Sunday, March 13, 2011

PADA DETIK ITU... : BAB 16

“Ibu?! Apa yang ibu cakapkan ni? Daddy…. “ Idlan mendengus kasar. Rancangan ibunya terasa tidak masuk dek akal. Melihat senyuman yang terukir di bibir ayahnya dia pasti ayahnya itu turut bersetuju dengan rancangan ibunya itu.
“Natrah tu orang gaji Along lah! She’s not my type at all, bu! Nanti apa orang cakap? Ridiculous betullah…. Along tak akan terima rancangan ni. Kalau ibu dengan daddy nak tolong Natrah… jangan nak babitkan Along.”
“Itu namanya serampang dua mata. Apa masalahnya? Tak siapa pun tahu kan Natrah tu orang gaji Along?! Yang tahu pun kita-kita aje…. Cinta tu boleh datang lepas kahwin.”
“Ini bukan zaman dulu-dulu, bu. Along tak ada hati pun dengan Natrah tu! Along anggap dia tak lebih dari orang gaji Along… Daddy, please…”
“Daddy ikut jer plan ibu, bagus juga rancangan tu. Lagi pun kamu tu bukan muda lagi. Patut dah berkahwin.”
“Tapi tolonglah jangan dengan Natrah. Dia tu budak lagi. Umur baru dua puluh tahunlah! Bukan dia tahu apa pun!”
“Kamu tak sukakan dia?”
“Tak.”
“Pasti?”
“Ish apa ni bu? Bersoal jawab macam ni? Kan Along dah kata Natrah tu orang gaji Along.”
“Cara kamu layan dia tu ibu tak nampak pun macam layan orang gaji. Pernah Kak Midah demam teruk macam Natrah tu kamu beria-ria bawa dia ke klinik? Buatkan bubur untuk dia? Marah-marah dia macam tu?”
“Ibu, Kak Midah tu lain… tak kan lah Along nak marah-marah dia.”
“Habis tu ada kamu beria-ria nak bawa dia ke klinik? Buatkan bubur?”
“Ibu kan ada. Natrah tu sorang. Along ni sebagai majikan kenalah bertanggungjawab. Bukan pasal Along sukakan dia ke tak….”
“Ya ke? Along ingat ibu tak dengar apa yang Along cakap dengan orang yang telefon Natrah kat klinik pagi tadi? Daddynya nak tahu, Along beritahu orang tu dia tunang si Natrah! Cakap pun marah-marah.”  Puan Rohaya sudah senyum-senyum bila melihat Idlan yang sudah memerah mukanya.
“Itu….”
“Ibu ni lebih dulu faham pasal semua ni.”
“Tapi bu…. Along tak berminatlah dengan Natrah. Tambah-tambah nak jadikan dia isteri Along. Ibu sendiri cakap Along dengan Natrah berbeza. Ibu sendiri sedar perempuan-perempuan yang selalu bersama Along jauh berbeza daripada Natrah.”
“Kamu tak sedar. Cuba kamu fikir elok-elok. Ibu tengok Natrah tu boleh jaga kamu. Umur dia memang masih muda tapi ibu percaya dia boleh jadi isteri yang baik berbanding teman-teman wanita kamu sebelum ni.”
“Natrah tentu tak akan bersetuju, bu!”
“Tak tanya dia lagi, mana kamu tahu. Mana tahu dia bersetuju. Kalau dia bersetuju, hutang pak cik dia akan langsai dan dia tak perlu lagi melarikan diri dari pak ciknya. Kamu pun dapat kebaikan juga dan ibu tak perlu lah risau siang malam.”
“Nantilah Along fikir dulu.”
Terus dia melangkah keluar dari bilik bacaan ayahnya. Dia merasakan rancangan itu tak mungkin berjaya. Natrah tak mungkin akan bersetuju. Lebih penting dia sendiri tidak akan bersetuju dengan rancangan ibunya itu. Mengarut dan tidak dapat diterima akal.


