Friday, January 1, 2010

RAHSIA RINDU 30


“Faris....”
“Maira...”
“Ris pergi mana?”
“Ris ada, Sayang.”
“Tapi kenapa Along cakap...”
“Sayang, Ris sentiasa ada di sisi sayang tapi Ris kena pergi.”
“Ris...”
“Ira.. Ira...”
Aku dengar suara emak. Aku dengar suara Jannah.
“Emak...”
“Ni mak...” ada sebak yang kedengaran dari suara mak.
“Faris mana mak? Ira nak Faris.” Aku sudah teresak-esak. Aku pandang Jannah yang sudah lenjun dengan air mata. Aku pandang sekeliling. Ada Mak Teh dengan Mak Su.
“Sabar nak!”
Mak Teh sudah memicit-micit kakiku. Air mataku mengalir deras. Raut wajah Faris terbayang di ruang mata.
“Ira nak jumpa Faris, mak! Tolonglah! Mak..”
Aku sudah mengoncang tubuh emak. Tangisan emak bersatu dengan tangisanku. Tubuhku di peluk erat. Akhirnya emak, aku dan Jannah saling berpelukan.
“Ira nak Faris. Ira nak jumpa Faris. Tolonglah! Faris mesti tunggu Ira! Mak... Mak Su... tolonglah Ira. Mesti Faris tengah tunggu Ira. Faris tak apa-apa kan?”
“Ira... sabar nak! Sabar... jangan macam ni...”
“Ira nak jumpa Faris. Malam ni jugak.”
“Kita tunggu esok. Pagi-pagi esok kita pergi ya, Ira?!”
Mak Su cuba memujuk. Aku gelengkan kepala. Terus sahaja aku bangun dari katil. Menuju ke arah almari yang menempatkan beg tangan dan kunci kereta. Aku mahu bertemu Faris secepat mungkin.
“Ira... Ira nak ke mana malam-malam ni?”
“Ira nak jumpa Faris! Faris tunggu Ira.” Aku menyelongkar beg tangan. Mencari kunci. Tangisanku menjadi-jadi saat kunci yang ku cari tidak kutemui. Mak Su dan Mak Teh sudah memaut lenganku.
“Sabar Ira... Malam sangat dah ni. Kita pergi esok.”
“Ira kata Ira nak pergi malam ni! Kenapa semua orang tak faham!”
Aku sudah menjerit-jerit kepada Mak Su dan Mak Ngah. Aku melepaskan pegangan keddua-dua emak saudaraku itu. Aku terus meluru menuju ke pintu.
“Ira!”
Aku tidak mengendahkan panggilan emak. Panggilan Mak Su dan Mak Teh. Aku tidak peduli akan semua panggilan itu. Di ruang mataku hanya ada Faris. Hanya Faris!
“Ira!” kali ini kedengaran suara abah dan serentak dengan itu tanganku bagaikan direntap. Aku meronta mahu dilepaskan. Aku tidak peduli dan tiba-tia aku merasakan pipiku sakit.
“Kamu boleh bertenang tak?! Nanti kamu pulak yang lagi teruk. Sabar boleh?!” suara Pak Lang kedengaran kuat. Aku menangis sepuas hati. Mana mungkin aku boleh bersabar saat begini. Aku mahu tahu keadaan Faris.
Seketika kemudian aku merasa tubuhku dipeluk erat. Ada kata-kata pujukan bertalu-talu menerjah telingaku. Aku meronta-ronta mahu di lepaskan. Kenapa semua orang mahu aku jauh dari Faris?! Faris perlukan aku dan aku perlukan Faris!
“Tolong lepaskan Ira! Ira nak jumpa Faris! Tolong Ira!”
Renggangan pelukan entah dari siapa membuatkan aku dapat  melepaskan diri. Terus sahaja aku menuju ke pintu depan. Saat itu, secara tetiba aku terlanggar seseorang. Dari samar mata yang berkaca-kaca aku panggung kepala memandang empunya diri. Mukhris!
“Ris, tolong I! Faris perlukan I. I nak jumpa dia. Dorang semua tak bagi.” Aku menangis teresak-esak di hadapan Mukhris.
“Sabar, Maira!”
“Kenapa semua orang nak Ira sabar?! Kenapa semua orang tak faham!? Ira nak jumpa Faris!”
Aku menjerit sambil menangis di hadapan Mukhris. Leher baju kemejanya kurentap kuat dan tanpaku sedar satu tamparan kuat hinggap di pipiku. Aku terkedu dan terduduk.
“Sampai hati you. I Cuma nak Faris! I tak nak sesiapa. I nak Faris!”
“Maira.”
Aku tepis tangan Mukhris yang cuba menyentuhku. Tangan yang menghayunkan penamparnya ke pipiku. Sakit dan perit. Sampai hati Mukhris. Aku tak minta apa-apa pun dari dia. Aku tak hina dia. Aku tak sakitkan hati dia. Kenapa dia tampar aku!? Salahkah aku nak jumpa Faris!?
“Akak, kita pergi jumpa abang Faris sekejap lagi. Akak kena mandi. Lepas tu kita solat isyak dulu ya?! Lepas tu kita tengok abang Faris ya!?”
Aku dongak kepala. Jannah berdiri di sebelah Mukhris. Wajah itu penuh cahaya. Tangannya yang dihulur aku sambut. Aku ikut langkah Jannah.

Selepas mandi terus sahaja aku tunaikan solat isyak. Waktu ini, aku serahkan diriku kepada-NYA. Sujudku. Rukukku. Tetapi seketika kemudian, air mataku mengalir deras. Aku teringatkan Faris. Aku terbayang raut wajahnya. Aku terkenang segala-galanya tentang Faris. Lama sujudku, aku memohon pada Yang Berkuasa moga Faris selamat dari musibah ini.
“Kita pergi sekarang?!” soalku pada semua orang yang berada di ruang tamu. Aku sudah siap bertudung. Aku pandang wajah seorang demi seorang. Mereka juga saling berpandangan.
“Ira dengan Jannah naik kereta dengan Mukhris. Abah, Pak Lang dengan Pak Su satu kereta.” Akhirnya suara abah kedengaran.
“Tak nak. Ira nak naik dengan abah!” tukasku sedikit kuat. Sempat aku menjeling Mukhris. Sakitnya tamparan yang hinggap di pipiku masih bersisa! Mudah sungguh dia menyakiti aku begitu. Apa salah aku?!
Tiada bantahan dari abah. Aku lihat Mukhris bercakap sesuatu dengan Pak Su. Bapa saudaraku itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanpa menunggu yang lain aku terus turun ke tanah. Saat itu, debaran yang tadi kembali menyerbu segenap penjuru. Aku meramas-ramas tudung yang kupakai. Wajah dan senyuman Faris ada di mana-mana. Ya ALLAH, kau selamatkanlah bakal suamiku! Janganlah KAU ambil nyawanya saat aku terlalu memerlukannya.
“Kak...”

4 comments:

misz nana said...

ohh..
pe dah jadik kat Faris?
eksiden ke?
uhh..

aqilah said...

faris dah pergi...................dan mukhris penggantinya

sofi said...

salam,
walau sedih dan kesian kat faris, tp sofi bersemangat balik sbb dah sah, mukhrizlah heronya, kan? sayang awak missnera, hehe.

akira_bita said...

wah!!!! nak lagi!! nak mukshris jd gantikan faris... tol tu sis sofi.. walaupun kesian kat faris.. tp ternyata mukhrislah heronya!! heheh suke2...