Aku baru sahaja usai solat maghrib ketika turun ke dapur. Saudara maraku sudah ramai yang datang sejak petang tadi. Riuh rendah jadinya rumahku dengan kehadiran mereka. Ada antara mereka baru pertama kali aku berjumpa. Sesungguh besar hikmahnya bila membuat kenduri begini. Saudara dari jauh yang jarang bertemu akan berkumpul.
Lusa, majlis akad nikah akan berlangsung. Aku benar-benar rasa debarannya. Petang tadi, aku sempat berborak di telefon dengan Faris. Nyata seperti aku, Faris juga terasa debarannya. Menurutnya, hari ini hari terakhir dia mengajar tetapi dia langsung tak boleh mengajar. Ketawa besar aku mendengarnya.
“Ris rindukan Maira. Rindu sangat.”
“Alah, bukan malam tadi dah jumpa? Tunggulah tiga hari lagi. Lepas ni, tiap-tiap hari Ris boleh tengok orang. Nanti jangan kata muak tengok muka orang dah!”
“Sayang...”
“Ye, Ris. Kenapa?”
“Teringin nak dengar Maira panggil Ris, abang. Susah sangat eh nak sebut Abang tu?” Faris tergelak kecil. Perkataan ‘Abang’ itu disebutnya lambat-lambat.
“Tak biasalah.” Aku member alasan.
“Cubalah. Okay.. ikut Ris. A... bang...”
Aku sudah ketawa kecil mendengarnya. Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus lagaknya. Mana tidaknya, dia menyuruh aku memanggilnya abang sedangkan dia sendiri membahasakan dirinya dengan nama sahaja.
“Malaslah. Ris sendiri dok Ris-Ris. Macam mana orang nak panggil Abang macam ni?!”
“Eh ye ke? Ris.. A.. Ab.. Abang tak perasanlah.”
Aku dan Faris ketawa sama-sama. Tengoklah diri sendiri tergagap-gagap, mahu kita memanggilnya ‘Abang’!
“Nak dengar Maira panggil sekali boleh?”
“Okay. Sekali sahaja. Abang.”
“Itu bukan panggil. Itu sebut perkataan. Mana boleh macam tu. Sayang Abang tak?”
“Sayanglah. Sayang sangat kat a... abang!”
“Ha, macam tulah. Lepas ni kena panggil abang. No more panggil nama lagi. Kalau tak, Maira memang tak sayang Ris!”
Petang itu kami banyak ketawa. Ada sahaja usikan dan gurauan Faris. Lama juga kami berborak dan kalau tidak kerana emak yang memanggil memang tidak berhentilah kami.
“Amboi, pengantin dok tersengih sorang-sorang. Dok ingat marka la tu!”
Sergahan Mak Su Seri membuatkan aku terkejut besar. Wanita awal tiga puluhan itu menggeleng-geleng kepala melihat reaksi aku. Aku tersengih kemudiannya.
“Apalah Mak Su ni? Buat orang terkejut ja?!”
“Hang tu tersengih-sengih dari tadi. Ni, mak hang suruh tanya bunga rampai tu dah siap cari bunga-bunga semua ka hang nak beli yang dah siap?”
“Alah Mak Su, buat apa nak beli?! Kat kampong ni kutip ja.”
“Tinggal tiga hari ja Maira oi! Pi suruh adik-adik hang tu cari esok. Sat lagi tak kering mana nak datang wanginya!” Mak Su sudah mula mahu berleter. Aku sekadar tersengih.
“Wangi ka Mak Su? Busuk ja?!”
Mak Su sudah menjengilkan matanya. Tangannya sudah naik ke lenganku. Mencubit lenganku dengan jari-jemarinya. Bisa sungguh!
Baru sahaja aku mahu bersuara, telefon bimbitku yang berada di atas almari berbunyi. Lekas-lekas sahaja aku mendapatkannya meninggalkan Mak Su yang sudah mula melangkah kembali ke ruang depan.
“Assalamualaikum Ris.”
