Sunday, July 10, 2011

BERILAH AKU SATU PELUANG : BAB 14

Faiz memandu keretanya menuju ke arah jambatan Pulau Pinang. Dibiarkan Maisara melayan perasaan. Dibiarkan wanita itu menangis sendirian. Sesekali dia mengerling ke arah wanita yang duduk di sisinya itu.
Melepasi jambatan keretanya dipandu kea rah Queensbay Mall. Bukan mahu memasuki pusat membeli belah tersebut tetapi mahu membawa Maisara ke kawasan berdekatan pantai. Mahu wanita itu melepaskan segala dan mencari semula ketenangan.
“Kenapa berhenti kat sini? Nak buat apa kat sini?”
Soal Maisara kehairanan. Matanya yang memerah memandang tepat ke arah Faiz yang sedang tersenyum. Lelaki itu tidak terus menjawab sebaliknya mematikan enjin kereta. Dia membuka papan pemuka di hadapan Maisara, mengeluarkan sepasang cermin mata. Disuakan salah satu daripadanya kepada Maisara. Teragak-agak wanita itu mencapainya.
“Jom…. Kita berjalan-jalan. Awak nak menjerit kat sini pun boleh!”
“Gila! Tak naklah. Buat malu kat orang je!
“Bukan  ramai pun… ada dua tiga orang je tu.
Memang tidak ramai orang pada waktu tengah hari begini. Mana tidaknya panas terik begini siapalah rajin mahu berjalan-jalan di kawasan itu.
“Panaslah!”
“Sayang, payungkan ada. Ada dua lagi. Satu untuk awak, dan satu untuk saya.”
Faiz masih tersenyum sedangkan Maisara sudah tunjuk muka masam mencuka. Tidak suka dirinya dipanggil begitu oleh Faiz walaupun Faiz tidak bermaksud apa-apa.
“Sekejap Faiz ambil payung kat belakang. Jangan turun lagi!”
Maisara diam tidak berkutik. Seketika kemudian, Faiz sudah berdiri membukakan pintu kereta di sebelahnya. Di suakan sekaki payung berwarna putih sederhana besar kepada Maisara.
“Jom… “
Maisara ikut juga walaupun dia teragak-agak. Suasana sunyi sepi sekali lagi antara mereka. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Maisara memikirkan tentang Azwan yang bakal menjadi milik gadis lain. Manakala Faiz memikirkan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk menarik minat Maisara terhadapnya. Paling tidak pun dia mahu Maisara selesa berkongsi segala rasa dengannya.
“Kita baliklah. Interview tu pukul tiga.”
Akhirnya Maisara bersuara setelah dia melihat jam di tangannya sudah melepasi angka dua lima minit. Dia masih belum menunaikan solat zuhur lagi. Perutnya pun masih belum diisi. Tetiba rasa lapar menjengah.
“Okey.”
Sepatah sahaja jawapan Faiz. Beberapa minit kemudian keretanya melucur laju meninggalkan kawasan tersebut. Tidak terus kembali ke pejabat tetapi Faiz memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran nasi kandar. Mahu membungkus makanan kerana sedari pagi tadi perutnya tidak diisi.
“Sekejap ya?! Saya nak tapau makanan kejap. Erm… awak dah makan?”
Laju Maisara mengangguk sedangkan rasanya dia sudah terlalu lapar. Pagi tadi seperti biasa dia hanya minum air kosong di rumah. Perutnya tidak dapat menerima makanan di awal pagi.
“Kalau macam tu sekejap ya? Saya kena pergi site petang nanti. Kalau tak makan takut nanti pengsan pulak!”
Maisara angguk lagi. Dia memerhati langkah Faiz yang menghilang memasuki restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang itu. Perutnya yang sememangnya kelaparan itu tetiba berbunyi. Spontan Maisara memegang perutnya.
“Ini tak boleh jadi ni! Nanti malu je kalau dia tu dengar.”
