Monday, August 30, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU : BAHAGIAN 12 : 1

1 Syawal 1431 Hijrah
Lima tahun kemudian.
Samra kesat air matanya dengan hujung lengan baju kurungnya. Kenangan yang sudah lima tahun berlalu kembali mengetuk pintu hatinya.  Serasa kejadian itu baru semalam berlaku. Masih segar dan bagaikan terbau-bau darah yang mengalir.
“Sayang…” Satu kucupan mendarat di kepalanya. Samra menoleh. Dia cuba berikan senyuman tetapi nyata dia gagal tetapi lelaki itu tetap tersenyum padanya.
“Kenapa ni? Sejak kelmarin, sayang macam ni. Orang raya-raya ni kena gembira.”
“Tetiba teringat kejadian lima tahun lepas,” ujar Samra lalu berdiri.
Senyuman di bibir lelaki itu menghilang. Dirangkul tubuh Samra erat. Kucupan dihadiahkan di dahi dan pipi wanita itu.
“Umi… walid…”
Masing-masing memandang ke arah suara yang menjerit keriangan. Dua anak kecil itu sedang berlari menuruni tangga dan berhenti di tangga terakhir. Terbeliak mata Samra, bila melihat anak perempuannya bagaikan badut.
“Sufi…Am….”
Jeritan Samra terhenti di situ. Dua kembar itu hanya ketawa bila Samra menjerit nama mereka.
“Patutlah walid tunggu dari tadi anak-anak walid ni tak turun.”
“Walid… Umi.. cantik tak kakak? Abang pakaikan gincu, bedak.. lepas tu merah pipi.. kat mata ni kakak letak sendiri!” petah anak itu berbicara. Bersungguh-sungguh sambil memuncungkan bibirnya yang terpalit gincu merah pekat yang tebal,
“Ya ALLAH, mana abang dengan kakak dapat semua ni? Anak mama dah mengalahkan badut dah! Kita nak pergi berayalah, Sayang. Nanti semua orang terkejut tengok kakak macam ni.”
“Yang mamalah! Tadi kakak kata nak pakai cantik-cantik. Abang tolong lah. Cantik tak Umi?”
“Ya… anak umi cantik tapi lagi cantik kalau tak pakai semua ni!”
“Ala… kakak nak jumpa Abang Iman. Abang Iman mesti suka.”
Meletus ketawa suami isteri itu. Kecil-kecil lagi sudah pandai! Ditariknya anak itu ke dalam pelukannya. Dikucup dahi si anak kecilnya itu.
“Dah. Ini bukan buat Abang Iman suka, buat Abang Iman lari. Kakak pergi cuci muka sekarang baru kita pergi beraya rumah Abang Iman. Kalau tak umi dengan walid pergi berdua je.”
Melompat-lompat anak kecil sambil menggeleng-geleng. Dia tidak mahu ditinggalkan. Dia mahu beraya bersama Iman.
“Pergi cuci muka. Abang pun sama. Cuci tangan.”
Berlari anak kembar itu kembali ke tingkat atas. Samra hanya menggeleng dalam senyuman. Jauh di sudut hatinya bersyukur dikurniakan dua orang kembar yang cukup pintar. Baru berusia tiga tahun sudah bertutur dengan baik. Walaupun kadang kala kedengaran pelat dan ikut suka hati sahaja mereka menggunakan perkataan.
“Macam tu lah kena senyum. Mana boleh sedih-sedih waktu orang lain bergembira. Nanti terbekanan kat anak kat dalam tu.”
“Abang tu lah…”
“Apa pulak abang?! Yang sayang tu tak pasal-pasal teringatkan hal lima tahun lepas. Dua tiga tahun ni tak pernah pula nak teringat.”
“Kelmarin masa balik dari rumah Ida, abang drive sikit lagi nak langgar orang tu. Orang dah cakap drive tu berhati-hati.”
Lelaki itu tersengih. Empat tahun, otaknya sudah penuh dengan ingatan demi ingatan daripada Samra. Dia amat memahami isterinya trauma. Keretanya dipandu laju sedikit sahaja pun, Samra sudah membebel.
“Bukan salah abang. Dah slow abang bawak kereta tu. Waktu tu kan dah gelap, yang lelaki tu nak melintas tak tengok kiri kanan. Pakai pula baju gelap.”
“Abang tu ada je alasannya.”
“Sayang, bertenang okey? Jangan kerana benda macam ni, Sayang bermuram macam ni berhari-hari. Bukan bagi kesan kat Sayang sorang, baby pun sama. Ajal dan maut tu di tangan ALLAH, macam mana kita elak sekali pun kalau dah ajal kita, kita tak boleh nak cakap kita dah buat semua benda untuk halang benda tu tetapi kenapa tetap jadi?! Kekadang kita dah berhati-hati tetapi orang lain yang menjadi penyebab. Sayang kena lawan perasaan tu. Jangan biarkan ia menguasai diri. Dah, mari sini. Jangan risau tak tentu hala.”
Sekali lagi tubuh yang sedang membesar perutnya itu ditarik ke dalam pelukannya. Dahi Samra dikucupnya perlahan. Kucupan itu turun ke kedua-dua mata isterinya itu.
“Dah berhenti menangis tu. Nanti Mirul dengan Sufi cakap Abang marahkan sayang pulak. Bukan tak tahu anak-anak kesayangan Sayang tu, manja dengan Abang tapi ambil beratnya lebih-lebih pula pada you.”
Samra ketawa kecil. Anak-anak itu memang anak yang memahami perasaan uminya. Melihat uminya seharian mengemas rumah, mereka terus tawarkan bantuan. Walaupun perkara itu kecil sahaja, ia amat membanggakan Samra.
“Macam tu lah. Tenang tau abang ni bila dengar Sayang ketawa.”
“Kang kalau dok ketawa tak henti-henti tambah pulak tu tengah malam, Abang lari kan?”
