Tuesday, December 21, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 15:1

Atikah yang baru pulang dari hospital malam itu agak terkejut akan kehadiran Fakhrul Razi di hadapan rumahnya. Keadaan lelaki itu biasa sahaja, tidak nampak terganggu apa pun dengan situasi yang melanda. Geram Atikah melihatnya.
“Dapat pulak awak cari rumah ni? Apasal?
“Eryna okey?”
Apasal awak nak tahu pasal dia?”
Fakhrul Razi mendengus. Jari-jemarinya memicit-micit dahinya. Tadi hampir separuh perjalanan ke hospital dia berpatah balik. Berperang dengan dirinya sendiri. Mahu diikutkan rasa hatinya atau menunaikan janji kepada ibu Eryna Sufia. Hati dan perasaan Fikri juga harus diambil kira.
“Saya minta maaf. Dia okey ke? Bila boleh keluar?”
“Kenapa tak pergi tengok sendiri? Saya bukan tukang bagi maklumat free kat awak!”
“Awak nak berapa?”
Dahi Atikah berkerut. Mulutnya sudah melopong melihat Fakhrul Razi yang sudah mengeluarkan dompetnya. Lurus bendul betul lelaki ni!
“Saya tak mahulah duit awak tu! Saya nak masuk. Penat dan ngantuk dah ni!”
Please,Atikah. Saya Cuma nak tahu keadaan Eryna jer.”
“Kan saya kata tadi, kenapa tak awak sendiri pergi tengok dia?! Sampai bila awak nak mengelak dari dia? Sampai bila awak nak tipu diri awak sendiri, Fakhrul? Awak risaukan dia tapi awak tak mahu lawat dia. Awak tahu tak setiap hari si Eryna tu, dok tanya saya pasal awak!”
Sebuah kereta perdana berwarna gelap berhenti di hadapan mereka. Kedua-dua mereka kenal akan tuan empunya kereta. Fakhrul Razi sudah merasa tidak senang hati.
“Ada apa you datang ni?” Atikah bertanya kepada Fikri, sebaik sahaja lelaki itu keluar daripada keretanya.
“Nak pulangkan barang you yang tertinggal dalam kereta I semalam.”
Fikri mengeluarkan beg pakaian Atikah dan terus menyerahkan kepada gadis itu. Malam sebelumnya dia menumpangkan Atikah untuk ke pulang ke rumah dari hospital.
“Erm… saya balik dululah.”
Fakhrul Razi sudah tidak betah berada di situ. Pandangan Fikri yang semacam itu dapat dimengertikannya.
“Aku nak cakap dengan kau sikit”
Atikah dan Fakhrul Razi saling berpandangan. Masing-masing memikirkan benda yang sama. Takut berlaku pergaduhan pula.
“Kita minum kat mamak depan tu.”
“I ikut?!” Atikah menawarkan diri. Mana tahu nanti berlaku perang mulut antara ke dua-dua lelaki itu, dia boleh menjadi pendamai. Takut juga dia bila memikirkan sikap Fikri yang mudah naik angin.
“Tak payahlah. I nak cakap dengan Fakhrul pasal hal lelaki. Orang perempuan tak boleh masuk campur.”
Atikah mencebik. Dia hanya memerhati dua buah kereta berwarna gelap itu sehinga kedua-duanya menghilang ke kiri jalan.


