Hujung minggu itu, perjalanan balik ke kampong ku rasakan terlalu jauh. Aku mahu cepat sampai ke rumah. Tadi, ketika aku menghubungi Faris, Cikgu Nazri yang menjawab panggilanku. Katanya, Faris demam teruk dan terjatuh di bilik air ketika mahu mengambil wuduk subuh tadi. Saat itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku. Bermacam-macam perkara tak baik bermain di fikiranku. Kata Cikgu Nazri lagi, dia telah membawa Faris ke klinik. Menurut doktor, Faris hanya demam biasa sahaja tetapi sampel darahnya telah di ambil untuk di uji, dikhuatiri Faris menghidap demam denggi.
“Dia baru tidur. Puas kena paksa makan, itupun sikit.”
Aku sampai di hadapan sekolah ketika jam di dashboard menunjukkan angka sebelas pagi. Pintu pagar tertutup. Aku menjenguk-jenguk ke arah pos pengawal tetapi tiada seorang pun di situ. Aku sudah mengundurkan kereta bila ternampak kelibat pak cik yang menjaga pos pengawal itu sampai dengan bermotosikal. Senyuman pak cik yang memang aku kenali itu, aku balas seikhlas mungkin. Sedangkan hatiku agak marah.
“Nak jumpa Cikgu Faris ke?”
“Aah. Boleh masuk ke pak cik?”
“Ish, awat tak bolehnya?! Sat, pak cik buka pintu pagar sat!”
Lelaki itu mengeluarkan segugus kunci dari poket seluarnya. Aku sekadar memerhati. Kebanyakan yang tinggal di kampong ini berasal dari negeri-negeri yang berlainan. Tetapi ramai di antara mereka suka bertutur dalam dialek Utara. Mungkin sudah terbiasa begitu.
“Terima kasih, pak cik!” aku mengangkat tangan sambil mengucapkan terima kasih bila pintu pagar sudah di buka. Pak cik itu turut mengangkat tangan dan tersenyum memandang aku.
“Rumah Cikgu Faris yang bangunan tengah tu.”
Aku angguk sahaja dan terus memandu ke arah kuarters guru yang terletak di dalam kawasan sekolah. Aku tidak sempat bersekolah di sini kerana sekolah ini di buka ketika aku sudah tamat tingkatan lima. Aku parkirkan kereta di hadapan blok bangunan tertera ‘A’ di tepinya. Baru sahaja aku mahu menghubungi Faris kelihatan kelibat Cikgu Nazri bersama anaknya.
“Umaira kan?”
Aku angguk. Cikgu Nazri sudah lama mengajar di sini. Sejak aku di sekolah rendah lagi. Waktu itu dia mengajar aku bahasa Melayu di darjah tiga. Semasa aku di darjah enam, Cikgu Nazri menyambung pengajiannya dan tamat sahaja belajar dia terus meminta untuk bertugas semula di kampong ini. Jiwanya sudah tersemat di sini mungkin.
“Faris tengah tidur lagi. Kalau nak tengok, jomlah naik.”
“Tak apa ke cikgu?” Aku masih teragak-agak mahu mengikut langkah Cikgu Nazri.
“Tak apa. Nanti saya suruh isteri saya temankan awak.”
Aku angguk sahaja sambil mengikut langkah Cikgu Nazri menaiki tangga ke tingkat tiga. Cikgu Nazri berhenti di hadapan sebuah rumah yang terbuka pintunya. Dia memanggil seseorang. Seketika kemudian muncul seorang wanita berkain tuala di kepalanya.
“Ini tunang Faris.”
Aku menyalami wanita itu dan memperkenalkan diri. Salamku bersambut dan dia turut memperkenalkan namanya sebagai Rozaini.
“Awak temankan dia tengok si Faris tu. Rumah Faris yang hujung sekali. Dia duduk dengan cikgu Ridzuan dan Cikgu Khairul. Tapi dua-dua cikgu tu tak ada.” Beritahu Cikgu Nazri. Pandangannya beralih dari isterinya kepadaku. Aku angguk lagi.
Seketika kemudian, isteri Cikgu Nazri yang sudah lengkap bertudung keluar. Aku mengekor ke tiga-tiga mereka dari belakang. Tidak tahu mahu bertanya apa.
Sebaik sahaja pintu rumah itu di buka, aku sudah nampak tubuh Faris di atas sofa. Perasaan sebak tetiba menjalar. Faris bagaikan menyedari kehadiran orang di dalam rumahnya, terus terjaga.
“Tunang kamu datang ni!” suara Cikgu Nazri kedengaran pelahan.
Wajah pucat serta tak berdaya itu aku renung lama. Cikgu Nazri membantu Faris bangun dan bersandar di sofa. Aku mengambil tempat di sofa berhadapan dengannya. Tidak tahu mahu bersuara apa.
