Monday, August 16, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 3

oleh kerana idea dok ada.. MN postlah laju-laju SAMRA 3. Selamat membaca. =]


*****




Idham tiba selang setengah jam kemudian. Tika itu sudah menghampiri pukul tujuh. Lelaki itu sudah membeli makanan untuk berbuka puasa dalam perjalanan tadi. Seperti biasa pasti ada ayam goreng untuk Iman. Lelaki itu terlalu memanjakan si kecil itu sehinggakan anaknya itu tembam dan montel jadinya.
“You dah lama ke kat sini?” soal Idham sebaik sahaja Ida menghilang ke belakang, mengambil pinggan dan cawan.
“Erm, taklah lama sangat.”
“Masih marahkan I pasal hari tu?”
Berkerut dahi Samra mendengar pertanyaan Idham. Lelaki itu dipandangnya dengan pandangan yang tidak dimengertikan.
“Pasal yang I paksa you balik dengan I itu lah…”
“Oh pasal tu. Kan akak dah cakap, mana ada akak marah.”
Esoknya selepas hari berbuka puasa dengan Idham dan lelaki itu menghantarnya ke rumah, awal pagi lagi lelaki itu sudah menunggunya di tempat semalamnya. Ikutkan hati dia memang malas menyusahkan lelaki itu. Malah dia sudah berkira-kira untuk menaiki bas sahaja tetapi pagi itu baru dia tersedar dia tidak mempunya nombor telefon lelaki itu dan dia pasti lelaki itu sama sepertinya.
“Samra, you kalau tak bahasakan diri you dengan I macam tu boleh tak?”
Bertambah kerutan di dahi Samra.
“Kenapa pula Am? Dah sememangnya kan akak lebih berusia dari Am.”
“Pertama, I tak selesa. Kedua, I tak suka.”
Samra tersengih. Alasan yang diberikan Idham tidak dapat diterimanya. Kalau Idham tidak suka dan tidak selesa tentang perkara itu bukanlah masalahnya. Dia sudah terbiasa membahasakan dirinya begitu. Di pejabat, hampir kesemua rakan sekerjanya memanggilnya dengan Kak Samra. Hanya Ridzuan dan Soleha yang tidak memanggilnya dengan awalan kakak kerana Ridzuan sebaya dengannya manakala Soleha berusia tua dua tahun daripadanya. Mereka bertiga adalah antara pekerja paling lama di situ.
“Akak dah terbiasa dah. Kat office semua orang panggil macam tu. Am jarang ada di office, mungkin sebab tu Am tak selesa.”
“Bukan sebab tu…”
“Habis tu?”
“Erm.. tak ada apalah. I nak pergi jalan-jalan sekejap.”
Terus sahaja Idham bangun dan menuju ke arah Iman. Seketika kemudian, kedua-duanya keluar dari butik. Entah apa yang diceritakan oleh Iman kepada Idham. Bersungguh-sungguh benar. Samra tersenyum sahaja.
Dia memegang perutnya. Ada senyuman tersungging dihujung bibir. Senyuman yang lenyap kemudiannya. Umurnya sudah menjangkau tiga puluh tahun. Bohonglah kalau dia tidak mahukan suami dan memiliki anak. Melihat Iman, dia rindukan perasaan mempunyai zuriat yang membesar di dalam rahimnya. Sungguh itulah rasanya saat ini tetapi saat memikirkan sebuah perkahwinan dia benar-benar rasa trauma. Untuk mempercayai kata-kata manis seorang lelaki. Titik nokhtah telah diberikan untuk sebuah ikatan perkahwinan. Rasa sunyi dan sepi hidup sendiri lebih baik berbanding rasa menderita menghadapi pengkhianatan seorang lelaki.
“Kak?!”
“Hah?!”
“Akak sakit perut ke? Ida tengok akak pegang perut je dari tadi.”
“Eh tak adalah. Biasalah puasa-puasa ni.”
“Abang dengan Iman ke mana kak? Baru je tinggal dah hilang.”
