Thursday, February 4, 2010

KERANA SAYANG 4


Lewat petang itu Ikhwan menghantar aku pulang. Sepanjang perjalanan pulang itu aku cukup berdebar-debar. Aku memikirkan bagaimana harus aku mulakan bicara. Impian Ikhwan terlalu tinggi untuk melihat aku menjadi suri hidupnya. Apa yang aku lihat di rumah itu tadi membuatkan aku dipagut rasa bersalah. Ikhwan sedaya upaya cuba memenuhi kehendakku.
“Kirim salam kat Alia yer?” ucap Ikhwan sebelum aku keluar dari keretanya. Berkerut dahiku mendengar Ikhwan menyebut nama Alia.
“Awak kenal ker kawan saya?”,tanyaku apabila memikirkan aku tidak pernah membuka cerita tentang Alia kepada Ikhwan.
“Er, kan Hana ada bagitahu Abang, Hana ada kawan nama Alia”.
Aku mengerutkan dahiku , memikirkan bila masa aku bercerita tentang Alia kepada Ikhwan. Setahu aku tidak pernah sekali tentang Alia yang keluar dari mulutku.
 Melihat aku yang kebingungan, Ikhwan mencapai jari-jemariku lalu di bawa ke mulutnya. Dikucup lembut. Lama. Membuatkan aku jadi terharu dengan sikapnya. Tanpa sedarku Ikhwan mengucup dahi dan pipiku. Aku tergamam dengan tindakan Ikhwan. Aku tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki menyentuhku begitu. Tetapi bersama Ikhwan aku seolah-olah membiarkannya walaupun tanpa kerelaanku. Kemudian tubuhku dipeluk erat. Aku benar- benar terkejut. Sempat dia mengucup pipiku sebelum melepaskan tubuhku. Aku bagaikan tak mampu bersuara saat itu
“Sorry, Abang terlalu rindukan Hana”.
“Saya ada cerita ker tentang kawan saya?” tanyaku cuba mengalih tajuk perbualan.
“Adalah. Kalau tak mana Abang nak tahu pasal kawan Hana tu. Hana jugak yang cerita kat Abang. Alia itulah. Alia inilah. Nasib baiklah Abang tak jatuh hati dengan Alia tu.”
“Erm, saya masuk dululah.”
Ikhwan meraih tanganku sebelum sempat aku membuka pintu keretanya. Aku menelan air liur. Memandang ke dalam rumah, takut ada yang melihat perbuatan Ikhwan. Kemudian pandanganku beralih pula pada sekitar.
“Abang takut kehilangan Hana. Hana jangan tinggalkan Abang ya?! Abang janji Abang akan pastikan Hana bahagia dengan Abang. Abang tak akan sakitkan hati Hana.”
Sekali lagi jari jermariku di bawa ke mulutnya. Aku kehilangan kata-kata. Lama bibir Ikhwan di situ.
“Erm Wan, Hana masuk dulu ya?! Malulah orang tengok!”
“Biarlah, biar orang tahu betapa Abang cintakan Hana. Abang sanggup korbankan kebahagiaan Abang untuk kebahagiaan Hana. Nanti bila kita kahwin, Abang tak tengok Hana sedih walau sekejap.”
Aku terpana mendengar jawapan Ikhwan. Semakin sesak aku dibuatnya! Wajah Syahril bertamu di ruang mata. Lelaki itu terlebih dahulu membina harapan bersamaku.
“Hampir Abang lupa pula. Semalam masa Abang call Hana cakap Hana nak cakap sesuatu dengan Abang. Hana nak cakap apa?”
“Hah?”
Aku menelan air liur. Terasa pahit. Dari mana harus aku mulakan? Perlukan aku terus sahaja memberitahunya bahawa cintaku tidak pernah wujud untuknya. Hati dan perasaan aku sudah dimiliki oleh Syahril.
“Lupalah. Nanti kalau saya ingat saya beritahu.” Akhirnya kata-kata itu yang melucur keluar dari mulutku. Maafkan Hana, Syah! Dia terlalu baik untuk Hana kecewakan!
“Yer ker? Abang ingat perkara penting yang Hana nak cakap dengan Abang.”
“Okaylah, Hana nak masuk dulu. Assalamualaikum.”
Kedengaran Ikhwan menjawab salamku pelahan. Keretanya memecut laju selepas itu. Masuk sahaja, Alia sudah tercegat menunggu. Aku sudah dapat mengagak soalan yang akan dikemukan oleh Alia.
