Seminggu di kampung aku kembali ke Kuala Lumpur. Sampai di pekan Kuala Pilah, aku menyedari sudah seminggu aku tidak menutup telefon bimbitku. Sebaik sahaja aku menghidupkannya, telefon bimbitku tidak berhenti-henti berbunyi menunjukkan isyarat sistem pesanan ringkas. Aku mengambil keputusan untuk berhenti di bahu jalan. Ada dua puluh dua pesanan. Ah, tentu Sean! Tapi sebaik sahaja pesanan pertama kubuka, tertera lima panggilan tidak berjawab daripada Mukhris pada tarikh seminggu yang lepas. Pesanan-pesanan seterusnya yang dihantar oleh Maxis juga sama. Terbeliak mataku saat melihat angka tiga puluh enam kali panggilan tidak berjawab daripada Mukhris pada khamis lepas. Juga terdapat tiga panggilan daripada Syafikah pada hari yang sama. Pesanan demi pesanan kubaca. Hampir ke semuanya daripada Mukhris. Aku menelan air liur. Tunas cinta yang sudah kucantas kelmarin bagaikan tumbuh kembali.
Amboi, blk kg tak ingat kat I ya!? Hp pn you off. Apalah kg you, line pun tak ada!
Aku tersenyum membaca pesanan Mukhris. Bukan masalah talian yang tidak elok tetapi memang sengaja aku menutup telefon agar Sean tidak menganggu cutiku. Aku ingin berehat dari sebarang kerja.
Rindulah… you tak rindu kat I ker? Rindu sgt…
Pesanannya kali ini membuatkan aku rasa panas menyerbu muka. Rindu bagaimanakah yang Mukhris rasakan terhadapku? Sebagai kawan atau lebih daripada itu? Ah, Nurul Umairah! Sedarlah sekarang kau sudah menyerahkan cinta kau kepada Faris! Buangkan jauh rasa rindu dan sayang kau terhadap Mukhris! Faris lebih berhak! Ingat Umairah janji kau kepadanya tadi! Janji yang kau akan menyintainya!
Segera aku memadam semua pesanan. Aku tidak mahu tahu apa pesanan yang dihantar oleh Mukhris! Aku tidak mahu tahu! Ketika Faris datang ke rumahku tadi sebelum aku bertolak, aku telah menyatakan persetujuanku untuk menjadi kekasihnya. Betapa Faris gembira saat itu. Tubuh abah dipeluknya erat. Aku seisi keluarga ketawa dengan gelagatnya
“Ris tak nak kita hubungan kita sekadar macam ni. Ris nak kita bertunang. Lagi cepat lagi bagus. Ris tak nak kehilangan Maira. Bolehkan?”
“Saya tak bersedia lagi. Semua ni terlalu cepat.”
“Bukan terlalu cepat sayang. Dah cukup lambat. Sebenarnya dah lama Ris nak bawa Maira jumpa mak Ris. Mak ris pun teringin sangat nak tengok bakal menantunya. Minggu depan, Maira ikut Ris balik kampung ya? Bulan depan kita bertunang. Then lepas tiga bulan kita kahwin.”
“Gelojoh sangatlah Ris ni! Kahwin bukan main-main tau! Saya kena fikirkan kerja saya kalau saya kahwin dengan awak. Saya masih nak bekerja.”
“Sayang, Ris tak cakap yang Sayang kena berhenti kerja. Sayang kerjalah.”
“Habis tu Ris kat sini, saya kat KL. Baik tak payah kahwin kalau kahwin seorang kat kutub utara, seorang kat kutub selatan.”
“Kita duduk KLlah, sayang. Dengar sini, jangan cakap apa-apa, okay?! Dengar dengan jelas! Ris dah beli rumah dekat Puchong dan pihak kementerian dah luluskan permohonan Ris untuk ditukarkan ke sana. Nanti kita kahwin, kita duduk sana.”
“Ris….”
“Just say yes, Maira. Sebelum Ris buat keputusan dan ajak kahwin, Ris dah pertimbangkan semuanya. Untuk kebaikan sayang dan juga untuk Ris. Ris tak nak kehilangan Maira kepada mana-mana lelaki.”
Aku megeluh lemah. Serasa keputusan yang diambil Faris terlalu terburu-buru. Hubungan kami baru bermula tetapi Faris sudah berfikir melangkauinya. Tetapi aku sukakan caranya penuh komitmen. Belum pun aku nyatakan persetujuan untuk menjadi miliknya, dia sudah bersedia untuk hidup berkeluarga. Aku yakin Faris sudah bersedia ke arah itu. Zaman sekarang umur tidak lebih dari usia semata-mata. Faris begitu matang berbanding usianya. Tidak macam Mukhris! Ah! Aku menjerit di dalam hati tatkala nama itu hadir difikiranku!
