Saturday, August 21, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 7

“Jadi Am, inilah announcement yang nak diberitahu tadi ye yang kamu dengan Samra bercinta?”
Soleha sengaja menekankan ayat terakhirnya. Mahu Nora bertambah sakit hati. Senyumannya bersatu dengan senyuman Wirda. Masing-masing seronok mendengar pengakuan Idham.
“Kami tak bercinta tapi akan terus kahwin!”
“Am, siapa yang nak kahwin dengan Am?! Akak…”
“You nak kunci kereta you tak? Kalau nak jangan nak bahasakan diri you dengan I macam tu lagi.”
“Apalah Kak Nur ni, tak kan kahwin nanti pun masih nak bahasakan diri macam tu!”
“Hah, betul tu. You nanti tolong ajar dia sikit ya!? Okeylah, I ada hal. Sayang, kalau you mahu kunci kereta you balik, berbuka nanti you kena berbuka dengan I. Jangan bagi alasan tak munasabah lagi!”
Samra mendengus. Mukanya sudah kembali masam mencuka. Terus sahaja dia mengekori langkah Idham yang sudah berlalu pergi. Perkara ini harus diselesaikan secepat mungkin supaya Idham tidak terus menerus bersikap begitu. Dia rimas dengan perlakuan Idham yang baginya seperti budak-budak.
“Am, kenapa buat macam ni? Apa yang Am cuba buktikan?!”
“Sebab I cintakan you!”
“Tapi akak tak ada rasa itu untuk Am!”
Kali ini Samra benar-benar tidak peduli bila ada rakan-rakan sekerja dari Bahagian Operasi yang turut berkongsi tingkat dengan Bahagian Sumber Manusia yang sedang menunggu lif memerhati.
“You tak cuba buka pintu hati you tu memang lah you tak rasa.”
“Itu bukan masalahnya. Akak betul-betul tak ada perasaan tu…”
“I tak percaya!”
“Apa yang Am tak percaya?! Kita ni jauh berbeza. Am tak kenal akak dengan sebaiknya. Macam tu juga akak. Am kena fikir perasaan orang lain juga!”
Sepantas itu tangan Samra di tarik Idham menuju ke tangga dan dia memaksa wanita itu mengikutnya ke tingkat atas, ke biliknya. Rontaan Samra langsung tidak dipedulikan.
“Apa ni Am!? Sakitlah!” sampai sahaja di bilik Idham terus Samra menarik tangannya dari genggaman Idham. Sudahlah sakit, malu pun dapat! Bukan seorang dua staf bahagian Permasaran dan Promosi yang memerhatikan drama sebabak itu!
“Kenapa you tak cuba beri I peluang? Kenapa you terus-menerus nak tutup pintu hati you semata-mata sebab seorang lelaki?! Apa kurangnya I ni?!”
Suara Idham sedikit meninggi. Dia bukan berniat mahu mempermainkan wanita itu! Dia benar-benar mahu menjadikan Samra isterinya. Rasa cinta untuk wanita itu sudah lama wujud. Selama ini dia cuba membuang rasa itu dengan cuba mendampingi gadis-gadis lain yang lebih cantik dan lebih menawan. Malah yang berkerjaya dan berasal dari keluarga berada juga tetapi hatinya tetap untuk wanita itu.
“Am tak boleh nak paksa orang lain untuk rasa apa yang Am rasa. Akak tak rasa apa yang Am rasa tu rasa cinta. Mungkin Am rasa kesian. Rasa simpati!”
“Memang! Memang mula-mula dulu I rasa perasaan I pada you Cuma perasaan kesian. I rasa kesian bila dengar cerita pasal you ditipu suami you. I rasa kesian bila dengar you hilang anak yang you kandungkan! Tapi lama-lama I rasa I sayangkan you. I cuba untuk buang perasaan tu dengan bercinta dengan perempuan-perempuan lain yang I rasa lebih baik daripada you. I paksa diri I untuk cintakan mereka. I buat semua perkara yang selalu lelaki-lelaki lain buat untuk orang yang mereka cintai tetapi akhirnya I sedar I menipu diri sendiri dan orang lain! Kalau you nak tahu I minta tukar dari bahagian you tu ke sini sebab you!”
“Am boleh dapat orang yang lebih baik. Kita ni tak setaraf. Banyak sangat perbezaan!”
“Itulah you! You sebenarnya takutkan?! You takut untuk mencuba. Takut orang akan kutuk you. Takut sangat nak bagi peluang pada diri you untuk rasa bahagia. Apa yang tidak setaraf? I tak tengok sama ada you ni anak orang miskin ke… you kerja biasa je ke.. bukan you yang nak bagi I makan! I yang bagi you makan! I yang bertanggungjawab untuk sediakan semua keperluan you!”
Samra sudah mula mengalirkan air mata. Suara Idham yang meninggi itu bukan sebab dia menangis tetapi butir bicaranya membuatkan dia teringatkan Izwan. Bekas suaminya itu pernah berjanji mahu menyediakan semuanya untuknya supaya dia tidak rasa susah lagi. Kebajikan keluarganya juga akan dijaga. Memang yang itu dijaga tetapi tidak perasaan dan maruahnya sebagai seorang wanita. Lelaki itu terlalu taksub mengikut cara hidup masyarakat barat sampai lupa cara hidup seorang Islam.
