“Saya sayangkan Maisara.” Pelahan tapi jelas dek pendengaran. Tegas nadanya.
Maisara berpaling. Memandang lelaki di sisinya yang kiranya sebaya Hafiz, adiknya. Senyuman terukir dihujung bibir Maisara. Berduan begini walaupun dalam keadaan persekitaran terbuka membuatkan Maisara sedikit kekok walaupun lelaki itu dianggap seperti adiknya.
“Ya, saya sayangkan umar seperti mana saya sayangkan Hakim, Rozana,
Seminggu berkampung di pantai yang serba indah ini serta mengenali setiap dari anak buahnya, Maisara rasa cukup bertuah. Tidak disangka ajakan Nadia yang hampir sahaja ditolaknya memberikannya seribu satu pengalaman.
“Saya cintakan Maisara.” Kali ini nadanya sedikit bertukar rentak. Agak kuat dan disebut satu persatu patah perkataannya. Maisara terkesima. Langkahnya yang tadinya bermain dengan air di gigi pantai terpaku. Kali ini dia memusingkan badan, menghadap Umar yang sudah terlebih dahulu kaku langkahnya. Lelaki itu memandangnya lunak.
“Jangan bermain dengan perasaan Umar. Saya tahu itu bukan yang awak rasa.” Balas Maisara pelahan dan tenang. Menidakkan rasa lelaki itu.
Pertama kali melihat lelaki itu, hatinya terdetik rasa kurang suka. Dengan rambut yang diwarnakan keperangan, telinga yang bertindik buatkan hati Maisara sakit. Tambahan pula hari pertama lelaki itu mendaftar setelah diberikan taklimat dan agihan kumpulan lelaki itu mengamuk. Hanya kerana dia perlu berkongsi bilik dengan rakan lain.hampir lebur kesabaran Maisara bila mana lelaki itu menengkingnya. Nasib baiklah ada Najib dan Ridwan.
“Tak, saya memikirkan sejak dari hari pertama lagi. Sejak hari pertama saya nampak awak di lobi.”
Umar mendekat. Renungan matanya masih belum berganjak dari merenung anak mata Maisara. Menghantar isyarat betapa dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Maisara mengeluh. Dia tidak bisa menghadapai hal ini. Hal yang melibatkan hati dan perasaan. Tambahan pula dengan lelaki yang jauh lebih muda. Gila ke apa!?
“Saya anggap awak seperti adik saya sendiri. Sayang saya pada awak tidak lebih daripada itu. Saya ni lebih tua dari awak.”
“Siapa kata awak lebih tua dari saya?” soalan itu diaju
“Saya tak tipu perasaan saya pada Maisara. Kalau awak rasa umur yang menghalang awak untuk menerima saya, tengok betul-betul nombor kad pengenalan saya pada borang senarai ahli kumpulan. Maisara kata, Maisara sayangkan kami tapi hal seperti ini pun terlepas dari pandangan.”
Umar mengatur langkah meninggalkan Maisara yang kebingungan. Kata-kata Umar sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga. Terasa dirinya diperli lelaki itu. Matanya masih tidak lepas dari memandang susuk tubuh Umar yang akhirnya menghilang disebalik gerai-gerai kecil.
*******************************************************************
“Woit, asal kau ni?”
Setelah menemui apa yang dicari, dibeleknya satu persatu senarai nama berserta nombor kad pengenalan anak-anak buahnya yang tertera dia situ. Terang dan jelas. Maisara menepuk dahi. Baru sedar dia begitu cuai dalam hal itu.
“Kenapa?”soal Nadia lagi, tidak berpuas hati bila pertanyaannya tidak bersambut. Terbantut niatnya mahu menghubungi Sazwan apabila melihat gelagat pelik rakannya. Masih tanpa jawapan, kertas putih itu dihulurnya kepada Nadia. Hendak tak hendak Nadia menyambut. Dibaca satu persatu apa yang tertera. Namun, fikirannya masih buntu. Tidak dapat mengagak apa yang membuatkan Maisara berkeadaan begitu.
