Saturday, August 21, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 6

Pagi itu, langkah panjang dan muncung sedepa Samra kelihatan sebaik sahaja dia masuk ke pejabat. Mulutnya terkumat kamit. Soleha yang sedang leka menambah bedak di muka berkerut-kerut dahi memandang wanita itu. Itulah pertama kalinya, dia melihat Samra berkeadaan begitu selepas tiga tahun.
“Sam…”
Baru sahaja dia mahu bertanya dia melihat Idham yang menerpa masuk. Di tangan lelaki itu ada beg tangan hitam yang Soleha kenal benar pemiliknya.
“Kalau ya pun you marahkan I, beg tangan ni jangan pulak tinggal.”
Soleha memasang telinga. Berpura-pura membelek muka di cermin kecil. Dia langsung tidak mendengar suara Samra. Marah benar agaknya Samra dengan Idham. Di benaknya timbul pelbagai persoalan. Persoalan yang hanya Samra dan Idham sahaja tahu jawapannya.
“You buatlah muka macam tu. Berkurang pahala puasa you satu hal. Satu hal lagi kunci kereta you jangan harap I nak kembalikan semula!”
“Idham! Awak ni memang dah melampaulah!”
“Siapa yang buat I macam ni?!”
“Dah berapa kali akak nak beritahu….”
“Ulang sekali lagi?! I tak dengar you cakap apa!”
Hai ni dah lain macam jer bunyinya ni?!  Samra memang tak pernah melenting! Idham pula jarang sekali nak turun ke tingkat satu hanya kerana untuk berbual dengan staff! Rapat dengan budak-budak HR memanglah jauh sekali! Ini dengan Samra macam ada sesuatu jer! Soleha sudah membuat andaian-andaian sendiri.
“Kak Soleha!”
Tersentak sedikit Soleha bila namanya di panggil Idham. Dalam tersentak itu dia pelik kerana buat pertama kalinya Idham memanggilnya kakak. Selalunya pakai ikut sedap mulut dia sahaja memanggil dia dengan nama semata.
“Awat?”
“Dalam pukul sembilan nanti, semua orang dah masuk office saya ada announcement.”
“Announcement apa? Kamu nak kahwin ka?”
“Tunggu je tapi akak kena pastikan Samra tak pergi mana-mana!”
“Idham! Jangan nak buat gila boleh tak!?”
“Siapa nak buat gila ni?! I Cuma nak beritahu sesuatu je. Kalau you nak kunci kereta you datang ke bilik I. Selepas pukul sepuluh!”
Terus sahaja Idham tinggalkan Samra yang sudah merah padam kerana terlalu marah. Habis di campaknya beg tangan ke lantai. Takut jadinya Soleha melihat keadaan Samra. Pantas sahaja dia menghampiri wanita itu.
“Kenapa ni Samra? Marah-marah macam ni? Apa yang Idham tu buat dengan kamu?”
“Tak ada apalah kak! Dasar perangai budak tak cukup umur!”
Soleha tersenyum mendengar kata-kata Samra. Disentuh perlahan bahu wanita itu. Dia sedar ada air mata yang bergenang di mata Samra. Dia pasti antara Samra dan Idham ada satu hubungan istimewa.
“Kenapa marah sangat? Buat kurang pahala puasa je. Ceritalah pada akak, mana tau beban dalam diri tu kurang sikit. Belum pernah akak tengok kamu marah macam ni. “
“Idham itulah…”
Samra berjeda di situ. Cuba meminggir rasa sebak yang semakin menguasai diri. Selebihnya dia berfikir patutkah hal itu dikhabarkan kepada Soleha. Rasa malu dengan wanita yang sentiasa cuba membantunya sedari dulu.
“Kenapa dengan dia?! Cerita pada akak dan akak janji hal ini antara kita berdua jer.”
Samra pandang jam berbentuk kapal laut di mejanya. Kurang dua puluh minit lagi pukul Sembilan. Semalam sudahlah terpaksa berbuka dengan Idham, lelaki itu mengambil kunci keretanya pula. Sudahnya, lelaki itu membuat syarat gila. Kalau mahukan semula kunci itu, kena bersahur dengannya pagi tadi. Kalau tidak mahu, kunci itu akan dikembalikan hujung minggu ini sahaja. Mulanya dia buat tidak kisah. Kalau tidak ada kereta dia masih boleh menggunakan pengangkutan awam tetapi lelaki itu memang seorang pendesak yang berjaya.  Seawal pukul empat pagi, panggilan telefon daripada lelaki itu sudah masuk ke senarai pemanggil.

I dekat depan rumah you. You nak I bunyikan loceng sampai you keluar atau I menyanyi lagu rock kat  depan ni!

