Thursday, January 7, 2010

RAHSIA RINDU 34


Enam bulan telah berlalu. Semuanya tinggal kenangan dan aku hilang kekuatan. Tiada siapa tahu ke mana aku pergi. Tidak kawan-kawanku bahkan keluargaku. Setiap kali aku hubungi emak dan abah, aku akan hubungi telefon rumah dan setiap kali emak mahupun abah meminta nombor telefonku, aku berikan pelbagai alasan.
Emel yang memenuhi peti inbox, ku biarkan tanpa balasan walaupun setiap hari aku akan membacanya andai ada emel baru yang masuk. Emel Mukhris, Haizal, Sean malah Faris aku biarkan sahaja. Surat berhenti kerja dengan notis dua puluh empat jam aku hantar kepada Encik Zulkarnain aku hantar juga melalui emel. Balasan daripada majikanku itu sudah ku jangka.
Saya simpan notis awak ni. Anggaplah awak mengambil cuti tanpa gaji.
Itu enam bulan lepas tetapi sekarang mana mungkin Encik Zulkarnain masih menyimpannya. Lagipun, aku pekerja biasa-biasa sahaja. Tidak mendatangkan apa-apa kerugian pun kepada syarikat andai kehilangan aku.
Dari emak, aku mengetahui Alina sudah sembuh sepenuhnya. Wanita itu mencari aku. Dia sanggup Faris menceraikannya demi aku. Kepada emak aku memberitahu keputusan telah di buat Faris dan biarlah Faris melangsaikan tanggungjawabnya yang telah di abaikan selama ini kerana aku. Seperti aku, pasti cinta Faris untuk wanita bernama Alina itu mampu di pupuk. Tidak semua perkahwinan itu dimulakan tanpa rasa cinta ini akan karam.
Ke mana u menghilang Maira? Dah tak pandai nak beritahu i? I tahu u mesti baca this emel n plz reply ASAP!
Saat dalam kesedihan mampu juga aku tergelak menerima emel Mukhris. Lelaki itu tidak pernah punya rasa simpati agaknya! Bahasanya bagaikan arahan bukan permintaan tetapi emel itu juga aku biarkan sepi. Enam bulan, berpuluh-puluh emel daripdanya aku terima. Ada yang aku baca, ada yang aku biarkan sahaja.
Kini, aku berada di Pulau Mutiara. Entah kenapa tempat ini yang aku pilih. Aku menyewa sebuah apartment seorang diri. Memulakan kerja sebagai pekerja kedai bunga berdekatan. Tiada lagi office hour bagiku. Memulakan kerja pada pukul Sembilan pagi dan habis pada pukul tujuh petang. Pemilik kedai bunga ini adalah seorang mualaf. Memeluk Islam pada usianya dua puluh satu tahun pada dua puluh tujuh tahun lepas.  Aku begitu kagum dengan sifat dan perwatakan Kak Mashitah.
“Termenung jauh pulak dia! Dah sepuluh kali orang tekan loceng ni!”
Tersentak aku dek suara kuat yang kedengaran dekat dengan telingaku. Amsyar tersengih-sengih melihat reaksiku yang mugkin di luar jangkaannya. Budak ini!!
“Kak Ira ni asyik termenung je.  Dari tadi orang kat depan ni, boleh buat derk je! Ummi pesan ni, petang nanti datang rumah. Ummi call akak tadi tapi handphone off. Call kedai hantu pun tak mau nak jawab!”
Amsyar sudah tergelak. Aku pura-pura memasamkan muka. Namun, aku akui aku yang bersalah.
“Ada apa Ummi panggil akak?”
“Makan.” Jawabnya sepatah. Tangannya asyik menarik-narik beberapa bunga ros merah dan baby breath. Di buat jambangan. Aku tersengih. Amsyar memang pandai mengubah bunga disebalik raut wajah dan bentuk fizikalnya yang nampak gah itu. Selalu juga dia ‘mengacau’ di kedai kalau umminya tiada. Berlainan dengan Amzar. Kembarnya itu susah sekali mahu nampak muka. Bak kata Amsyar, orang sibuk dengan awek!
“Ummi tak datang kedai hari ni?” soalku lagi.
“Tak. Sibuk memasak. Ummi tak sambut menantu. Itu yang sampai kedai pun lupa!”
“Menantu?”
“Baiya balik dari UAE bawak balik isteri Arab. Ummi sukalah!”
“Yang kamu dok muncung tu kenapa? Patutnya sukalah dapat kakak ipar!”
Amsyar mendengus. Bunga yang digubahnya tadi dihempaskan ke atas meja. Ada-ada sahaja budak ini!!
“Baiya tu dah lima tahun dok sana. Baru kali ni ingat nak balik jengk ummi. Dah susahlah tu!”
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Amsyar ini emosinya tak habis-habis. Selalu sangat aku dengar ceritanya yang tak berpuas hati dengan Ammar. Ada sahaja yang tidak kena dengan abang sulungnya yang bergelar doktor itu.
“Tak baik cakap macam tu. Mungkin dia nak bawak isteri dia jumpa ummi. Cuba bersangka baik sikit!”
“Setakat bawak bini dia lepas tu balik sana balik baik  tak payah!”
“Amsyar tak boleh berfikiran negatif dan jangan selalu buat muka muncung itik tu. Terkenan nanti sampai sudah muka ala-ala itik pulang petang!”