“Kenapa dengan senarai ni?”
Maisara mengaduh. Ya, nampaknya Nadia juga ‘buta’ sepertinya. Jari telunjuknya diletakkan pada nama Umar Qayyum Bin Hanafi. Kemudian, dibawa jarinya ke kotak yang tertera nombor kad pengenalan lelaki itu. Dia memandang Nadia. Nadia pandang dia. Nadia mengangkat bahu dan mengerutkan dahinya. Masih tidak dapat menagkap maksud Maisara. Apa kenanya dengan nombor kad pengenalan
“Kau tengok la betul-betul nombor kad pengenalan Umar.”
Sekali lagi mata Nadia mendarat di kotak tertera nama
“Kau biar betul
Kali ini Maisara tertawa kecil. Apa yang tak betulnya? Dia bersoal sekadar di dalam hati. Ruang matanya penuh dengan wajah-wajah Umar. Dari mula lelaki itu dikenalinya sehingga saat sebentar tadi, di tepi pantai.
“
“Habis tu kau jawab apa? Kau terima dia?” Laju sahaja pertanyaan Nadia. Maisara menepuk peha Nadia, sedikit kuat. Gila apa mahu terima semacam itu sahaja?!
“Kau ingat aku ni desperate sangat ke nak ada boyfriend!? Aku anggap dia macam adik aku.”
“
Tiga hari pertama lelaki itu mengikuti program, tidak langsung dijamah makanan yang telah disediakan. Sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk makan di hotel berhampiran.
“Hari ini kita akan makan bersama. Satu kumpulan, makan apa yang disediakan. Umar, serahkan dompet kamu berserta semua duit kamu kepada saya sekarang. Mulai hari ini kamu kena belajar untuk makan makanan murah. Tak ada bezanya makanan kat hotel tu dengan yang disediakan. Jangan asyik mahu berlagak dengan kekayaan keluarga kamu. Ingat, itu duit keluarga kamu. Kamu ada apa? Jangan mahu menghabiskan harta yang selama ini penat-penat ayah kamu cari dan kamu habiskan untuk benda-benda yang tak sepatutnya.” Panjang lebar dia memberikan ‘ceramah’ pagi itu. Dia tidak peduli apa yang akan Umar lakukan. Dia mahu lelaki itu belajar memahami erti hidup yang sebenar. Bukan hanya untuk bergembira sahaja.
Dia bagaikan terkejut bila sebaik sahaja dia habiskan kata-katanya, Umar menghulurkan dompet kulit berwarna hitam kepadanya. Tergamam dia seketika sebelum meneruskan kata-katanya untuk aktiviti pada hari itu.
“Habis tu macam mana?” pertanyaan Nadia mematikan lamunan Maisara. Maisara menggeleng. Ah, hanya tinggal esok sahaja! Getus hati Maisara. Selepas esok, dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu.
“Aku rasa dia sengaja nak kenakan aku. Akukan asyik marah dia.” Kesimpulan itu akhirnya melucur dari mulut Maisara. Dia malas mahu memikirkannya. Nadia tidak terkata apa. Dia sendiri terkejut. Bukan terkejut yang umar Qayyum jatuh hati dengan Maisara tetapi terkejut bila mana mengetahui umur sebenar lelaki itu. Dari pandangannya, lelaki itu sebaya sahaja dengan yang lain. Paling tidak pun kalau lebih tua pun setakat setahun dua. Ini empat tahun!