 “Kau dah beritahu Ikhwan?” seperti yang sudah kuduga itulah soalan pertama Alia. Tidak sabar dia bertanya.
Aku sekadar menggeleng lemah. Alia mendengus marah. Dia mula membebel dan memarahiku.
“Aku tak sanggup nak kecewakan dia, Lia!”.
“Habis tu kau sanggup merana hidup dengan dia?! Bagi aku nombor telefon Ikhwan biar aku call dia. Biar aku yang cakap dengan dia”.
“Tak apalah, Lia. Biar aku beritahu dia sendiri, please!”
Malam itu, Alia mengajak aku keluar, menemaninya untuk membeli barangan dapur yang hampir habis. Hendak tak hendak terpaksa aku mengikutnya walaupun aku bagaikan tidak punya hati mahu keluar.
Sebaik sahaja kami memangkirkan kereta di kawasan lempat kereta terbuka Mid Valley, aku ternampak kelibat Ikhwan baru keluar daripada keretanya. Hanya selang beberapa buah kereta dari tempat Alia memangkirkan keretanya. Aku bertambah terkejut melihat seorang wanita seksi keluar dari kereta Ikhwan. Berdegup jantungku saat itu. Bertambah terkejut melihat wanita itu merangkul erat pingang Ikhwan dan Ikhwan membalasnya.
Saat Ikhwan dan wanita itu menghampiri terus sahaja aku keluar dari kereta. Aku ingin melihat reaksi Ikhwan bila melihat aku.
“Er..er… Hana!? Hana.. Hana buat apa kat sini!?” nyata Ikhwan terkejut dengan kemunculan tiba-tibaku. Aku pandang wajah wanita seksi disebelahnya. Cantik orangnya. Tentu inilah perempuan idaman Ikhwan! Seksi sampai aku rasa kalah bintang Hollywood!
“Kenapa terkejut?! Rupanya ini diri kau yang sebenarnya?! Berlagak baik konon!” tengkingku, aku sudah tidak memikirkan tentang pandangan orang ramai terhadapku. Biarlah! Biarlah mereka tahu aku telah di tipu oleh lelaki keparat seperti Ikhwan! Aku sudah tidak pentingkan budi bahasa lagi.
“Siapa ni, darling? Siapa perempuan ni?! Cepatlah, I dah lambat ni. You pun belum booking bilik lagi!” membulat mataku mendengar kata-kata wanita itu. Tahulah aku siapa Ikhwan yang sebenarnya.
“Hana, Hana jangan macam ni. Ini client Wan jer! Kami tak ada apa-apa,”
“Tak ada apa-apa? Kau ingat aku ni dah buta sangatlah! Client apanya kalau dah dia panggil kau darling?! Booking bilik buat apa? Meeting atas katil ker? Dasar jantan keparat! Patutlah suka-suka hati kau je nak peluk-peluk aku, rupanya kau ni memang dasar lelaki tak guna. Sia-sia mak ayah aku percayakan kau! ” suaraku semakin meninggi. Sudah tidak dapat dikawal.
“Sabar, Hanis. Cakap pelahan-lahan. Orang tengok tu!”
“Biarlah. Biar semua orang tahu siapa jantan ni! Ini untuk penipuan kau terhadap aku. Yang ini pulak sebab kau tipu mak dan ayah aku.”
Serentak dengan itu pipi Ikhwan kutampar kuat. Dua kali tamparan membuatkan wanita disebelah Ikhwan melopong begitu juga Alia.
“Jom, Lia. Aku jijik lama-lama dengan jantan ni! Dan satu lagi encik Ikhwan Hanafi, aku tak pernah cintakan kau dan terima kau walau sesaat pun!”
Terus sahaja aku masuk ke dalam kereta. Ikhwan masih kaku berdiri di situ. Alia seperti bercakap sesuatu dengan Ikhwan. Berang dengan Alia yang masih ada hati untuk bercakap dengan Ikhwan, terus sahaja aku membunyikan hon kereta. Kuat dan lama. Terkocoh-kocoh Alia masuk ke dalam kereta.
Sebaik sahaja, kereta Alia bergerak meninggalkan kawasan tersebut, air mataku mengalir deras. Aku tidak menyangka lelaki yang dianggap terlalu baik rupa-rupanya hanya bertopengkan kebaikan. Sedangkan hakikatnya dialah syaitan.
“Dahlah, jangan menangis macam ni. Sekurang-kurangnya sekarang kau tak perlu sakitkan hati sesiapa. Aku nak kau beritahu Syahril semuanya. Beritahu keluarga kau juga.”

