Wednesday, December 23, 2009

RAHSIA RINDU 26


Malam itu, ketika aku baru sampai ke rumah Sean menghubungiku. Katanya dia sedang dalam proses menjalani proses fisioterapi di Hospital Melaka. Seminggu sekali dia akan ke sana. Lega hatiku mendengar berita itu. Kami berborak tidak lama. Sean ada bertanya padaku perihal Shofea. Nyata lelaki itu masih mengharap Shofea kembali.
Sebagai seorang kawan aku tidak mampu untuk berkata apa-apa. Sekadar mengharap Sean bersabar. Sejak aku sendiri sibuk dengan urusan peribadi dan kerja, aku bagaikan terlupa akan Shofea. Lagipula, aku tidak tahu mahu mencari gadis itu di mana. Sedangkan keluarganya sendiri pun tidak tahu ke mana, inikan pula aku?!
Sedang aku memikirkan perihal Shofea, telefon bimbitku berbunyi lagi. Kali ini sekadar pesanan.
Salam Maira! balik dah?
Aku tersenyum. Pesanan dari Mukhris rupanya. Macam tahu-tahu aja aku sudah berada di rumah. Segera pesanannya aku balas.
Salam Ris. I kat rumah dah pn. So, cantik ur patner. Xnk kenalkan dgn i ke?
Terus sahaja aku tekan butang ‘send’, sengaja mahu mengusik Mukhris. Baguslah kalau Mukhris sudah ada pasangan. Lagipun, aku lihat gadis itu sesuai benar dengan Mukhris. Cepat sahaja Mukhris membalas.
She’s my friend. My old friend. Actually, she’s new here. Baru smpi dr England. Nothing between us ya!
Aku tergelak kecil. Penerangan Mukhris di dalam Bahasa Inggeris itu seolah-olah menyatakan ketegasannya.
Yalah, nothing between us konon! Esok2 entah2 u kawen dulu dari i. How?
Aku sekadar mahu terus mengusik Mukhris. Apa salahnya kalau dia ada ‘apa-apa’ dengan gadis itu. Dia bukan semakin muda. Umurnya sudah mahu masuk tiga puluh satu tahun. Takkan mahu terus membujang dek fobia dengan cinta.
I xkn kawen.
Balasan itu yang aku terima. Pendek. Aku tersengih. Sebaris ayat itu bagai menyatakan dia begitu yakin untuk tidak berkahwin.
C’mon Ris. If psl arwah marissa, u jgn terlalu salahkan dri u.  Benda dah berlalu. U perlukan teman. Seorang isteri Ris.
Membahasakan Mukhris dengan panggilan itu membuatkan ingatan aku terus kepada Faris. Kenapalah nama mereka hampir sama?
Seminit. Dua minit. Sehinggalah aku naik ke bilik Mukhris masih tidak membalas mesejku. Mungkin dia marah. Mungkin dia tertekan. Mungkin juga dia sedang memikirkan kebenaran mesejku itu.
I love you so much..
Terbeliak mataku membaca mesej yang baruku terima. Hampir tersekat nafasku rasanya. Panas membahang sehingga ke seluruh tubuh. Terduduk aku di buatnya. Seketika kemudian, setelah aku berjaya menghilang seluruh rasa yang hadir tadi aku kembali membaca mesej itu dan melihat nama yang menghantar mesej tersebut. Faris rupanya! Aku mengurut dada. Ah lelaki ini! Biasa buat aku kena serangan jantung! Dan baru sahaja aku melepasi perasaan itu, deringan telefon pula memeranjatkan aku. Hampir terlepas telefon bimbit yang telah menjadi teman setiaku sejak dua tahun lalu itu. Walaupun Mukhris pernah memerliku bahawa aku sudah ketinggalan zaman, tetapi padaku telefon bimbit ini terlalu bernilai untukku. Biarlah apa orang nak kata asalkan aku tidak pernah menyusahkan orang.