Telefon bimbitku yang tiba-tiba kedengaran lagu, Helena dari My Chemical Romance membuatkan aku sedikit terkejut lantas aku memperlahankan volume radio. Buat seketika aku membiarkan telefon kuterus berbunyi sebelum menekan punat yang terletak di dashboard.
“Assalamualaikum, Maira. Akhirnya dapat I call you!”
Aku menelan air liur saat mendengar suara lelaki itu berkumandang di dalam keretaku. Suara itu sememangnya amat kukenali. Mukhris!
“Waalaikumsalam!” jawabku ringkas, cuba mengawal intonasi suaraku yang sedikit bergetar.
“You kat mana ni? Bila balik KL?”
“I’m on my way to KL. Dekat Bukit Putus.”
“Erm, I nak jumpa you malam nanti boleh?”
“Buat apa?” tanyaku sambil menyelongkar dashbordku mencari, sesuatu yang aku sendiri belum pasti. Jalan yang sesak membuatkan aku terpaksa memperlahankan kereta.
“Adalah. I jumpa you kat KLCC. You sampai KL pukul berapa?”
“Tak pasti. Mungkin dalam pukul enam kot.”
“Okay kalau macam tu dalam pukul enam setengah kita jumpa dekat KLCC ya! I tunggu you sampai you datang. Kalau you tak datang I datang mengamuk kat rumah you!”
Aku mencebik mendengar ugutan Mukhris. Cakap jer lebih! Macam berani sangat!
“Okaylah. Tapi kalau you yang lambat I balik jer!”
“Okay, my dear! Asslamualaikum.”
Terbeliak mataku mendengar Mukhris memanggil aku begitu. Cara dia bercakap hari ini tidak seperti selalu. Apa kena dengan mamat ni! Kena sawan agaknya.
Kesesakan hampir dua kilometer di Bukit Putus rupa-rupanya berpunca daripada sekatan jalan raya yang dibuat polis. Aku mendengus walaupun aku sedar itu sememangnya merupakan satu tugas dan tanggungjawab anggota polis. Hendak tak hendak terpaksa mengikutnya juga. Aku membalas senyuman anggota polis yang mengangkat tangan kepadaku. Senyumannya membuatkan aku terfikir, bagaimana mereka boleh menjalankan kerja dalam cuaca panas terik begini?! Kalau aku yang berada ditempat mereka tentu sahaja sudah lama aku pengsan. Dah lama juga aku mencari kerja lain yang lebih lumayan gajinya dan tidak perlu aku bertugas dalam cuaca begini saban waktu.
Aku singgah di Seremban untuk solat Asar. Tika tiba di Tol Sungai Besi, jam baru sahaja melepasi angka enam petang. Aku tersenyum sendiri. Tengoklah siapa yang lambat sampai nanti! Aku menghubungi Mukhris setelah memangkirkan kereta.
Dari jauh aku sudah dapat melihat kelibat Mukhris. Ringkas pakaiannya. Sekadar jeans dan t-shirt beserta topi yang tidak pernah dilupakan setiap kali keluar. Menyedari aku menghampirinya, Mukhris tersenyum mesra.
“Apasal you nak jumpa I? Macam tak sempat esok jer!”
“Jomlah duduk dulu. You ni tak sabar-sabar pulak!”
Baru sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi, telefon bimbitku berbunyi. Tersenyum aku melihat nama Faris yang tertera di skrin. Terus sahaja aku menekan butang hijau tanpa memperdulikan Mukhris.
“Assalamualaikum, Maira kat mana ni?” tanya Faris pelahan.
“Erm, Waalaikumsalam. Saya dah sampai dah tapi jumpa kawan sekejap kat KLCC.”
“Lelaki ker perempuan?”
Aku memandang Mukhris, mencari reaksi diwajahnya. Tenang dan bersahaja. Nampak sangat dia tidak punyai apa-apa perasaan terhadapku. Tiada riak cemburu diwajahnya.
“Lelaki. Jealous ker?”
“Erm, jealouslah juga tapi Ris percayakan Maira. Okaylah, Ris tak nak kacau Maira dengan kawan tu. Nanti malam nanti Ris call lagi ya!?”
“Okay. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. I love you, Maira!”
