Monday, November 8, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 3

“Kenapa you  tak jawab call I semalam? Dah macam orang gila I kat depan rumah you tau!”
Eryna Sufia yang sedang melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan contoh-contoh pakaian untuk keluaran akan datang terhenti. Dia mendengus. Fikri sudah pandai mencari di ruang kerjanya.
“I tengah sibuk sekarang, Fikri!”
“So, jawab soalan I!”
“I keluar. I tak bawa handphone. I balik dah dekat pukul satu pagi. I tak tahu ada mesej daripada you sampai I bangun pagi tadi.”
Eryna sufia sudah naik rimas. Beberapa rakan sekerjanya sudah mula memandang. Ruang kerja mereka memang jarang di masuki oleh pekerja daripada bahagian lain. Sesekali sahaja itupun atas urusan kerja.
“You jangan nak tipu I lah. I tahu you ada kat rumah.”
“Heh! You ni ada kuasa mata boleh tembus erk? Kalau you tak percaya you pergi tanya Fakhrul, I keluar dengan dia malam tadi. Kami pergi makan satay.”
Kalau sebut Atikah, tentu sahaja Fikri tidak percaya. Nanti akan dikatanya mereka bersepakat. Akhirnya, nama Fakhrul Razi yang terkeluar.
“Fakhrul mana pula ni?”
Fakhrul Razi, your department.” Eryna Sufia tersenyum melihat muka Fikri yang sudah merah padam.
“You biar betul Ryn! Lelaki cacat tak ada kaki tu?”
Tanpa sedar satu tamparan kuat singgah di pipi kanan Fikri. Tindakan spontan yang menyebabkan seisi ruang pejabat jadi sunyi sepi dan merah muka Fikri bertambah merah. Merah kerana sakit dan merah kerana marah.
Mind your word, okay!? Dia tak ada kaki tapi ada otak tak macam you, ada kaki tapi otak tak ada. Boleh tak you berambus dari sini sebelum I sepak you!”
Mungkin ia merupakan pertama kali rakan-rakan sekerja Eryna Sufia melihat gadis itu marah sebegitu sekali. Masing-masing terpaku di tempat masing-masing. Atikah yang baru keluar daripada bilik Encik Matthew turut terkejut.
“Baik you pergi dari sini sekarang Fikri! Sebelum kerusi ni naik kat badan you! Nanti I takut, empat puluh empat hari empat puluh empat malam you rasa sakit!”
Dek malu yang menghuni setiap inci diri terus sahaja Fikri melangkah meninggalkan ruang pejabat bahagian rekaan itu. Kedengaran dia menyumpah seranah.  Sebaik sahaja langkah lelaki itu menghilang, kesemua rakan-rakan sekerjanya menepuk tangan dan bersorak. Eryna Sufia hanya tersenyum dengan gelagat rakan-rakannya itu dan dia puas kerana yakin Fikri tidak akan berani lagi mendekatinya.
***
Baru sahaja Eryna Sufia kembali daripada tandas, Atikah berlari-lari mendapatkannya. Muka rakannya itu nampak cemas benar.
“Apasal dengan kau ni? Baru nampak hantu?!”
“Banyaklah kau punya hantu siang-siang buta ni! Perang dunia ada lah!”
“Siapa pula yang nak berperang?”
“Kat bawah. Buah hati pengarang jantung kau dengan si jantan perasan handsome yang baru makan penampar kau tadi!”
“Kau biar betul, Atie! Tak kan Fikri tu bodoh sangat!”
“Bukan setakah bodoh, bengap pun ya juga! Kesian Fakhrul yang tak tahu apa-apa kena dengan dia. Kau pergilah tengok, berdarah juga kepala Fakhrul tu tadi. Dia…”
Belum sempat Atikah meneruskan kata-katanya, Eryna Sufia sudah melangkah ke tingkat bawah. Marah. Geram. Serba salah. Simpati. Bercampur baur di dalam dirinya. Marah dan geram dengan sikap Fikri yang kebudak-budakan. Simpati dan serba salah dengan Fakhrul Razi yang menjadi mangsa keadaan.
Masuk sahaja ke ruang pejabat bahagian pemasaran, Eryna Sufia sedar semua mata-mata di situ memandangnya. Langsung tiada siapa berkutik.
“Fakhrul mana?” soal Eryna Sufia kepada seorang gadis berkemeja ungu muda yang duduk di meja paling dekat dengan pintu.
“Kat pantry.”
“Teruk ke?”
“Taklah teruk sangat tapi mulut dia berdarah. Fikri tumbuk dia kat muka. Lepas tu tolak sampai jatuh. Kena pulak kerusi tu.”
Gadis bernama Mastura itu menjuihkan bibirnya ke arah sebuah kerusi berwarna merah yang terletak di salah sebuah meja.
“Erm, saya nak jumpa dia boleh?”
“Pergilah.”
Berdebar rasanya Eryna Sufia bila langkahnya makin menghampiri ruang pantry yang terletak di belakang. Berdehem kecil dia apabila tubuhnya betul-betul membelakangkan Fakhrul Razi yang keseorangan di situ. Ada secawan minuman dihadapannya.