*******************************************************************
Sebaik sahaja selesai solat isyak kesemua peserta berkumpul. Malam terakhir Program Jati Diri di Pantai Port Dickson. Malam itu, kesemua fasilitator yang terlibat memberikan nasihat dan ingatan terakhir mereka termasuk Maisara. Kemudiannya, sesi bermaaf-maafan antara peserta dan fasilitator masing-masing. Mengalir juga air mata Maisara mendengar kata-kata maaf dari anak-anak buahnya. Didakapnya erat tubuh Sharina,
“Semoga awak terus membawa nama Umar sebaiknya.” Akhirnya hanya patah-patah perkataan itu yang muncul difikirannya dan dizahirkan dimulutnya.
Malam itu, setelah tamat sesi bermaaf-maafan mereka diberikan kebebasan untuk membuat sebarang aktiviti.
“Saya mahu bercakap dengan
“Sekejap je.” Pinta
“Sudah tahu umur saya berapa?” pertanyaan itu bagaikan nasa sindiran bagi Maisara. Kedengaran gelak kecil dari lelaki itu. Malam ini, oleh kerana tiada aktiviti lelaki itu sekadar memakai seluar pendek paras lutut dipadankan dengan sweater berkait berlengan panjang.
“Saya mahu mengenali Maisara. Lebih dari seorang kawan.”
“Kita jauh berbeza, Umar.” Kata-kata itu dilontarkan dengan penuh yakin. Dia mahu perbualan tentang hati dan perasaan ini tamat secepat mungkin. Walaupun dia sudah tahu tentang umur sebenar lelaki itu, perasaan cinta untuk Umar tidak wujud langsung.
“Berbeza?
“Erm, awak sendiri tahu Umar. Kita amat jauh berbeza dan untuk pengetahuan awak, saya tak boleh mencintai awak. Saya hanya boleh menjadi kawan awak. Tak lebih daripada itu.”
“Kenapa?” tenang Umar bertanya. Kedua-dua belah tangannya sudah berada di dalam kocek seluar. Dia langsung tidak memandag Maisara sebaliknya pandangan di lemparkan jauh-jauh menghadap pantai yang kelam. Malam ini bulan malu untuk menjelmakan diri. Dada langit yang terbentang kosong tanpa ditemani bulan mahupun bintang.
“Saya mohon maaf. Cukuplah. Balik KL nanti Umar tentu akan lupakan perasaan itu. Kita tak mungkin akan bertemu lagi.”
“Saya tak akan lupakan seorang gadis seperti Maisara.” Sebaris ayat itu sudah cukup menyesakkan Maisara. Ingatkan kata-katanya tadi akan menjadi penamat bicara mereka.
“
“Saya tidak akan sesekali melupakan semua ni. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak.” Tegas dan agak kuat lontaran suara Umar.
“Jangan jadi bodoh Umar. Awak sendiri tahu kita jauh berbeza.
“Berbeza! Berbeza! Semuanya alasan awak. Bagi saya sebab kenapa kita berbeza? Awak bukan manusia ke?”
Maisara mendengus. Umar sudah mula meninggikan suara. Kalau ada yang perasan heboh nanti!
“Awak anak orang kaya. Awak ada rupa. Ramai lagi perempuan yang lebih layak dan mahukan awak.” Alasan itu yang terfikir dek fikiran Maisara saat itu. Dia teringat cerita Sharina tentang Umar. Lelaki itu menjadi bualan di seluruh universiti.
“Saya tak mahukan dorang. Saya tak pernah layan pun. Apa yang saya tahu saya mahukan awak dan saya akan pastikan awak milik saya.”
“Awak terlalu yakin Umar. Saya bukan terbaik untuk awak. Awak akan menyesal.”
Saat itu Maisara mula terbayangkan Hakimi. Lelaki itu meninggalkannya hanya untuk perempuan yang jauh lebih cantik dan menarik. Baru-baru ini dia mendapat tahu lelaki itu putus tunang dengan gadis pujaannya itu. Gara-gara perempuan itu berlaku curang dengannya. Sedikit pun Maisara tidak simpati.