Maisara mengomel sendirian. Lantas dia membuka beg tangannya. Mencari-cari kalau ada gula-gula sebagai pengalas perut. Dia mendengus akhirnya bila pencariannya berakhir dengan sia-sia bila mana hanya ditemui plastik gula-gula semata-mata.
Aduh macam mana ni! Hatinya berbisik sendirian bila perutnya berbunyi lagi. Senyumannya melebar bila terpandangkan kedai runcit di sebelah restoran mamak tersebut. Dia menurunkan cermin kereta dan memanggil pekerja kedai runcit tersebut yang sedang meletakkan barangan-barangan ke atas motor, mungkin mahu menghantar pesanan pelanggan.
Ane, boleh tolong belikan saya roti itu satu.”
 “Boleh. Mana satu mau?” Soal lelaki itu.
“Yang atas sekali. Perasa jagung!”
Maisara hulur not seringgit kepada lelaki yang ada iras-iras pelakon Tamil bernama Madhavan yang semakin laris dipasaran Bollywood. Maisara tersenyum sendirian bila memikirkan hal itu. Teringat dia akan cerita 3 Idiot yang ditontonnya di saluran Astro  baru-baru ini. Salah satu sebab dia terpacak di depan televisyen menonton cerita itu sampai tamat adalah disebabkan Madhavan dan Aamir Khan.
Pekerja kedai itu kembali dengan sebungkus roti berperisa jagung dan duit bakinya tetapi ditolak oleh Maisara. Disuruh lelaki itu simpan sahaja bakinya. Sebaik sahaja lelaki itu berlalu, cepat-cepat Maisara mengoyak plastik roti tersebut.
Sebaik sahaja kelihatan kelibat Faiz, segera dia memasukkan roti tersebut ke dalam beg tangannya dan menelan makanan yang berada di dalam mulutnya.
“Maaf ya sebab terlambat, ramai pulak orang beratur tadi.”
Maisara senyum sahaja. Senyumannya itu mengundang kerutan di dahi Faiz. Masakan tidak, serasa senyuman itu seperti ada yang tidak kena sahaja.
“Awak okey ke?”
“Kenapa?”
“Cara awak senyum tu semacam je!”
“Faiz, panggil saya Cik Ira!” Dia cuba mengalih perbualan.
“Di luar pejabat saya boleh panggil apa sahaja yang saya suka termasuk sayang… honey… darling….”
“Faiz!”
Faiz ketawa. Keretanya dipandu keluar dan melucur dalam kelajuan sederhana menuju ke pejabat mereka. Hatinya berbunga riang sebenarnya. Ruang fikirannya penuh dengan angan-angan bersama Maisara.
“Yang awak tersenyum sorang-sorang ni kenapa?” soal Maisara bila melihat Faiz yang tidak habis-habis tersenyum.
“Terbayangkan awak jadi isteri saya.”
“Gila!”
Bertambah kuat ketawa Faiz bila melihat reaksi Maisara. Wanita itu masam mencuka sambil memeluk tubuhnya. Pandangannya dilemparkan keluar.
Sebaik sahaja kereta Faiz berhenti di hadapan bangunan pejabat terus sahaja Maisara turun. Bergegas dia ke surau. Selesai menunaikan solat Zuhur dia terus menuju ke biliknya. Ada seorang lelaki sedang menunggu. Dia pasti lelaki itu datang untuk ditemuduga.
“Syed Ammar Bin Syed Hassan…”
Lelaki yang duduk di hadapannya setelah dipersilakan masuk itu mengangguk. Wajah lelaki itu tenang sahaja sedangkan otak Maisara sedang mencerna sesuatu. Nama lelaki itu seperti biasa didengar. Wajahnya juga seperti pernah dilihatnya dan tiba-tiba dia teringatkan seseorang.
Tak mungkin lah orang yang sama!


_______________

Novel untuk di jual. Keadaan novel masih baik.

Harga Asal : RM29.50
Harga utk dijual : RM20.00 (termasuk pos)
email : ciknera@gmail.com untuk sebarang maklumat
*Facebook Cik Nera kembali aktif.. ^_^

No comments: