Thursday, May 14, 2009

RAHSIA RINDU - BAB 1




P
agi Ahad itu, dengan separuh hati aku menghadiri majlis persandingan Syafikah. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku berkurung di dalam bilik tapi mengingatkan persahabatan aku dengan Syafikah aku menggagahkan diri menghadiri majlis persandingannya dengan lelaki yang pernah aku cintai satu masa dulu.
Semalam sengaja aku mencari alasan supaya tidak menghadiri majlis akad nikah mereka. Aku takut aku tidak dapat mengawal perasaan aku sedangkan kepada Syafikah aku khabarkan betapa aku tidak kisah dengan apa yang berlaku. Sudah tertulis dalam lipatan takdir. Bukan aku tercipta untuk Haizal. Tetapi di dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan sebenarku.
Dia lelaki pertama yang hadir dalam hidupku. Lelaki pertama yang aku berikan sepenuh cintaku. Entahlah, mungkin aku yang bersalah dalam kemusnahan hubungan kami.
“Sorang jer? Mana Rinn?.”
Sapaan yang muncul tiba-tiba dari arah belakang agak mengejutkan aku yang asyik memerhati sekumpulan kanak-kanak yang berlari-lari mengelilingi khemah.
“Erm, sorang ajerlah. Rinn datang lewat sikit, tunggu husband dia. You sorang ajer?”, soalku separuh gugup.
Soalan aku sekadar dijawab dengan tawa kecil lelaki berkulit kuning langsat itu. Dia nampak agak tampan dengan baju melayu cekak musang berwarna biru laut.
“Lawak sangat ker soalan I tu sampai you ketawa?”.
“Tak adalah. I ingatkan you tak datang. Maklumlah yang naik pelamin Haizal dengan Syafikah. Bukan you.”
Aku tahu Mukhriz sedang memerliku. Bukan sekali dua lelaki persis lelaki Cina ini memerliku. Namun, aku tidak pernah ambil peduli kerana dia jugalah yang sering membantuku menghadapi segala macam dugaan ini.
“I tahula. You ingat I ni bermimpi ker? I tahulah yang naik pelamin dengan Haizal tu bukan I.”
Ada sendu dalam bicaraku. Aku menarik nafas panjang, cuba memberi diriku sedikit kekuatan. Aku perlu bersikap setenang mungkin. Paling tidak pun sepanjang majlis berlangsung aku mampu untuk bergembira.
“I gurau ajerlah. Dahlah jangan nak sedih-sedih. Nanti Syafikah cakap apa pulak. Lagi bertambah serba salah kawan you tu! Kang semuanya hancur.”
Aku cuba tersenyum. Aku tahu Mukhriz bukanlah seteruk mana. Cuma kadang-kadang sahaja mulutnya agak celupar.
“Dari you duduk sorang-sorang kat sini baik you pergi tolong apa yang patut. Syafikah sorang ajer kat dalam bilik tu. Dari tadi call I tanya you. Macamlah I ni husband you!”
Aku sekadar tersenyum. Entah aku sendiri tidak tahu macam mana boleh timbul cerita tentang hubungan aku dengan Mukhriz dikalangan rakan-rakanku. Malah ada yang asyik bertanya bila kami mula bercinta.
“Ni you tak jawab lagi soalan I tadi. You datang dengan siapa?”
“Kenapa you nak tahu sangat ni? Kalau I cakap I datang dengan awek you jealous ker?”
“Ish, tak kuasa I nak jealous. Kesian lagi adalah, perempuan tu dapat balak macam you. Laser.”
Terbeliak mata Mukhriz mendengar sindiranku. Serentak dengan itu aku ketawa lepas. Mengundang perhatian beberapa tetamu.
“You kalau ketawa tak ingat dunia. Makcik-makcik tu pun tak teringin nak buat menantu.”
Kali ini giliran aku disindirnya sambil bibirnya menjuih ke arah beberapa orang wanita separuh umur di satu sudut.
“Eleh, malas I nak layan otak tak betul you ni. I masuk dululah.”
Aku melangkah masuk membiarkan Mukhriz yang masih tercegat di situ. Aku cuba untuk bertenang. Bersikap seperti tiada apa-apa.
“Cantiknya kawan aku ni.”
Syafikah tersenyum malu. Dia sememangnya kelihatan cantik dengan persalinan kebaya moden berwarna biru muda. Di dalam hati aku amat bersyukur Haizal memilih Syafikah walaupun dihatiku masih ada sisa cinta untuk lelaki itu.
“Kau datang sorang ajer ker?”
“Erm, mulanya nak datang dengan Rinn tapi dia nak tunggu husband dia dulu, malas aku nak tunggu. Lagipun semalam aku tak ada jadi hari ni ingatkan nak datang awallah sikit.”
“Thanks, Ira. Aku ingatkan kau takkan datang. Aku call kau, kau tak jawab. Aku ingatkan kau masih marah dekat aku dan Haizal.”
Aku terdiam. Semalam memang aku sengaja untuk tidak menjawab panggilan sesiapa kecuali Mukhriz. Hanya lelaki itu sahaja yang tahu ke mana aku pergi.
“Kau jangan nak cakap bukan-bukanlah. Aku tak pernah marah kau dan Haizal. Aku tahu kau pun bukan ada niat nak sakitkan hati aku. Semalam aku terpaksa kerja. Kau tahulahkan company aku tu. Kalau tak ada aku tak jalan. Meeting semalam habis dekat pukul lima petang. Lepas tu aku terpaksa turun Seremban pulak. Sampai rumah adalah dekat pukul 11 malam. Aku ingatkan nak try call kau tapi bila teringat first night terus tak jadi.”
Aku cuba untuk bergurau dengan Syafikah. Aku tidak ingin dia terus berada dalam keadaan serba salah. Cukuplah.
“Erm, kau ni mengarut ajerlah. Eh, kau tak jumpa lagi ker bakal mertua kau?”
Bakal mertua? Lama aku memandang Syafikah, memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh sahabat aku ini.
“Buat-buat blur pulak! Mak dengan ayah Mukhriz ada datang sekali. Tadi diaorang ada jumpa aku.”
“Yer ker? Mukhriz tak cakap apa-apa pun kat aku tadi! Puas jugak aku tanya dia datang dengan siapa. Tapi kau tahulahkan budak tu lain pulak jawapan yang dia bagi. Malas aku nak layan!”
Aku mencebir. Belum sempat aku bersuara, meyambung bicara seorang wanita masuk.
“Ni mak cik Ika kenalkan, Umaira. Umaira ni kawan Ika masa kat UPM dulu.”
Aku menghulurkan tangan menyalami tangan wanita yang nampak agak jelita itu. Mungkin saudara mara Syafikah.
“Cantik orangnya. Rasanya Mukhriz ada cerita kat mak cik tentang Umaira. Umaira kerja dekat Kelana Jayakan?”
Aku amat terkejut mendengar kata-kata wanita itu. Diakah emak Mukhriz? Buat apalah Mukhriz nak cerita tentang aku kat mak dia?
“Aik, lain macam ajer ni. Korang berdua ni kalau dah bercinta mengaku ajerlah. Jangan nak sorok-sorok,”usik Syafikah.
Aku sekadar tersengih. Tidak tahu untuk menjawab apa dihadapan wanita ini. Melihat reaksi aku, wanita itu ketawa. Aku agak tersentak saat dia memegang tanganku.
“Kalau betul alhamdulillah. Dah lama mak cik teringin tengok Ris tu ada teman. Selama ni asyik dengan kerja ajer. Kawan-kawan dia semuanya dah ada isteri, dah ada anak. Dia ajerlah yang dok macam tu. Bila mak cik tanya senang ajer jawapannya. Dia selesa macam tu.”
Ada keluhan dihujung bicara emak Mukhriz. Mungkin sudah lama dia menginginkan anaknya itu hidup berteman. Umur Mukhriz pun sudah nak masuk tiga puluh tahun.
