Saat ini aku merasakan mahu seseorang di sisi. Mahu meluahkan segala rasa hati. Bebanan perasaan ini menjadikan semangat aku untuk berkerja hilang serta merta. Aku mahu menghubungi Faris tetapi pada saat begini aku tidak mahu menganggunya. Faris sedang berkursus selama dua minggu. Selama dia berkursus kami Cuma sempat bercakap di telefon sehari sekali. Kesibukannya membataskan kami. Lagi pula, aku mahu Faris memberikan tumpuan kepada kursusnya.
Setelah membelek-belek nama di telefon bimbitku Mukhris juga yang aku hubungi. Lama aku menunggu dia menjawab tetapi hampa. Entah kenapa aku rasa mahu menangis. Aku cuba dail sekali lagi nombor Mukhris. Masih sama. Tidak berjawab. Kali ke tiga juga sama. Akhirnya, aku campak telefon bimbitku ke hujung katil.
Ketika itu juga aku teringatkan Sean. Lelaki itu sudah sedar dari koma empat hari lepas. Dua hari selepas aku pulang dari kampung Faris. Menitis air mataku tika menerima panggilan daripada Jannah. Berita gembira itu aku sampaikan kepada Faris. Berkali-kali ucapan syukur keluar dari mulut Faris. Faris berjanji sebaik tamat sahaja kursus dia akan segera melawat Sean.
Keadaan Sean masih lemah. Lelaki itu masih tidak mampu mengingat. Dia kenal ibunya dan Jannah. Tetapi tidak aku dan rakan-rakan sekerja lain. Kawan-kawannya juga tidak dikenalinya. Menurut doktor, mungkin keadaan Sean yang masih lemah dan kesan hentakan kuat di kepalanya menyebabkan dia masih kurang daya ingatan.
Teringatkan Sean, terus sahaja aku mencapai kunci kereta. Kereta yang aku pinjam dari abah sementara menunggu keretaku siap. Mungkin hatiku akan sedikit lega bila dapat bertemu Sean. Melihat Sean yang semakin sihat dan mampu bertutur dengan baik tentu sahaja akan menenangkanku.
Aku tiba di wad yang menempatkan Sean ketika ibunya sedang menyuapkan Sean sup sarang burung. Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir auntie Suzie dihadiahkan untukku walaupun jelas di wajah itu raut kepenatan. Aku jadi simpati tetapi aku tidak mampu untuk menghalang seorang ibu yang terlalu mahu di sisi anaknya.
“Apa khabar auntie?” sapaku sambil menyalami tangan auntie Suzie.
“Sihat. Dari mana ni?”
“Dari rumah auntie. Cuti separuh hari.”
Auntie Suzie sekadar mengangguk. Aku hadiahkan senyuman untuk Sean. Lelaki itu membalasnya payah. Kecederaan muka Sean agak teruk sehinggakan doktor terpaksa mengambil sedikit isi di bahagian pehanya untuk menampung kehilangan hampir separuh daripada mukanya. Memikirkan kembali saat wajah penuh darah itu aku jadi ngeri.
“Erm, biar saya yang suapkan Sean. Auntie berehatlah dulu. Auntie nampak penat sangat.”
Auntie Suzie menyuakan aku mangguk sup sarang burung kepadaku. Kami bertukar tempat duduk. Berhati-hati aku menyuapkan sup ke mulut Sean.
“You kena makan lebih sikit Sean. Badan you lemah lagi.” Ujarku bila Sean menggeleng sebagai tanda dia sudah tidak mahu makan setelah beberapa sudu sup. Sean geleng lagi.
Baru sahaja aku mahu membuka mulut menyuruh Sean makan lagi, pintu bilik dikuak. Muncul Shofea yang masih lengkap berpaikaian pejabat. Blaus Biru beropol di dada dan skirt pendek paras lutut. Melihat aku yang berada dekat dengan Sean, aku kesan ada riak kurang senang di wajah itu. Paling tepat mungkin cemburu. Aku letak mangkuk yang masih berisi sup sarang burung di atas meja tepi. Bangun nak menghampiri Shofea yang sedang menyalami auntie Suzie. Aku hulur tanganku kepada Shofea dan gadis itu menyambutnya.