“Saya yakin kerana saya pasti awak akan jadi milik saya dan saya tak akan menyesal.” Kali ini pelahan sahaja Umar menuturkan kata. Pelahan sehingga Maisara seperti mendengar lelaki itu berbisik sahaja.
“Umar, hidup awak sudah biasa dengan kemewahan. Awak dikelilingi dengan kawan-kawan yang sama taraf dengan awak. Awak akan menyesal bila satu hari nanti orang akan mengata. Saya dengan awak bagai langit dan bumi. Saya tak menarik. Saya tak cantik.” Maisara melepaskan jauh-jauh pandangannya ke arah pantai. Entah kenapa dia rasa sendu tiba-tiba. Penghinaan yang pernah dia terima satu ketika dahulu bagai mengamitnya. Penghinaan itulah yang menjadikan dia tabah dan menanam impian.
“Saya perlukan teman hidup bukan model. Awak cantik apa?!” Maisara menelan air liur. Kali ini, dia merasakan bibir Umar dekat benar dengan telinganya. Dengusan nafas lelaki itu terasa di pipinya. Terus sahaja Maisara menjauhkan diri. Kedengaran ketawa kecil dari lelaki itu.
“Saya tak akan apa-apakan awak. Sejahat-jahat saya tak pernah lagi ‘makan’ anak dara orang.”
“Amboi, dah tu anak orang yang tak ada dara tu awak makan lah ya?” serius sahaja pertanyaan Maisara. Umar tergelak lagi.
“Maisara.. Maisara, awak ni
“Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak dan saya akan buat apa sahaja untuk awak.”
“Ehem, ehem.. cinta sudah berputik ya?”tegur Najib, ketua fasilitator. Maisara jadi terkejut dengan teguran itu. Serasa mahu tumbang di situ juga. Adakah lelaki itu memerhatikan dia dan Umar sedari awal.
“Er,..er.. mana ada Bang. Borak-borak kosong jer.” Tersekat-sekat Maisara menjawab.
“Jauh benar borak kosongnya. Abang tahu Qay sukakan
“Abang tahu?”
Najib sekadar mengangguk. Senyuman penuh makna diberikan kepada gadis yang baru dikenalinya itu. kalau tidak kerana Maisara, dia terpaksa merombak balik pembahagian kumpulan peserta.
“Esok sebelum balik
Tanpa sempat Maisara bertanya, Najib sudah berlalu.
*******************************************************************
Dua hari sudah berlalu. Maisara kembali meneruskan kerjanya sebagai Pengurus Pemasaran dan Promosi di salah sebuah restoran terkenal yang terletak di pantai Port Dickson.
Tengah hari itu, setelah habis mesyuarat dengan pihak atasan hotel terus sahaja Maisara menghilang ke dalam biliknya. Dia tersenyum apabila melihat gambar dia bersama anak-anak buahnya yang terletak di atas meja. Merenung wajah setiap daripada mereka buatkan Maisara puas. Walaupun sekejap Cuma mereka bersama tetapi Maisara amatlah gembira. Matanya kaku bila terpandang wajah Umar. Gambar itu di ambil pada hari terakhir mereka bertemu. Nadia yang menghantar ke semua gambar melalui emel kepadanya.
“Kau dah lupakan perasaan kau
Tiba-tiba Maisara teringatkan kertas yang diberikan Najib kepadanya. Terus sahaja dia mencapai beg tangannya. Dia terlupa untuk membaca isi kertas tersebut. Kertas berlipat dua dan sudah berkerunyuk sejak dari mula bertukar tangan dengan Najib diperhatinya seketika. Dia tidak sempat untuk membacanya akibat terlalu sibuk menguruskan hal-hal yang telah dipertanggungjawab kepadanya.
