mencerut masam.
“Tak perlulah libatkan orang lain! You dah ada Athirah dan I rasa ada baiknya you setia dengan dia daripada you buang masa dengan I. You tak rasa rugi ke kalau you kehilangan dia atau you fikir dia akan tetap dengan you sebab you boleh yakinkan dia yang you terpaksa dengan I sebab I yang terhegeh-hegeh nak you jadi boyfriend I.”
Daniel sudah mendegus. Aku dapat melihat rona wajahnya yang kemerahan. Sama ada dia marah dengan telahan aku yang betul atau tidak aku tidak pasti.
“Tolong jadi perempuan yang confident dengan diri you sendiri boleh tak? Dan I dengan Athirah tak ada apa-apa hubungan melainkan kawan.”
Suara Daniel yang kuat membuatkan aku kurang selesa. Kak Gee dan Shima juga kelihatan turut memandang kami. Aku hampir pasti ada jiran yang mendengarnya.
“Kawan? Entahlah Daniel, I tahu tak semestinya kalau you keluar berdua dengan dia dikira you dengan dia dating tapi kalau dah asyik berkepit berdua bukan setakat I yang akan fikir bukan-bukan semua orang akan fikir yang sama. Lagipun I tak nampak pun yang ni penting bagi you. Selama you dekat Dubai boleh kira dengan jari berapa kali you mesej I. Itu pun tak sampai 10 jari ni pun you yang mulakan dulu. Jadi you tanyalah diri you Daniel... apa yang you rasa bila you ada kat tempat I?”
Dia mendengus lagi. Jelas wajahnya yang tidak berpuas hati dengan kata-kataku.
“Dahlah Daniel. I tak mengharap apa-apa daripada you. Jadi ada baiknya you tak perlu susah-susah nak jelaskan apa pun dengan I. You dengan hidup you, I dengan hidup I. Bolehkan?”
Tanpa menunggu jawaapan daripada Daniel aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Panggilan Kak Gee aku biarkan tak bersahut. Aku nekad tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Daniel. Bukan aku terlalu terdesak mahu berlaki sekalipun persoalan tentang perkahwinan sentiasa diajukan. Biarlah!


Hampir dua minggu berlalu, seperti dugaku Daniel diam membisu. Tipu jika aku katakan aku tidak kecewa tetapi aku sudah biasa. Sudah biasa sehingga rasa kecewa aku itu tidak lebih daripada rasa kecewa. Kecewa yang bukan marah. Kecewa yang bukan sedih.
Daniel mungkin menyedari bukan aku yang dia mahukan. Dia bukan mahukan aku untuk menjadi kekasihnya jauh sekali menjadi isterinya. Mungkin selama ini dia rasa teruja bila mengetahui aku menaruh minat terhadapnya. Dalam berpuluh-puluh gadis yang mahu mendekati dan memiliki hatinya dan aku yang ‘terpilih’ bukan kerana dia berkongsi rasa itu dengan aku.
Kak Gee dan Shima bagaikan mengerti. Sekali sahaja mereka bertanya dan jawapan bisu aku menjadi nokhtah pertanyaan mereka. Hidup aku teruskan seperti adanya Daniel dan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Nombor telefon Daniel dengan separuh rela aku buangkan dari dalam rekod senarai rakan di telefon bimbitku dan senarai rakan facebookku. Lebih baik begini dari aku terus makan hati.

I nak jumpa you esok. I tahu esok you off day. Jumpa I.dekat restoran shop lot area rumah you pukul 10am. Kalau you x datang, I akan cari you dekat rumah.

Walaupun nombor telefon bimbit Daniel sudah aku buang tetapi beberapa kombinasi nombor telefonnya masih aku ingat.

