Pertunangan aku dan Faris berlangsung juga akhirnya. Rombongan dari pihak Faris datang dengan dua bentuk cincin. Merisik sekaligus bertunang. Ada debaran yang aku rasa. Semakin memuncak bila selesai perbincangan ke dua belah pihak, aku di pinta keluar untuk disarungkan cincin oleh emak Faris. Aku takut dan gementar. Takut tersadung kaki sendiri bila berjalan. Gementar bila semua pandangan tertumpu padaku yang merapati emak Faris. Nasib baik ada Syafikah. Dia menemani aku sepanjang waktu. Membantu aku itu dan ini.
Sedikit terkilan kerana Mukhris tidak hadir. Tiga hari lepas dia berangkat ke China. Katanya atas dasar perniagaan. Puas aku memujuk supaya dia menangguhkan pemergiannya. Aku mahu dia ada ketika hari pertunanganku.
“You baru bertunang. Nanti you nak bersanding, tujuh hari tujuh malam I berkampung di rumah you!”
Puas aku pujuk. Mukhris tetap tidak mahu hadir. Katanya, peluang yang hadir di China itu amat jarang. Bila aku pura-pura merajuk dengan mengatakan dia langsung tidak sayangkan aku, Mukhris terdiam seketika.
“I sayangkan you. Sayang sangat-sangat tapi business I tu lagi I sayang. Sayang you lebih-lebih pun I bukan dapat apa pun.” Sempat dia mengenakan aku.
“Alah Ris , lusa you pergilah sana. Takkan dorang tak boleh tunggu. Sehari je.”
Haizal juga tidak hadir. Menurut Syafikah , Haizal terpaksa ke Kemaman. Ada masalah syarikat di sana. Jauh di sudut hatiku merasakan ia tidak lebih dari sekadar alasan. Pertemuan terakhir aku dengan Haizal bulan lepas bermain di fikiran. Aku jadi meluat tetiba. Kasihan Syafikah !
Seorang lagi yang membuatkan hari pertunangan aku terganggu adalah Along! Sungguh! Aku tidak tahu kenapa. Aku tercari-cari kelibat Along di sebalik rombongan Faris. Tiada. Wajah suram itu tiada. Ya, aku menjadi kecewa tetapi tidak tahu mengapa aku harus kecewa.
“Termenung jauh nampak!”
“Kenapa ni?” pelahan suara Syafikah menyoal. Pintu bilikku di tutup rapat.
“Tak ada apalah. Kau jangan nak fikir bukan-bukan pulak ya?!” Syafikah tergelak. Dia mengambil tempat di sebelahku. Di bucu katil.
“Tahniah , Ira . Aku gembira sangat.”
Aku tersengih menerima ucapan Syafikah. Perancangan pertunangan aku dan Faris berlangsung begitu pantas. Tidak sampai lima bulan usia perhubungan kami dan hari ini kami di ikat dengan sebuah pertunangan. Aku sememangnya tidak percaya tetapi aku yakin Faris mampu menjadi suami yang baik untuk aku nanti. Usianya yang lebih muda daripada aku tidak menjadi sebab dia tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Aku yakin sinar cintanya akan memberikan aku seribu kebahagiaan yang tidak aku kecapi sebelum ini. Aku benar-benar pasti.
“Aku kena balik malam ni jugak, Ira . Ada hal yang penting yang kena aku uruskan esok.”
“Ala kau ni! Hal apa yang penting sangat?”
“Erm, aku minta maaf. Aku tak boleh bagitau kau sekarang. Terlalu personal untuk aku!”
Aku tidak mahu bertanya lebih bila Syafikah sendiri amat keberatan untuk bercerita. Aku sedar seakrab mana pun hubungan aku dan Syafikah ada hal yang tidak patut aku campur tangan. Tetapi malam tadi ketika kami sibuk menyiapkan hantaran pertunangan, Syafikah menerima panggilan telefon. Aku tidak tahu apa yang dia bualkan dengan si pemanggil kerana sebaik sahaja Syafikah menerima panggilan itu terburu-buru Syafikah turun ke laman.
“Haizal. Dia bagitahu dia balik esok.”
Aku sekadar mengangguk bila pertanyaan aku di jawab Syafikah. Seperti biasa aku tidak mahu banyak bertanya. Tambahan bila ia berkenaan dengan Haizal. Lagilah aku malas nak bertanya.
“Kak Long, ada orang call akak tu!” jerit Nadia dari dalam. Terus sahaja aku masuk ke dalam rumah.
