Wednesday, December 30, 2009

RAHSIA RINDU 28


Aku menghitung hari. Debaran semakin terasa. Detik menjadi suri hidup Faris sememangnya aku nantikan. Faris telah memulakan tugasnya di salah sebuah sekolah di Puchong. Itu menjadikan kami semakin kerap berjumpa tetapi Cuma setakat keluar makan sahaja. Faris telah menyewa sebuah rumah di Kelana Jaya yang akan menjadi rumahku juga nanti.
Pulang ke kampungnya minggu lepas, aku terkejut dengan perubahan Along walaupun mak Faris pernah memaklumkan perkara itu kepadaku. Cuma, Along masih bersikap dingin denganku. Sepatah pun tidak bersuara denganku. Along akan diam seribu bahasa bila aku ada bersama di kalangan mereka. Entah apa salahku sehingga Along bersikap begitu sedangkan aku tidak membuat salah apa-apa dengannya. Demi Faris, aku cuba menyedapkan rasa hati. Mungkin ada sesuatu yang membebani Along sehingga dia bertindak begitu terhadapku. Mungkin selepas aku bergelar isteri adiknya pelahan-lahan  dia akan selesa dengan kehadiranku.
Berkenaan Syafikah, aku sudah malas ambil tahu. Perempuan itu makin tidak waras lagaknya. Kelmarin ketika aku sedang makan malam bersama Faris, dia menghantar mesej kepadaku. Katanya, perkahwinan aku dengan Faris tak akan bahagia. Aku tak berhak dapat bahagia itu sebab aku menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya. Aku naik angin dengan tuduhan gilanya itu. Faris menenangkan aku. Katanya, apa perlu aku peduli dengan semua itu. Kalau tindakan Syafikah sudah melampui batas jalan terakhir adalah dengan mengambil tindakan undang-undang. Kata Faris, aku tidak perlu bertindak bodoh seperti Syafikah.
Kad undangan perkahwinanku sudah mula di edarkan. Aku dapat melihat riak kecewa Haizal saat aku menghulur kad berwarna hijau pucuk pisang itu kepadanya. Dia berjanji akan cuba penuhi jemputan itu andai dia cukup kuat untuk pergi. Aku sekadar mampu tersenyum. Haizal seharusnya terima hakikat aku bukan miliknya dan cintaku kepadanya sudah lama aku buang jauh.
Aku ke Desa Rasa seorang diri terus dari pejabatku untuk menyerahkan kad undangan kepada Mukhris. Ketika aku sampai, Mukhris tiada di restorannya. Menurut Rizal, Mukhris ke bank. Aku serahkan beberapa keeping kad undangan kepada Rizal sambil mengingatkannya supaya hadir ke majlis persandingananku. Tidak kira sama ada di pihakku mahupun di pihak Faris. Rizal hanya mengangguk dalam sengihan.
Baru sahaja aku melangkah keluar, Mukhris melangkah masuk. Ada seorang wanita di sebelahnya. Wanita yang sama aku nampak beberapa minggu lepas. Ada semacam perasaan kurang enak wujud jauh di tangkai hatiku.
“Dah nak balik ke?” terus Mukhris bertanya. Aku angguk sahaja dalam melemparkan senyuman wanita di sebelah Mukhris. Senyumanku berbalas ramah.
“You datang buat apa?”
“Hantar kad. Erm, tak mahu kenalkan I dengan your buah hati?”
Wajah Mukhris sudah berubah rona. Matanya tajam merenungku. Aku tidak ambil peduli dengan renungan itu lalu menghulurkan tangan kepada wanita disebelahnya.
“Umaira.”
“Amanda but I bukan buah hati si keras hati ni!”
Wanita itu sudah ketawa kecil dengan kata-katanya. Aku turut tertawa walaupun tidak memahami maksud wanita itu tetapi aku tahu Amanda sedang memerli Mukhris.
“Sukalah both of you dapat kena kan I kan? Maira, bukan you nak balik dah ke?”
Aku mencebik. Tidak terasa hati langsung dengan pertanyaan Mukhris yang berbentuk ‘menghalau’ itu.
“I nak baliklah ni! Amanda, nanti jemputlah datang kenduri I. Ini untuk you.”
Kad perkahwinanku bertukar tangan. Amanda terus sahaja mengeluarkan kad daripada sampul.