Nak buat apa? I malas nak keluar.
Then I come to your house?
Untuk apa?
I perlu cakap dengan you.
Pasal?
Kita
Apa lagi yang x settle?
Semuanya belum settle
Dahlah Daniel. I malaslah nak serabutkan otak ni.
I tak kira. Esok jumpa I!
Apa masalah you ni? Tak faham bahasa?
I faham dan I minta maaf kalau I buat you terasa. I tak ada niat macam tu.
I dah maafkan you jadi tak perlulah jumpa.
I hate this feeling. I Cuma nak confirmkan.
Confirmkan apa?
I have something for you... my feeling.
STOP IT DANIEL!
Bagi I peluang, please?!
Utk apa? Maaf Daniel I dah malas bagi peluang pada orang yang akhirnya I yang sakit hati? I Cuma berangan berimpian dan I tak minta semua tu jadi kenyataan.You adalah salah satu angan2 I tapi I bukan maksudnya I nakkan you.
Aisyah, boleh tak you datang esok?Please?
Sorry Daniel. Tolong faham blh?
I need you.
Athirah ada. Mak you pun sukakan dia. You tak perlukan I.
ATHIRAH? She is my friend. Nothing more nothing less. I tak pernah ada perasaan dengan dia. Kalau I nakkan dia pun belum tentu dia nakkan I. Dia ada seseorang yang dia sayang dan orang itu bukan I. I boleh bagi no.hp Athirah & you sendiri confirm dengan dia.
Tak payahlah. Kalaupun betul I tak peduli. Biarkan I bagi jawapan... perasaan something you tu Cuma perasaan you yang teruja bila ada perempuan macam I ni tunjuk minat dekat you. Bukan something yang maksudnya you sukakan I.
I on my way to your house. 15min.
????
I nak jumpa you malam ni. I sampai I msg you.
I tak nak jumpa you.
Tiada jawapan balas daripada Daniel. Aku terlalu geram dengannya sehinggakaan aku campak telefon bimbitku ke lantai. Sikap Daniel mengingatkan aku kepada  lelaki-lelaki yang hadir ke dalam hidupku sebelum ini. Semuanya suka memaksa dan berperangai kebudak-budakan. Membuatkan aku rimas dan menyampah.
“Kak Sya,  Ani rasa kawan akak kot kat luar. Lelaki.” Beritahu Anita, rakan sebilikku yang baru balik dari kerja pada perkiraanku.
“Tunggu kak Gee atau Kak Shima kot.” Balasku sambil mengutip telefon bimbitku yang berada di atas lantai. Bateri telefon bimbitku terpelanting ke bawah katil.
Anita tidak berkata apa-apa sebaliknya selepas menyalin pakaian uniformnya dia turun ke tingkat bawah. Aku biarkan telefon bimbitku tidak di on.
Tidak sampai sepuluh minit kemudian kedengaran pintu utama rumah di tarik. Kedengaran suara Suhana, Patricia dan Ashikin yang menyewa bilik utama bersama Juliza, staf hospital yang sama dengan mereka.
“Kak Sya ada ke kat atas? Kawan dia nak jumpa tu.”
“Aik tadi akak bagitau Kak Sha, dia kata bukan nak jumpa dia.  Korang naik bagi taulah Kak Sya. Boyfriend dia kot.”
Hendak sahaja aku menjerit dari tingkat atas menidakkan serkap jarang Anita tetapi berat mulutku untuk bersuara. Aku buat-buat tidak dengar perbualan mereka bila Patricia muncul di hadapan pintu bilikku yang tidak ditutup.
“Kak, ada orang tunggu akak dekat luar. Erm, saya tengok macam tak sihat. Pakai sweater tebal... suara pun dengar macam orang sakit. Kesian kak.” Ada sengihan di hujung bicara gadis Sabah itu.
“Yelah, akak turun. Tapi akak nak bagitau dia bukan boyfriend akak.”