“Awak gila ke Natrah? Kenapa awak bersetuju dengan rancangan ibu saya? Awak ingat benda ni main-main? Berapa ribu pak cik awak berhutang dengan manusia tak berguna tu? Saya bayar dan awak tak perlu bayar balik!”
Natrah membetulkan kedudukannya. Tidurnya tidak lena. Sekejap-sekejap dia terjaga dan memikirkan perbualannya dengan Idlan petang tadi. Sudah dua hari dia di rumah keluarga Idlan dan pagi tadi ibu lelaki itu bertemunya dan mengemukakan rancangan tetiba itu. Siap diutarakan kebaikan padanya lagi.
“Kamu jangan risau cinta akan datang kemudian. Auntie percaya kamu berdua akan bersama selamanya. Buat masa ni mungkin kamu mahupun Idlan tak dapat nak terima kerana fikirkan pandangan orang, fikirkan tentang perbezaan… tapi lambat laun kamu akan serasi. Natrah fikir sendiri, Natrah terima rancangan auntie, masalah Natrah selesai. Tak perlu buat report polis…”
Waktu itu dia mahu sahaja dia menolak rancangan itu. Mana mungkin antara dia dan Idlan akan bersatu. Lelaki itu majikannya. Mereka jauh berbeza. Mana mungkin juga lelaki itu akan jatuh cinta dengannya. Dia bukan gadis pilihan Idlan. Dia anak Orang Asli yang masih dipandang sinis. Tentu sahaja ada kata-kata nista dilemparkan kepadanya sekiranya dia mengahwini Idlan. Pasti ada yang menuduhnya menggunakan ilmu hitam seperti yang pernah berlaku kepada pak ciknya dulu.
Namun, seketika kemudian fikirannya berubah. Dapat melarikan diri dari terjebak ke dalam lembah zina dan menjadi barang pemuas nafsu lelaki adalah lebih baik dia menerima perancangan ibu Idlan.
“Awak tahu kan… awak mana mungkin jadi pilihan saya. Kita ni jauh berbeza.”
Kata-kata Idlan pula menyinggah telinganya. Dia faham benar maksud kata-kata Idlan. Dia memang akui akan hal itu. Dia gadis biasa. Tiada apa-apa kelebihan. Antara dia dengan Idlan bagaikan langit dengan bumi. Bagaikan enggang dengan pipit.
“Anggap sahaja saya berkahwin dengan encik sebagai cara saya balas jasa puan. Saya janji saya tak akan tuntut apa-apa dari encik dan bila encik dah jumpa dengan perempuan yang encik nak jadikan isteri encik, saya sanggup diceraikan.”
Riak wajah Idlan usahlah cakap. Terkejut besar dengan rancangannya.
“Awak ni gila ya Natrah? Kalau apa yang awak cakap ni dari mulut ibu saya, saya tak kisah tapi awak yang cakapkannya!  Awak ingat saya ni apa? Banyak lagi cara awak nak balas jasa ibu saya bukan dengan bersetuju dengan rancangan gila macam ni!”
“Saya minta maaf encik tapi saya terpaksa bersetuju. Ini sahaja cara yang saya ada. Saya tak mungkin punya cara lain untuk membayar hutang keluarga encik dan saya tak sanggup untuk terima duit daripada encik macam tu je!”
“Siapa kata macam tu jer? Awak kena berkerja dengan saya sampai hutang awak langsai. Itu caranya bukan dengan terima rancangan tu!”
Habis telefon ditangannya lelaki itu campak. Membuatkan Natrah tersentak. Hancur berderai telefon bimbit lelaki itu menghentam dinding. Tanpa sebarang kata lelaki itu terus meninggalkan bilik yang dihuni oleh Natrah. Pintu bilik turut dihempas kuat.
Natrah mengeluh. Dirinya terasa terbeban. Ada benar juga kata-kata Idlan. Dia boleh sahaja terus bekerja dengan Idlan dan menjelaskan hutang tersebut. Kenapa perlu dia mengahwini lelaki itu?! Kenapa perlu dia bersetuju dengan rancangan perkahwinan untuk menjelaskan hutang tersebut? Kenapa dia perlu menampakkan dirinya seolah-olah mahukan lelaki itu!

5 comments:

Qarisya said...

Best kak..Sambung3

nurafiqah airil said...

alamak..pendeknya. wuu :( sian natrah. idlan ni ego betul!! tak sabar nak tau apa keputusan muktamad natrah. ^____^

MaY_LiN said...

lan ni cengil sangatla..
kata xmau tapi perangai cam mau..

hana_aniz said...

huhu.. plot da jadi semakin menarik!! nak lgi missnera!!

julien hakym said...

yeke? I pon keding gak..
sama la mcm die! hehe..
btw thx jenguk blog saya...
smoga sihat2 selalu ye?
amin.. :-)