Bila panggilan telefon tidak berjawab, Idham menghantar pesanan ringkas. Waktu itu Samra sudah bangun, mahu memanaskan nasi yang di masak semalam. Oleh kerana berbuka di luar hari sebelumnya untuk sahur itu dia sekadar mahu menggoreng telur dadar.
Tidak mahu Idham terus membuat gilanya, pantas sahaja dia mencapai kunci rumah. Tersenyum lelaki itu bila melihat Samra berada di hadapannya. Lelaki itu menghulur bekas makanan kepada Samra.
“Apa ni?”
“Lauk. Ayam masak kicap dengan sayur kalian. Ambillah untuk sahur.”
“Kenapa susah-susah?”
“Taklah susah. Ada makanan lebih kat rumah. Bukan I yang masak pun.”
“Ni Am dah sahur belum?”
“Belum. Orang tu tak mahu sahur dengan kita.”
“Am…”
“Gurau jerlah. Okeylah, I nak balik. Janji dengan member nak sahur kat mamak.”
“Perempuan?”
“Cemburu ya?”
“Perasan! Tanya je.. tak nak jawab sudah!”
“Lelakilah. You tinggal berdua je kan? Cukup kan lauk tu?”
“Cukup sangat. Kunci kereta ak…”
“Hah, sebut lagi perkataan tu!”
“Kunci kereta mana?”
“Ada tapi kat rumah. Esok pagi I ambil you. Kat office baru I bagi.”
“Idham!”
“I tak dengar!”
Lelaki itu pura-pura tidak mendengar. Terus melangkah tanpa menoleh sedikit pun. Itulah penyebab Samra marah sampai sekarang. Menambahkan rasa marah, lelaki itu tetap tidak mahu memulangkan kunci keretanya.
“Samra… Samra… akak punya tunggu kamu bercerita… kamu boleh termenung pulak! Sat lagi bebudak tu masuk apa pun tak ada. Cepatlah! Kamu saja nak bagi akak tertunggu-tunggu!”
“Idham ajak saya kahwin, kak!”
“Hah!”
Air mata Samra sudah mengalir saat itu. Entah kenapa reaksi Soleha yang sebegitu membuatkan dia sedih tetapi dia sudah menjangka reaksi begitu.
“Lah kenapa menangis pulak ni?! Kamu terima dia tak?”
Samra sekadar menggeleng. Bukan mudah untuk dia menerima lafaz cinta Idham yang hadir secara tiba-tiba. Lagi pula, perasaan pada lelaki itu tidak pernah ada. Dengan segala perbezaan yang ada, dia tidak berani mahu memberikan harapan mahu pun peluang.
“Kamu reject dia?”
Diam tanpa jawapan. Air matanya dikesat dengan tisu.
“Kamu berdua bercinta dari dulu atau Idham terus ajak kahwin?!”
“Dia terus ajak kahwin.” Jawab Samra setelah lama berdiam diri.
“Kenapa tak terima? Akak tengok dia tu okey apa! Semuanya ada. Orangnya pun baik. Seingat akak, selama dia berkerja kat sini tak pernah dengar pun cerita tak baik pasal dia. Dari cara dia akak dapat rasakan dia mampu menjadi seorang suami yang baik.”
“Dia bujang saya ni janda kak!”
“Apa masalahnya?! Idham tahu kan kamu ni pernah berkahwin?”
Samra angguk.
“Habis tu apa masalahnya?”
“Saya tak mahu orang mengata saya yang bukan-bukan. Akak tengoklah Idham tu macam mana. Saya ni macam mana. Macam langit dengan bumi. Macam enggang dengan pipit.”
“Ada masa kamu kena fikir pasal diri kamu. Jangan nak dengar sangat cakap orang. Mulut manusia ni sampai kiamat pun tak boleh tutup. Selalu sangat yang suka tengok kita ni jatuh dari gembira.”
“Am tu lebih muda dari saya. Saya tak suka orang tuduh saya tak sedar dirilah. Nak kikis duit dialah. Tak pasal-pasal nanti ada yang kata saya ni macam mak Idham pulak!”
“Inilah masalah kamu. Suka sangat merendahkan diri sampai macam ni. Umur kamu baru tiga puluh. Beza dengan Idham tu tiga tahun je. Kalau kamu selesakan diri kamu dengan Idham, akak tak nampak pun kamu ni macam emak dia. Cuba jangan nak menghukum diri sendiri.”
“Saya takut kak…”
“Apa yang kamu takutkan?! Cuba beri peluang pada diri kamu dan Idham tapi sebelum itu mintalah banyak-banyak pertunjuk dari ALLAH. Moga digerakkan hati itu untuk membuat keputusan yang betul. Apa sahaja keputusan yang kamu buat pada akak itu hak kamu. Cuma jangan membuat keputusan tanpa berfikir dengan sebaik-baiknya. Nanti melepas kamu yang akan menyesal.”
“Amboiii… seronoknya borak! Sampai kami masuk pun tak sedar!”
Serentak itu kedua-dua wanita itu memandang ke arah suara Nora. Soleha menggelengkan kepalanya melihat Nora yang membeliak-beliak matanya.  Sungguh dia tidak berkenan dengan perangai Nora. Tidak sampai dua tahun berkerja sudah tunjuk perangai yang menjengkelkan. Tidak jadi dia mahu memperkenalkan gadis itu dengan anak saudaranya.
“Kamu yang tak beri salam. Manalah kami ni nak sedar!”
“Alah saya beri je salam, akak je yang tak dengar!”
Soleha tidak mahu terus bertikam lidah dengan Nora. Buang masanya sahaja. Terus dia melangkah ke mejanya. Nora mencebik sebelum pandangannya beralih kepada Samra yang pura-pura membelek fail.
Telefon di meja Soleha berbunyi, terus sahaja Soleha menjawabnya. Perlahan sahaja dia bercakap dengan pemanggil. Seketika kemudian, gagang telefon diletakkan semula ditempatnya.
Tidak sampai dua minit, muncul seorang lelaki memakai baju biru dan berjeans hitam di hadapan pintu. Di tangannya ada sejambak ros merah dan sekotak coklat. Nora sudah teruja melihat itu semua.
“Bukan untuk kamu. Untuk Samra!” beritahu Soleha, terus hilang senyuman di bibir Nora. Soleha pula yang tersengih. Samra sudah berkerut dahi.
“Wahhh Kak Samra, semalam dapat coklat hari ini Idham bagi bunga sekali!”
Muncul Wirda dari belakang lelaki yang masih menunggu tuan empunya bunga dan coklat itu menerimanya. Nora mencebik. Dia langsung tidak percaya Idham yang memberinya.
Perlahan-lahan Samra bangun dari kerusi dan menghampiri lelaki itu. Selepas bunga dan coklat bertukar tangan, lelaki itu menghulur sekeping kertas untuk ditandatangani oleh Samra.
“Hah, panjang pun umur you! Wah Idham, you ni romantiklah! Semalam coklat. Hari ini ada bunga sekali!”
Sebaik lelaki penghantar itu pergi, muncul Idham yang terpinga-pinga mendengar kata-kata Wirda. Jambangan bunga di tangan Samra dicapainya. Sekeping kad berbentuk hati yang terselit disebalik jambangan bunga itu turut dicapai.
Hello sweetheart,
A lot of love just for you.
~IM.~
“Siapa I.M?”
“Bukan you ke? Idham Mustafar?” soal Wirda. Nora sudah tersengih. Entah-entah dia sendiri menghantar bunga tu. Lepas tu buat konon-kononnya Idham yang hantar!
Bukan I lah. I tak suka membazir beli bunga dengan coklat macam ni. Bukan dia makan pun coklat. Samra, baik you beritahu I siapa IM ni?”
“Manalah tahu. Entah sesiapa entah.”
“You milik I je tau! Mulai hari ini jangan nak terima apa-apa lagi dari orang ni!”
Mendengar pengakuan daripada Idham, rona wajah Nora sudah berubah. Wirda sudah tersenyum lebar. Begitu juga dengan Soleha. Masing-masing saling pandang memandang sebelum memandang Nora yang jelas tidak berpuas hati.
“Kan aku dah kata…” bisik Wirda perlahan dekat dengan Nora. Sengaja membiarkan kata-katanya tergantung. Seronok melihat reaksi gadis itu!

