Di meja makan, riuh rendah keluarga ini bercerita tidak memancing langsung minatku untuk turut serta. Sekadar mendengar dan menyuap makanan ke mulut. Dia pula duduk di hadapanku menambah rasa gundah di dalam hati. Matanya pulak asyik memandang aku.
“Kak!”
Hampir sahaja pinggan yang berada di tanganku terlepas dari pegangan. Aku dengar ketawa Amsyar. Sudah berubah mood pulak budak ini! Sekejap sahaja mood muka singa ditunjukkannya!
“Kamu ni nasib baik tak pecah pinggan mahal ummi ni! Siapa nak ganti kalau pecah? Harapkan kamu tak payahlah!”
Aku tutup debaran di hati dengan memarahi Amsyar. Ditangannya juga ada pinggan yang tinggal sisa ikan goreng. Tanpa mempedulikan kemarahan aku, Amsyar meletakkan pinggannya ke dalam sinki dan membasuh tangannya.
“Akak basuhkan ye? Akak, nak tanya ni?”
“Tanya apa?” soalku tanpa memandangnya, kembali ke rutin membasuh pinggan dari tadi. Sengaja aku menawarkan diri untuk membasuh pinggan daripada bibik.
“Akak kenal ke kawan abang Ammar tu? Dari tadi Am perhatikan akak dengan abang tu asyik pandang-pandang jer!”
Hampeh betul Amsyar ni! Aku mengerutu di dalam hati. Ada sahaja yang menangkap pandangan matanya.
“Tak adalah.” Itu sahaja jawapan aku.
“Yelah tu, Am tengok...”
Bicara Amsyar tergantung di situ. Aku menoleh. Rupanya Nur Balqis, isteri Ammar. Kami berbalas senyuman manakala Amsyar sudah melangkah meninggalkan dapur. Aku pandang wajah Nur Balqis. Raut wajah itu nyata kesedihan. Amsyar! Amsyar! Marahkan abang, kakak iparnya pun menjadi mangsa.
“Balqis, letak aje. Biar akak basuh.”
“Erm...”
“Tak apa.”
Balqis memasukkan pinggan-pinggan ke dalam sinki dan berlalu kembali ke depan. Baru sahaja aku mahu berpaling untuk membasuh pinggan-pinggan itu lelaki itu muncul. Debarannya makin kuat saat dia mula menghampiriku.
“Di sini you menyorok. I ingat jauh sangat!”
Kata-kata itu bagaikan menusuk terus ke tangkai jantung. Debaran yang tadi memuncak terus hilang. Berganti rasa geram dan marah. Memang tidak pandai menjaga hati orang sungguh! Bukan mahu berbahasa baik dengan aku!
“You jangan beritahu sesiapa I kat sini!”
“Kalau tak?! You nak buat apa? You nak lari lagi?”
“I tak bersedia lagi Ris!”
“Come on, Maira! You buat semua orang risau terutama keluarga you.”
“You tak faham Ris. Dahlah, you pergilah depan. I tak nak dorang semua tahu.”
“Dah terlambat. I dah beritahu Ammar tadi.”
Ah, Mukhris ini memang! Tak boleh di harap! Sengaja mencari marahku! Dari dulu Mukhris memang macam ini! Dengan aku katanya jarang bermanis.
“Dahlah. I malas nak cakap dengan you. Kalau you tetap nak beritahu orang lain, I akan pergi dari sini!”
Terus sahaja aku menutup paip sinki dan mahu berlalu. Biar Mukhris tahu aku benarbenar maksudkannya. Tetapi adakah lelaki itu kisah? Aku bukan sesiapa pun untuknya!”
“Eh, apa you ni Ris! Sakitlah!”
Aku sudah sedikit menjerit kesakitan apabila tanganku dicengkam kuat. Aku pandang wajah Mukhris dengan rasa marah yang sarat.
“Berapa lama lagi you nak menyorok dari semua orang macam ni Maira? Takkan pasal hal you tak jadi kahwin you macam ni?”
“Same like youlah kan!” suara aku juga ikut meninggi tetapi di dalam hati perasaan sedih terbuku. Entah!
“Pasal apa pula sama dengan I.?”
“Ask yourself, Mukhris! Keadaan I memang nyata yang I lari untuk menenangkan diri I dan you, menyeksa diri you seumur hidup kerana rasa bersalah!”
“Apa pula ni sampai you nak libatkan hal I? Sekurang-kurangnya I tak melarikan diri dan I tak menyusahkan orang lain. You buatkan family you susah hati.”
“I call my family every week, okay! I tak pernah lupakan dorang. Lepaskan I Mukhris! You buatkan I makin benci dengan you! I tak tahulah sebab apa bila dengan I, you jarang sangat nak cakap elok-elok!”
Aku sudah mula dikusai emosi. Aku tidak mahu menangis sampai diketahui oleh Kak Mashitah sekeluarga tetapi sikap Mukhris benar-benar membuatkan aku tewas.
“Maira...” suaranya mengendur begitu juga genggaman tangannya. Tetapi masih tidak dilepaskan.
“I tak berniat nak sakitkan hati you. Lagipun itu cara I kan dari mula you kenal I?”
“Ni boleh pulak you cakap baik-baik dengan I? Dengan semua orang you boleh cakap elok-elok. Dengan orang yang you kenal tak sampai sejam pun you boleh gelak ketawa. Dengan I? You asyik perli I itu ini. Dahlah, you pergi depan. Nanti dorang cakap apa pulak! Tapi ingat, jangan beritahu sesiapa!”
Aku sudah menarik tanganku kasar dari genggaman longgar Mukhris. Ada air mata yang mengalir dari tubir mataku. Setitis cuma tetapi rasa sebak ini tidak berkurang! Entah kerana apa!
“Maira....”
“Apa lagi Ris?” aku terus bertanya, sudah kurang sabar dengan Mukhris.
“I sayangkan you.”
“What?!”
6 comments:
Mukhris dah confess!
ehh, tp dia ckp syg..
bkn cinta..
ngaa!
hihihi...
suke..suke..
akhirnyaaa...
go go
hohohohh..
mukhris mngakula bhwa awk ske ngn maira...
nak mereka brdua bhgia..
ckup la pndritaan yg mrka rsakan...
jeng jeng jeng...
kan dah cakap, mukhriz bukan pengecut, hehe
sambung lag missnera..pleaseeee
btul 2 misz nana...
Ris just ckp syg...bkn cinta...
apadaaaaaaaa...trus ja la point dia...hehe...x sbr btul...
misz nana & cinta terindah: korang mmg pandai!! :D
may lin : go go hehehe
sofi : dia masih pengecut!!;D
Post a Comment