  Sebaik sahaja aku ceritakan kepada emak dan Abah tentang Ikhwan. Abah tersandar di kerusi. Emak mengucap panjang. Semalam, selepas peristiwa itu aku menghubungi Syahril. Kebetulan dia, baru sahaja sampai di KLIA dari Sandakan. Syahril terus bertemu aku dan akhirnya aku ceritakan segala-galanya kepadaku. Hampir sahaja Syahril marah denganku tetapi mungkin tidak jadi melihat aku menangis.
“Esok Hana ambil emergency leave. Kita balik kampung Hana. Kita settle semuanya.”
Aku tidak membantah dengan usul Syahril. Emak dan Abah nyata terkejut melihat aku balik bersama Syahril. Abah nampak tidak senang tetapi sebagai menghormati tetamu Abah memaniskan muka menerima kehadiran Syahril. Alia turut serta.
“Hanis tak tipu Abah. Kalau Abah tak percaya Abah tanya Alia. Dia dengan Hanis masa tu. Ikhwan buat muka tak bersalah, bah!”
Alia sekadar menggangguk. Entah kenapa sejak semalam sikap Alia berubah. Dia jadi pendiam tiba-tiba. Lain benar dengan sikap sebenarnya yang banyak bercakap.
“Biar Abah telefon dia. Mungkin Hanis salah faham ajer!”
Aku mengeluh. Abah seperti lebih mempercayai Ikhwan dari anaknya sendiri. Abah beralih ke telefon. Jari-jemarinya pantas mendail butang bernombor.
“Hello, assalamualaikum. Wan ni pak cik ni. Wan sibuk ker?”
Aku pandang Syahril. Bagiku mana mungkin Ikhwan akan mengakui kesilapannya. Seketika kemudian, aku pandang Abah yang tiba-tiba terduduk di atas kerusi disebelah meja telefon. Entah apa yang diperkatakan Ikhwan sehinggakan Abah begitu terkejut. Ada air mata yang mengalir di pipi Abah, membuatkan aku dan emak saling berpandangan. Tanpa sepatah kata Abah meletakkan gagang telefon. Emak bangun menghampiri Abah. Abah menggeleng. Aku tidak faham maksud gelengan Abah.
“Macam mana ni, Mah? Ikhwan nak kahwin dengan Hana sebab dia berdendam dengan saya. Dia masih belum lupakan perkara tu!”
“Masya-ALLAH. Saya tak nak Hanis kahwin dengan Ikhwan, bang! Kita putuskan ajer pertunangan ni! Berapa yang pihak sana minta kita bagi!”
Aku dan Syahril bangun menghampiri Abah. Aku peluk tubuh Abah dan emak. Air mata yang sudah menjadi temanku sejak dua minggu ini mengalir lagi.
“Malam ni, Abah pergi jumpa Marina. Hanis jangan risau selagi Abah ada, Ikhwan tak boleh apa-apakan Hanis!”

 Malam itu, setelah solat Isya’ Abah bersiap-siap untuk ke rumah Kak Marina tetapi belum sempat pun Abah pergi kereta Kak Marina memasuki kawasan halaman rumah kami.
“Abah, Rina minta maaf! Rina minta maaf !” ucap Kak Marina sebaik sahaja keluar dari keretanya. Terburu-buru dia mendapatkan Abah yang sudah berada di atas motor. Ikutkan Syahril yang ingin ikut serta tetapi Abah melarang.
“Rina tak tahu Wan sanggup buat Abah macam ni!”
“Masuk dulu, Rina! Masuk dulu. Kita cakap kat dalam rumah.”
Emak yang hanya mendengar dari muka pintu turun mendapatkan Kak Marina. Tidak putus-putus kata-kata maaf keluar dari mulut Kak Marina sebaik sahaja tubuh emak dipeluknya. Aku yang memerhati berbalas pandang dengan Alia dan Syahril.
“Wan balik bawa perempuan mana entah. Dia cakap dia nak kahwin dengan perempuan tu. Bila Rina tanya macam mana dengan Hana. Ikhwan cakap dia cuma nak permainkan keluarga Abah.  Rina tak tahu nak cakap apa, bah! Rina marah dia! Kalau Rina tahu tujuan Ikhwan suruh Rina pinangkan Hana untuk dia, sumpah Rina tak nak!” tersedu sedan Kak Marina bersuara. Aku yang mendengarnya turut menangis. Kasihan Kak Marina! Ikhwan memang tidak berhati perut.
“Dahlah, jangan menangis. Bukan salah kamu. Sudahlah! Abah tak salahkan kamu. Bukan salah Ikhwan juga!” Abah mengeluh. Aku memandang Abah kehairanan. Kalau bukan salah Ikhwan, salah siapa?! Salah aku?!
“Dulu Abah buatkan dia hilang kasih sayang ayah dan emak kamu.  Mungkin ini balasan ke atas Abah!”
Aku tahu tentang cerita itu. Pak cik Hanafi dipenjarakan kerana terlibat dalam penyelewengan duit syarikat dan Mak cik Suhana pula mengalami tekanan mental selepas itu. Abahlah orang yang melaporkan kepada pihak berkuasa tentang salah laku pak cik Hanafi.
“Perkara tu dah lepas. Rina dah lupakan. Memang salah Abah nak senang cepat. Mak jadi gila pun sebab Abah. Arwah Abah terlalu taksub dengan duit sampai kami semua diabaikan.”
“Dahlah. Perkara dah lepas, lupakan. Rina jangan risau. Kami tak salahkan Rina cuma terkilan dengan Ikhwan.” Pujuk emak lembut. Serentak dengan ini Kak Marina kembali memeluk emak.
Ya ALLAH, ujian apakah ini?