“Itu dah lain macam tu. Kena bawa jumpa Pak Seman kat kampung Sayang tu.”
“Ish tak nak lah jumpa dia tu. Bukan nak berubat nak ambil kesempatan je!”
“Tahu pun. Sekarang, Abang nak Sayang pergi cuci muka. Dah macam muka apa lagi. Asyik menangis jer. Sayang tahulah adik-adik Abang tu, suka cari salah Abang.”
“Yalah. Nak make-up macam Sufi tadi ke?”
Idham sudah membeliakkan mata. Gilakah isterinya itu mahu bermekap seperti Sufi? Nanti akan dikata gila meroyan pula walaupun belum melahirkan anak. Samra sudah tergelak melihat reaksi Idham.
“Apalah Abang ni… orang waras lagi tau!”
Mahu sahaja Idham mencubit pipi wanita itu! Sudahlah mengenakan dirinya, kemudian susah pula mahu membahasakan diri itu dengan panggilan Sayang terhadapnya. Entah apa yang dimalukan wanita itu Idham tidak tahu. Bila ditegur barulah menukar panggilan diri, itupun sekejap sahaja. Selebihnya ‘orang’ atau paling tidak ayatnya akan menjadi seperti ayat tergantung tetapi Idham tidak pernah kisah akan hal itu. Dia tahu dan amat pasti kasih dan cinta wanita bernama Nur Samra Khadijah itu khas untuknya, Muhammad Idham Bin Mustafa.
Kejadian kemalangan lima tahun lalu, menjadi saksi cinta wanita itu untuknya. Demi ALLAH, kemalangan itu tidak pernah disesalinya kerana dari situ dia memperolehi segala kebahagiaannya hari ini. Memiliki Samra sebagai isteri, dikurniakan dua orang cahaya mata kembar yang cukup bijak dan petah dan dengan izin-NYA beberapa bulan lagi dia bakal memperolehi cahaya mata ke tiga.
Sebaik lafaz qabul disempurnakannya dengan sekali lafaz, rasa syukur kepada ALLAH tidak pernah lupa terlahir di bibirnya. Sungguh, dia menjadi lelaki paling bahagia di dunia. Seolah-olah mahu sahaja dijerit pada dunia, cintanya bersambut. Rasa sakit akibat kemalangan itu bagaikan hilang serta merta bila mendengar lafaz itu dari wanita yang dicintai.
“Yang Abang dok tersenyum-senyum ni kenapa pulak? Lepas tu, Mirul panggil pun tak dengar!”
Tepukan sedikit kuat dibahunya menyedarkan Idham. Samra sudah berkerut dahi. Mana tidaknya, sudah berkali-kali dipanggil suaminya itu tetapi langsung tidak berkutik. Anak-anak sudah tunjuk muka pelik.
“Teringatkan awak lah!” seraya itu hidung isterinya di cuit.
“Yalah tu. Abang tu bukan betul sangat!”
“Eh betullah. Tak ada senget-senget pun. Manalah Abang berani nak teringatkan orang lain.”
“Walid… Umi… cepatlah. Nak beraya rumah Tok. Tok kata kalau Abang dengan Kakak pergi awal dapat duit raya banyak. Abang nak beli transformer!”
Akak tak nak beli mainan. Akak nak simpan. Nanti dah banyak Akak nak beli baju sekolah.  Lepas tu nanti macam Mak Lang kata boleh bagi umi dengan walid pergi haji.”
“Ala… comelnya anak walid ni… Dengar tu Abang, nanti besar tak kan nak bagi walid dengan umi pakai transformer?!”
Amirul mencebik. Dia berpeluk tubuh, tunjuk tanda merajuk. Idham dan Samra tersenyum.
“Abang tak mau ikut gi rumah Tok. Abang tak mau pergi!”
Muka Amirul sudah memerah. Air mata sudah bergenang. Amirul memang mudah terasa hati. Menurut Puan Aisyah, sikap Amirul saling tak tumpah seperti sikap Samra semasa kecil. Mudah menangis walaupun hanya diusik sedikit Cuma.
“Abang tak mahu duit raya ke?”
Amirul menggeleng. Air matanya sudah mengalir. Dikesat dengan tapak tangannya. Semakin laju air mata anak kecil itu mengalir.
“Alah anak umi ni… jom-jom. Umi tahu anak umi ni baik. Bila besar nanti jadi anak yang baik. Nanti tolong umi dan walid.”
Anak kecil itu dipeluknya erat. Dikucup kedua-dua pipi anaknya itu. Memujuk Amirul lebih susah dari memujuk Sufi. Mungkin disebabkan Sufi lahir lebih awal daripada Amirul. Setelah beberapa banyak kali pujukan barulah Amirul termakan pujuk. Itupun mukanya tetap masam mencuka. Langsung tidak bersuara sepanjang perjalanan ke rumah toknya tetapi sebaik sahaja ternampak kan kelibat Iman, terus wajahnya bertukar ceria. Berebut-rebut pula dengan Sufi.
“Anak kita tu ikut perangai sayang lah tu. Kalau merajuk, susah nak pujuk! Nasib baiklah Abang ni pandai memujuk.”
“Eleh.”
Idham ketawa. Jari-jemari Samra ditaut perlahan dan kejap. Melihat keluarganya kembali bahagia, dia cukup gembira. Ida sudah menemui lelaki yang benar-benar mencintainya. Walaupun lelaki itu bukanlah dari orang yang mempunyai pekerjaan yang sebesar Izwan, sekurang-kurangnya dia begitu menghormati adiknya. Lelaki itu lemah lembut tetapi dengan anak-anak, Iman sekalipun dia tetap bertegas. Agamanya juga cukup terjaga.
“Lah, abang ni… tetiba berhenti tu buat apa. Jomlah masuk. Tu ibu dengan abah dah tunggu.”
Idham tersengih, tergaru-garu hujung dahinya. Dia melangkah bersama Samra dan rasa syukur tidak lekang diucapkan dihatinya.
Terima Kasih Ya ALLAH!




