Sunday, January 3, 2010

RAHSIA RINDU 31


“Kak, Ana ada belikan akak makanan ni. Akak makan sikit ya?! Dari pagi tadi akak belum makan.”
Aku memanggungkan kepala memandang Ana yang membawa sebungkus makanan dan minuman ditangannya. Seketika kemudian, aku menoleh ke arah jam dinding hospital. Sudah pukul tiga petang. Aku letakkan buku bacaan Yassin di sisi katil. Wajah Faris aku pandang seketika. Ada kesan jahitan di dahi dan kiri pipinya. Berhampiran mata. Wajah itu pucat lesi. Kepalanya berbalut. Menurut doktor, ada darah beku di kepala Faris. Pembedahan hanya akan di lakukan bila Faris sedar dari koma. Sudah hampir dua puluh empat jam Faris koma dan keadaannya baru sahaja melepasi tahap kritikal. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku ketika khabar gembira itu sampai ke telingaku.
“Kak...”
“Akak nak solat dulu. Tak sedar dah pukul tiga.”
“Akak solat lepas tu akak makan ya? Biar Ana jaga abang.”
Aku angguk lalu bangun meninggalkan kerusi yang telah lama kududuki. Sejak Faris dikhabarkan melepasi tahap kritikal dan ditempatkan di wad biasa bukan lagi ICU seperti sebelumnya aku bagaikan tidak mahu renggang daripadanya.
Selepas solat lama aku termenung. Kemalangan yang menimpa Faris. Wanita yang turut serta bersama Faris ketika kemalangan itu. Siapakah dia? Wanita itu juga parah. Keadaannya masih kritikal. Along mahupun Ana tidak pernah mengenali perempuan itu. Jawapannya hanya ada pada Faris tetapi lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Menurut pihak polis, wanita itu bernama Nur Alina. Umurnya sebaya dengan Faris. Aku cuba meyakin diri bahawa wanita itu sekadar rakan Faris. Tidak lebih daripada itu walaupun aku masih tertanya-tanya akan hal itu. Tambahan pula Faris tidak memberitahu aku apa-apa berkenaan wanita itu.
Tetiba aku merasakan pintu surau dikuak. Aku menoleh. Ana. Dia menghampiriku. Tangannya mendarat di bahuku.
“Dah setengah jam lebih akak kat sini. Jomlah kak, mak risau tengok akak.”
Aku tidak member reaksi. Sejak semalam aku sememangnya tidak banyak bersuara. Sekadar angguk mahupun gelengan sahaja. Bersuara bila merasakan perlu sahaja.
“Maira makan sikit walaupun tak lalu. Nanti Maira pulak yang sakit!” suara Along kedengaran sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Faris. Aku pandang Along. Sikap Along terhadap aku sudah mula berubah. Adakah kerana musibah ini?
“Ana belikan akak nasi ayam. Tak tahu nak beli apa tadi.”
“Terima kasih Ana.” Aku sambut bungkusan nasi daripada Ana. Along menolakkan meja sisi disebelah Faris untuk aku. Keprihatinan mendadak Along aku biarkan tanpa sebarang rasa.
“Along, dah tahu siapa Alina tu?” soalku sebaik sahaja teringat kata-kata Along yang mahu mencari ahli keluarga Alina. Aku pandang Along. Along mengeleng menyebabkan aku kecewa.
“Alamat yang ada menurut kad pengenalan tu bukan tempat tinggal dia sekarang. Kita tak ada apa-apa klu berkenaan Alina.”
Aku sudah tidak mendengar apa yang diungkapkan Along. Gelengan Along sudah cukup untuk aku. Terus sahaja aku menjamah nasi ayam yang di beli Ana. Baru sahaja aku menghabiskan separuh daripada nasi, kedengaran ada ketukan di pintu. Seketika kemudian, muncul Sean, Jannah dan Auntie Suzie. Aku kaku ditempatku melihat Sean yang sudah mampu berjalan walaupun langkahnya masih kekok dan dibantu tongkat. Mereka saling bersalaman. Sampai kepadaku, auntie Suzie terus sahaja memeluk aku. Erat dan kejap.
“Sabar.” Hanya itu terungkap dari mulut auntie Suzie. Aku angguk dalam senyuman yang entah nampak ikhlas atau tidak.
“Jauh-jauh datang, terima kasih sangat-sangat!” ujar emak Faris.
“Tak adalah jauh mana, mak cik. Dulu Faris datang melawat saya sekarang giliran saya pula.” Sean menjawab. Pandangannya jatuh kepada sesusuk tubuh Faris.
Mereka berbual-bual. Aku sekadar menjadi pendengar. Aku sedar sepasang mata Sean sering kali memandangku. Aku tahu Sean penuh rasa simpati dan dia amat faham dengan keadaan aku sekarang ini. Dalam leka mendengar perbualan mereka, pintu bilik di kuak lagi. Kali ini muncul pula Mukhris. Rasa marahku pada lelaki itu masih belum surut. Entah kenapa. Tamparan yang hingap di pipiku malam tadi masih terasa perit dan sakit. Mukhris menyalami Along dan Sean. Menegur semua orang kecuali aku.
“Saya nak keluar kejap.” Tetiba aku bersuara.
“Maira nak ke mana?” soal Along.
“Ambil angin.”
“Ana temankan akak ye?” giliran Ana bersuara. Aku gelengkan kepala. Aku rasa sesak dengan kehadiran Mukhris.
“Akak nak jalan-jalan kat kawasan ni aje. Sekejap je.”
Aku terus melangkah keluar dari wad. Aku pinggirkan rasa tidak senang hati dek perbuatan aku yang seperti kurang ajar.
“Maira!” panggilan itu mematikan langkahku. Aku berpaling walaupun aku tahu suara itu milik Mukhris. Berpaling untuk menghadiahkan jelingan buatnya. Lelaki itu melangkah pantas menghampiriku.
“I tahu you masih marahkan I. I minta maaf, okay?! I bukan sengaja nak tampar you.”
“Malas I nak layan.”
“Maira, please jangan macam ni! You buat I serba salah.”
“Memang patut pun. Dahlah, jangan kacau I.”
“Maira...”
“Dahlah, Ris! I nak tenangkan fikiran I.”
Aku dengar ada keluhan berat Mukhris lepaskan. Langkahnya yang tadi mengikutku terhenti. Aku terus melangkah tanpa memandang Mukhris walau sesaat. Sengaja membiarkan dia diburu rasa bersalah itu. Siapa suruh dia cepat sangat naik tangan! Selama ini mulut dia sahaja yang menyakitkan hati aku tetapi kali ini tangannya juga. Sakit di pipi menyelinap sampai ke hati! Masih berbekas lagi.

6 comments:

amcied said...

mantafffff...dahhh,hehehe....
sukses selalu ya....

MaY_LiN said...

mesti jodoh ngan mukhris neh..
hihihi

Hana_aniz said...

tu yg along x leh trimee maira ek?
coz faris ad perempuan lain?
hui..
misteri.
kasi maira dgn mukhris la.
hehehehe...

sinichies_girl88 said...

wife faris ke alina tu...
huhuhu...
bagi maira ngn mukhris ah lagi senang
huhuhu...
sambung lagi

aqilah said...

tiba2 ada lak nama lina ni, camne???? nak maira dgn mukhris gak!!!!

Anonymous said...

salam.. best2!! thumb up.. nk maira dgn mukhris.. nmpk sesuai diorg berdua..hehe...