Terbeliak mata Maisara bila kertas itu di bukanya. Figura wajahnya yang dilukis menggunakan pen berdakwat biru itu benar-benar membuatkan degupan jantungnya berdegup lebih pantas. Namanya bertulis berselerakan disetiap penjuru kertas. Terdapat juga nama
“Abang tahu Qay sukakan Sara.” Kata-kata Najib, lelaki tua tiga tahun daripadanya itu terngiang-ngiang ditelinganya. Tentu sahaja Najib sudah melihat dan membaca terlebih dahulu apa yang tertera di atas kertas. Dia terasa malu tiba-tiba.
Bunyi deringan telefon menambahkan lagi kejutannya. Maisara mengurut dadanya pelahan sambil menghela nafas. Nasib baik aku tak ada sakit jantung!
“Ya, Maisara bercakap.”
“Kak,
“Siapa?”
“Entah. Dia cakap dia kawan akak.”
“Erm, ok. Akak turun sekarang.”
Maisara bergegas meninggalkan biliknya. Benaknya puas memikir siapa gerangan yang mahu menemuinya waktu-waktu begini. Sampai sahaja di lobi dia menemui Syahrul sebelum lelaki itu menunjukkan seorang lelaki yang duduk di kerusi bulat membelakangkan Maisara.
“Ya, encik.”
“Janganlah sampai macam tu teruja. Tahu lah awak rindukan saya!”
“Awak buat apa kat sini?”
“Nak jumpa awak.” Balas Umar terus terang. Maisara menggeleng. Telahannya salah rupanya. Lelaki itu masih belum putus asa mahu mendapatkan cintanya. Benarkah lelaki itu mencintainya atau sekadar mahu mengenakannya?! Soalan itu pula yang muncul di benaknya.
“Tak ada kelas ke?”
“Kelas tak ada untuk tiga hari. Cuti. Student penat.”
Maisara mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar jawapan Umar. Sempat dia mencuri pandang lelaki itu. Sedikit berbeza perwatakannya hari ini!
“Saya rindukan awak dan hari ini awak kena temankan saya makan. Boleh
“Saya banyak kerja ni Umar.” Maisara memberi alasan.
“Alasan. Kita makan kat sini je. Bukan nak bawa lari awak ke mana pun.”
Maisara mengeluh. Akhirnya dia mengangguk tanda setuju. Kedua-duanya melangkah masuk ke dalam restoran.
“Saya nak kenalkan awak pada seseorang. Come.”
Belum sempat pun Maisara membuka mulut, Umar sudah menaraik tangannya menuju ke arah penjuru restoran. Maisara menelan air liur bila Umar berhenti di sebuah meja. Seorang lelaki dan perempuan sedikit berusia hanya tersenyum memandangnya. Secara spontan juga Maisara menyalami wanita dan lelaki itu.
“Jadi inilah Maisara yang selalu Qay cerita tu?” soal wanita itu. Maisara jadi tidak keruan. Dia masih berdiri bila Umar menarikkan kerusi dan menyuruh dia duduk.
“Duduklah, Sayang.” Mendengar sahaja perkataan itu diungkapkan Umar membuatkan Maisara merasakan panas menyerbu mukanya.
“
“
Bertambah pantas degupan jantung Maisara saat Umar menghabiskan kata-katanya. Serasa mahu sahaja dia lari meninggalkan tempat itu.
“Qay ni sejak balik dari PD hari tu, asyik bercerita pasal
Sepanjang masa itu, Maisara bagaikan ditemuramah. Itu dan ini ditanya oleh ke dua-dua ibu bapa Umar.
“Qay nak ke toilet jap.”
Maisara jadi tidak keruan bila Umar meninggalkannya keseorangan bersama ibu bapanya. Dia tidak tahu apa yang harus dituturkan.
“
Dua hari lalu anaknya asyik bercerita perihal Maisara. Naik penat dia mendengar tetapi terbit rasa gembira dihatinya dengan perubahan Umar.
“Uncle pun sama.
Saat jari jemarinya disentuh
“Usahlah menangis.
*******************************************************************
Tan Sri Hanafi dan
“
“Maisara sayang, saya bertanya perlukan jawapan.”
