Monday, February 1, 2010

KERANA SAYANG 1



Tengah hari itu, aku terpaksa bergegas balik ke kampung setelah menerima panggilan daripada emak yang menyatakan ada hal penting. Bila aku bertanya emak sekadar memberitahu Abah hendak adakan kenduri doa selamat dan kenduri kesyukuran aku mendapat kerja.
Dari Pudu Raya aku menaiki bas ekspres ke Ipoh. Di dalam fikiranku kalut memikirkan tentang hal kenduri yang dibuat tanpa pengetahuanku. Sedangkan selama ini emak akan memberitahu terlebih dahulu jika ingin membuat apa-apa kenduri. Tidak pernah emak lupa. Sekali pun tidak pernah.
Nasib baiklah, Encik Karim membenarkan aku bercuti sedangkan banyak kerja yang aku harus siapkan menjelang penggabungan syarikat.
Dalam kalut memikirkan hal itu, telefon bimbitku berbunyi. Aku tersenyum sendiri apabila terpapar nama Syahril di skrin telefon.
“Awak kat mana ni?” soalnya selepas salamnya kujawab.
“Dekat Sungai Buloh.” Jawab ku pelahan.
“Marah kat Syah ya?! Sorrylah, Syah betul-betul tak dapat ikut. Lain kali ya?!”
“Mana ada Hana marah. Hana faham Syah sibuk. Dah makan?”
“Belum, sayang. Banyak kerja yang kena Syah siapkan by Monday. Tadi dapat call dari client ada problem. Nasib baik bos Syah bagi dekat orang lain handle.”
Ada keluhan di hujung sana. Aku faham benar dengan kerja Syahril. Kesibukannya sampaikan tiada masa untuk aku malah untuk dirinya sendiri. Namun, aku tidak pernah ambil kisah kerana Syahril tidak pernah melupakanku. Saban hari dia menghubungiku tidak kiralah di mana berada.
“Syah sayang Hana tak?”
“Sayanglah. Kenapa Hana tanya macam tu? Hana tak percaya dengan Syah yer?!”
Aku ketawa kecil. Ke situ fikirnya.
“Erm, kalau sayang kat Hana, Hana nak Syah pergi makan. Hana tak nak ada boyfriend yang kurus kering. Lepas tu, muka macam mayat hidup jer!”
“Amboi, kenakan orang! Nantilah Syah makan. Lepas siap semua ni Syah turun makan. Okey, sayang?”
“Tak. Hana nak Syah pergi makan sekarang juga!”
“Okey, okey. Syah makan, okey? Tapi sebelum tu….”
Syahril berjeda. Kedengaran dia ketawa di hujung talian. Adalah benda mengarut yang dia nak cakap dengan aku tu!
“Cium sikit!”
“Ish tak naklah, malulah orang tengok!”
“Sayang Syah tak? Kalau sayang cium cepat. Alah, bukan orang nampak pun!”
“Okeylah, tapi janji Syah mesti turun makan tau?!”
“Okey, sayang. Syah janji.”
Panggilan tamat selepas aku memberi apa yang diminta oleh Syahril. Aku ketawa sendiri di dalam hati. Sikap Syahril kadang kala susah untuk dijangka. Ada satu ketika aku boleh bergurau dan berbincang dengan dia tentang apa sahaja. Ada satu ketika pula dia akan bersikap terlalu serius. Waktu-waktu mula bercinta dulu keseriusannya membuatkan aku menangis malah merajuk. Cuma lama kelamaan aku mula memahami dirinya. Malah aku mula mengkaguminya.
Dalam asyik memikirkan tentang saat-saat bersama dengan Syahril aku terlena. Sedar sahaja, bas mula memasuki kawasan Rehat dan Rawat Tapah. Aku merungut kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh cuma mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja. Tetapi apabila memikirkan kemungkinan pemandu mengantuk hilang rungutanku. Keselamatan lebih penting. Aku menyambung tidur semula kerana rasa kantuk masih belum hilang. Membiarkan diriku terus hanyut dalam mimpi indah.
Aku kembali tersedar apabila bas berhenti mengejut. Terpingga- pingga aku memandang ke luar. Sudah sampai hentian bas Ipoh rupanya. Bunyi hon bas membingitkan telinga sebaik sahaja aku melangkah turun dari bas ekspres. Aku terus melangkah ke hentian teksi. Malas menunggu bas yang belum tahu bila akan bertolak.
Sebaik teksi berwarna biru itu berhenti dihadapan rumah, hatiku dipagut resah. Entah kenapa terasa jantungku berdegup kencang saat itu. Aku membayar tambang teksi dan terus melangkah turun. Aku menyalami beberapa orang mak cik yang rancak berbual di bawah rumah sambil mengupas bawang. Kemudian aku mendapatkan emak yang sibuk mencurah santan ke dalam kawah sebelum meminta diri untuk menunaikan solat asar. Jantungku berdegup semakin kencang saat memandang bekas-bekas hantaran yang sudah siap berhias di satu sudut bilikku. Rasa tidak senang hati mula menapak.
Ketika aku sedang membelek-belek bekas-bekas hantaran, emak masuk duduk disebelahku. Jari-jemariku diraihnya. Aku kehairanan dengan sikap emak. Bukan emak tidak pernah berbuat begitu tetapi petang ini genggaman emak seperti punyai maksud.
“Kenapa ni mak? Barang-barang hantaran tu untuk siapa?”
