Thursday, March 4, 2010

KERANA SAYANG 22

Malam itu, Syahril datang dalam tidurku. Wajahnya bersih, senyuman terukir dibibirnya. Ada kuntuman bunga mawar bertaburan. Kemudian, Syahril duduk bersimpuh di satu sudut. Dihadapannya ada kitab suci al-Quran.  Syahril mula membacanya, syahdu sekali. Selang beberapa ketika kemudian, suara lain turut kedengaran membaca al- Quran. Suara yang biasa kudengar. Syahril menghabiskan bacaannya lantas bangun, meninggalkan ruang itu kosong. Namun masih kedengaran suara lelaki yang sedang membaca ayat suci itu. Syahdu sekali bacaannya seperti bacaan Syahril.

Azan subuh yang jelas kedengaran membuatkan aku terjaga dari mimpi. Aku membuka mata, memandang jauh ke arah kipas yang berputar pelahan. Cuba mencari erti disebalik mimpiku sebentar tadi. Lama aku berkeadaan begitu sebelum telefonku berbunyi. Agak kehairanan apabila di skrin telefonku tertera nama Ikhwan.

“Hello,” ucapku sedikit pelahan.               

“Er... assalamualaikum. Hana dah bangun ker?”

“Erm, baru bangun. Kenapa call Hana subuh-subuh ni?”

Ada tawa dihujung talian. Aku sekadar tersenyum mendengar tawa itu. Inilah pertama kali Ikhwan menghubungiku sejak pertemuan kelmarin. Semalam aku yang menghubunginya mengajak datang ke rumah atas pesanan abah.

“Sorry kalau kacau Hana. Entah tak tahu kenapa tiba-tiba ajer nak call Hana.”

“Macam tu pulak? Dah solat subuh belum?”

“Belum lagi. Baru nak mandi. Okeylah, jumpa petang nanti. Assalamualaikum,” ucapnya.

“Waalaikumsalam.”

Aku masih memerhati skrin telefon walaupun talian sudah diputuskan. Semacam tidak percaya Ikhwan akan menghubungiku pada waktu-waktu begini. Tambahan pula dia membahasakan diriku dengan namaku tidak seperti sebelumnya.

Dalam kehairanan yang masih tidak hilang, aku turun dari katil menghampiri bilik air. Setelah mandi dan menunaikan solat subuh aku turun ke dapur. Menyediakan sarapan pagi. Sedang aku mengupas pisang masak untuk dibuat pisang goreng emak turun di ikuti Umi.

“Awal Hana hari ni?” sapa emak.

“Erm, azan tadi Hana terjaga. Tak boleh tidur balik. Emak dan Umi nak makan apa pagi ni? Hana nak goreng pisang ni! Nanti masak sangat tak sedap goreng.”

“Makanlah apa yang ada, Hana!” jawab Umi seraya mencapai pisau di dalam rak, menolong aku mengupas pisang. Emak sekadar memerhati dari meja makan.

“Tadi Umi dengar ada orang call Hana. Siapa?”

Hampir sahaja pisang yang berada di tanganku terjatuh. Aku pandang wajah Umi. Umi hanya tersenyum.

“Siapa pula call Hanis subuh-subuh, kak?” emak yang mendengar pertanyaan Umi menghampiri kami.

“Ish, manalah akak tahu! Tanya Hanalah.”

“Mana umi dengar ni? Tak ada siapa-siapa pun yang call Hana tadi!” aku cuba menyakinkan Umi.

“Umi belum pekak lagi tau! Masa azan subuh tadi Umi ke bilik Adam dengar dia mengingau entah apa-apa. Dok sebut nama uncle Wan dia. Umi kejutkan dia, lepas tidurkan balik Adam Umi masuklah bilik nak solat. Tulah lalu depan bilik Hana dengar Hana bercakap, Umi ingat Hana pulak mengingau. Umi bukalah pintu bilik Hana, tengok Hana tengah bercakap dalam telefon.”

Aku menelan air liur yang rasa tersekat dikerongkong. Umi tersenyum nakal manakala emak pula nampak begitu serius inginkan penjelasanku.

“Emak Hana, kalau dah subuh-subuh ada orang call tu maknanya anak awak ni sedang bercinta!”

“Umi!” aku menjerit pelahan mendengar kata-kata Umi yang nyata sedang mengenakan aku dihadapan emak. Sempat aku menepuk pelahan tangan Umi.

“Siapa Hana?” tanya emak pula, seperti tadi emak nampak begitu serius dengan apa yang baru didengarnya. Semacam tidak suka.

“Mana adalah, mak. Umi ni memang nak kenakan Hanislah! Ikhwan yang call tadi.” Akhirnya aku berterus terang. Malas terus disakat Umi.

“Ikhwan?” Serentak Umi dan emak bersuara. Tanganku ditarik oleh kedua-duanya menghampiri meja makan.

“Buat apa Ikhwan call Hana?” tanya Umi, girang sungguh.

“Sajer jer.” Jawabku ringkas.

“Takkan sajer-sajer. Subuh-subuh pula tu! Ni mesti ada apa-apa ni!”

“Emak tengok Umi ni!”

“Jawab dulu soalan Umi. Hana dengan Ikhwan bercintakan?”