9 comments:

epy elina said...

hahhahaa....
idham jeles nmpk....
klakar lak part ni..
suke la crta ni..
truja nak bca..
wahhhh...
brtuahnya samra...
mst ex dia 2 yg bg bungga...
idham...
cpt brtndk...

NY said...

makin menarik...NY sgt2 suka watak idham...
nk like byk2 kali.. :D

hana_aniz said...

hihi.. suka!! suka perangai idham! lalala~

Faz Nandra said...

salam akak nera cayang... hehe=) best sangat bab ni kak.. faz sangat excited baca.. tapi idham tu sangat dasyat juga desakannya dengan samra ye?? huh.. kalau faz di tempat samra dah lama sampai tangan ni...^-^

tapi siapa IM??bekas suami?

*tergelak sendiri dengan reaksi nora bila idham sebut tang milik bagai =) ngeee

itu_aku +_^ said...

haahaha
nk lg
brani la plak si Am ni!~
(:

nurul said...

hahaha best la kak..
tambah2 part 'u milik i je tau' haha sweet~~~nk lg..

dontbelong2u said...

You milik i je tau.... wow tegasnya idham, sapa ler jejaka misteri tue.. pasti pengumuman ttg cinta akak samra dan idham kali.... makin best cite nie terutamanya part you milik i je taw... sukenya

Anonymous said...

siyesle dh lame m'cari hero cam watak idham nih..go go idham i supot u....muahhhx to idham...

aqilah said...

wah....bestlah.......tapi siapa pulak IM tu????? musykil ni?????