Senyuman
lebar aku berikan untuk Daniel yang semakin menghampiri tetapi nyata senyuman
lebar aku ini tidak diambil peduli oleh lelaki itu. Pandangannya terus kepada
Shima yang duduk di sebelahku. Bila Daniel mengambil tempat berhadapan dengan
Shima dan bersebelahan Kak Gee terus aku pura-pura membelek telefon bimbitku.
Dan senyuman lebar aku tadi menghilang. Entah kenapa aku selalu lupa diri.
Selalu terlebih teruja berbanding orang lain. Daniel pun kenal aku kerana Shima
dan Kak Gee. Di tempat kerja pun jarang-jarang terserempak. Kalau terserempak
pun dia nak senyum dengan aku pun hendak tidak hendak sahaja. Selalunya dia
sengih dan anggukkan kepala sahaja. Dan akulah yang jadi malu sendiri.
“You nak
join tak tengok Ghostbusters? Sempat lagi ni kalau nak beli tiket lagipun mesti tak
penuh.” Pelawa Shima dan tanpa berfikir panjang Daniel terus bersetuju. Mereka
terus menerus bersembang dan ketawa Daniel membuatkan hati aku bertambah sakit.
Entahlah kenapa aku tetiba menjadi emosi. Sedangkan aku dan Daniel tiada
apa-apa hubungan.
“You all
masuk dululah. Sekejap lagi I masuk.” Beritahu Daniel sebelum dia menghilang.
Akupun lajulah melangkah masuk ke dalam panggung setelah tiket diperiksa. Kali
ini aku mahu duduk ditengah antara Kak Gee & Shima. Sebabnya aku tidak mahu
terasa hati lagi Daniel tak duduk sebelah aku. Aku ketawakan diri sendiri di
dalam hati. Terasa bodoh pulak diri aku ni!
Tapi akhirnya Shima yang duduk ditengah
disebabkan Kak Gee masuk dari sebelah kiri dan aku dari sebelah kanan. Tadi aku
sengaja membiarkan Shima masuk dahulu dan kemudiannya aku. Rupanya rancangan
aku tidak menjadi dan paling membuatkan aku berdebar sebaik sahaja aku
mengambil tempatku ada susuk tubuh yang aku kenal benar mengambil tempat di
sebelahku.
“Bukan nombor seat you sebelah Kak Gee
ke?” soalku kepadanya.
“Mana-mana pun bolehlah, Sya. Bukan
ramai pun.” Shima terlebih dahulu menjawab dan Daniel dengan wajah selambanya
memandang skrin di hadapan.
“Ini kau kongsi berdua dengan Daniel.
Aku dengan Kak Gee.”
Shima hulur bungkusan popcorn & air
pepsi kepadaku.k
“Air pun?” soalku sedikit kuat.
“Itu kalau korang tak kisahlah!” Kak Gee ketawa kecil dengan kata-katanya
sendiri.
“It’s
okay. I tak minum air bergas.”
Aku mencebik dan sepanjang tayangan
filem aku langsung tidak ambil pusing dengan cerita yang ditayangkan. Betapa
tidak selesa duduk di sebelah Daniel. Badanku terasa berpeluh walaupun aku
pasti penghawa dingin di panggung ini cukup sejuk. Ahhhh, aku tak suka dengan
keadaan sekarang! Serasa mahu angkat kaki keluar sahaja!
***
Esok pagi, aku terserempak dengan Daniel
di hadapan lif. Dia pandang aku, aku pandang dia. Masih terasa dengan
‘layanannya’ semalam, aku sekadar anggukkan kepala terus pandang ke hadapan.
Dan seminggu jugalah aku terserempak dia di hadapan lif walaupun aku sudah
sehabis daya cuba mengelak. Yang aku peliknya, selalu dia dan Shima mempunyai
jadual kerja yang sama tetapi tidak minggu ini.
“Something
happen?”
Hari ke tujuh Daniel menegur aku ketika
kami sama-sama memasuki lif. Hanya kami berdua. Aku pandang ke arahnya kemudian
gelengkan kepala.
“Pelik. I tengok macam moody jer. Selalunya muka happy go lucky jer!”
“Perli ke apa?”
Dia senyum. Itulah pertama kalinya aku
merasakan dia senyum dengan aku. Hati terasa berbunga-bunga tetapi cepat sahaja
aku sedar diri.
“Kenapa pulak I nak perli you? I cuma pelik. Shima dengan Kak Gee
ada bagitahu sejak dari lepas tengok movie
hari tu mood you tak baik.”
Aku telan air liur. Shima dan Kak Gee
perasan ke? Ish, yang pergi beritahu Daniel buat apa?
“Tak ada apa-apa pun.”