“Am kata nak jalan-jalan. Bertuah Ida dapat suami macam Am tu. Akak tengok pandai dia melayan Iman.”
Belum pun sempat Samra menghabiskan kata-katanya, Ida sudah ketawa lepas sehinggakan dia terpaksa menutup mulutnya dengan telapak tangan.
“Lah kenapa Ida ketawa?”
“Maaf kak. Ida tak berniat pun nak ketawa tapi Ida tak tahu pula yang akak ni tak tahu.”
“Tak tahu apa?”
“Abang Am tu bukan suami Ida. Dia tu abang Ida lah kak. Abang kandung.”
Berkerut lagi dahi Samra. Dia jadi keliru dan kabur.
“Tapi Iman panggil Am… papa, dia panggil Ida, umi…”
“Dah terbiasa dari kecil Iman panggil Abang Am macam tu. Dah berkali-kali Ida ajar dia panggil Pak Ngah tapi tetap dia nak panggil papa jugak. Iman tu dari kecil tak pernah berenggang dengan Abang Am. Kalau sehari tak jumpa mulalah merajuk. Kalau tak tengok Ida sehari tak ada pulak dia macam tu. Tak tahulah macam mana nanti kalau Abang Am kahwin nanti.”
“Ya ALLAH, mati-mati akak ingat Am dah kahwin kalau Ida tak beritahu.”
“Abang tu kak, banyak sangat pantang larang dia. Semua awek dia sebelum ini semua tak tahan. Itu tak kenalah. Ini tak kenalah. Abang Am kalau dah meleter mengalahkan orang perempuan. Mana ada perempuan tahan. Last dia bercinta dengan anak kawan ayah. Memanglah mulanya ayah yang kenen kan tapi Amira tu memang cantik, manis orangnya. Siapa yang tak jatuh cinta kak. Tiga bulan pertama Amira tu tahan lagilah, masuk bulan ke empat dia dah angkat kaki.”
“Teruk sangat ke Am tu?”
“Nak kata teruk, teruklah jugak tapi tahap melampau abang membebel tu makin menjadi-jadi sejak dia putus tunang empat tahun lepas. Kekadang susah nak tahu apa yang abang dok fikir. Mungkin dengan cara membebel tu buat dia boleh lupakan bekas tunang dia sampaikan dah jadi macam habit pulak. Kami adik beradik kalau kena membebel dengar aje lah. Nak marah pun tak jadi sebab selalu yang dia bebelkan tu betul. Min cerita akak pun kena bebel dengan abang. Betul ke?”
Samra angguk sahaja dalam senyuman. Rasanya masih terngiang-ngiang lagi bebelan lelaki itu walaupun sudah hampir seminggu berlalu. Sampaikan dia berharap Idham tidak muncul-muncul lagi di pejabat. Sejak itu juga, tepat pukul lima terus dia angkat kaki balik.
“Tahan jer lah kak tapi kalau akak lawan dia balik, seronok jugak.”
“Tak mahu lah akak. Nanti sampai tahun depan tak habis lagi bertekak dengan dia.”
Ketawa mereka berpadu. Hanya terhenti bila ada seorang wanita berusia awal empat puluhan memasuki butik tersebut. Ida menyambut pelanggannya dengan senyuman dan mereka berpelukan seketika.
“Mak Su dari mana ni? Sorang jer?”
“Dari rumahlah. Singgah nak ambil baju yang tempah hari tu. Dah siap belum?”
“Eh mestilah sudah. Mak Su duduk dulu. Ida pergi ambil.”
Samra hadiahkan senyuman kepada wanita yang dipanggil Mak Su oleh Ida. Wanita itu membalas senyuman Samra dan terus menghampirinya.
“Tempah baju ke?”
“Taklah.”
“Ini kawan Abang Am. Tadi Ida terserempak kat luar.” Beritahu Ida yang sedang mengambil baju yang ditempah oleh wanita itu.
“Really?”
Mata wanita itu terbeliak dengan lagak kurang percaya. Dipandangnya Samra dan Ida silih berganti.