“Awak okey?” Tanya Eryna Sufia sebaik sahaja Fakhrul Razi memalingkan muka memandangnya. Hujung bibir lelaki itu bengkak dan membiru. Fakhrul Razi angguk sahaja.
“Erm, tak mahu pergi klinik ke?”
Geleng. Eryna Sufia mengeluh. Dia pasti lelaki itu tentu sahaja sedang marahkannya. Kalau tidak, masakan hanya angguk dan geleng sahaja sebagai jawapan.
“Fakhrul, saya minta maaf. Tak sepatutnya perkara ni melibatkan awak.”
“Tak apa.” Akhirnya lelaki itu bersuara tetapi ringkas sahaja. Langsung tidak memuaskan hati Eryna Sufia.
“Mana boleh tak apa?! Sampai luka dan lebam muka awak tu. Awak tak nak buat report polis ke?”
“Tak perlu lah. Salah faham jer.”
“Erm, betul awak tak apa-apa ni?”
“Awak tak perlu risau. Cuma, saya pelik kenapa Fikri boleh fikir saya nak mengorat awak! Rasa pelik dan kelakar!”
Fakhrul Razi  cuba menahan ketawanya sedangkan muka Eryna Sufia sudah masam mencuka.
“Kenapa pelik dan kelakar?”
“Pelik dan kelakar lah. Awak tahu lah kan keadaan saya macam mana. Nak mengorat awak pulak!”
“Asal tak boleh?!”
Senyuman yang terukir di bibir Fakhrul Razi mengendur bila melihat reaksi Eryna Sufia yang muncung sedepa.
“Eryna, saya tahu siapa saya dan siapa awak!”
“Siapa saya?”
Eryna Sufia berlagak berani. Mahu memancing hati Fakhrul Razi terhadapnya. Bukannya menjadi satu kesalahan kalau perempuan yang memulakan dulu.
“Manusia lah!”
“Fakhrul!!”
Menjerit Eryna Sufia bila mendengar jawapan Fakhrul Razi. Pandai pulak lelaki itu loyar buruk!
“Saya tanya betul-betul lah Fakhrul!”
“Awak sendiri tahu kan Eryna.”
Pelahan sahaja suara Fakhrul Razi. Senyuman masih setia terukir di bibirnya. Sejak peristiwa Atikah meminta dia membantu tunjukkan Eryna Sufia jalan ke rumah salah seorang rakan sekerja yang menganjurkan kenduri doa selamat, dia merasakan gadis itu seorang yang mudah didekati dan mesra serta tidak pernah cuba berlagak atas kecantikan yang dianugerahkan kepadanya.
“Saya tak tahu pun. Awak percaya tak kalau saya katakan saya lebih rela bersama awak daripada lelaki seperti Fikri!”
Lambat-lambat Eryna Sufia mengatur kata-katanya. Ada rasa berani dan segan bertamu.
“Yalah tu! Fikri tu bertindak macam tu sebab dia sayangkan awak…”
“Sayang erk? Saya rasa dia tu pantang. Pantang perempuan tak layan dia. Siapa nak dengan lelaki perangai macam dia tu?!!”
“Okey.. Okey… dahlah, nanti awak pula kena serangan sakit jantung sebab marah kat dia!”
Eryna Sufia mendengus. Bila bercakap pasal Fikri, mula datanglah angin amarah dia! Sakit hati sungguh dengan lelaki itu!
“Okey, saya dah okey dan akan bertambah okey kalau awak sudi keluar makan tengah hari dengan saya. Saya belanja sebagai tanda minta maaf sebab buatkan awak macam ni!”
“Eh tak mahulah saya. Nanti bukan setakat muka saya ni lebam, habis lunyai dikerjakan Fikri tu!” Cepat sahaja Fakhrul Razi menolak.
“Beranilah dia buat macam tu! Saya bukan bini dia pun. Kalau dia kacau awak lagi, saya yang akan buat report polis. Jadi, sekarang nak atau tak awak kena makan tengah hari dengan saya.”
“Berdua?”
“Taklah. Bertiga. Nanti merajuk pulak kawan saya yang seorang tu!”
“Okeylah kalau macam tu. Erm, tak mahu lah makan kat kedai bawah tu… sebab awak nak belanja, saya nak makan pizza. Boleh?”
“Amboi demand nampak!?”
Fakhrul Razi ketawa kecil. Terbit satu rasa yang entah dia sendiri kurang pasti apa rasa itu.
“Saya bergurau ajalah!”
“Saya tahu. Dah jom… Awak tunggu saya kat bawah kejap. Saya nak naik atas, ambil beg tangan.”
Fakhrul Razi anggukkan kepala sahaja sambil matanya mengekori langkah Eryna Sufia yang meninggalkan pantry. Tanpa sedar mereka ada orang yang mencuri dengar perbualan antara mereka dan menimbulkan bahang amarah yang menyatu di dalam diri!



3 comments:

epy elina said...

aduh....
fikri ni mcm bdk2 lak...
klu mcm ni crnya....
ssh la....
cnta x mngnal pras rupa...

hana_aniz said...

hahaha.. cayalah eryna!!

MaY_LiN said...

aaaaa
jatuh hati kt FR la..