“Abang Farislah tu! Sekejap je dah rindu!” sempat Nadia memerliku. Aku buat tidak tahu, terus sahaja masuk ke dalam bilik.
Bunyi deringan telefon bimbitku terhenti sebelum sempat aku mencapainya. Ada tiga panggilan tidak berjawab. Baru sahaja aku mahu melihat nama pemanggil, telefonku berbunyi lagi. Mukhris! Sedikit berkerut dahiku. Sudah balik Malaysia kah?
“Hello. Assalamualaikum.” Aku memberi salam dengan suara yang sengaja kedengaran kasar.
“Waalaikumsalam. Garangnya mak cik?! Dah sepuluh kali I call you, tak berangkat. Seronok sangat ke bertunang tu!” seperti biasa tak sah kalau bahasa yang Mukhris gunakan tidak memerliku.
“Amboi-amboi. Sesuka hati you panggil I mak cik ya! Tak sedar diri you tu yang dah tua! Kat handphone I ni, ada tiga missed call je! Lagi tujuh tu you call perempuan mana?!”
Mukhris gelak besar di hujung talian. Macam lawak sangat kataku. Aku mengetap bibir. Geram dengan Mukhris kerana tidak hadir di majlis pertunanganku belum pun habis. Dia tambah lagi dengan kata-katanya yang menyakitkan hati. Mendengar dia ketawa pun sudah cukup buat aku sakit hati!
“You nak terus gelak ke? Bila balik Malaysia?” malas melayan gelak Mukhris terus aku mengajukan pertanyaan.
“I kat KL dah pun. Sampai pukul tujuh tadi.” Ketawanya sudah hilang.
“You pergi China buat apa kalau dah hari ni balik? Sekejap sangat!” ada nada tidak puas hati yang cuba aku sampaikan.
“Cukuplah. I pergi tengok peluang yang memang dah ada. Next month I pergi lagi.” Kali ini serius Mukhris berkata-kata. Biasalah, hal bisnes! Tak pernah main-main bagi Mukhris.
“So, lepas ni you selalu ulang alik Malaysia-China lah? Jangan wedding I , you bagi excuse lagi sudah!”
“Macam tulah. Maybe kalau tak ada apa-apa, semua dah settle I mungkin akan duduk sana untuk dua atau tiga tahun.”
Aku jadi terdiam. Jantungku berdegup kencang bagai menerima berita paling buruk. Badanku terasa lemah. Akhirnya aku terduduk di hujung katil.
“Maira, you still there? Hello! Maira!”
“Er.. I ada ni. Kenapa tiba-tiba you buat keputusan macam tu? Desa Rasa macam mana? Kitaorang macam mana?” Aku cuba mengawal intonasi suaraku supaya tidak kedengaran bergetar.
“I dah arrange semuanya. Adik I dah nak habis belajar dah. I bagi dia uruskan DS. Salihin akan tolong dia. I percaya akan kebolehan dia!”
“Habis tu I dengan Syafikah macam mana?”
Mukhris terdiam seketika. Aku membiarkan. Tentu sahaja dia memikirkan sesuatu. Aku juga. Aku tentu akan merindui keceluparan mulutnya menghentamku. Kekadang kata-katanya adalah benar walaupun menyakitkan hati. Sesekali Mukhris juga boleh menjadi seorang lelaki yang penuh sifat yang menyenangkan.
“You dah ada Faris. Syafikah ada Haizal. Jadi cukuplah tu. Okaylah, I dah ngantuk sangat ni. Penat pun ye juga! You balik KL nanti jangan lupa singgah DS. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Lambat-lambat aku menjawab salam Mukhris. Sebaik sahaja salamnya di jawab terus Mukhris mematikan talian. Aku jadi pelik. Pelik dengan sikap Mukhris yang cepat sahaja mahu mematikan talian.
Ah, orang berniaga macam tulah. Dah dapat peluang lebih besar, takkan mahu lepaskan?! China pula tu?! Akhirnya aku membiarkan fikiran aku memikirkan itu. Tidak mahu beratkan otak dengan hal berkenaan Mukhris. Tidak perlulah aku terlalu prihatin dengannya!
2 comments:
maira cintakan mukhris ke?
mukhris pn bez gk..
huhuhu..
tak leh!! faris lg baik!
ada jodoh tak ke mana tu.. hehehe
cik writer, sambung cepat ye? ngee~
hhoohhho...
rsanya mukriz cntkn maira..
sape sruh dia lmbt nak mluahkn prsaan...
maira pun mcm lalang x thu ske sape?
skjb faris skjb mukris..
hmm x pe dua2 baik...
sape2 jdh maira reda je la...
Post a Comment