“Samra…”
Suara Idham mula perlahan. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja tubuh itu dirangkul. Mahu wanita itu tahu perasaannya itu bukan mainan dan bukan sekadar perasaan yang disalah tafsir oleh dirinya. Namun, dia sedar batasan yang harus dijaga. Tadi memegang tangan wanita itu pun sudah membuatkan dia rasa bersalah ini pula memeluknya.
“Sayang…”
Panggilnya sekali lagi bila Samra hanya menunduk.
“Dahlah Am. Semua ni tak akan menjadi. Keluarga Am tentu tak akan benarkan Am berkahwin dengan janda yang lebih tua dari Am!”
Ah, alasan lagi! Banyak mana lagi you nak bagi alasan Samra! Detik hati Idham. Entah kenapa jauh di sudut hatinya merasakan ada sedikit ruang yang dibuka Samra untuk dirinya Cuma wanita itu terlalu takut berhadapan dengan segala kemungkinan.
“I akan pastikan mereka terima you. Yasmin, Ida dengan Mak Su suka sangat kalau I pilih you. Dua tiga hari ni, Mak Su asyik call  I pasal you siap suruh ajak you berbuka puasa di rumah dia lagi. Pasal ibu dan ayah I, you jangan risau. Mereka tak akan bantah pilihan I.”
“Tapi…”
Please Samra! Beri I peluang sekali ni jer! Kita kahwin ya?!”
“Bagilah masa akak berfikir dulu!”
“Boleh tak mulai hari ini… saat ini… you jangan bahasakan diri you tu dengan panggilan tu. Nanti bila dah kahwin tak kan you nak bahasakan diri you tu dengan I macam tu!”
“Siapa kata nak kahwin dengan Am ni?”
“You lah! Sama ada you suka atau tak, you tetap akan menjadi isteri I! Raya nanti I akan suruh family I masuk meminang!”
“Am… boleh tak jangan buat keputusan melulu macam ni! Ingat kahwin ni main-main ke?!  Kan dah kata suruh bagi masa!”
“Masa I cuma sampai raya nanti tapi I tak kira apa pun keputusan you, you kena kahwin dengan I!”
“Dahlah malas nak layan. Entah apa-apa. Ingat kahwin ni untuk sehari dua. Dia ingat kahwin ni macam main pondok-pondok. Macam main kahwin-kahwin masa budak-budak dulu! Dia ingat kahwin ni hanya satu pihak!”
“Haih.. ni sekarang siapa yang kuat membebel ni? Lagi pun masa kecik-kecik dulu I tak main pondok-pondok.. kahwin-kahwin tu.. I main tembak-tembak orang jer! Samra, I dah tunggu tiga tahun tau untuk semua ni! I dah tak sanggup tunggu lagi! Ke you nak pertimbangkan I dan si IM tu?! You jangan Maira…  jangan sampai I buat lagi gila dari sekarang ni!”
“Apa ni main ugut-ugut!?”
Idham sudah tersengih. Kehadiran orang misteri hanya dengan gelaran I.M itu telah membuatkan dia semakin mahu cepat memiliki Samra. Dia tidak tahu siapa I.M itu tetapi dia pasti dia itu adalah seorang lelaki. Seorang lelaki yang sedang memburu cinta Samra.
“I tak ugut tapi I cuba ingatkan. I tak benarkan you terima apa-apa lagi daripada lelaki tu mulai esok!”
“Habis tu kalau dah orang bagi, ambil aje lah. Kesian orang yang tukang hantar tu!”
“You bagi sesiapa jer. Tu si Nora tu, I tengok macam kempunan sangat nak dapat bunga. Coklat yang dia bagi tu pun you jangan nak makan. Entah-entah dia letak ubat pengasih ke apa ke!”
Samra sudah ketawa lepas. Mudah sangat lelaki itu membuat spekulasi dan berprasangka yang bukan-bukan.
“Boleh pun you ketawa. Itu tandanya I ni mampu bahagiakan you!”
“Perasanlah. Dahlah, nak sambung kerja. Nanti dapat tahu kat Encik Samad tak pasal-pasal kena bambu.”
“I suka tengok you ketawa. Tak nak tengok you sedih-sedih lagi macam selalu. You boleh balik ke tempat you tapi kunci kereta I pegang dulu. Balik nanti I bagi.”
Saje nak bagi orang marah kan?!
“I bagi sekarang pun bukan you boleh drive. Balik nanti balik sama-sama.”
“Yalah. Banyak sangat alasan dia!”
Sebaik sahaja Samra membuka pintu, rupanya ada lima enam orang staf bahagian Pemasaran dan Promosi berdiri di hadapan pintu. Baik Samra mahupun mereka itu memasing terkejut besar. Tersengih-sengih mereka akhirnya bila perbuatan mereka yang mencuri dengar itu diketahui. Samra dan Idham saling berpandangan.
“Ini kerja korang ya! Dah-dah… pergi sambung kerja!”
Terus Idham menarik lengan baju kurung Samra supaya meninggalkan tempat itu. Dihantarnya wanita kesayangannya itu sehingga ke lif.
I love you, Samra. Apa pun yang orang akan cakap pasal hubungan ni, I tetap akan pilih you. Ingat tu!”
Samra cuba ukirkan senyuman walaupun sukar sekali. Sekejap hatinya cuba membenarkan perasaan yang mula hadir. Sekejap kemudian dia mula menafikan dengan pelbagai alasan.
“Ingat tau! I love you…”