“Iya kak. Saya faham. Baik akak turun sekarang nanti pengsan dekat depan tu tak pasal-pasal kami kena jadi nurse terlebih tauliah pulak!”
Aku menjeling Patricia yang sudah ketawa. Sebaik sahaja Patrica berlalu masuk ke biliknya aku terus turun ke tingkat bawah. Anita dan Suhana pandang aku sekilas sebelum memusatkan pandangan ke arah peti televisyen.
“Ingatkan nak bagi I tidur dekat depan rumah you malam ni.” Suaranya kedengaran sedikit serak. Wajahnya pucat dan hidungnya kelihatan merah.
“Niat hati memang macam tu. Dah tahu sakit nak jugak keluar. Duduk rumah tak boleh ke?”
Dia ketawa kecil.
“I tak boleh sabar nak tunggu esok. Takut you lari daripada I.”
Aku mencebik.
“Jadi sekarang you dah confirm dah ke pasal perasaan you tu? Boleh I masuk sekarang?”
You kalau marah boleh tahan jugak ya?”
“Mana ada marah. Cuma malas sesakkan fikiran ni. Banyak benda nak kena fikir. Lagipun you kan tak sihat, nanti pengsan kat depan ni siapa yang susah?!”
Kali ini Daniel ketawa. Aku pandang dia yang seperti menahan sejuk. Jangan menjadi kenyataan kata-kataku tadi sudahlah!
“I nak jadi boyfriend you.”
Aku angkat kening bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata itu daripada mulut Daniel.
“Bukan boyfriend…  but your partner… your husband…”
“I rasa you punya demam ni affect fungsi otak you agaknya.” Aku ketawa kecil, cuba menutup rasa gugup yang bertandang.
“I demam sebab I fikirkan you sejak hari tu.”
“Yelah tu. Macamlah I percaya.”
“Terpulanglah tapi I cakap yang betul. I tahu sekarang ni you masih marahkan I tapi I akan pastikan you akan terima I jugak. This time, I will be the one to get your love. I akan jadi lelaki terakhir dalam hidup you.”
“Sejak bila you kalah pelakon Korea ni. Gelilah I dengar!”
“Sejak I tengok you keluar rumah tadi.”
“Gila! Dahlah, pergilah balik. Dah start hujan dah ni. Nanti bertambah demam tu pulak.”
“I akan balik lepas you temankan I makan. Bolehkan? I laparlah. Kedai belakang tu jer.”
Melihat dia yang begitu aku menjadi tidak sampai hati menolak. Kami makan di restoran yang terletak berhampiran rumahku. Dalam demam begitu, habis jugak semangkuk tomyam campur dan sepinggan nasi.
“I tak akan lepaskan you. Jadi you kena ingat jangan rapat dengan mana-mana lelaki selagi you tak bagi jawapan pada I.” Ujar Daniel sebaik sahaja kereta yang dipandunya berhenti di hadapan rumahku.
“Jadi nanti kalau I terima you, you akan sekat I berkawan dengan lelaki lain? Macam tu?” Tanyaku sekadar menduga.
Depends. I tak kisah kalau you tahu your limits.”
Jadi selama ni you tengok I ni macam perempuan yang tak tahu…”
“Sayang… Okay, I’m so sorry. I salah. Maksud I, I tahu you tahu limits you cuma jangan rapat. Okey? You tahukan maksud I?”
Aku diam. Masih tidak mempercayai yang apa yang aku dengar. Adakah begitu senang Daniel memanggil begitu?
“Lah, kenapa diam pulak?”
“Erm.. Tak ada apa-apa. I masuk rumah dululah. Lama-lama dalam kereta ni orang cakap apa pulak.”
“Okey, Cuma jangan salah faham maksud I tadi.”
“Okey. Assalamualaikum.” Ucapku sambil membuka pintu kereta.
“Waalaikumussalam. Esok I call you.”