“Saya tak tahu, Umar.”
“Nadia ada bagitahu saya tentang awak.”
Kali ini Maisara memanggungkan kepalanya. Memandang lelaki disebelahnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan Umar. Marah atau terkejut?!
“Tentang apa?”
“Tentang cinta awak untuk lelaki bernama Hakimi. Tentang keperitan yang awak tanggung akibat dikhianati dan dipersenda cinta Hakimi. Segala-galanya tentang awak.”
“Jadi?” Maisara
“Saya mahu awak tahu saya bukan Hakimi. Saya tidak mahu janjikan apa-apa kepada awak Cuma saya tak akan jadi seperti Hakimi.” Tegas nada bicara Umar.
“Awak boleh berkata macam tu hari ni. Esok, lusa entahkan lebih teruk dari tu.”
“Maisara binti Zahari, sebelum saya bertemu awak, saya sudah bertemu dengan bermacam perempuan. Yang cantik bagaikan model atau puteri raja pun sudah tetapi sesaat pun saya tak pernah terpikat seperti mana saya terpikat dengan awak.”
Yakin benar dia mengatakan itu. Ya, selama ini dia tidak pernah terpikat dengan mana-mana wanita. Mungkin tiada siapa akan percaya kalau dia katakan dia tidak pernah jatuh cinta. Dengan segala kelebihan yang dia ada senang sahaja untuk dia mendapatkan mana-mana wanita yang diingininya.
“Saya tunggu jawapan awak esok. Tengah hari esok saya balik. Saya jumpa awak pukul sebelas pagi kat tempat tadi. Kalau awak tak ada, saya cari awak sampai jumpa.” Umar putuskan begitu lalu dia meninggalkan Maisara sendirian. Sempat dia menoleh sambil melambaikan tangan ke arah Maisara dengan senyuman. Maisara hanya memerhati sehingga lelaki itu menaiki keretanya.
*******************************************************************
“Akak, tadi ada someone suruh bagi
Maisara..
Sya xtau mcm mana lagi harus yakinkan awak.
Sya cintakan awak. Sya mahukan awk.
Sya mahu awk mnjadi teman hidup sya selamanya.
Bukan setakat untuk sehari dua.
Sya tak mahu jadi spti Hakimi.
Kerna sya cintakan awk bukan kerana rupa.
Klu kerana rupa, sya blh pilh yang lbh baik... ttpi sy mahukan awk...
Sya mahukn awk sbg kekasih, teman dan isteri sya..
Maisara…
Sya tunggu jawapan awk dan harap jwpn itu xkecewakan sya...
Maisara mengeluh.
Tetapi perasaannya sekarang berbelah bahagi. Kesan luka bertahun lamanya yang ditinggalkan Hakimi masih berparut. Parut yang tak mungkin hilang selama-lamanya.
“Bukakan pintu hati kau untuk orang lain,
“Aku.. aku tak tahu.”
“Banyakkan berdoa dan minta petunjuk dari ALLAH,
“
“Kau mintalah dia bagi kau masa. Kalau dia benar-benar ikhlas mahukan kau, dia akan tunggu tapi kau pun kena ingat. Jangan ambil masa terlalu lama.”
*******************************************************************
assalamualaikum Umar..
sya mohon maaf klu emel ni ganggu awak..
sya mohon maaf juga kerana mmbiarkan awak menunggu..
sya tidak tahu dari mana harus mulakan..
Umar,
Sya sdh mmikirkan dgn sewajarnya.
Sya juga sudah mohon petunjuk dri ALLAH yang Maha Penyayang
Dengan ini..
Sya mahu memulangkan kembali cincin yang awk berikan pada sya pada pertmuan t’akhir kita dahulu. Sya xmahu membuangnya sptmana permintaan awk andai sy ttp menolak cinta awk. Mahal harganya, Umar. Bagi orang xberduit spt sya ini, cincin emas putih itu terlalu mahal harganya.