“Waalaikumsalam. You kat mana?”
“Kat rumahlah. Kat mana lagi. You jangan kata you tak jadi datang kenduri I Ris!” Terus sahaja aku membuat telahan. Mana tidaknya, tetiba lelaki itu menghubungiku tentu sahaja ada yang tidak kena. Sejak bertemu di Desa Rasa sebulan yang lalu, kami langsung tidak berhubung. Baik Mukhris mahupun aku langsung tidak memulakan.
“You ni kan! I belum cakap apa-apa lagi you dah serang. I datang dengan mak ngan adik I.”
“Mak ngan adik you sekali?”
“Aah. Tak boleh ke?”
“Eh siapa kata tak boleh? I tanya je. Bila you nak datang?”
“One the way. Sekarang baru lepas Seremban.”
“You biar betul?! Mana mak ngan adik you nak tinggal. Rumah I dah penuh ni. Kalau you je I boleh sumbat teman ayam-ayam abah I tu!” sempat aku mengenakan Mukhris.
“You ni kalau tak kenakan I tak boleh ke? Suka sangat ke dapat buat I marah!” suara Mukhris sudah sedikit meninggi. Angin lagi lelaki ini?! Sudah tak boleh buat lawak agaknya!
“You ni kan janganlah marah-marah macam ni. I gurau je. I tanya betul-betul mak dengan adik you nak tinggal mana. I bukannya apa, mak ngan adik you termasuk youlah sekali mana biasa dok rumah kampong ni. I takut tak selesa.”
“Rizal tolong I bookingkan motel kat Bahau. Dia ada saudara duduk kat Tampin. Pagi esok baru I datang rumah you.”
“Oh macam tu. Legalah hati I macam tu. Budak-budak DS tak ada yang datang ke? Takkan you tak bagi dorang pelepasan sehari pun?!”
“Sabtu tu dorang datanglah. Okaylah, I nak drive ni.”
“Okay. You take care ya! Sampai nanti call I.”
“Okay. Assalamualaikum.”
Salam Mukhris aku jawab pelahan. Panggilan di matikan. Baru sahaja aku mahu meletakkan kembali telefon bimbitku di atas almari, telefon bimbitku berbunyi lagi. Kali ini panggilan daripada Ana.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Aku jawab salam itu sedikit tergagap-gagap. Bukan Ana yang berada di hujung talian. Bukan juga Faris.
“Maira...”
“Erm, ya Maira ni! Along ke?” soalku.
“Aah. Abah Maira ada?”
“Abah ke surau. Ada apa Along call ni?”
“Erm panggil mak.”
“Kejap.”
Tanpa banyak soal, aku terus mencari emak di ruang tamu. Sebaik mendapatkan mak terus aku menyerahkan telefon bimbitku kepada mak.
“Hello. Waalaikumsalam.”
Seketika kemudian, aku lihat wajah emak yang berubah rona. Emak sudah tersandar ke sofa. Badan emak kelihatan menggigil dan ada air mata yang mengalir.
“Kak...” suara Mak Su kedengaran.
“Mak, kenapa ni?” soalku yang sudah rasa sebak. Tentu sahaja ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Sesuatu berkenaan Faris! Ya ALLAH!
“Fa.. Faris....”
6 comments:
kenapa ye? faris kemalangan ke?
sedihnya..kesian maira
sedih!!
mesti ada benda buruk berlaku..
ermm apa jadi ngn faris...
ermm xcident...ke!!!???
ermmm patut ah faris pelik je masa ckp ngn maira...
huhuhuhu...
p/s : ada can la mukhris jwbnya...hehhehe
anything happen to faris, let mukhris jd penggantinya........risau gak, kot2 along faris ada hati gak kat maira. no...no.... nak mukhris gak dgn maira..............
anything happen to faris, let mukhris be the replacement, not along faris. dpt rasa cam along faris ada hati gak kat maira... no...no.... nak mukhris sgn maira!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
o-o..
pe da jadi
Post a Comment