Aku dengar keluhan sukar yang dilepaskan emak. Semacam ada perkara besar yang ingin disampaikan kepadaku. Sesuatu yang mungkin akan menyebabkan aku terkejut besar.
“Emak harap Hanis bertenang dan emak nak minta maaf sebab buat keputusan tanpa pengetahuan Hanis!”
Aku berpaling memandang emak. Berkerut dahiku mendengar penjelasan emak. Namun, terasa pahit teKakku apabila mula menyedari akan barang-barang hantaran yang berada di bilikku.
“Maksud mak? Cakap dengan Hanis mak apa semua ni? Barang-barang hantaran ni yang siapa?” Aku sudah terasa sebak. Ingin meraung meminta emak menidakkan apa yang sedang bermain difikiranku.
“Malam ni malam pertunangan Hanis dengan Ikhwan!”
Bagaikan halilintar aku mendengar butir bicara emak. Lemah longlai tubuhku mendengar nama Ikhwan disebut. Wajah Syahril terbayang di ruang mata. Keinginan dan perancangan yang telah kami sekian lama akan musnah dalam sekelip mata. Kejam!
“Emak tahu Hanis takkan setuju sebab tu emak dan Abah terpaksa buat macam ni!”
“Mak, Hanis dah ada Syahril. Hanis tak nak Ikhwan mak! Tolong Hanis, mak!” rayu dalam tangis yang semakin merasuk diri. Apa yang telah Ikhwan lakukan sampaikan emak dan Abah mengambil keputusan tanpa berbicara terlebih dahulu dariku. Bukankah dulu emak mahupun Abah pernah memberi aku kebebasan untuk memilih.
“Mak faham apa yang Hanis rasakan tapi emak percaya Hanis akan bahagia bersama Ikhwan. Hanis tahukan, sejak Ikhwan tolong kita hidup kita makin baik. Kalau tak sebabkan Ikhwan tolong emak dan Abah biayai pelajaran Hanis, Hanis tak akan berpeluang belajar tinggi-tinggi.”
Aku menekup muKaku dengan tanganku. Terasa perit menerima kenyataan pertunangan antara aku dan Ikhwan di atur kerana budi yang dicurahkan lelaki itu kepada kami sekeluarga.
“Minggu lepas Wan datang rumah. Dia tanya Abah pasal Hanis. Dia tanya sama ada Hanis dah ada pilihan ke belum. Kalau tak ada dia berniat nak ambil Hanis jadi isteri. Abah serba salah. Harapan Ikhwan tinggi. Emak dan Abah tahu dah lama Ikhwan sukakan Hana tapi dia pendamkan.”
“Kenapa mak tak beritahu Hanis dah ada Syahril?! Sampai hati mak….”
“Hanis, Hanis fahamlah keadaan Abah. Dah banyak terhutang budi dengan Ikhwan. Lagipun Hanis tahukan Abah rasa bersalah dengan apa yang berlaku pada pak cik Man dulu?! Sudahlah jangan menangis. Ikhwan tak tahu Hanis dah ada Syahril. Mak yakin Hanis akan bahagia dengan Ikhwan.”
“Hanis hanya akan bahagia dengan lelaki yang Hanis cintai. Perasaan Hanis pada Ikhwan tak pernah wujud mak. Hanis hormati dia macam Abang Hanis sendiri. Mak beritahu Hanis emak sanggup tengok Hanis menderita atau bahagia.”
Dalam getar dan suara yang tenggelam timbul dek tangisan aku menagih jawapan emak. Emak mengeluh, belakang badanku diusap lembut. Emak jarang begitu denganku kerana berbanding dengan Abah emak lebih garang dan tegas.
“Ibu mana sanggup tengok anak dia menderita, Hanis! Emak buat macam ni untuk kebahagiaan Hanis juga. Sekalipun rasa cinta Hanis tak ada untuk Ikhwan, perasaan itu boleh dipupuk bila dah jadi suami isteri.”
Aku meraung di dalam hati. Aku tidak percaya cinta selepas perkahwinan. Apatah lagi dengan lelaki seperti Ikhwan. Sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya. Mana mungkin kami ada kesempatan untuk menyulam cinta.
“Sudahlah, jangan Hanis nak malukan emak dan Abah. Hanis pergi mandi dan bersiap. Semua orang kampung dah tahu Hanis nak bertunang. Jangan malukan emak dan Abah. Lupakan Syahril!”
Kejam sungguh kata-kata yang diluahkan emak. Bagaimana harus aku lupakan cinta Syahril yang cukup mekar di dalam diriku. Tiga tahun kami menyulam cinta, bukan satu tempoh yang singkat untuk aku melupakannya untuk lelaki lain.
Emak meniggalkan aku sendirian. Aku menangis semahu-mahunya. Wajah Syahril bersilih ganti dengan wajah Ikhwan. Senyuman Syahril bersilih ganti dengan renungan tajam Ikhwan. Ikhwan memang sering merenung aku begitu tetapi selama ini aku tidak pernah terfikir akan wujudnya perasaan cinta terhadapku. Selama ini aku merasakan Ikhwan tentu sahaja memilih wanita yang setaraf dengannya. Wanita yang menjawat jawatan tinggi yang setaraf dengan kedudukannya sebagai pengarah sebuah syarikat kereta. Tentu sekali wanita pilihannya adalah wanita yang anggun dan cantik serta pandai bersosial. Nampaknya aku tersilap menilai lelaki itu dan aku yang menjadi pilihannya.
Ah, tentu sahaja dia memikirkan tentang kesenangannya. Mungkin selepas aku berkahwin dengannya perkara pertama yang dia ingin aku lakukan berhenti kerja. Duduk di rumah menyediakan segala keperluan dan melayannya. Jahanam punya lelaki!