Tamat : 12:1

8 comments:

itu_aku +_^ said...

laaa..
dh abih ke?
kak,smbung lg la!~

ntahsapeni said...

yea happy ending..!!

epy elina said...

wah...
samra akhrnya jd milik am jg...
sukanya,...
tp mst pas ni rnd kat samra n am...
thniah sis...
crta ni best sngt...

hana_aniz said...

habis da?? alaaa...

nak cerita lagi! huhu.. miss nera bila sambung rahsia rindu? rindu kt mukhris n maira.

Anonymous said...

haaa..da abe sker???
ending yg membhagiakan......tersenyum sehh.

Anonymous said...

Salam Nera,
TQ utk cerita ini...
Nak tahu juga apa terjadi masa dia orang kemalangan dulu;
boleh imbas balik? kejadian yang menyebabkan Samra terima Idham..

"SR yg x Silent lagi..."

NY said...

apa maksud 12:1???
cite memang dh tamat ke nera? atau ada lagi sambungannya???
thumbs up nera! cite ni memang best...:D

MissNera said...

itu_aku : ada satu lagi bab. =]

ntahsapeni : terima kasih kerana membaca.

e.elina: terima kasih ya kerana sentiasa menyokong karya MN.

hana_aniz: adeh... akak ni tongah mencubo tapi takdo gak ideonyo.. :((

anon 1: terima kasih dan gembira kerana SAMRA mampu buat anda tersenyum.

anon 2: SR? siapakah? =], akan ada 12.2. flashback semula 5 tahun lepas.

NY: ada 12:2.. hehehe. terima kasih kerana membaca ye kak. :D