“Ker mood
datang bulan?” kali ini dia sudah tergelak. Nampak jelas lesung pipit di
kedua-dua belah pipinya. Aduhai…
“Takde maknanya.”
Lif terbuka di tingkat dua belas dan aku
terus keluar tanpa sebarang kata.
***
Hari Rabu. Hari ini aku bercuti. Bertukar
cuti dengan Raj kerana dia mahu bercuti pada hari Jumaat yang sepatutnya hari
cutiku pada minggu ini. Disebabkan kebosanan di rumah, aku keluar seorang diri.
Dari satu kedai ke satu kedai di dalam pusat beli belah aku masuk.
Hendak dijadikan cerita aku ternampak
dengan Daniel. Dia bersama seorang wanita cantik tinggi. Memang sepadan mereka
berdua. Saat mata aku dan Daniel bertentang tanpa sedar aku menjelingnya dan
terus memandang ke tempat lain. Kakiku atur memasuki sebuah kedai pakaian dan
jadi berdebar dengan tingkahku sendiri. Aahhhh!
Dan esoknya, aku terserempak dengan
Daniel di hadapan lif. Dia mahu masuk dan aku mahu keluar. Aku buat-buat tidak perasankannya tetapi sebaik
sahaja aku keluar daripada lif namaku dipanggil
“Sya, I nak cakap dengan you sekejap.”
Langkah aku terhenti dan dadaku berombak
kencang. Janganlah dia tanya pasal semalam!
“Erm ada apa?” aku toleh ke arahnya.
“Ikut I.”
Aku mengikutnya menuju ke arah kawasan
rehat terbuka yang selalu menjadi tempat lepak dan rehat kakitangan syarikat.
Terdapat beberapa lelaki yang sedang bersembang sesama mereka.
“Ada apa?” soalku tidak sabar.
“you
ada masalah dengan I ke?” soalnya serius.
“Tak de.”
“Habis tu semalam tu apa?”
“Apa yang tu?”
“Jangan buat tak tahulah, Sya. Yang you jeling I semacam tu? Lepas tu, I
perasan you bad mood sejak I join you
tengok movie minggu lepas. Seingat
I... I tak pernah ada masalah dengan you.”
“Ha..
betullah tu. you tak pernah ada
masalah dengan I. Kita pun bukan kenal samgat.”
“Habis tu?”
“Tak ada
kena mengena dengan you pun. Jadi
jangan serabutkan kepala you.”
“Yang
semalam pun tak ada kena-mengena dengan I?”
“ Er.. tak
ada. I terjeling je tu...”
“Ke you jealous? you suka I kot?”
Mata aku
sudah terbeliak dengan serkap jarang Daniel. Dia pulak boleh ketawa besar. Lucu
baginya mungkin. Aku pandang ke arah sekumpulan lelaki tadi tetapi nsmpaknya
mereka tidak peduli dengan ketawa Daniel.
“Me..
mengarut. Tak ada sebab untuk I sukakan you.”
“Well, you tak perlukan sebab untuk sukakan seseorang. Tapi kekadang
perbuatan kita dan instinct orang
yang kita suka tu yang buat orang lain sedar.”
“Terbelit-belit,
mengarut dan perasan.” Balasku.
Daniel
mencebik sambil angkat bahunya. Dia bangun dari duduknya dan mencapai beg galas
dan helmet yang di letakkan di atas meja.
“Okeylah I
dah lambat. Hurm, ada orang beritahu ada orang tu tetiba tak nak join bowling sebab I ada. Yang peliknya
sebelum-sebelum ni orang tu yang excited
kalau tahu I ada.”
Daniel
ketawa dan terus berlalu tanpa menoleh ke arah aku yang sudah kaku mendengar
kata-katanya.
SHIMAAAAAAAAA!
Waktu rehat
itu aku memilih untuk tidak keluar makan. Sebaliknya aku sekadar meembancuh air
kopi panas dan makan biskut sahaja. Tidak ada selera untuk makan dek kerana
memikirkan pertemuan aku dengan Daniel semalam. Semalam bila aku ceritakan
kepada Shima dan Kak Gee rasanya bergegar rumah dengan gelak ketawa mereka
berdua. Menurut Shima dia terlepas cakap dengan Daniel bila lelaki itu
bertanyakan perihal aku yang tidak ikut serta bermain bowling lewat malam
beberapa hari yang lepas.
Wana Adillah reply on comment that you’re tagged in
Bernard Wong, Munif Ahmad and 22 other people ....
Daniel Hakim replied....
Terbeliak mataku
melihat akaun facebook penuh dengan notifikasi. Terdapat tujuh belas permintaan
untuk menjadi rakan yang kesemuanya rakan Daniel. Aku klik pada notifikasi yang
menyatakan Daniel telah tag diriku di statusnya.