------------------------------------------------------------

nikmatilah KERANA SAYANG, sementara menunggu RAHSIA RINDU! dan mohon maaf andai karya ini akan sedikit menyuntik rasa kurang senang kalian atas beberapa perilaku watak yang telah MN ciptakan! mungkin di bab 1 ni kalian tidak menemuinya... cuma MN pohon maaf terlebih dahulu. KERANA SAYANG ini sudah siap sebenarnya, berkepuh dalam pendrive shj! tidak mahu edit! anggaplah sbg hiburan! bukan untuk di ikuti oleh sesiapa. cuma kalau ada yang bek, ambillah sebagai kekuatan!

7 comments:

MaY_LiN said...

best..best..
permulaan yang baik..
tapi sedihla..
tamo la kena paksa kawen cenggitu..
uuuuuwwwwwaaaa

epy elina said...

hohoho...
best la crta ni...
prmulaan yg baik...
saspen crta ni...
cnta 3 segi...
smbung2x..

Hana_aniz said...

bez citer ni!!
sambung2..
tp rahsia rindu pn nk gk.
hehehe..

misz nana said...

alaa..
baru tunang je pun..
apa2 boleh jd dlm tempoh tu..
tp nak tau gak watak Ikhwan cane..
mana tau Ikhwan lg baik drp Syah..
heheh..

sofi said...

salam missnera,
heronya ikhwan, kan?
betul tak?
gud job, ok
cepat sambung hehe

aqilah said...

first part dah best ni! apapun, akak follow......................

cinta terindah said...

ermmmmmmmm best3!!!
nak smbg baca nie....hehe