“Oh, sorry Maira. Waktu ni I dah balik England but I try. Not promise okay?!”
Aku angguk sahaja. Tidak berniat mahu memaksa. Kalau Mukhris, memang patut di paksa. Kehadirannya mandatori dan tiada alasan yang akan aku terima daripadanya.
“Eh, kita borak-borak sambil minum mahu Maira? You pedulikan Mukhris ni! Kita minum berbayar bukan nak free.”
Sempat Amanda menjeling kea rah Mukhris yang  sudah mencerlung matanya. Aku tersengih. Niat mahu melangkah pergi terbantut dek ajakan Amanda. Mungkin ada sesuatu yang boleh aku tahu tentang Mukhris daripada Amanda. Mereka semacam sudah lama kenal.
“Bagus juga tu. I pun dah lama tak lepak sini.”
“Ikut suka hati you all lah. I banyak kerja kat dalam tu.”
Terus sahaja Mukhris berlalu ke dalam. Aku dan Amanda sama-sama ketawa melihat Mukhris. Kami mengambil tempat berhampiran. Masing-masing memesan Black coffee.
“Dah lama kenal Mukhris?”soal Amanda.
“Erm,  dekat dua tahun jugak la. Tak berapa ingat sangat. You?”
“Qiut long. Almost six years. Cuma tiga tahun lepas I move to England. So, jarang contact each other. Bila I balik Malaysia je I cari dia. I tak ramai kawan kat Malaysia ni.”
“Oh, macam tu. Study satu U dengan Mukhris ke?”
Amanda menggeleng. Jari telunjuknya bermain-main dengan bibir cawan. Dia termenung tetiba. Riak wajahnya semacam menyimpan sesuatu yang sukar.
“You nampak macam rapat dengan Mukhris. Pernah dia cerita pasal arwah Marissa?” soalanku berbalas soalan daripada Amanda. Aku angguk kepala.
“Arwah Marissa adalah kawan I. I kenal Mukhris since dorang berdua couple. Tapi you jangan beritahu Mukhris apa yang I nak beritahu you ni. I dulu paling anti dengan Mukhris!” pelahan sahaja Amanda bersuara sambil matanya melilau memandang sekeliling mencari kelibat Mukhris.
“Kenapa?” aku sudah kerutkan dahi. Amanda ketawa kecil. Dia menghirup pelahan minumannya yang masih panas.
“Well, dia tu cemburu melampau sangat. Panas baran pun ye juga. Tapi lama-lama dia okay.”
“I see. Lepas arwah meninggal, Mukhris tak pernah bercinta lagi?”
Cepat sahaja Amanda menggeleng. Dia tersengih. Ada sesuatu yang bermain difikirannya.
“Itu yang I kata dia tu keras hati. I dah banyak kali pot pet dengan dia. Dah jadi malas nak cakap lagi.”
May be dia masih rasa kematian Marissa berpunca dari dirinya.”
“Dah tiga tahun, Maira. Dia memang patut rasa bersalah tapi bukan dengan cara ni.”
“Tak jumpa yang berkenan kat hati lagi kot?!” tekaku. Amanda tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Dia tu nampak je ganas macam tu tapi penakut!”
“Maksud you? Dia...”
“Maksud I, Mukhris tu sebenarnya...”
“Amanda!”
Panggilan daripada Mukhris yang sedikit kuat itu mematikan bicara Amanda. Wajah Mukhris masih seperti tadi. Masam mencuka. Mungkin terlebih makan asam ataupun terminum cuka tadi kot! Sempat fikiran nakalku berfikir mengenakan Mukhris.
“Hulk dah marah. Okaylah Amanda, I ada hal. Lagipun sebelum I kena halau, baik I pergi dulu!”
Amanda ketawa. Aku bangun dan menghampiri Mukhris yang menyinga. Tidak takut langsung dengan riak wajahnya itu.
“I taulah I dah tak diperlukan. Yalah, siapalah I ni kan. I balik dululah!”
Sempat aku mengusik rambut Mukhris. Secara di luar dugaan aku sebenarnya. Tidak pernah aku berkelakuan macam tu dengan Mukhris. Berserabut jadinya.
“You ni kan...”
“Bye, Ris. Jangan lupa tau janji you!”
Aku tersengih sambil meninggalkan Desa Rasa. Melambai tangan ke arah Amanda. Aku menyanyi kecil meninggalkan restoran lelaki itu.

1 comment:

Hana_aniz said...

along faris tu ada pape feeling kt maira ke?
huu..
tertanya2..