“I sayangkan you. Sayangkan you macam orang lain sayangkan you sebab tu I prihatin dengan you. Semua orang care pasal you, Maira!”
Kata-kata Mukhris masih terngiang-ngiang ditelinga. Umaira hampa. Hampa dengan kata-kata yang keluar dari mulut Mukhris itu. Debaran tika dia mengungkapkan kata-kata itu berterbangan begitu sahaja. Umaira akui bukan itu yang Umaira mahu dengar. Dia mahu dengar lebih daripada itu. Sungguh! Dia mahu Mukhris ungkapkan lebih sekadar sayang!
Perbualan mereka terhenti di situ semalam. Semuanya dek kerana Kak Mashitah yang berdehem di pintu dapur. Ada sengihan mengusik di wajah itu. Umaira jadi malu sendiri. Bukan sekakat Kak Mashitah tetapi Amsyar dan Amzar turut serta. Masing-masing tersengih. Sudah!
“Bukan akak nak kacau daun tapi tangan akak ni dah naik kering dah. Air basuh tangan kat depan tu dah habis.”
Umaira sekadar ikut tersengih. Mahu kata apa lagi. Raut wajah Kak Mashitah jelas sekali beriak mengusik. Amsyar sudah menaikkan jari telunjuknya dan digerakkan kedepan dan kebelakang sambil menjelirkan lidahnya sedikit. Mengenakannyalah tu!
“Ira...”
Bunyi loceng yang berada di hadapanku mengembalikan Umaira ke dunia realiti. Kak Mashitah sudah tergeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum. Ada pelanggan rupanya! Bilalah muncul?! Tanya Umaira kepada diri sendiri.
“Er.. er.. maaf encik. Tak perasan tadi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Aduh, rasa skema gila pula dengan ayat sendiri. Lelaki berkot dihadapannya hanya tersengih. Dia menghulur sekeping kertas putih kepada Umaira. Tercatat sesuatu di situ. Berkerut dahinya.
“Bunga apa ni encik?” Umaira soal dalam sengihan panjang.
“Saya pun tak tahu. Isteri saya mahukan saya belikan bunga tu, tadi tak sempat nak cari kat internet nama Melayunya. Dia nak kenakan I lah tu!” lelaki itu ikut tersengih.
Umaira terus mengamit Kak Mashitah yang sibuk melayan seorang pelanggan berbangsa Cina. Sebaik sahaja Kak Mashitah menghampiri kaunter dihulurkan kepingan kertas tersebut.
“Oh Vanda. Ni Orkidlah, Ira! Vanda ni kat sini tak ada.”
Raut wajah lelaki itu jelas kecewa. Dia mengucapkan terima kasih sebelum berlalu dengan kepingan kertas tadi dikembalikan. Keluar sahaja lelaki itu melepasi pintu, muncul sesusuk tubuh yang amat di kenali Umaira. Mukhris!
Dia dan Kak Mashitah saling berpandangan. Seperti semalam, senyuman terukir di bibir Kak Mashitah.
“Apa yang you buat kat sini?” soalku pelahan bila Mukhris sudah berada di hadapannya. Terasa segan dengan Kak Mashitah. Kak Mashitah sudah beralih ke belakang bila pelangganya juga beransur pergi dengan sejambak ros merah dan baby breath. Umaira tidak tahu nama Melayu untuk bunga-bunga kecil berwarna putih itu. Dia hanya mengenali nama yang diberitahu oleh wanita itu sahaja.
“Kita keluar lunch. Dah lama tak lunch sama. You nak ajak Kak Mashitah pun okey je!”
Senyuman yang terukir di bibir Mukhris mengundang kepelikan kepada Umaira. Semacam sahaja lagaknya.
“Hari ni I belanja you. You bawak I jalan-jalan kat pulau ni, dah lama I tak merasa udara pantai.”
“I kerjalah Ris! You ingat I ni boss ke?”
“Pergilah, Ira. Akak boleh jaga kedai. Sat-sat lagi mailah si Amsyar tu. Ammar pun nak mai ngan isteri dia.”
Entah bila Kak Mashitah kembali ke hadapan Umaira tidak sedar. Tetiba sahaja suara wanita itu kedengaran dekat dengan Umaira. Jelas senyuman gembira di wajah Mukhris bila ajakannya bagaikan di sokong Kak Mashitah. Hendak tak hendak terpaksalah Umaira menuruti kemahuan Mukhris.
“You ni I tengok seronok semacam jer hari ni kenapa?”
“Tak ada apa-apa. I happy pun tak boleh?” Mukhris sengaja membulatkan matanya. Melihat Umaira yang mencebik dia tersenyum lagi.
“Tak adalah. I tengok lain macam je? Ke you dah jatuh hati dengan marka Pulau?”
Mukhris sudah tergelak lepas mendengar kata-kata Mukhris. Umaira pula tarik muka cemburut. Dia memandang sekeliling. Ada dua tiga pasang mata sedang memerhati. Ada yang tidak memberi apa-apa reaksi dan ada pula tunjuk muka tak puas hati. Terus sahaja Umaira menepuk kuat lengan lelaki itu.
“Weh, sakitlah!” Mukhris sudah mengaduh kesakitan sambil mengusap-ngusap bekas tepukan Umaira. Kini giliran gadis itu pula tergelak smbil menekup mulutnya supaya tidak mengganggu pelanggan lain di restoran itu.
“Tau pun sakit! Macam lawak sangatlah apa yang I cakap tadi?! Nanti betul-betul dapat anak mami baru you tahu!”
“Alah, anak mami pun comel apa. I gelak sebab you ni kalau nak teka tak ada benda lain ke? Alih-alih bab awek!”
“Dah tu?”
“Tak ada apalah. Erm, ni ada something untuk you.”
Mukhris hulurkan sampul surat berwarna coklat dari poket baju kemejanya. Teragak-agak Umaira mencapai sampul yang dihulur oleh lelaki itu.
“Bukalah. Bukan ada anthrax pun!”
Mukhris sudah tunjuk muka serius. Umaira menarik keluar sesuatu dari sampul itu. Kaku sebentar dia melihat kertas itu. Seketika kemudian, pandangannya beralih kepada Mukhris.
“Apa ni, Ris?” Berkerut tahi Umaira
“For your upcoming birthday.”
“Pulau Sipadan? Pakej ni mahal lar, Ris.”
“Jangan nak ngada-ngada. I dah settlekan semuanya. You just pergi. Susah sangat ke?”
Mukhris kembali kepada perwatakan asalnya. Umaira mengeluh. Dengan Mukhris, kalau A katanya A lah jangan pandai-pandai nak B!
“Dah, sambung makan tu! Bukan ke hari ni you jadi tourist guide I?”
Umaira mencebik. Tiket penerbangan pergi balik serta serta keterangan pakej dimasukkan kembali ke dalam sampul. Sempat dia menjeling Mukhris sebelum menjamah kembali makanannya. Mukhris buat tidak nampak, menambahkan geram di hati Umaira.
4 comments:
hohohho...
napa mukris x meluahkan prasaan dia kat maira..
lembapla mukris ni...
nak mukris ngn maira...
x sngka haris dah kawen...
gud jub..
best2x nak lagi...
hmm..awatlah si mukhris ni slow mcm kura2..haru sungguhlah mamat nieh..
aiii.. tuk Maira je?
tuk diri sendiri xde?
pergi sekali ngan Maira la Mukhris oi..
alololo..
kemain lagi yea..
Post a Comment