I Cuma nak kita berkawan shj. X lebih dari tu
Pesanan itu aku kirim kepada Daniel melalui Whatsapp keesokan paginya. Dari sepanjang-panjang yang aku taip akhirnya itu sahaja yang aku hantar. Telefonku bergetar dan nama Daniel tertera di skrin. Aku tidak punya rasa mahu menjawab panggilan tersebut. Akhirnya dia membalas pesananku.
Apa maksud u?
I tak nak fikir hubungan kita ni lebih dari kawan.
U marahkan I?
X
Dah tu?
I rasa ni yg terbaik utk u dan i.
We need to talk f2f
Tlg daniel! I tak nak jumpa u.
U cuba larikan diri dari i.
Terpulang apa yang nak u fikir dan i minta maaf sebab I tak mampu percayakan u.
Sya... bagi I peluang ok?
Pesanan itu menjadi pesanan terakhir antara aku dan Daniel. Aku bukan mahu bermain tarik tali ataupun menjual mahal. Aku Cuma tidak cukup yakin Daniel akan jatuh cinta dengan aku. Aku tidak mampu membuang perasaan kurang yakin dengan diri aku sendiri tambahan pula bila aku yang mula-mula seperti sukakan dia.
Lebih seminggu aku menghilangkan diri. Aku mohon cuti kecemasan dan bernasib baik cuti aku diluluskan dek kerana cuti tahunan aku masih berbaki sepuluh hari.
“Bukan ni caranya kau berhadapan masalah, Nur. Kau lari macam ni... sampai bila pun tak selesai. Dan aku paling tak suka dengan perangai kau yang satu ni. Dari dulu kau tak pernah berubah. Kau tak yakin dengan diri kau. Kau terlalu banyak fikir yang bukan-bukan. Pada aku tak ada masalahnya kalau kau sukakan dia lebih daripada dia sukakan kau dan dia sukakan kau sebab kau sukakan dia. Dia pilih kau dari perempuan-perempuan lain yang kau kata sukakan dia. Cuba kau fikir balik, ikut logik akal kau. Perempauan-perempuan lain tu lebih cantik dan menarik daripada kau. Belajar tinggi, gaji besar tapi kenapa dia pilih kau yang pada kau tak cantik, belajar takat SPM...budak kampung!? Kau sendiri cakap dia bukan lelaki yang suka permainkan perempuan jadi aku tak fikir dia nak mainkan perasaan kau. Belajar terima diri kau, Nurul. Kau fikir arwah ayah dengan arwah emak kau.. kaalau dorang masih hidup seronok tengok kau macam ni?”
Aku senyum sahaja mendengar omelan Najihah. Aku kehilangan emak dan ayah seawal usia aku dua belas tahun. Walaupun aku kemudiannya tinggal dengan keluarga Pak Long yang tidak pernah menyisihkan aku tetap tidak betah dan sentiasa merasakan kehadiran aku banyak menyusahkan Pak Long dan Mak Long yang perlu membesarkan lima orang anak kandung mereka sendiri dan aku hanya dengan rezeki menoreh getah.
“Aku nak sangat tengok kau bahagia dan enjoy hidup kau tanpa perlu terlalu negatif terhadap diri kau sendiri. Tak salah kau mencuba dan bagi peluang untuk dia. Kalau kau tak cuba kau tak akan tahu. InshaAllah aku yakin dia akan sayangkan kau... cintakan kau... lebih daripada kau sukakan dia. Yang perlu kau lakukan sekarang cuba bagi peluang dan ruang. Jangan fikir bukan-bukan. Belajar terima diri kau dan dia seadanya. Boleh tak?”
Aku toleh ke arah Najihah. Raut wajahnya penuh pengharapan. Aku senyum sedikit sebelum kembali memandang ke hadapan. Aku bangun dari dudukku dan melangkah ke gigi pantai. Najihah menyertai aku kemudiannya.
“Kau tahukan kau kawan aku yang paling memahami. Kita jarang berjumpa tapi kau sentiasa ada untuk aku. Dan sekarang giliran aku pulak. Tak kira apapun keputusan kau, aku tetap akan sokong kau. Tapi aku berharap aku akan dapat kad kahwin dari kau dan Daniel!”


