Huluran tisu itu disambut lemah. Entah kenapa mudah benar dia terasa hati dengan Mukhris kali ini sampaikan dia menangis begini. Tika Mukhris menghampirinya tadi secara automatik dia menolak tubuh lelaki itu sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. Entah kuasa apa yang menjadikannya sekuat itu,
“I tak mahu tengok muka you lagi okey!?”
Mukhris tidak terkata apa. Kali ini dia berhadapan dengan kemarahan Umaira yang tidak pernah ditonjolkan.
“I rasa you patut beredar dahulu.”
Saat itu juga, tubuhnya di tarik mengikut jejak langkah wanita bertudung litup itu. Umaira ikut sahaja. Sememangnya dia mahu pergi dari situ secepat mungkin. Dia benci melihat Mukhris! Benci memikirkan lelaki itu hanya mempergunakannya untuk menemani dirinya ke sini dan mengingati tentang arwah Marissa! Dia benci kenapa dia harus menangis sebegini rupa hanya kerana Mukhris yang tidak pernah memikirkan tentang hati dan perasaannya! Terasa diri bodoh!
“Dah okey sikit?”
Dia angguk sahaja sambil menarik nafas pelahan-lahan dan dilepaskan. Rasanya lama juga dia membiarkan tangisannya menguasai diri dan wanita dihadapannya itu hanya sekadar menjadi pemerhati.
“I ada meeting sekejap lagi. I tinggalkan you kat bilik sorang-sorang boleh? Tak lama, dalam sejam. You rehat dulu nanti kita lunch sama.”
Umaira angguk sahaja. Dia menghantar tubuh wanita itu dengan ekor mata. Sebaik tubuh itu menghilang disebalik muka pintu, dia mengeluh. Tersandar di kepala katil. Dia terasa cukup lemah.
“I teringatkan arwah Marissa!”
Sebaris ayat itu terngiang-ngiang di telinganya. Sudah tiga tahun arwah Marissa pergi kenapa Mukhris masih membiarkan bayangan wanita itu bersamanya? Kenapa Mukhris membiarkan hidupnya tertutup hanya kerana rasa bersalah! Dulu, masa buat salah tidak pernah terfikir pula semua tu!
Ah, lantak dialah! Dia nak hidup macam tu sampai mati pun apa aku peduli! Bentak Umaira di dalam hati. Entah kenapa hatinya sejak akhir-akhir ini begitu rapuh! Kalau dulu, Mukhris cakap apa sahaja tidak pernah di ambil serius. Dia tidak pernah mahu terasa hati dengan lelaki itu. Kalau ada pun sesaat Cuma. Tetapi kini lain benar keadaannya!
Ketukan di pintu mematikan ingatannya kepada kenangan lalu. Kenangan yang dirinduiya. Cepat sahaja Umaira melangkah membukakan pintu. Mungkin Shofea ada tertinggal barang agaknya!
“Hah, you! Apa lagi yang you nak? Nak sakitkan hati I lagi?” soal Umaira bila sesusuk tubuh milik Mukhris yang berada di hadapannya bukan Shofea.
“Maira, I’m so sorry. I tak berniat nak....
“Enough is enough, Ris! You tak faham bahasa ke? I tak mahu dengar apa-apa explanation dari you! You dah banyak kali sakitkan hati I!”
“Maira, jangan buat I macam ni! I.. I tahu...”
“Apa yang you tahu?” soal Umaira kurang sabar. Terjegil matanya memandang Mukhris. Dia tidak mahu kalah dengan Mukhris. Biar kali ini Mukhris mati akal mahu memujuknya.
“I sayangkan you Maira!”
“Oh, you sayangkan I macam orang lain sayangkan I kan? Sebab tu you layan I macam ni! You buat I ni macam apa lagi! You bawak I kat sini just Cuma nak temankan you ingat balik kenangan you dengan arwah dan you nak beritahu I yang arwah tu segala-galanya bagi you kan?!! I tak hairanlah dengan semua tu! You just...”
“I cintakan you. I sayangkan you lebih dari orang lain sayangkan you.”
“Cukuplah Ris! I dah penat dengan semua ni! You ucap benda tu pun bukan dari hati you! You Cuma nak buat I maafkan you!”
Ucapan yang lahir dari mulut Mukhris langsung tidak meninggalkan kesan kepada Umaira. Dia langsung tidak merasakan Mukhris benar-benar maksudkan apa yang dilafazkannya.
“Maira...”
“I tak mahu dengar apa-apa dari you lagi, Mukhris! Sebab you tak cintakan I! You cintakan Marissa lebih dari segala-galanya. I tak nak dengar lagi you sebut benda tu selagi you sendiri tak sedar apa yang you cakap!”
Terus sahaja pintu bilik di tutup. Serentak dengan itu air mata Umaira mengalir lagi. Ketukan di pintu dibiarkan. Dia sudah lelah dengan cinta. Dia sudah penat dengan lafaz demi lafaz cinta itu. Kali ini daripada Mukhris! Daripada lelaki yang masih belum mahu keluar dari kisah lalunya!