11 comments:

hana_aniz said...

"ingat tau, I love you!"

hihihi.. go idham!!

itu_aku +_^ said...

hohohoho
sweet
nk lg!!!!

epy elina said...

wahhh...
klakar lak part ni...
blh lak am ni main pksa2x...
tp bgus tndkn am...
lg best bila smua staf dah thu...
suke2x...

NY said...

always da best... :D

Anonymous said...

wahh...bestnye..hope parents idham leh terima sandra....idham sile pastikan ur parents sukakan+terima samra...i reaaly lurve u idham....jganlah ade setan2 yg kaco samra n idham...

sir said...

I yang bagi you makan! I yang bertanggungjawab untuk sediakan semua keperluan you!”....(i love it)
idham sila jgn p'mainkan samran yek pas kahwin....kalo x aku cepuk kau dgn batu lesung kat umah aku nih..

aqilah said...

bestlah idham....gentleman!!!!!!! dapat rasakan IM tu bekas suami samra......????? betulkan??????

dontbelong2u said...

igt taw i love you...... sweetnya
tersenyum memanjang je baca ayat nie..

ntahsapeni said...

ala tak sabar nk tunggu nxt n3..bace citer ni sambil lyn lagu BIARKAN AKU JATUH CINTA-ST12..sesuai sgt..!!

Anonymous said...

jgn nnt bile dh dpt habis madu sepah dibuang...!!!!

Faz Nandra said...

ahh.. kelakarnya akak... cerita akak ni semakin best! haihhh... daku pun terbayang gelagat dua sejoli tu.. hikhik..