Umaira mendengus. Sakit hati dengan sikap Mukhris yang tetiba diam seribu bahasa. Tadi, sewaktu bersarapan mulut itulah yang bising. Itu tak kenalah, ini tak kenalah tetapi sebaik sahaja kaki melangkah gigi pantai mulut itu bagai terkunci rapat.
Umaira mematikan langkah. Malas mahu mengikut jejak lelaki itu. Geram benar. Mungkin menyedari Umaira yang sudah jauh dibelakangnya, Mukhris berpaling. Lelaki itu kelihatan menggeleng dengan raut wajah tidak puas hati tetapi dia melangkah menghampiri Umaira yang sudah masam mencuka.
“Yang you ni kenapa? Tetiba buat perangai?”
Mendengar ayat provokasi Mukhris bertambah sakit hati Umaira. Dia yang buat perangai, kita pula yang dituduh! Umaira sudah mengomel sendiri di dalam hati!
“Elok sangat buat muka macam tu!”
“Dahlah, Ris! Kalau you datang sini setakat nak buat I sakit hati baik tak payah. I nak balik hari ni jugak!”
Umaira makin memberontak. Ditengkingnya Mukhris. Dia puas melakukannya dan dia mahu Mukhris tahu dia punya perasaan. Bukan kayu atau batu. Bukan macam butir-butir pasir, pantai dan pohon-pohon pokok yang hanya membiarkan tanpa menyuarakan rasa. Sakit mahu pun gembira!
“Maira!”
Lembut sahaja panggilan Mukhris menampar gegendang telinga Umaira sebaik sahaja dia mula memalingkan tubuh. Benar-benar mahu berlalu.
“Maaf okey? I tahu salah I. I’m so sorry.”
“Dah tahu salah you, still nak marahkan I?” sedikit tinggi suara Umaira, dia langsung tidak memalingkan walau mukanya kea rah Mukhris. Dia tidak mahu Mukhris mengesan air matanya yang mula mengalir.
“Maaf, Maira. Tempat ni mengingatkan I pada arwah Marissa. I minta maaf.”
Mendengar nama arwah Marissa terus sahaja Umaira melangkah menuju ke arah resort. Kalau lelaki itu mahu ke sini dan mengingatkan arwah Marissa, tidak perlu menjadikan tempat ini sebagai hadiah hari jadinya. Dia bukan arwah Marissa. Api cemburu dan air matanya bersatu.
“Maira… Maira, you nak ke mana?!”
“I nak naik and packing barang-barang I. I bukan Marissa, okay! Dan jangan nak gunakan I untuk buatkan apa sahaja berkaitan dengan arwah. I bukan hamba you!”
“Flight hari ni tak ada. You nak balik naik apa? I tak pernah gunakan you untuk ingatkan I tentang arwah. I minta maaf, Maira!”
“Habis tu? You bagi I datang sini, tempat you pernah datang dengan arwah. You nak I fikir apa Ris! I pun ada perasaan. I bukan robot!” suara Umaira meninggi walaupun lelaki yang sudah berhadapan dengannya itu pelahan sahaja bersuara.
“Okey-okey. You balik bilik. Rehat. I minta maaf.”
“I nak balik hari ni jugak. Flight ada ke tak ada, I tak nak duduk sini. I nak keluar dari sini hari ini jugak!”
Umaira tidak peduli akan beberapa pasang mata yang memandang mereka. Peduli apa dia asalkan rasa marahnya terhadap lelaki itu dihamburkan cukup-cukup. Sekejap sahaja lelaki itu membuatkan dia bahagia, selebihnya lelaki itu bagaikan mendera perasaannya.
“Maira jangan degil macam ni boleh tak? I tahu salah I tapi you jangan bersikap macam ni boleh tak? Kalau apa-apa terjadi kat you kat luar sana macam mana? Apa yang I nak jawab dengan Kak Mashitah?”
Mukhris sudah mengenggam lengan Umaira kuat. Umaira bertambah geram. Mukhris selalu memikirkan tentang orang lain. Bukan dirinya. Bukan lelaki itu risau akan dirinya tetapi risau akan tanggapan Kak Mashitah!
“Sakitlah Mukhris! You ni kan dari dulu you tak pernah nak cuba jaga hati I. Apa yang I buat atau cakap tak pernah betul pada you. You tak pernah fikirkan perasaan I. You buat macam I ni macam bukan sesiapa pun pada you.”
Umaira jadi semakin sebak. Dia menangis akhirnya. Dia sudah penat dengan layanan Mukhris terhadapnya. Baru beberapa hari lepas dia rasa seronok dengan layanan lelaki itu tetapi sekejap sahaja musnah.
“Maira…”
Mukhris tarik Umaira dekat dengannya. Kepala wanita itu didekatkan di dadanya. Dia paling tidak suka melihat wanita itu menangis. Semacam ada perasaan cukup aneh wujud ketika melihat wanita itu mengalirkan air mata. Umaira menolak tubuh Mukhris dan satu tamparan hinggap di pipi kanan lelaki itu. Mukhris terkedu. Apa salahnya kali ini?
“Don’t ever you dare to touch me like that anymore!”
“Oh, bila Faris peluk you boleh pulak?!”
Kini, Mukhris pula meninggikan suara. Rasa perit di tampar wanita itu mendorongnya begitu. Umaira merenung tajam Mukhris dan serentak dengan itu satu lagi tamparan kuat mengena pipi Mukhris.
“You memang dasar lelaki tak guna!”
Rasa marah mendorong air mata Umaira mengalir lebih deras. Ingatannya kembali kepada Faris. Kepada lelaki yang pernah singgah di hatinya dan serasanya lelaki itu masih wujud jauh di sudut hatinya. Perasaan cintanya terhadap lelaki itu tidak mahu pergi walaupun dia sudah mencuba. Dia sudah penat untuk cuba menyingkirkan lelaki itu dari hidupnya. Akhirnya dia membiarkan sahaja akan kewujudan rasa cinta itu terhadap Faris.
Langkahnya yang pantas langsung tidak memperdulikan orang di sekeliling. Air matanya mengalir. Mengalir kerana ingatan terhaap Faris kembali. Mengalir dek kerana Mukhris yang begitu kejam dengannya. Mengalir kerana dia terlalu bodoh membiarkan dirinya hanyut dalam rasa yang sekejap Cuma! Bodoh!
“Auuuch!”
Akibat terjahan Umaira, hampir sahaja wanita yang sedang bercakap-cakap dengan seseorang itu hilang imbangan badan. Umaira jadi serba salah.
“Maaf.. I…. I....”
Saat mata mereka bertentang, Umaira kehilangan kata-kata malah air matanya kembali mengalir deras. Terus sahaja tubuh wanita itu dipeluknya erat. Dia menangis semahu-mahunya di bahu wanita itu.
5 comments:
mukhris ni kan..
geram nyee
sape pompuan tuh..
saspennye
hohoho...
mukhris ni lmbap la...
x prnh mnghargai org skiling dia...
bila dia dah khlngn bru mnyesal...
sape pmpuan 2 curious la..
hmm smbg2x...
eeeeeeeee...
writer cpt la bwat bunga2 cinta...
ant maira ngn mukhris...
tak sbr btul rasanya...aduuuuuuuuh!!!
penasaran nie jadinya...
haiyyaaa Mukhris ni..
bila nak luahkan perasaan awak tu..
eeeiiii, geram!
salam missnera,
luahkanlah rahsia hatimu wahai mukhriz, hehe...
sambung lerrrr lagi, x sabar dah niiiii....
cheerio.
Post a Comment