“Maira.... Maira, please! Kita perlu berbincang!”
“No. Tak ada apa yang nak dibincangkan. Tolonglah Ris!”
“Okay-okay. Just jangan menangis okay?! I pergi sekarang! Maira...”
“Go!”
“I minta maaf. I really love you!”
Umaira sudah menutup telinga saat mendengar lafaz itu. Dia tidak sanggup mendengarnya lagi. Dia tidak sanggup mendengar Mukhris memujuknya lagi. Dia tidak mahu perasaannya di ulit lagi seperti beberapa hari lalu. Dia bukan Marissa! Dan dia tidak mahu menjadi hanya orang ke dua. Cukuplah derita yang harus ditanggung selama ini.
“Umaira! Umaira....”
Umaira membuka matanya. Terasa pedih. Samar-samar susuk tubuh Shofea berada di sebelahnya. Dia cuba untuk bangun tetapi kepalanya terasa berat.
“You okay tak ni? Kenapa you tidur kat sini?” soal Shofea. Sedikit risau melihat wanita itu tidur di atas lantai.
“I okay Cuma kepala ni rasa sakit sangat!”
Shofea menolong Umaira bangun dan memapahnya ke atas katil. Tadi selepas habis mesyuarat dia bertemu dengan Mukhris. Mukhris telah menceritakan segala-galanya tentang Umaira. Hati wanitanya penuh simpati. Nyata hidup Umaira lebih derita berbanding dirinya. Sedangkan dia hanya sedikit Cuma tetapi dia sudah awal-awal lagi melarikan diri!
“Nak ke klinik ke?”
Umaira hanya menggelengkan kepala. Mungkin sakit kepalanya tidak lebih daripada kesan menangis tadi. Dia hanya perlu mandi dan berehat.
“I nak mandi tapi barang I kat bilik.”
“It’s okay. You bagi kunci bilik, I pergi ambil.”
Umaira serahkan kunci biliknya kepada Shofea. Sebelah tangannya mengurut-ngurut kepalanya. Sekejap sahaja kelibat Shofea menghilang. Tak lama dia kembali dengan pakaian dan barangan Umaira.
“I dah pesan makanan untuk you. Nanti lepas makan, you kena makan ubat.”
Umaira angguk sahaja mendengar kata-kata Shofea sebaik sahaja dia keluar daripada bilik air. Terasa segar walaupun sakit kepala masih belum berkurang.
Tidak lama kemudian makanan yang di pesan Shofea tiba. Umaira jamah sedikit sahaja. Itupun puas di desak Shofea.
“You ni Shofea, I tengok makin garang! Dulu you tak macam ni pun!”
“Itu dulu. You mana kenal I. Lagipun masa tu banyak main-main je!”
“Sekarang you tinggal kat mana? Puas I cari you sampai I pergi kampong you tau!”
Wajah Sean menerpa ke ruang mata. Kalau ikutkan mahu sahaja dia menghubungi lelaki itu. Mahu khabarkan berita gembira itu kepadanya tetapi memikirkan dia sudah lama tidak berhubung dengan lelaki itu niat itu mati begitu sahaja.
“You cari I kenapa?”
“Sean.”
Mendengar nama itu di sebut raut wajah Shofea berubah sama sekali. Sudah lama nama itu tidak di dengarnya. Nama lelaki yang berjaya bertaut di tangkai hatinya sekian lama. Sehingga kini lelaki itu masih berada dekat di hatinya tetapi mana mungkin aka nada harapan untuknya bersama lelaki itu.
“Maaf, Shofea. I...”
“Tak ada apalah. Makanlah cepat. Nanti dok bercerita tak habis pula makanan tu!”
Umaira tahu Shofea sengaja cuba lari dari apa yang sedang mereka cakapkan tetapi dibiarkan sahaja. Terus sahaja dia menyuap makanan ke dalam mulut. Saat itu, barulah dia sedar akan sebentuk cincin berlian di jari manis wanita itu. Wajah Sean terbayang di ruang mata dan harapan lelaki itu terngiang-ngiang di telinga.
Maaf Sean, kita sudah terlambat!
5 comments:
hohohoho...
mukris dah trlmbt untk mrebut cnta maira....
maira x pcaya kat mukris...
cnta mbuatkan seseorg mndrta...
hmmm best2x...
tu la mukhris..
main2 lg..
ala...emosi pulak Maira nie...
Mukhris pun ckp time org bengang...
sengal aaaaaaaaaaa...hahaha
miss nera...upld next n3 cpat ya...
tak sbr nak tau cria Maira ngn Mukhris nie...aja2 fighting!!!!
kan sudah..
bila dah luah, Maira x caye lak..
tp dont give up Mukhris..
teruskan perjuangan pujuk n ngorat Maira.. =p
salam, missnera.
alaaa, jgn gaduhkan maira-mukhriz lama2, cian kat depa..no!
moga maira mengerti isi hati mukhriz, hehe.
Post a Comment