Terima kasih kerana sudi mencintai sya dan sya amat berharap andai cincin emas putih ini akan tersarung di jari sya nanti, pada mjlis pertunangan ataupun pernikahan kita nanti. Buat masa sekarang, sya mahu awk menyimpannya.
Terima kasih Umar kerana sudi menjadi Umar saya.
Maisara tersenyum membaca bait kata yang baru sahaja ditaipnya. Dia puas. Terbayang wajah Umar di ruang mata. Tentu sahaja lelaki itu melonjak kegembiraan. Dia menekan butang ‘send’.
Baru sahaja Maisara mahu bangun dari kerusinya, telefon bimbitnya berbunyi. Nombor yang tertera di skrin tidak dikenalinya. Namun, Maisara tetap menjawab panggilan itu.
“I love you. I love you. Love you so much, Maisara.” Riang bunyi suara di hujung talian membuatkan Maisara ketawa kecil.
“Erm, tak ada bagi
“Er.. assalamualaikum Maisara. Excited sangat tadi.”
“Waalaikumsalam, Umar. Cepatnya baca emel?!”
“Saya tengah siapkan assignment tadi. Tiba-tiba emel masuk. Awak hampir-hampir buatkan saya kecewa Maisara. Rasa tak mahu baca sampai habis.”
Maisara tersenyum mendengar kata-kata Umar. Dia sengaja berbuat begitu. Sengaja mahu mengenakan Umar.
“Terima kasih Maisara. Awak telah melengkapkan diri saya tapi saya harap awak berikan saya masa untuk jadikan awak suri hidup saya. Saya harap awak tak bosan menunggu saya.” Pelahan suara Umar menuturkannya. Kedengaran sayu di telinga Maisara.
“Saya akan tunggu awak. Saya tahu dan amat faham. Cuma awak janji dengan saya, awak tak akan mempermainkan saya.”
“Saya tak akan persia-siakan seorang wanita semulia awak, Maisara. Itu janji saya. Pada awak, pada diri saya.”
Maisara tersenyum. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir dari tubir matanya. Dia berharap Umar adalah lelaki yang telah tercipta untuk mendampinginya sebagai suami suatu hari nanti. Lelaki yang menjadi ayah kepada anak-anaknya. Lelaki yang membimbingnya dunia dan akhirat. Lelaki yang melengkapi kehidupannya. Amin.
5 comments:
:)) =)) :)) akhir nye siap jugak. actualy, ok jugak la. tapi, mza tau, ct bleh buat lagi bagus. chaiyo!!!!
kak nera,
di atas anginla sy bc cerpen akak..
sume hero best2..
sumenye mesti tergila2kan prempuan, hensem, kaya, romantik, mak ayah baik..
jeles2!
but kak, nobody perfects..
mgkin hero2 akn dtg harus ada kelemahan.. adatlah.. manusia, kan?
;)
terbuai2 lagi nih.. aiseh!
=D
This comment has been removed by the author.
to maryam:-
benar dek nobody perfect! sedikit terbatas bgi akak ketika menghasilkan cerpen.
dan sebenarnya akak amat benci bila membca novel keluarga lelaki mesti xrestu hubungan cinta, tambah2 klu keluarga lelaki itu orang ternama dan berharta
dan akak paling tak suka tgk iklan kat tv, menggambarkan lelaki akan jatuh cinta hanya pada perempuan yang cantik. tgklah iklan pencuci muka bagai tu.sbb itu wujudnya karya begini hasil penulisan akak :D
hehehe.. sekadar angan2
mungkin klu ada idea lebih cerpen yang ini akan di novelkan dan akan jumpalah sesi negatif Umar.
huuuuu...bestnya miss nera...
mmg xda org yg perfect kan...
truskan usaha ya...hsilkan lbh byk crita...harapnya plas nie ada crita yg unik dr miss nera ya...
Post a Comment