“You tak kerja ke hari ni?” soalku sekadar berbahasa.
“Erm, kerja. I keluar lunch lambat tadi. Kebetulan lalu sini on the way balik office jadi I singgahlah.”
Aku angguk. Rasa canggung pula dalam keadaan begini untuk berborak dengan Shofea yang sememangnya tidak suka akan aku tetapi terpaksa menyembunyikannya dihadapan auntie Suzie.
“Tak apalah auntie. Saya balik office dulu.” Akhirnya Shofea yang bersuara
“Eh, you baru je sampaikan?! Takkan nak balik dah. You borak-boraklah dengan Sean dulu. I nak bawa auntie pergi kantin kejap. Auntie belum makan lagi dari tadi.”
Aku tahu Shofea kurang selesa bila ada aku. Aku juga tahu Shofea mahu sangat berbual dengan Sean tetapi mungkin dia segan dengan auntie Suzie.
“Erm, Sean pun makan sikit tadi. You tolong suapkan dia eh?!” sambungku lagi sambil mataku singgah di wajah Sean yang sekadar memerhati dari tadi. Tiada kekuatan untuk bersuara sepenuhnya.
Tanpa menunggu jawapan Shofea, aku memaut tangan auntie Suzie keluar dari wad yang menempatkan Sean. Di pintu hampir sahaja aku bertembung dengan Mukhris yang secara tiba-tiba menolak daun pintu dan aku pula menarik daun pintu dari dalam.
“Ya ALLAH, you ni Ris!”
“I pulak. I call kenapa tak jawab?” terus sahaja Mukhris bertanya tanpa memperdulikan auntie Suzie di sebelahku.
Aku tersengih. Mengingat rajuk aku tadi. Mukhris mencuka. Secara tidak kusedar juga, dia mencubit pipiku.
“Sakitlah! Suka hati dia jer nak cubit-cubit pipi orang!” ujarku sambil mengosok-gosok pipiku dengan tapak tangan. Wajah Mukhris masih sama.
“You memang suka buat orang risau. Erm, Jannah tak sampai lagi?” kini, persoalan Mukhris beralih kepada auntie Suzie. Mencerut wajahku mendengar nama Jannah. Sejak mereka saling bertemu hubungan Jannah dan Mukhris tampak begitu mesra. Ah, Jannah cantik, tentu sahaja Mukhris senang terpikat! Akhirnya aku membuat kesimpulan begitu. Tidak mahu terus bermain dengan perasaan. Takut nanti aku keliru.
“Maybe malam sikit. She have something to settle down before can come here.”
Mukhris mengangguk. Jannah sering berulang-alik antara Melaka dan Damansara. Tugasnya sebagai tutor memaksanya begitu.
“Jom pergi kantin. Auntie and I nak makan something. Laparlah.”
Kali ini aku paut tangan Mukhris pula. Terpinga-pinga lelaki itu mengikut langkah aku dan auntie Suzie. Sampai ke kantin hospital aku masih memaut tangannya sehinggakan Mukhris menegur. Seperti tadi, aku hanya tersengih sambil meleraikan pautan.
Auntie Suzie hanya menggeleng dalam senyuman. Pernah sekali auntie Suzie bergurau denganku berkenaan dengan Mukhris yang nampak cocok denganku. Tetapi sekali itu sahaja kerana aku tegaskan kepada auntie Suzie antara aku dengan Mukhris tidak pernah lebih dari seorang kawan. Kawan! Ya hanya kawan!
3 comments:
ayoyoyo....
maira, faris buah ati a.k.a future hubby ko nk letk mane kalo ati da berbelah-bagi??
maira 2 cm xttp pendirian la..
jap nk mukhris, pas2 jap nk faris..
pela..cb la ykn ngn kptsn yg dibuat..
da la nk khwn ngn faris..isy3..
pelik tol..
hehehhe..
newey thnx penulis..
chaiyok3x!!
nak maira dengan muhkris! xD
Post a Comment