Aku sudah tergelak dengan kata-kataku sendiri. Amsyar mencebik. Hampir sahajanya dia meluku kepalaku. Mengekek aku ketawa. Dengan Amsyar sahaja boleh bergelak ketawa. Berlainan dengan Amzar yang nampak serius sahaja perwatakannya. Berbeda benar kembar ini.
“Dahlah. Am nak balik. Layan akak sampai sudah tak habis. Ummi pesan tutup kedai awal. Datang rumah awal. Sebelum Asar. So, sekarang silalah ambil beg besar gedabak akak tu lepas tu kunci kedai. Am tunggu kat kereta. Lama-lama dalam kedai bau bunga ni ganggu rongga hidung orang je!”
Panjang berjela Amsyar memberi arahan. Aku hanya tergelak kecil melihat gelagatnya. Amsyar sudah melangkah ke luar bila aku baru sahaja mencapai beg tanganku. Bukan sekali dua Amsyar memerli begku yang besar itu. Perlinya, dah macam poket doremon! Semuanya ada.
“Dahlah jom! Apa yang kamu tengok lagi tu?”
Aku ikut pandang arah yang menjadi tumpuan Amsyar.  Tetiba tanganku di tariknya kuat. Terjerit aku dengan perlakuannya yang agak ganas itu.
“Kamu ni kenapa?”
Amsyar tidak menjawab. Mukanya masam mencuka. Mesti dia nampak sesuatu yang tidak disukainya. Pintu kereta di bahagian sebelah pemandu di bukanya. Aku terus sahaja masuk ke dalam perut kereta. Sempat melihat semula ke tempat yang menjadi perhatian Amsyar tetapi aku tidak temui apa-apa di situ.
Amsyar sunyi membisu. Lain benar dengan sikapnya sebelum ini. Beberapa minit selepas meninggalkan kawasan kedai, Amsyar menurunkan cermin kereta. Penghawa dingin di matikan. Tangan kanan di stereng kereta manakala tangan kirinya mengagau sesuatu dari dashboard kereta tanpa memperdulikan aku.
“Sejak bila Am merokok ni?” soalku dan pastinya soalan aku bagaikan angin lalu sahaja tanpa bersambut. Sambil ke rumah Amsyar menyepi. Tiga batang rokok habis dihisapnya dan tempias asap rokok itu. Mahu di marah takut lain pula jadinya. Sudahnya aku turut membisu. Perjalanan ke rumah Kak Mashitah yang sepatutnya mengambil masa lima belas minit bagaikan lima minit sahaja sudah sampai. Entah ribut taufan dari mana entah melanda.
Masuk sahaja ke dalam rumah, sudah kedengaran suara riuh rendah Kak Mashitah dan bibik. Sebaik melihat aku di pintu dapur terus kak Mashitah menyuruh aku menolong. Lauk pauk mengalahkan nak bagi makan sepuluh orang.
“Sekejap lagi sampailah tu. Dorang turun KLIA, kawan si Ammar ambil terus gerak ke sini!” beritahu Kak Mashitah tanpaku pinta. Di raut wajahnya tergambar kegembiraan yang tidak terhingga.
Aku sekadar mengangguk mendengarnya. Sambil memasak mulut kak Mashitah tidka berhenti bercerita pasal Ammar. Aku dengan bibik hanya ketawa sahaja bila mendengar cerita lucu tentang Ammar. Sesekali sahaja bibik bertanya itu ini. Dengan senang hati Kak Mashitah bercerita. Hati ibu!! Bisik aku sendiri di dalam hati.
“Ummi, Baiya dah sampai!”
Jeritan Amzar membuatkan pergerakan kami semua yang berada di dapur terhenti. Seketika kami saling berpandangan sebelum langkah Kak Mashitah laju sahaja melangkah keluar. Aku dengan bibik ikut sekali.
Sebaik berada depan pintu, aku lihat Kak Mashitah dengan seorang lelaki sudah berpelukan. Aku jelas dengar tangisan Kak Mashitah sehinggakan aku sendiri mengalirkan air mata. Rindu benar Kak Mashitah terhadap anaknya. Pelukan itu beralih kepada seorang wanita bertudung labuh disebelah Ammar.
Tetiba mataku terpaku ke arah sesusuk tubuh yang muncul dari belakang kereta. Menjinjing beg di kedua –dua tangannya. Aku menelan air liur bila mata kami bertentang. Nyata dia juga terkejut. Seketika wajah itu berubah rona. Aduh!

11 comments:

misz nana said...

sape tu eh?

Anonymous said...

mukhris kot..jeng3..suspennye..

sofi said...

salam.

mukhriz ke haizal? ala, mukhriz lah ya, missnera. pleaseeee

cheerio.

violet said...

mesti....mukhris...xmungkin haizal...xmungkin jgak faris...hope mukhrislah....

akak said...

siapaaaaa iiiiituuuuuuu...cooobaaaa teeekaaaa! hehehe.

MaY_LiN said...

ah sudah!!
sape lak nih..
mukhris ka..

epy elina said...

suspen lak...
sape 2 ekk...
x sbr nak thu sape...
nak mukris ngn maira...
best2x...

luv' said...

sape ekkk...suspenyer...lau mukhris kn sweet je;-)

cinta terindah said...

ish3!!! syapa la kwn Ammar 2 ya...
Mukhriz tau Faris...tak pun Along...hehe...smbg2!!!

mOJAKO said...

MUKHRIZZ KOTTTTTTT

MissNera said...

salam semua..
terima kasih atas komen2 anda!!

haizal? faris? along? mukhris?
yang psti bukan faris... hehehe