“Umi, Hana dengan Ikhwan tak ada apa-apa. Kami cuma kawan. Tak ada lebih dari tu! Ikhwan call Hana nak tanya pasal abah ajak dia makan hari ni.”

Ah, alasan apa yang telah aku berikan ni?! Nampak sangat aku cuba sedang mereka cerita. Aku pandang wajah Umi dan emak silih berganti. Berharap mereka akan percaya kata-kataku.

“Subuh-subuh? Macam tak ada siang dah nak call?!”

“Alah, Ikhwan dekat Singapore sekarang ni. Dia call nak tahu abah ajak makan tengah hari ker malam sebab kalau makan tengah hari dia memang tak boleh nak datang. Dia ada meeting sampai petang nanti.”

Fuh, bagus punya alasan! Sekali lagi aku pandang wajah emak dan Umi. Umi semacam tidak percaya.

“Dahla, nanti tak jadi pisang goreng Hana!”

Tanpa memperdulikan emak dan ibu mertuaku aku terus sahaja mengupas pisang kemudian membancuh tepung.

Aku tiba ke pejabat awal dari biasa. Kak Ina, tukang sapu baru sahaja memulakan tugasnya mengemas pejabat. Berbual seketika dengan wanita lewat tiga puluhan itu sebelum aku memulakan kerjaku. Entah tidak tahu dari mana datangnya semangat aku hari ini. Seharian aku sibuk turun melihat proses pengubah suaian pejabat berhampiran KL Sentral. Tengah hari itu, aku makan tengah hari bersama beberapa pekerja yang membantu pengubahsuaian tersebut.  Sedang asyik menjamu selera dan berborak berkenaan dengan projek yang sedang kami laksanakan telefon bimbitku berbunyi tertera nama Alia.

“Hello. Assalamualaikum. Sejak dah berhenti jadi orang kanan Ikhwan ni kau senyap jer ya?!” pantas aku menjawab panggilan tersebut.

“Well, honeymoonlah. Dulu tak ada masa nak honeymoon, aku baru balik dari Australia ni!”

“Wau, mentang-mentanglah Rizal sekarang dah ada syarikat sendiri. Bukan main korang ya!”

“Tak lama lah aku pergi. Kau macam mana sekarang?”

“Macam biasalah. So, kau honeymoon tak ada bawa apa-apa buah tangan dari Australia ker? Baby ker?” tanyaku sekadar bergurau.

“Aik, macam tahu-tahu ajer tapi ini bukan penangan Australia tau. Hari pertama ke Australia aku tiba-tiba rasa semacam and Rizal bawa aku ke hospital. Guest what? I’m pregnant!”

“Tahniah, Lia. Tak sia-sia kau berhenti kerja. Boy or girl?”

Alia tidak terus menjawabnya sebaliknya sekadar tawa kecil.

“Cepatlah! Lelaki ke perempuan??”tanyaku seraya bangun, memberi isyarat kepada Alvin untuk beredar sebentar.

“Twin. Aku bakal dapat dua anak sekaligus. Alhamdulillah, Hanis! Aku tak sangka aku mengandung anak kembar. Hanya ALLAH yang tahu betapa gembiranya!” suara Alia yang tadinya disulami dengan gelak tawa begitu sebak sekali.

“Lah, kenapa ni? Sepatutnya kau happy. Kau tahu aku kat sini macam nak melompat ajer dengar berita kau tu! Syukur, tahniah sekali lagi!”

“Aku terlebih gembiralah. Malam ni aku nak buat majlis makan-makan. Datanglah rumah.”

“Ramai ker jemputannya?”

“Tak adalah. Makan-makan macam selalu tu. Kau, aku, Rizal dan Ikhwan. Bolehkan kau datang dengan Ikhwan?”

“Well, kau lambat buat appointmentlah! Malam ni Ikhwan dah janji dengan abah aku nak datang makan kat rumah. So, apa kata kau dan Rizal serta Hafiz datang rumah aku. Kita makan sama-sama dengan family aku!”

“Wow, semakin baik kau dengan Ikhwan ya! makin rapat, tak rugi aku bersusah payah tolong kau orang.”

“Dah mulalah tu, aku dengan Ikhwan cuma kawan ajer tau! Okeylah, kau datang rumah aku malam nanti. Aku tengah makan dengan clientlah.”

“Yerlah, sajer nak larikan diri. Jumpa malam nanti. Assalamualaikum.”

Salam Alia kujawab pelahan. Aku kembali ke meja makan. Menghabiskan mmi kari yang sudah tinggal sedikit di dalam pinggan.

Tiba-tiba ingatanku dibawa ke berita yang baru kuterima tadi. Entah kenapa serta merta sahaja aku memegang perutku. Aku dan arwah Syahril pernah memasang angan angan untuk punyai anak yang ramai. Paling sedikit pun empat orang. Impian yang kini tinggal impian.

“Hanis are you okay?” teguran Alvin membuatkan aku tersedar dari lamunan.

“Ya, I’m okay!”

2 comments:

epy elina said...

hohoho....
apa ptnada mimpi hana 2 ekkk....
then pas 2 ikhwan cal....
mst org yg mnagaji slain syahril 2 ikhwan....
hmmmm....
x pe la hana nnt bila dah kawen ngn ikhwan blh dpt anak ramai....
heheheh....

MaY_LiN said...

oho..
xpe nnti adam boleh dapat papa ngan adik baru