Tuesday, November 17, 2009

RAHSIA RINDU 20


Habis aku bercerita, habis juga nasi lemak aku di makan Mukhris. Langsung tidak bersisa. Lelaki ini!? Gerutu aku sekadar di dalam hati.
“So, kita tengoklah Ahad nanti. Kalau apa yang di katakan Haizal betul macam mana?”
Aku angkat bahu. Tidak pernah terfikir sejauh itu. Tidak pernah terfikir Syafikah akan mengkhianati aku sebegini rupa.
Entahlah Ris. I tak tahu nak fikir macam mana. You kan kenal Syafikah macam mana! You fikir dia sanggup ke buat semua ni?” Aku kembalikan persoalan Mukhris dengan persoalan juga. Berkerut dahinya. Dia menggaru hujung matanya.
“I tak kenal Syafikah dengan rapat. Hubungan I dengan dia atas dasar ayah dia kawan ayah I tapi selama I kenal Syafikah, I tak rasa dia akan buat macam tu.”
Aku mengeluh pelahan. Memang, sepanjang mengenali Syafikah, aku tidak pernah merasakan dia akan mengkhianati persahabatan kami walaupun dia mengahwini bekas kekasihku. Aku menganggap mungkin telah jodoh mereka berdua.
“Kita tengok Ahad nanti. Tengok sama ada Haizal berkata benar atau sekadar mereka cerita. So, you masuk kerja tak hari ni?”
Mukhris mengalih tajuk perbualan. Dia memang suka begitu. Tidak mahu membincangkan sesuatu yang serius lama-lama. Katanya, membosankan!
EL. Tak ada mood nak kerja!”
“Jom ikut I! I nak bawa you ke suatu tempat. Kenal dengan seseorang!”
“Siapa?” soalku.
“Nak ikut tak?”
“Siapa?” tegasku. Mukhris yang sudah bangun dari kerusinya duduk semula. Mukanya di dekatkan ke arahku.
“Boleh tak you jangan banyak soal? I bukan nak kidnap you or jual you!”
Jawapan yang bukan jawapan daripada Mukhris mengundang sebal di dalam hatiku. Apa yang susah sangat menjawab pertanyaanku yang satu itu?!
“Nak ikut tak?” Mukhris sudah bangun, tajam dia memandangku.
“I ikutlah. Kalau buat macam-macam siap you!”
Mukhris melepaskan ketawa, mengundang pandangan beberapa pelanggan dan juga pekerjanya. Mukhris tidak kisahkan pandangan itu sebaliknya terus melangkah ke dapur. Aku ikut sekali.
“Dengan you tak kuasa I nak buat macam-macam. Tak ada faedahnya!”
Sebaik sahaja Mukhris menghabiskan kata-katanya terus telapak tanganku hinggap di bahunya. Kuat dan pedih! Biar dia rasa. Menjerit Mukhris sambil menggosok bahunya. Aku tersengih.
“You kalau tampar orang bias yang amat! Kesian Faris dapat bini macam you!” dalam sakit-sakit masih sempat Mukhris mengenakan aku. Aku memuncungkan mulut, berhenti melangkah. Berpura-pura terasa dengan kata-kata Mukhris.
“Ala cayang manja, intan payung abang ni!”
Mukhris ikut berhenti. Mendengar kata-katanya bertambah panjang muncungku. Mukhris tersengih.
Sudahlah Maira, you buat macam tu kalah muncung burung bangau!”
“Mukhris!” belum sempat jari-jemariku hinggap di badannya, Mukhris sudah mengelak. Makin galak dia ketawakan aku. Para pekerjanya sekadar memerhati sambil tersengih-sengih.
“Dahlah you nak buat drama muncung bangau you tu depan budak-budak ni! Kang sepuluh hari sepuluh malam kedai I tutup nanti. You nak ikut tak ni! Kalau tak I tinggal je!”
Muhris sudah menonong meninggalkan aku. Nak tak nak, aku mengikut sahaja dari belakang. Mukhris membawa aku menaiki keretanya. Seingat aku, aku menaiki keretanya hanya beberapa kali. Haruman keretanya lembut memasuki rongga hidung. Selesa dan tenang.
Kereta pacuan empat roda Mukhris melucur laju menyusuri LDP kemudian memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan. Aku membiarkan Mukhris memandu. Malas mahu bertanya lagi ke mana dia mahu membawa aku. Nanti jawapan yang aku terima menyakitkan hati. Ketika keretanya memasuki Sungai Buloh, Mukhris memperlahankan pemanduannya.
Beberapa minit kemudian, dia membelok ke kiri. Tertera nama ‘Kampung Baru Sungai Buloh’. Aku mengerut dahi bila kereta Mukhris berhenti di hadapan kawasan perkuburan.