“Hello.” Aku berdehem pelahan sambil menarik nafas panjang lalu aku lepaskan pelahan-lahan.
“Assalamualaikum. Hang kat mana?” suara emak kedengaran.
“Kat rumah. Baru balik dari beli barang dengan Faris.”
“Hujung minggu ni hang balik tak? Ada kenduri nikah si Nani. Depa tak buat sanding-sanding.” Terus sahaja mak kepada tujuannya. Aku tersengih. Hampir terlupa akan walimah jiran sekampungku itu. Figura Nani yang tinggi ala-ala model itu terbayang di ruang mata. Kami tak begitu rapat dek kerana sejak di sekolah rendah aku dan dia berlainan kelas dan tidak sekumpulan. Biasalah masa sekolah dulu, ada kumpulan masing-masing.
“Balik. Malam sabtu tu kot. Tengok la macam mana. Kalau tak sempat pagi-pagi Sabtu tu orang gerak!”
“Balik pagi Sabtu ja. Malam-malam tu hang balik sorang-sorang bahaya!”
Aku tergelak kecil. Selalu emak menasihati aku begitu, selalu juga aku tidak mendengar cakap.
“Alah mak, menantu mak tu rajin nak datang jemput.”
“Hang pa memang suka susahkan diri. Sat lagi jangan lepas nikah, nak suruh pi kedai pun susah!”
Emak sudah mula mahu membebel. Kata Faris, beberapa kali emak memarahinya kerana suka sangat manjakan aku dengan turun ke sini. Perabis duit kata mak aku! Setiap kali itulah Faris hanya tersengih. Mahu menjawab ada betulnya.
“Bukan selalu mak.”
“Yalah tu. Dahlah, esok-esok hang nak balik bawak sekali semua benda tu. Jangan dok tinggal, nanti tak kelam kabut!”
“Yalah mak, orang ingat la. Tadi separuh barang Faris dah bawak balik. Nanti dia bagilah kat mak. Minggu depan kami balik Tanjung Karang.”
“Baguslah tu. Tapi hang pa tu jangan dok asek jumpa ja! Darah manis tu. Jaga diri baik-baik!”
“Yalah mak. Okeylah mak, orang nak mandi ni. Solat isyak pun belum lagi.”
Aku mematikan panggilan bila emak membalas salamku. Aku tersengih dan tergelak kecil. Pernikahan aku dan Faris hanya tinggal lagi dua bulan lebih. Segala persiapan berjalan lancar. Kad telah di tempah. Cuma tinggal mahu mengambilnya sahaja. Balik kampong hujung minggu ini, aku dan Faris mahu melihat baju pengantin di Bahau. Untuk majlis pernikahan aku dan Faris mengambil keputusan untuk menempah persalinan kurung Pahang dan baju Melayu  berwarna kelabu. Manakala untuk majlis persandingan aku dan Faris, kami sekadar menyewa sahaja. Tidak mahu membazir dengan membeli. 

Tanpa sedar, aku memanjat doa di dalam hati. Moga perkahwinan antara aku dan Faris dipermudahkan ALLAH S.W.T. Paling aku harapkan pernikahan kami bukan sahaja menyatukan kami sebagai suami isteri tetapi lebih daripada itu. Moga pernikahan ini menjadikan aku dan Faris, insan paling bersyukur dan saling menghormati serta saling bantu membantu. Moga juga, kami sama-sama mencari syurga yang dijanjikan ALLAH. Dan entah mengapa tetiba wajah Mukhris yang muncul di ruang mata!


3 comments:

MaY_LiN said...

oho..
pas ni mesti jadi pe pe kat faris

misz nana said...

"If psl arwah marissa, u jgn terlalu salahkan dri u."

ohh, bkn psl tu la Maira oii..
dia suka awak.. adoii..
erkk, ye ke?
suka suki coki coki je sy nih..
aiyark!

sofi said...

salam,

sofi rasa maira ni pasangannya mukhriz, kan, kan, kan!

hehehe..