Gelagat adiknya yang sedari tadi bersendirian di halaman depan rumah diperhati penuh tanda tanya. Ke kiri ke kanan lelaki itu. Sekejap duduk sekejap bangun. Sejak balik ke rumah tadi, adiknya itu tidak senang duduk. Ditegur pun tidak menyahut. Sejak dua menjak ini Mariam sedar adiknya itu kelihatan sugul dan bermasalah. Dari Badariah, dia mengetahui cerita sebenar tetapi untuk bertanya kepada adiknya itu mahupun memberi kata-kata semangat bicaranya bagai tersekat di kerongkong.
Kali terakhir dia melihat adiknya berada di dalam keadaan begitu tiga tahun lepas. Selepas kematian Natrah, adiknya itu bagai hilang arah. Emosi dan mentalnya begitu terganggu. Adiknya itu menyalahkan diri sendiri di atas apa berlaku. Kalau tidak kerana dia bertegas untuk meneruskan perhubungan mereka tentu sahaja Natrah masih hidup. Berbulan-bulan keadaan adiknya itu begitu sehingga dia mengambil keputusan berhenti kerja. Kembali ke Tapah dan membantu Mak Su mereka berniaga. Nasib baiklah tidak lama. Adiknya itu kembali semula ke Kuala Lumpur dan mencari kerja lain. Paling Mariam tidak menyangka ada gadis yang menaruh hati kepada adiknya itu. Melihat keadaan adiknya yang kembali kepada dirinya tiga tahun lalu, Mariam yakin perasaan adiknya itu juga sama seperti gadis bernama Eryna Sufia itu.
“Dari tadi Angah tengok abang macam ni. Lewat dah ni, kenapa tak masuk tidur lagi?”
Sapaan Mariam mengejutkan Fakhrul Razi yang asyik memerhati bulan purnama yang bercahaya indah.
“Tak mengantuk lagi. Angah kenapa tak tidur lagi?”
“Erm, siapkan report sikit tadi.”
“Bila Bang Ngah nak balik?”
“Lusa kot. Itupun kalau tak ada apa-apa masalah. Angah tengok Abang macam ada masalah je. Tak mahu kongsi ke?”
“Tak ada apalah, Ngah.”
“Dah dua hari Abang tak ke office. Cuti ke?”
Fakhrul Razi hanya angguk sahaja. Semasa berita kemalangan Eryna Sufia diterimanya daripada Atikah, dia mahu menyerahkan surat berhenti kerjanya kepada Tuan Murad. Notis sebulan diberikan dan dia turut menghabiskan cuti tahunannya yang masih berbaki.
“Angah tahu Abang ada masalah. Bada dah cerita dah. Abang sayangkan dia kan?”
“Siapa Ngah?! Bada tu mengarutlah.”
“Bada yang mengarut ke atau Abang yang tak mahu mengaku?! Tengok keadaan Abang macam ni pun Angah dah tahu. Cuba cerita dengan Angah. Ini tidak simpan sendiri. Angah tak suka tengok Angah macam ni.”
Fakhrul Razi mendengus. Sememangnya dia memerlukan seseorang untuk meluahkan segalanya tetapi dia tidak tahu kepada siapa dan bagaimana mahu memulakannya.
“Abang sayangkan dia kan?”
“Entahlah Ngah. Abang cuma tak mahu perkara tu terjadi lagi.”
“Abang tak mencuba. Mana abang tahu penerimaan keluarga dia.”
“Tak payah cuba pun Abang dah tahu, Ngah. Mak dia sendiri datang jumpa Abang suruh Abang jauhkan diri daripada anak dia. Terang lagi bersuluh emak dia tak sukakan Abang!”
“Eryna? Dia sayang sangat dengan Abang kan? Bada telefon petang tadi, dia pergi tengok Eryna kat hospital. Abang mengelakkan diri sampai tak pergi jenguk pun dia.”
“Abang dah janji dengan emak Eryna. Abang dah janji dengan Fikri.”
“Cubalah pergi lawat dia. Mungkin emak Eryna tu akan lembut hati. Mungkin sebelum ni emak dia terkejut bila Eryna sukakan Abang. Kalau Angah pun terkejut.”
“Angah pun nak kutuk Abang jugak ke?!”
Mariam ketawa. Dia langsung tidak berniat mahu membuatkan hati adiknya itu terusik. Cuma, dia hanya membentangkan hakikat. Sesiapa yang tidak mengenali lelaki seperti Fakhrul Razi tentu sahaja mudah meletakkan anggapan yang bukan-bukan.
“Bukanlah! Ada pulak Angah nak kutuk adik sendiri! Angah Cuma nak andaikan diri Angah kalau Angah tak kenal Abang. Lumrah manusia yang mementingkan kesempurnaan terutama kesempurnaan fizikal. Kesempurnaan dalaman tu nombor dua. Bila dah kenal, baru mereka ni tahu mana lebih sempurna. Abang cuba dulu.”
“Tak mahulah. Abang tak mahu Eryna terima nasib yang sama seperti Natrah! Abang tak sanggup nak perkara tu berulang lagi sekali.”
“Abang, mencuba tak pernah salah. Angah tahu Abang sayangkan dia. Abang nak jadikan dia isteri abang bukan? Abang cubalah. Angah yakin keluarga Eryna akan menerima Abang. Hati seorang ibu ni cepat lembut, Bang. Cubalah. Banyakkan berdoa, minta pertolongan dari ALLAH.”
Mariam menepuk-nepuk perlahan bahu adiknya itu. Fakhrul Razi mengeluh. Perbualan antara dia dengan Fikri tengiang-ngiang di telinga.
Aku minta maaf sebab selama ni aku salah sangka dengan kau. Sekarang baru aku sedar Eryna tak mungkin akan mencintai aku seperti mana dia cintakan kau. Walau banyak mana pun aku sayangkan dia tak mungkin dapat mengatasi perasaan dia terhadap kau. Pasal keluarga dia kau jangan risau. Aku pasti mereka akan terima kau. Aku serahkan kembali Eryna kepada kau.”

5 comments:

epy elina said...

wah...
ok la 2...
fikri dah mngalah....
apa lg fakhrul....
g la pikat mak eryna 2...

pipvz devil said...

yes..fikri gud job..mcm 2 lah..cinta xharus memiliki..simpn wt kenangan dah ar..fakhrul apa lg..blum cube blum tahu..cpt le btindak sblum tlmbt

MaY_LiN said...

waaweeeee..
yea yea..
gogo chaiyo..
FR cayang ryn kan..

aqilah said...

apalagi Fakhrul?????? cepatlah!!!!!emosi lak akak ni.........apapun, mmg best!!!!!!!!!!!

mama_ariana09 said...

suka baca kata2 yg akhir tuh,,mmg best cerita nih