14 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

alahaii..mati2 engt si ikhwan nieh baekk..

faridah said...

iye ler kite pun ingat ihwan tu baik..
citer ni best ar...nak lg nak lg hehe...

misz nana said...

laaaaa..
nak balas dendam rupanya..
ingatkan betul2 baik la si Ikhwan tu..
adehhh..

sofi said...

salam,
alaa....cakaplah sape hero? ikhwan ke syahril? syabas, kak sofi suka garapan yg missnera buat. teruskan, k!

akira_bita said...

pergh!! bior benar si ikhwan tu mcm tu?? tp kan... bila pk blk.. mcm ade bnda yg memaksa ikhwan wat mcm tu.. contohnya kene ugut ke.. takpun.. si ikhwan ni ade kembar tak?? mne tau... hohoho.. MN,, sambunglah lagi..!! hehehhe

Hana_aniz said...

perghhh.. psiko btol!!
huhuu.. bez2!!
sambung lg ye missnera??

MissNera said...

kesengalan terserlah: jangan dek! hidup2 ingt ikhwan bek! :D

faridah : klu nak lagi jenguk la tetiap hari!

misz nana : semuanya akan terjawab

MissNera said...

sofi: kitakan ada telepati. hehehe.. sila teka sape hero!

akira bita: agak2 kamu macam mana? :D

hana aniz: psiko ke? hehehe

epy elina said...

hohohho...
x sngka ikhwan 2 mcm ni..
pndai miss nera main ngn emosi pmbaca...
pe pun best2x...
x sbr nak next n3...

Anonymous said...

I rasa la kan ... adik yg bagi kad tu dah bagi tau kat ikhwan yang hana tak suka ditunangkan dgn dia ...
so ikhwan pun saja wat perangai buruk ... tapi actually dia tak cam tu ... sebeno nya dia sayang kat hana ... sebab tu dia kata nak kenangan dgn hana ...

hehehehe .... ikhwan tu takut hana nak putus dgn dia ... sbb takut kecewa ... jadi dia yang buat hal dulu ...

kdg2 tu rasa sedih dikecewakan lebih teruk dari mengecewakan orang ... hohoho ....

kawan ... missnera ... nak lagi ... best nih!

MaY_LiN said...

akhirnya..
terbongkar juga..
makin saspen sis

Nozi Danisya said...

tak. sy rasa ikhwan sengaja buat mcm tu. sbb bila hana putuskn ptunangan takdelah dia dipersalhkn, sbb ikhwan syg sgt kt hana tu. so, dia pakat dgn alia. kan tiba2 je alia berubah perangai dn tetiba je ikhwan nk cari kenangn masa bercinta? ikhwan dh tahu cerita yg sebenarnya. smada alia yg bg tahu atau ank saudara ikwan si dhira yg bg tau.

cewahh... mcm sy pulak penulisnya. tp mcm logikkan?

akak said...

lorm, ingatkan baik si mamat nih.. ghuper2nya gtu lah perangainya..isk3

psttt..akak tak miss masuk sini lah missnera :)

cinta terindah said...

pulak?? mc 2 rpnya...tak nak la ngn Ikhwan!!!