“Me too. Take care ya!?”
“Okay, sayang. Bye.”
Aku menyimpan kembali telefon bimbitku ke dalam beg tangan. Memandang Mukhris yang tenang tanpa sebarang riak di wajahnya.
“Erm, ada buah hati tak beritahu I pun! Kalau tiba-tiba dia serang I jangan nak salahkan I pula!”
“You jangan risaulah. Dia tu bukan jenis cemburu buta. You nak jumpa I ni kenapa?”
“Nak jumpa you pun ada sebab ker?!”
Aku mencebik. Mukhris selalu sahaja tidak memberikan jawapan yang aku mahukan. Kadang kala soalan aku dijawabnya dengan soalan juga. Menjadikan aku sedikit sebal dengannya. Mukhris tersengih. Dia diam sekejap, jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja.
“Cepatlah Ris! You ni sajer nak bagi I macam tunggul kat sini. Kalau tak ada apa-apa yang penting I nak balik.”
“You nikan! Kalau ya pun tak sabar nak bergayut dengan buah hati, tunggulah sekejap. Perut I ni lapar sangat. Temankan I makan. Lepas tu kalau you nak balik sangat, baliklah!”
“You tak ada orang lain ke nak ajak makan? Dah tu kat restoran you tu macam-macam ada. Tak payah keluar duit pun!”
“Kalau you tak nak temankan I makan cakap jer lah! Jangan nak bagi ceramah pula kat sini. Perut I yang tadi ingatkan nak makan nasi, kejap lagi ada yang makan orang!” sindir Mukhris. Lama matanya tertumpu ke arah sebuah gerai masakan minang. Tanpa suara, dia bangun terus sahaja ke arah gerai yang menjadi tumpuannya tadi. Sebentar kemudian, dia kembali dengan sepinggan nasi dan lauk ayam masak kicap. Itu sahaja!? Membuatkan aku memandangnya lama.
“Kalau you nak balik, baliklah! I boleh makan sorang.” Pelahan suara Mukhris, langsung tidak memandangku. Dia bangun sekali lagi dan menghilang di sebalik orang ramai yang memenuhi ruang medan selera. Aku terkesima. Langsung tidak bergerak. Mukhris tidak pernah bersikap begini! Merajukkah dia?
“Kenapa tak balik lagi? Tadi bukan main sangat nak balik!” Tersentak aku mendengar suara Mukhris yang tiba-tiba menyapa. Agak pelahan tetapi cukup membuatkan jantungku berdengup kencang.
“You marahkan I ke Ris? Maaf eh?! I temankan you makan, okay?!” Pelahan aku bersuara. Mukhris tidak bersuara sebaliknya terus menyuap makanannya. Aku semakin hairan dengan sikapnya. Adakah dia jauh hati bila aku mengakui sudah berpunya? Benarkah begitu?
Sikap membisu Mukhris hingga ke sudah. Dia hanya bersuara bila memberitahu mahu ke masjid menunaikan solat maghrib. Aku mengikutnya kerana aku juga perlu menunaikan solat. Selesai solat, aku merasakan getaran dari beg tanganku. Terdapat sms baru kuterima. Berkerut dahiku bila melihat nama Mukhris yang tertera.
You baliklah dulu. I jumpa member I kejap. Sorry susahkan you.
Bertambah berkerut dahiku membaca sms yang dihantarnya. Ringkas sahaja tetapi sudah cukup membuatkan aku memikirkannya.
Ok. I balik dlu. But make sure you msg I nanti. You buat I rasa xsenang hati.
Aku balas kembali sms Mukhris. Belum sempat aku menyarung kasutku, terasa getaran sekali lagi dari beg tanganku. Mukhris membalasnya.
Ok. Xder apa2lah. I ok.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku memikirkan sikap Mukhris yang berlainan kali ini. Pelbagai kemungkinan bermain di fikiranku saat itu.
Sampai ke rumah, aku terus membersihkan diri. Faris menghubungi aku setelah aku menghantar sms kepadanya. Sepanjang berbual dengan Faris, fikiranku langsung tidak berganjak dari memikirkan Mukhris. Sehinggakan Faris berulang kali mengulang apa yang diperkatakan. Setiap kali itulah aku memberi alasan telefon bimbitku punyai masalah. Hampir sejam kami berbual di telefon. Faris yang banyak bersuara. Aku menunggu sms mahupun panggilan daripada Mukhris tetapi hampa. Dia langsung tidak menghubungiku.
No comments:
Post a Comment