“Boleh tahan jugak kau punya bawak diri sampaikaan aku dengan Kak Gee pun tak boleh jejak kau. So sekarang kau okey tak?”
“Okey je. Janganlah risau aku pergi jalan-jalan makan angin je.”
“Mana boleh tak risau? Kau tu tetiba buang tabiat. Kau tahu tak Daniel tu dah jadi orang sasau cari kau. Yang jadi mangsa kami tau!?”
“Bukan Kak Gee dengan Kak Shima je... habis kami semua kena.” Sampuk Anita dengan senyum lebarnya.
“Jangan nak bagitahu dia ya aku dah balik!”
“Tak payah siapapun bagitahu. Tu ha... dah tercegat depan pagar tu. Dia tahu akak dah balik.” Muncul Suhana dari muka pintu.
Aku pandang Shima yang sudah tersengih dan angkat bahunya.
“Pergilah jumpa dia, Sya. Tak baik tahu buat orang macam tu.”
Aku mendengus perlahan. Aku masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Daniel. Aku tidak tahu keputusan yang harus aku buat.
“Betul kata Kak Gee tu. Pergilah selesaikan masalah korang. Rimaslah aku nak mengadap dia hari-hari pasal kau.”
Aku paksa diri aku keluar menemui Daniel.
“Seronok bercuti?” Soal Daniel sebaik sahaja aku menghampirinya. Aku hanya menjeling kerana aku pasti dia memerliku. Daniel senyum sedikit tetapi senyumannya nampak tidak ikhlas.
You pergi mana? Handphone off!”
Bercuti kenalah off handphone.”
Bercutilah sangat! Bukan you cuba larikan diri daripada I?
Aku diam tanpa menjawab. Rasa canggung.
“I tak tahu macam mana nak cakap lagi.”
Agak lama kemudian barulah Daniel bersuara.
“Kalau macam tu.. I masuklah.”
“Aisyah...”
“Erm...”
“I tak tahu nak buat apa lagi untuk buat you bagi I peluang. Memang I yang bersalah sebab buat you jadi macam ni kan?”
You tak salah apapun, Daniel. Mungkin I yang salah. Mungkin jugak kita sama-sama salah. Jadi you tak payah nak serabutkan diri you. Lupakan apa yang berlaku antara kita.”
“I dah boleh agak apa yang you nak cakap.  Okay.... kalau itu yang you nak.... I pun tak boleh nak terus paksa you kan? Jadi I hormat keputusan you dan mulai saat ni kita cuma kawan.”
Mendengar bait-bait terakhir kata-kata Daniel membuatkan seperti separuh daripada diriku kecewa.
“Kenapa diam?” soalnya
Aku senyum sedikit. Senyuman yang pastinya canggung tapi aku pasti perasaan ini untuk ketika ini sama macam selalu. Sama macam bila Daniel tidak memperdulikan kehadiran aku dulu. Sama macam sesiapa sahaja yang hadir di dalam hidup aku dan kata-kata mahupun perbuatan mereka menghiris perasaan aku. Sedangkan kekadang aku pasti mereka tidak pernah berniat begitu. Aku seorang yamg terlalu emosi!
“Aisyah...”
“Okeylah kalau macam tu. I masuk dululah.”
Aku berikan senyuman untuk Daniel dan terus melangkah masuk. Dan itulah kali terakhir aku bertemu dengannya. ‘Kawan sahaja’ juga turut berkubur.