“Alah, mak cik jangan risau. Ika tengok Ris macam boleh go on jer dengan Ira ni. Dia orang ni satu kepala”.
“Ika!”
Syafikah ketawa. Malu aku dibuatnya. Saat itu wajah Mukhriz muncul di ruang fikiranku. Lelaki itu tiada kurangnya. Cuma aku tidak merasakan apa-apa perasaan yang wujud ketika bersamanya. Perasan yang tidak lebih daripada seorang kawan.
“Okeylah, mak cik masuk sini pun nak tengok-tengok Ika. Mak cik keluar dululah. Nanti puas pulak pak cik cari.”
“Apalah kau ni! Buat malu aku ajer! Untuk pengetahuan kau aku dengan Mukhriz tak ada apa-apa. Nothing. Aku takkan jatuh hati dengan si mulut laser tu!” ujarku apabila emak Mukhriz berlalu.
“Ehem, laser dia kat kau jer. Aku fikirlahkan, Mukhriz tu cuma nak buat kau beri perhatian kat dia. Aku kenal dia bukan sehari dua, Ira. Dah bertahun, sebelum aku kenal kau lagi. Aku tahu perempuan macam mana dia suka. Dia tu suka pendam. Bila dah kena kebas baru nak menyesal. Lepas tu mulalah jadi manusia paling workaholic. Aku kan ada cerita kat kau dulu tapi cuba kau fikir sejak kau orang baik dia dah tak macam workaholic man. Ada jer masa nak keluar dengan kita. Dulu punya susah. Pernah sekali tu sampai tiga bulan tak jumpa dia.”
Penjelasan panjang lebar Syafikah membuatkan aku terdiam. Memang aku jelas tentang itu tetapi aku tidak pernah merasakan Mukhriz merapati aku kerana dia sukakan aku. Tidak lebih kerana aku kawan Syafikah.
“Dahlah kita stop cerita tentang Mukhriz. Aku nak jumpa mak kau dulu. Dari tadi aku tak sempat nak jumpa dia.”
Aku membiarkan Syafikah bersendirian. Lewat tengah hari itu, rombongan dari pihak Haizal tiba. Betapa aku kecewa saat itu, tatkala melihat Haizal lengkap dalam persalinan baju Melayu berwarna biru muda. Air mata yang cuba kutahan akhirnya menitis jua. Impian aku untuk hidup bersama Haizal hancur sama sekali. Lima tahun bersamanya tipulah kalau aku katakan aku tidak sedih melihat dia berbahagia dengan wanita lain.
“Maafkan I, Ira. I tahu I bersalah sebab lukakan hati you. Tapi I tak nak tipu you lagi. I tak nak tipu diri I sendiri. Dulu I memang cintakan you. Tak pernah terlintas di hati I nak sakitkan hati you. Cuma…”
Setahun yang lepas Haizal telah melafazkan kata-kata itu dihadapanku. Aku benar-benar tidak menduga hari yang sepatutnya aku raikan dengan kegembiraan bertukar kesedihan. Aku cuba berlagak tenang saat itu. Aku perlukan kepastian. Aku perlukan penjelasan dan saat nama Syafikah disebut aku bagaikan terkena kejutan elektrik. Akhirnya, aku redha dan aku tidak menafikan keakraban mereka selama ini mengundang bibt cinta. Salah aku sendiri membiarkan keadaan seperti itu. Aku biarkan Syafikah menjadi orang tengah tika aku dan Haizal punyai masalah. Sahabatku itulah yang menjernihkan kembali hubungan aku dengan Haizal.
Ira, aku tak tahu akan jadi macam ni! Aku tak ada niat nak rampas milik kau.”
Sebulan aku membawa diri. Hanya Mukhriz yang tahu. Bila aku kembali ke Kuala Lumpur aku cuba untuk menjadi setabah mungkin. Dengan bantuan Mukhriz aku yakinkan Syafikah bahawa aku tidak pernah menyalahkannya di atas apa yang berlaku di antara aku dengan Haizal. Aku lebih sayangkan persahabatan kami.
