“Cik Ira, Ada someone cari Cik Ira kat lobi.” Suara Samsiah kedengaran dari corong telefon ketika aku sedang menyiapkan laporan kerosakan server di Tropicana.
“Erm, siapa?”
“Encik Haizal. Dia kata dia kawan Cik Ira.”
Haizal? Sebaik nama itu yang disebut oleh Samsiah terpelanting pensel yang berada di tanganku. Tindakan spontan itu mengundang perhatian Tan Wee Keong yang berada di sebelahku. Aku sekadar tersengih melihat riak hairan di wajah lelaki Cina yang sudah hampir tiga tahun aku kenali itu.
“Apa yang dia nak?” soalku setelah terdiam seketika.
“Er.. er.. dia kata dia ada hal nak bincang dengan Cik Ira.”
Aku mendengus seraya mematikan talian. Apa pula yang lelaki ini mahu? Apa perlunya dia datang menemui aku sampai ke sini? Penting sangatkah? Tak boleh telefon sahaja? Ah, kalau dia telefon belum tentu aku akan menjawabnya.
Turun sahaja ke lobi, dari jauh aku sudah nampak kelibat Haizal. Ke hulur ke hilir dia mengatur langkah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Semakin aku menghampirinya aku sedar dia memakai kemeja yang pernah aku belikan untuknya dahulu. Kemeja berwarna ungu lembut itu memang kena dengannya. Aku jadi sebak tiba-tiba namun aku cuba tabahkan diri. Mengingat bahawa lelaki itu adalah suami kawan baik aku sendiri.
“Erm, ada hal apa yang datang cari I ni?” soalku tanpa sebarang salam.
“We need to talk!”
“Pasal apa?”
“Betul you nak kahwin dengan Faris?”
Aku jadi pelik dengan pertanyaan Haizal. Pelik kenapa soalan bodoh itu yang dia tanya?! Lama aku renung wajah Haizal duduk dihadapanku. Rasa geram yang amat sangat.
“Ya, I memang nak kahwin dengan Faris dan apa masalah you dengan hal tu?” pelahan tetapi tegas aku bersuara. Haizal bagai tidak senang dengan jawapanku. Dia meraup mukanya dengan ke dua-dua belah tangannya.
“You tak boleh kahwin dengan Faris! Dengan sesiapa pun!” Jawapan Haizal benar-benar mengejutkan aku. Gila apakah dia?! Sedarkah dia dengan apa yang baru sahaja dilafazkan?!
“Apa hak you nak halang pilihan I?”
“You milik I, Maira! Hanya I yang boleh membahagiakan you!”
Terbelalak mataku dengan kenyataan yang keluar dari mulut Haizal. Aku milik dia? Lupakah dia apa yang telah berlaku? Lupakah dia pada kata putus yang dia ungkapkan saat aku sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri? Lupakah dia yang isterinya kini adalah sahabat baik aku sendiri?
“You ni gila apa? You dah kahwin dengan best friend I. Syafikah.” Sengaja aku tekankan bila menyebut nama Syafikah. Biar Haizal sedar. Biar Haizal tahu.
Haizal mendengus. Aku lihat jari-jemarinya digenggam erat dan kemas. Aku sedar di wajahnya penuh dengan emosi.
“I tak cintakan dia. I tak pernah cintakan dia.”
Kejutan demi kejutan aku terima. Kejutan yang membuatkan jantung aku berdegup kencang. Serasa mahu luluh jantungku mendengarnya.
“You jangan nak mengada-ngada, Zal! You sedar tak apa yang you cakapkan ni?!”
“I sedar dan I nak you tahu I tak pernah cintakan Syafikah. Cinta I hanya untuk you!”
“You lupa apa yang you cakapkan kat I dulu? please lah!”
Haizal diam. Dia tunduk. Jarinya bermain-main dengan cincin platinum dijarinya. Tiba-tiba aku teringat tentang impian perkahwinan kami dahulu. Impian yang hancur lebur sekelip mata. Impian yang telah Haizal binasakan dengan tangannya sendiri.
“Assalamualaikum.”
Salam yang kedengaran menyebabkan aku berpaling. Terkejut kerana dek kata-kata Haizal belum lagi hilang, muncul lagi satu kejutan. Mukhris berdiri membelakangkanku. Lelaki itu hanya tersenyum padaku sebelum beralih kepada Haizal.