Setahun kemudian dia muncul di hadapan aku. Dalam senyuman yang nyata pada penglihatanku cukup janggal.
“Mana you tau I kat sini?” soalku setelah mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya.
“Kak Gee...” jawabnya pendek.
“Oh.. okey.”
You sihat?”
“Sihat je...”
Diam membisu. Sedangkan di dalam fikiran aku sekarang ini bermacam-macam soalan yang ingin aku hamburkan.
You macaam tak sihat je I tengok.”
Akhirnya aku bersuara setelah di langsung tidak ada tanda-tanda ingin membuka mulut. Matanya ralit memandang sekumpulan anak-anak bermain di pantai.
Pandangannya beralih kepada aku dan senyuman terukir di bibirnya.
“Sihat je. Mungkin penat sikit. I berniaga sendiri sekarang ni.”
Aku tahu itu. Semuanya dari Kak Gee yang rajin menyampaikan cerita walaupun aku tidak pernah bertanya.
“Kak Gee mesti dah beritahu you kan?”
Aku senyum sedikit sambil menganggukkan kepala.
You seronok duduk sini?”
“Bolehlah.”
“Tak nak ikut I balik KL?”
“Buat apa?”
“I dah bagi you masa cukup lama kot sampai Kak Gee kata kalau lagi lama I akan melepas.” Senyumannya semakin melebar. Dan aku seperti selalu buat-buat tidak faham.
“Tak fahamlah...”
“Tak faham atau buat-buat tak faham, Sya? Setahun ni hubungaan kita tergantung macam tu je. I mengaku yang hampir semuanya salah I. Apapun alasan I.. I rasa semuanya macam tak guna. Tapi I percaya sekarang antara I dengaan you... kita ada sesuatu. Maksud I, I tak pernah rasa I akan tunggu atau ingat seseorang tu kalau dia tak ambik kisah pasal I. Tapi dengan you lain.”
“Lain macam mana?”
“Entah. I tak tahu. I tak pandai nak terangkan dengan you tapi I betul-betul perlukan you. Boleh tak you bagi I peluang? I akan cuba sedaya upaya I untuk gembirakan you. Bolehkan?
Erm... I.. I.. tak tahu nak cakap apa... macam... terlalu mengejut... you datang sini tetiba I...”
“Macam I cakap tadi... apapun alasan I tak guna... dan I minta maaf kerana tu. I sendiri pun bila fikir semula, I tak tahu kenapa I buat semua tu.”
“You tak perlu minta maaf.”
“Jadi... Aisyah... bagi I peluang ya?”
“Bagi I fikir dulu... I tak tahu... you datang jumpa I tiba-tiba selepas setahun lebih you diam macam tu je. I jadi keliru dengan sikap you macam ni dan I jugak keliru dengan diri I sendiri. I tak tahu sama ada I ada perasaan pada you sama macam pasangan yang lain. You pun macam tak percaya dengan perasaan you terhadap I,” aku luahkan rasa yang berbuku di hati. Dia merenung aku lama. Mungkin ini pertama kali dia mendengar aku bercakap lebih panjang daripada biasa.
Dia berdehem sambil menggaru keningnya.
“Aisyah… I tak tahu macam mana mahu yakinkan you tapi I yakin dengan diri I sekarang ni yang I mahukan you sebagai isteri I dan I yakin perasaan I pada you sama macam pasangan lain. Boleh tak I minta you berhenti bersikap tak yakin dengan diri you sendiri? You macam banyak sangat berfikir yang bukan-bukan. I nak you bahagia macam orang lain. Bagi I peluang untuk bahagiakan you…”
Entah kenapa aku rasa sebak tiba-tiba. Aku tunduk memandang meja bagi mengelakkan Daniel melihat air mataku.
“Tapi I tak janji I akan jadi romantic macam drama tv tu… tapi… you jangan risau I akan sentiasa ingat tarikh-tarikh penting kita… macam hari ni…”
Aku dongakkan kepala memandang dia yang tersenyum.
You menangis?” senyumannya serta-merta menghilang.
“Taklah.”