The more you hide your feeling, the more they show. The
more you denied your feelings, the more they grow. ~Sumnan Quotes >Aisyah
Ahmad
Ahhhh,
Daniel memang melampau! Apa yang dia fikir? Geram betullah aku!
■Wana Adillah : Dah datang dah mat romeo. I ingat dah
lama terjun sungai. Hahaha. Serious Note: If you love her, go for her. Jangan
lambat nanti melepas.
■Bernard Wong : I tertinggal train ke? Tak dengar any
gossip pun. Serious Note: She’s my anak buah. Be good to her or satu tingkat 17
tu I amuk. 😑
■Aizat Abdullah : Wah ada berita terbaru! Menangis lah
secret admires kau semua. Hahahaha. Aku pun nak serious note jugak: Kau dah tua,
bak kata mak kau. Kahwinlah bai. Takde lah aku yang asyik kena menjawab dengan
mak kau.
■Gee Harun : Shima Yusof kau tahu cerita ni? Pandai
budak tu simpan rahsia dri kita kan? Siaplah kau balik nanti! Serious Note jugak : Daniel & Sya, korang
berdua hutang sesuatu dengan kami. Malam ni, datang menghadap ok?!
□Shima Yusof :
Hahaha.. Kak Gee lambat pick up. Saya dah lama terbau. Tapi depa memang kena
datang menghadap malam ni. 😎
□Daniel Hakim : 😆😆😆
Aku terus
keluar daripada facebook dan menghubugi Daniel melalui messenger.
“Hello…”
suara di hujung talian kedengaran gembira. Aku jadi geram pulak mendengarnya.
“Apa kena
dengan you ni, Daniel? Suka hati you nak tag I macam tu? you tahu
tak disebabkan status you tu tetiba I
dapat 17 friend requests dari
perempuan yang I langsung tak kenal.”
“Hei...
bertenanglah. Cakap perlahan-lahan.”
“You nak I bertenang macam mana? I boleh
agaklah yang hantar friend requests
tu sebenarnya nak tengok siapa I. So bolehlah
dorang nak condemn I. Dan you yang
tetiba up status tu kenapa? Nak
tunjuk I jealous dan terhegeh-hegeh
nak kat you ke?”
Aku sudah
tidak peduli dengan kehadiran beberapa orang rakan sekerjaku di pantri.
Lantaklah mereka nak kata apa. Daniel sudah melampau. Dia ingat aku kemaruk
sangat nak kat dia!
“Okey pasal
friend requests tu nanti I beritahu
kawan-kawan I jangan kacau you. Dan I
minta maaf kalau status I tu buat you
fikir macam tu. I cuma nak mengusik you
je dan tak ada niat tak baik. Satu lagi kalau you baca semua komen tak ada pulak yang mengata you, semua positif.”
“Oooh you nak mengusik I? Sebab apa? Sebab you rasa kelakar? Atau you rasa seronok kenakan I? I memang jealous tapi you jangan nak fikir sebab I teringin sangat dengan you. I jealous dengan ramai orang jadi pada you, I sukakan semua orang tu lah ye?”
Suara aku yang sedikit kuat tadi tiba-tiba
perlahan. Aku jadi emosi tetiba. Aku rasa seperti aku ini menjadi bahan ketawa
Daniel. Memang salah aku! Aku yang ibarat perigi mencari timba. Aku yang begitu
teruja setiap kali Shima atau Kak Gee memberitahu Daniel akan ikut serta bila
kami keluar bersama. Aku juga yang teruja mahu berborak dengan Daniel sedangkan
dia sikit pun tak berminat nak berborak dengan aku. Jawapannya acuh tidak acuh.
Dan akulah yang menghantar permintaan untuk menjadi rakannya di facebook.
“Sya, I’m so sorry okay? Macam I cakap tadi I
tak ada niat tak baik pun. I tak rasa kelakar ataupun seronok pun kenakan you.”
“Dah tu
apa?”
“I tak tahu.
I tak tahu, okay? Let’s meet up lepas
you habis kerja. You habis pukul 7 kan?”
“OT hari ni
sampai pukul 10. Tak payah nak jumpalah. Lebih baik you terangkan dekat Kak Gee dengan Shima. I malas nak terangkan
apa-apa. you yang mulakan. Dan
terangkan juga dengan kawan-kawan you tu yang I dengan you tak ada apa-apa hubungan.”
“Okey. Pasal
tu jangan risau. I cuma risaukan you. Jangan
sampai you maki customers dah la.” Daniel ketawa lagi. Tak sampai lima minit pun
dia serius.
“Tahulah I.
you ingat I baru kerja ke?” Ketawa
Daniel kedengaran lagi.
“ Dahlah
rehat I dah habis. Disebabkan you, I tak
makan! Okeylah.. Assalamualaikum.”