“Waalaikumsalam. You buat apa kat sini?” terus sahaja aku bertanya dan harapan aku moga Mukhris akan jadi penyelamat. Haizal akan berlalu.
“I dari OU tadi. Jumpa management sana. Then, teringatkan you. Ingat nak ajak you lunch sama.”
Terus sahaja aku pandang jam di tangan. Sudah hampir pukul satu petang.
“You tunggu kejap. I nak naik office.”
“Okay. You kalau nak join sekali pun boleh.” Aku tahu kata-kata Mukhris itu untuk Haizal. Aku pandang Haizal, mengharap dia menolak ajakan Mukhris. Aku tidak mahu dia merosakkan keadaan.
“It’s okay. I kena balik office. Ada meeting after lunch.”
“You tunggu I kejap ya, Ris. Lima minit lagi I turun.”
Mukhris sekadar mengangguk. Tanpa sepatah kata untuk Haizal, aku terus berlalu meninggalkan dia berdua dengan Mukhris. Bila aku turun semula Haizal sudah tiada. Lega rasanya. Lelaki itu bisa membuatkan aku sakit jantung!
“Kenapa tadi?” tanya Mukhris bila kami sama-sama berada di dalam kereta Mukhris. Tanpa menunggu jawapanku, Mukhris menghidupkan enjin kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan pejabatku.
“Haizal datang cari you buat apa?” kali ini pertanyaan Mukhris bertukar tetapi masih punya maksud yang sama.
“Erm, dia bagi tahu yang I tak boleh kahwin dengan Faris.” Pelahan aku bersuara. Seperti tidak mahu keluar dari mulut butir perkataan yang aku sebutkan. Entah kenapa.
“Kenapa?” tenang Mukhris bertanya sambil dia membelokkan keretanya.
“Dia kata I milik dia. Gila ke apa?!”
Mukhris ketawa kecil. Berkerut dahiku dengan ketawanya.
“You ketawa kenapa? Lucu ke apa yang I cakapkan?!”
“Taklah. I ketawakan Haizal. Gila meroyanlah tu lepaskan you dulu.”
“Erm.”
“Dahlah, tak payah fikir pasal tu. Biarkan dia. You jangan nak cerita hal ni kat Ika. Haizal tu meroyan sekejap je tu. Nanti you dah kahwin okaylah tu.”
Aku hanya angguk mendengar kata-kata Mukhris.
“You dah tak ada perasaan pada Haizal kan?” soal Mukhris setelah agak lama berdiam diri. Ketika keretanya dipakirkan di hadapan sebuah restoran kegemaranku.
“Zero dah pun. Cinta I untuk Faris seorang sahaja.” Tegas jawapanku, sengaja memberi jawapan sebegitu kerana aku tahu Mukhris sengaja mahu melihat reaksiku.
“Ye ke ni? Boleh percaya ke?” Mukhris tersengih.
“Bolehlah. I cintakan Faris.”
Mukhris mencebik. Kami mengambil tempat di hujung sekali kerana hanya tempat itu yang kosong. Seperti selalu Mukhris yang akan mengambilkan aku makanan dan memesan minuman. Aku hanya tunggu makanan dan minuman tiba. Mungkin sudah terbiasa begitu dengan Mukhris.
“So you buat apa pergi OU?” soalku sebaik sahaja lelaki itu meletakkan makanan di atas meja. Mukhris menggeleng, kurang senang mungkin dengan pertanyaanku yang bagaikan tidak sabar menunggu dia duduk.
“I nak buka Desa Rasa kat situ. I dah dapat dua lot kedai kat New Wing. So, tadi I bincanglah apa yang patut dengan management.”
Mukhris kalau sudah mula bercerita tentang Desa Rasa memang susah nak berhenti. Sambil menyuap makanan ke mulut sambil itu dia rancak bercerita tentang buah hatinya itu. Mendengar Mukhris bercerita hilang ingatan aku terhadap Haizal. Seronok mendengar lelaki bercerita.
Terbit sedikit rasa cemburu dengan impian Mukhris yang bisa sahaja menjadi kenyataan. Itulah nasib orang berduit dan dari keluarga berada seperti Mukhris. Tiada apa yang mustahil baginya. Aku
2 comments:
meroyan?? hahaha.. btol2.
gila ah haizal tu. psiko pn ad.
mukhris tu cm ske kt maira je?
ish.. musykil.. musykil..
nak lagi!!
apa yang saya cari, terima kasih
Post a Comment