“Akak buat air sekejap.”
Aku sekadar mengangguk sambil menghantar tubuh isteri Cikgu Nazri sekadar dengan ekor mata. Cikgu Nazri sudah berada di luar rumah dengan anaknya. Mungkin member ruang kepada aku dan Faris.
“Lama dah Maira sampai?” lambat-lambat Faris mengatur bicaranya. Ada kerutan di dahinya bila dia cuba menggerakkan kaki kirinya.
“Baru jer. Macam mana boleh jatuh bilik air sampai jadi macam ni?” soalku dalam nada sebak. Mataku sudah berkaca walaupun aku cuba mengawal perasaan sebaik mungkin.
“Dah jangan nak menangis. Sikit jer Sayang!”
“Sikitlah sangat. Nasib baik cikgu Nazri ada. Kalau tak...”
“Eh... Maira ni, kan Ris dah kata Ris tak suka Sayang macam ni. Kesat air mata tu. Malu Cikgu awak tengok!”
Faris sudah tersenyum sambil matanya beralih memandang cikgu Nazri yang membelakangkan mereka. Sedang menunjuk sesuatu kepada anaknya yang didudukkan di atas palang koridor.
“Sayang juga Maira kat Ris ya?!”
“Sayanglah. Habis tu?!”
“Ris mengusik sikit pun dah marah sampai mengalir air mata. Jangan macam ni Sayang...”
Aku kesat air mata yang mengalir tiba-tiba dengan hujung tudung. Perasaan sayang dan cinta untuk Faris sudah lama ada. Sudah lama bersemadi di dalam diri. Masakan aku tidak sayang dan cinta sama lelaki yang akan bergelar suami aku?!
“Faris ni suka mengusik tunang tu. Kesian dia, orang tu merajuk baru tahu!” isteri Cikgu Nazri muncul dari dapur dengan menatang dulang berisi bekas air dan cawan-cawan kosong.
“Alah kak, bukan selalu dia macam ni. Saya sakit baru dapat tengok dia sayang saya ke tak?!”
“Ada pulak macam tu. Maira, jemput minum. Rumah orang bujang ni memang macam ni. Biskut kering pun tak ada.” Kak Rozaini sudah tergelak. Faris hanya tersengih.
Aku sambut huluran cawan berisi teh panas daripada Kak Rozaini. Cikgu Nazri dan anaknya masuk selepas di panggil Kak Rozaini.
“Malam ni kamu tidur kat sini ke kat rumah Maira?” soal Cikgu Nazri. Aku memandang Faris. Begitu juga Faris. Kalau boleh, aku mahu Faris tidur sahaja di rumah keluargaku. Boleh juga aku tengok-tengokkannya.
“Saya tidur kat sanalah, Bang.”
Aku lega mendengar jawapan Faris. Cikgu Nazri menganggukkan kepalanya.
“Bagus juga tu. Petang nanti kami nak ke Seremban, ada hal keluarga sikit. Tak ada sesiapa pula nak tengokkan kamu tu. Ada maira, boleh juga tengokkan kamu tu. Ke dah sihat dapat tengok kekasih hati?!”
Kak Rozaini sudah tergelak dengan kata-kata suaminya. Aku tertunduk malu. Sempat lagi Cikgu Nazri mengenakan kami.
“Apalah abang ni! Tengok tu dah merah muka si Maira ni?!”
Aku tersengih mendengar kata-kata Kak Rozaini. Kedengaran suara Faris pula yang tergelak. Memang nak kena dia ni! gumalku sekadar di dalam hati.
Agak lama juga kami berbual-bual. Faris lebih banyak mendiamkan diri. Cikgu Nazri dan isterinya meminta diri untuk beransur balik kerana mahu bersiap untuk ke Seremban. Faris meminta aku memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Selepas itu kami bergerak ke rumahku. Terpaksalah meminta bantuan cikgu Nazri memapah Faris yang masih tidak berapa sihat untuk turun ke bawah.
“Ris laparlah. Maira masakkan eh?”
“Ris nak makan apa?” soalku.
“Makan Maira.” Faris sudah ketawa mengekek. Aku sekadar membeliakkan mata.
“Amboi sukanya dia?! Habis dah demam?! Kaki tu nak orang tambahkan sakitnya?”
“Sayang ni... nak manja-manja sikit pun tak boleh!”
“Hari-hari macam tu!” aku sudah mencebik. Faris ketawa lagi. Tadi nampak macam tak larat sangat dah! Getusku.
“Sayang... Sayang....”
2 comments:
hehehehe...mmg syok la faris nie...romantis sgt2...
tp keliru jgk la...nak tau sgt maira ngn sapa akhirnya...
nak lg...nak lg...smbg cpt yer...
alahai..
cian nye..
cikgu ris demam yea
Post a Comment