Sejak itu juga hubungan aku dengan Mukhriz mula rapat. Aku semakin menyenangi lelaki itu walaupun kadang kala kata-katanya menyakitkan hatiku.
“Dahlah tu. Biarlah diaorang bahagia.”
Kata-kata yang tiba-tiba menyapa cuping telingaku sedikit mengejutkan aku yang leka dengan kenangan lalu. Segera aku menoleh. Mukhriz sekadar tersenyum. Tanpa sedarku jari-jemari Mukhriz sudah mengenggam jari-jemariku.
“You juga cakap nak tengok they all bahagia. Jangan biarlah diaorang terus serba salah. Anggap antara you dengan Haizal hanya boleh berkawan. No more than that! Buang jauh-jauh perasaan you tu.”
Aku tersenyum mendengar kata-kata Mukhriz. Dia sememangnya boleh menjadi dua orang yang berbeza. Mukhriz yang bersama dengan aku sekarang bukanlah Mukhriz yang kata-katanya selalunya menyakitkan hatiku.
“Comel pun you senyum. I love it! Keep smiles my charming princess!”
Aku memandangnya sedikit keliru. Teringat kata-kata Syafikah tadi. Tidak pernah Mukhriz mengungkapkan kata-kata sebegitu.
“Jomlah masuk. You jadi partner I hari ni, boleh?”
Belum sempat aku memberi jawapan, Mukhriz sudah menarik tanganku supaya mengikutnya memasuki rumah teres dua tingkat milik keluarga Syafikah itu. Aku menarik nafasku dalam-dalam.
Sepanjang majlis menepung tawar berlansung aku tidak berenggang sedikit pun daripada Mukhriz. Malah aku biarkan Mukhriz mengenggam jari-jemariku erat. Bila mataku bertentang dengan Haizal aku cuba berikan senyuman penuh keikhlasan.
“Jom I kenalkan you dengan my mum,”ajak Mukhriz apabila majlis makan beradab selesai.
“Buat apa?”
“Tadi you jugak nak tahu I datang dengan siapa kan? I datang dengan ibu dan abah I. Jomlah.”
Setelah berbual agak lama dengan Mak Cik Hanim aku meminta diri untuk pulang. Aku menemui Syafikah terlebih dahulu. Mengucapkan tahniah kepadanya dan juga Haizal. Alhamdulillah, dihadapan Haizal dan Syafikah aku berjaya mengawal diriku. Walaupun di dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Di dalam perjalanan balik aku menerima panggilan daripada Mukhriz. Sebaris ayatnya membuatkan aku terkedu.
“Masih ada lelaki yang sudi memperisterikan Ira! Jangan sedih, okey!?”
Sepanjang perjalanan itu aku memikirkan tentang kata-kat Syafikah. Tentang layanan Mukhriz terhadapku. Tentang hari-hari yang bakal aku lalui selepas ini.
Ya ALLAH, berilah aku kekuatan menempuhi segala dugaan-Mu ini!

3 comments:

SAYANG SARAWAK said...

Ya Allah Ya Tuhanku...kau berilah kekuatan kpd sahabatku ini dlm menempuhi dugaan hidup. kau berikan kebahgiaan dan ketenangan hidup padanya. kau berikan keberkatan dan kemuliaan hidup padanya. dan kau jauhilah segala musibah dan petaka dari mengganggu hidupnya...amin....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

bab satu impressivelah nera! =) kalaulah bukan kata ganti diri pertama digunakan dalam cerita ni, dah menepati piawaian sebuah novel dah...btw looking forward to read next chapz! =)

MissNera said...

thanks nuar atas tunjuk ajar. nampak gayanya kena improve tang situ la!

pernah terfikir juga ttg ganti diri tu. tpi dah separuh jalan masa tu! hehe