“Tipu. Dengar suara you pun I dah tahu. Kenapa you menangis?”
“Tak ada apalah.”
“I tak suka you macam ni. Semuanya nak simpan sendiri.”
“Betul tak ada apa-apa. Apa maksud you dengan hari ni?”
Senyumannya kembali terukir di bibirnya.
“Hari ni hari yang sama tiga tahun lepas I offer diri I untuk jadi boyfriend you.”
Dahiku berkerut-kerut. Tidak ingat bila dan ketikanya.
“Hari yang sama I up status kat Facebook. Ingat?”
“Malas nak ingat!”
Dia ketawa.
“Masih marah lagi pasal tu?”
Aku menjeling sahaja sebagai jawapan.
"I rindu tengok you jeling I macam tu.”
“Mengarut!”
“Betullah. Aisyah…. I serius untuk jadikan you isteri I. I tak main-main dan perasaan I pada you pasti.”
“Daniel…”
“Tolong percayakan I kali ni. Atau kalau you tak percaya, I akan cari Pak Long you dan I akan minta family I hantar rombongan meminang.”
“Daniel…”
“I akan pastikan perasaan you terhadap I pun sama dengan I dan kita akan kahwin lepas tu bahagia macam orang lain.”
“Macam mana lepas kita kahwin you rasa I tak layak untuk you?”Soalku dalam nada suara sedikit bergetar.
Dia menghela nafas kasar.
“Masalah sekarang ni bukan you tak sukakan I kan? Masalahnya you terlalu fikir negatif pasal diri you! You tengok I ni perfect sangat luar dalam ke? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, Aisyah. You kena yakin dengan diri you sebelum you nak orang yakin dengan diri you.”
Cakap senanglah…” getusku. Mataku sudah kembali bertakung. Perasaan bertahun-tahun ini tak mungkin hilang dalam sekelip mata. Perasaan itu terlalu menebal di dalam diri aku yang aku rasa tidak mungkin hilang dengan apa cara sekalipun. Aku akui aku tidak pernah percaya akan diri sendiri. Aku tidak pernah yakin. Aku sentiasa memikirkan pujian dari orang sekeliling sekadar cara mereka berbaik denganku. Cara mereka menjaga hatiku!
“I tak suka tengok you menangis macam ni dan I tak tahu nak buat apa. Tolong Aisyah… I memang tak reti pujuk-pujuk… tapi I nak you tahu I akan cuba terima segala kekurangan you tapi dengan syarat you kena bagi diri you peluang. Kita cuba dan serahkan semuanya pada ALLAH.”
Kali ini suara itu perlahan dan lembut dipendengaranku.  Raut wajahnya benar seperti berharap dan air mataku yang cuba aku tahan mengalir deras.
“Alah… janganlah menangis macam ni… Aisyah…”
Aku tundukkan kepala sambil mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurung. Aku tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.
“Aisyah…”
You janji tak akan menyesal?”
“InshaALLAH tak selagi you janji dengan I yang you tak akan sembunyikan apapun perasaan you daripada I.”
Entahlah…”
“Tengok tu!”
Aku ketawa untuk pertama kalinya. Aku rasa tidak salah aku memberi peluang dan ruang untuk aku sendiri. Aku perlu mencuba dan yakin dengan diri sendiri dan juga Daniel. Seperti mereka yang merasa bahagia dan disayangi walaupun dengan kekurangan, aku juga berhak untuk melalui perkara yang sama. Aku ingin juga bahagia dan rasa disayangi! Aku mahu menjadi optimis! InshaALLAH aku boleh!


2 comments:

  1. hai kak nera!

    lamanyaaaaa saya tak jenguk nukilan-nukilan kak nera. macam biasa, nukilan akak memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hana..
      Terima kasih ye..tak perasan ada komen. 😅

      Terima kasih sebab dari dulu lagi dok menyokong akak. 😘😘

      Delete

terima kasih!♥