“Ish betullah Mak Su. Takkan Ida nak tipu pulak!”
“Bukan Mak Su tak percaya. Kamu tahulah abang kamu tu macam mana perangainya. Dah berapa lama dengan Am? Bila nak kahwin?”
Gulp! Samra sudah menelan air liur. Wanita itu tentunya sudah salah faham dengan erti ‘kawan’ yang dimaksudkan Ida.
“Saya dengan Idham kawan satu pejabat jer puan.” Terang Samra akhirnya. Untuk membahasakan diri wanita itu mak cik serasa tidak kena pula walaupun hakikatnya begitu.
“Biar betul? Dengan auntie  tak payah sorok-sorok. Am tu auntie dah anggap macam anak sendiri. Dulu kecik-kecik auntie yang jaga dia. Apa yang berlaku dia cerita dengan auntie dulu tapi sekarang ni dia banyak berahsia.”
“Amboi Mak Su, nak buka cerita pasal Am lah tu!”
Entah dari mana munculnya Idham. Lelaki itu sedang mendukung Iman yang tengah menjilat ais krim.
“Panjang umur kamu! Ni baik kamu beritahu Mak Su cepat. Jangan nak berahsia-rahsia lagi!”
“Beritahu apa pulak ni Mak Su?”
“Mak Su ni kata Abang dengan Kak Samra bercinta.”
Idham ketawa kecil mendengar penerangan Ida. Dia menurunkan Iman. Dia menghampiri Samra yang sudah berubah reaksi wajahnya.
“Ada gaya orang bercinta ke Mak Su?”
“Dah boleh kahwin pun!”
Merah padam muka Samra menahan malu mendengar kata-kata wanita itu. Tambahan pula dengan gelagat Idham yang duduk di atas kelek-kelek kerusinya sambil tangannya berada di penyandar belakang.
“Kan I dah kata…”
Pandangan Samra beralih kepada Idham. Dia langsung tidak faham dengan kata-kata lelaki itu. Apa yang lelaki itu kata?
“Jadi mengakulah ni korang berdua bercinta?” girang wanita itu bertanya.
“Tak adalah Mak Su. Am mana ada masa nak bercinta ni.”
“Pulak dah!”
Idham bangun dan menghampiri Mak Sunya yang sudah hilang reaksi gembiranya. Baru tadi gelagat anak saudaranya itu bagaikan bercinta sahaja tetapi dinafikan pula kemudiannya.
“Mana satu betul ni Am?”
“Yang betulnya, Am tak bercinta pun. Dengan sesiapa pun tidak!”
“Habis tu yang ni?”
“Pun bukan. Manalah Samra nak kan orang macam Am ni! Sebelah mata pun dia tak pandang!”
Hah! Sudah apa pulak yang lelaki ni merepekkan ni! Samra tidak berpuas hati dengan kata-kata Idham. Dijegilkan matanya memandang lelaki itu. Idham sekadar tersengih.
“Itulah siapa suruh kamu tu suka membebel. Kalau Mak Su pun tak mahu. Mengalahkan orang perempuan!”
“Dah mula lah tu nak kenakan Am. Mak Su berbuka dengan kitaorang je lah ye? Am dah beli banyak tadi.”
“Macam tu lah kamu. Cakap sikit, ubah topik. Samra, Am ni hati dia baik cuma perangai mak nenek dia tu tak boleh ubah.”
Samra tersengih sahaja. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Azan maghrib yang berkumandang dari corong pembesar suara pusat membeli-belah tersebut mematikan perbualan mereka. 

4 comments:

epy elina said...

wah.....
idham 2 bt muka smpati lak....
tp ada jg llki kuat mbebel...
stkat ni x prnh jmp lg....
mst samra ada sej silam 2...

hana_aniz said...

idham suka samra?

hihi.. even samra lg tua dr idham, tp sy suka mereka! hoho

NY said...

suka watak idham.nampak tegas dan penyayang tp x suka perangai membebel dia..huhu
sgt best! x sabar nak baca next chapter.. :D

Anonymous said...

Cantik....

-dingin-