“Jom.”
Aku masih membatu di dalam kereta sedangkan Mukhris sudah keluar dari keretanya. Mukhris mahu membawa aku ke kubur siapa agaknya?! Soalku pada diri sendiri, sekadar di dalam hati.
“Cepatlah Maira! You ni kan! Tak kan kat kubur ni pun I nak apa-apakan you!” suara Mukhris sedikit meninggi. Aku mendengus. Serentak dengan itu, aku terus sahaja keluar dari kereta.
“Manalah taukan! Nafsu manusia ni bukan kenal tempat!” selamba sahaja aku bersuara, melepaskan kegeraman kepada Mukhris. Langkah Mukhris terhenti dan ditenungnya aku tajam. Aku menjelirkan lidahku.
“You ni kan...” Mukhris menggeleng, tidak meneruskan kata-katanya. Aku tersengih. Pertama kali Mukhris tidak mahu berbalah denganku. Terasa kemenangan di pihakku kali ini. Tidak pernah berlaku.
Aku mengikut di belakang Mukhris sehingga Mukhris berhenti di sebuah kubur. Di salah satu tiang nisannya tertera nama seseorang yang di tulis dalam tulisan jawi. Terangkak-rangkak aku membacanya. Marissa binti Abdul Hakim! Aku pandang wajah Mukhris dalam terkejut. Mukhris turut memandang aku sebelum pandangannya jatuh ke arah kubur yang berada di hadapannya. Kemudiannya, dia duduk mencangkung.
“Dah tiga tahun Marissa pergi.” Ada keluhan di hujung bicara Mukhris. Dia meraup mukanya beberapa kali. Tiga tahun sudah berlalu tetapi wajah Mukhris masih membayangkan betapa arwah Marissa bermakna kepadanya.
“Arwah meninggal sebab apa?” aku soal tanpa sebarang maksud mahu mengguris hatinya. Memang Mukhris pernah bercerita tentang Marissa ketika menjaga Sean dahulu tetapi tidak pernah diceritakan sebab kematian Marissa.
“Salah I. Dua hari sebelum accident, Marissa ternampak I keluar dengan perempuan lain. I tahu I salah tapi I tetap tak nak mengaku. I tampar marissa hari tu sebab dia desak I mengaku I ada affair dengan perempuan tu. I beritahu Marissa yang I just main-main aje dengan perempuan yang dia nampak tu. I sayang dia seorang sahaja. Marissa tak dapat terima semua alasan I tu. Dua hari I tak jumpa Marissa disebabkan I sibuk sangat. Malam yang Marissa accident I ada kat Vistana tapi I dah janji nak celebrate our anniversary. Mungkin sebab terlalu marahkan I, Marissa accident...”
Mukhris memegang batu nisan yang tertera nama arwah. Ada kekesalan di wajahnya. Aku tidak tahu perasaan aku ketika itu. Marah atau bersimpati?! Mukhris bermain dengan hati dan perasaan perempuan!
“Seminggu lepas tu Marissa meninggal. Dia sedar sekejap je. I sempat minta maaf dengan dia. Entah, lepas Marissa meninggal I jadi takut nak bercinta lagi. I takut I akan buat lagi perkara yang sama.” Ada keluhan di hujung bicara Mukhris. Aku yang sekadar mendengar mengikut langkahnya menuju ke kereta.
“You tak boleh hukum diri you sampai macam tu! You patut belajar dari kesalahan bukan menghukum diri you! You pernah cintakan orang lain selepas arwah?”
Mukhris pandang aku. Aku balas pandangannya. Mahukan jawapan tetapi jika Mukhris tidak bersedia untuk bercerita aku tidak mahu memaksa
“Ada tetapi tak perlulah you tahu siapa dia. Biarlah jadi rahsia I seorang sahaja.”
“Biar I teka. Erm, I kan?!” tanyaku dalam gelak sedikit kuat.
Serentak dengan itu melambak ketawa Mukhris. Hilang terus wajah dukanya tadi. Aku masamkan muka. Kalau bukan aku sekalipun usahlah dia ketawa begitu sekali. Huh!!
Tanpa sebarang kata, Mukhris memandu keretanya keluar dari kawasan itu. Sepanjang perjalanan seperti tadi aku membisu. Puas Mukhris mengajak berbual tetapi aku tetap tidak melayan. Rasakan!! Tetapi terdetik di hati apa motif Mukhris mengajak aku ke sini. Ke kubur Marissa!



1 comment:

epy elina said...

hohohoho...
rupanya mukriz ada sej silam yg tersndri..
best2..
smbung2x..