Aku
tamatkan panggilan sebelum sempat Daniel berkata apa-apa. Aku matikan telefon
boimbitku dan mug berisi air kopi yang masih panas aku bawa ke mejaku.
“Kau okey
tak?” Soal Raj bila aku mengambil tempat dudukku di sebelahnya.
“ Okey je,
kenapa?”
“Taklah.
Tadi aku tengok bukan main marah lagi. Lepas tu aku tengok facebook, budak Brazil tu ada tagged kau. Kau dengan dia couple
ke?
Budak Brazil yang dimaksudkan oleh Raj itu adalah
Daniel disebabkan Daniel menjaga akaun pelanggan dari Eropah.
“Mengarut. Dahlah,
sambung kerja. Nanti aku cerita.”
“Sya!”
Aku menoleh
bila kedengaran namaku di panggil. Daniel, berbaju t-shirt putih, berseluar
trek dan berselipar menghampiriku. Rambutnya yang selalu tersisir rapi diikat
tinggi. Macam apa lagi aku tengok!
“Jom makan”
“Erk?! I
dah janji dengan Liza. Terima kasih jelah.”
“Eh tak
apalah, Sya. Aku tak kisah. Lagipun aku tak lapar. Aku pergi dulu.”
“Liza!”
“Thanks, Liza.”
Liza sengih
sambil angkat tangannya sedikit. Laju sahaja dia melangkah meninggalkan aku dan
Daniel.
“I nak balik.
Kalau you nak makan, makanlah sorang.”
“Teman I
boleh? I lapar sebab dari malam tadi tak makan.’
“Bukan
masalah I. You kan banyak kawan yang
boleh ajak makan. Takpun call je
mana-mana perempuan mesti ramai yang sanggup teman you.”
“Tapi I nak
you bukan mana-mana perempuan tu.”
“You ni kenapa Daniel? Apa motif you sekarang ni?”
“Tak ada
motif apa pun. Okey, kalau you tak
nak temankan I makan tak apa. Erm, mungkin I kena up status kat facebook kot untuk pujuk you?”
“Jangan
nak buat gila Daniel!”
“Jadi pilih
makan dengan I malam ni atau you nak I up status?”
“Gila!”
Daniel
ketawa girang. Seronok benar agaknya ‘mengugut’ aku begitu. Dengan terpaksanya
aku mengikut langkahnya ke kedai mamak yang berhampiran. Waktu-waktu begini
kedai mamak ni penuh dengan pekerja SDAV. Seperti aku agak banyak mata yang
memandang aku dan Daniel. Daniel pulak buat muka selambaanya. Nasib baiklah
Daniel mengambil tempat di dalam restoran di bahagian hujung yang memang jarang
ada orang berminat untuk duduk kecuali kalau sudah tiada tempat di bahagian
luar.
“Betul you tak nak makan ni?”
Aku angguk.
Hilang habis selera aku dengan sikap Daniel. Bila fikirkan balik rimas sungguh
aku kalau dapat kekasih macam Daniel.
“You beritahu I sekarang Daniel, apa yang
you nak daripada I?”
“Tak ada
apa-apa. Cuma pengakuan you.”
“Pengakuan
apa?” Soalku sedikit kuat sampaikan orang di meja sebelah memandang pelik.
“You sukakan I. You love me.”
Kali ini
aku ketawa. Ketawa disebabkan kerana rimas dan geram dengan Daniel. Kenapa penting
sangat pengakuan aku? Apa yang dia nak buat sekiranya aku mengaku yang aku
sukakan dia? Dia mahu canang satu dunia dan malukan aku?
“Tolonglah
Daniel! I jeling you.. I excited bila
you ada.. bukan bermakna I
sukakan you. You buat macam I ni
terhegeh-hegeh sukakan you. Susahlah
I nak terangkan dengan you ni. Bukan
setakat you yang tak faham. Semua
orang tak faham dengan I dan I tak minta you
atau sesiapapun faham I. Tapi I nak you
tahu I tak pernah mengharap apa-apa dari you.”
Aku. Aku Nurul
Aisyah Ahmad yang selalu cemburukan orang lain. Aku cemburu melihat orang lain
ada kekasih, cemburu melihat pasangan bahagia. Aku cuma ada Kak Gee dan Shima.
Itupun bukan selalu dapat berkumpul kerana aku dan mereka berlainan jadual
kerja. Kawan-kawan yang lain sekadar kawan-kawan di tempat kerja. Kawan-kawan
zaman sekolah aku tidak ramai dan kesemuanya sudah berkeluarga. Aku yang masih
sendirian. Bila ada yang bertanya bila aku mahu berkahwin jawapan aku sekadar
sebuah senyuman. Mungkin aku tidak cukup kuat berdoa untuk jodohku. Mungkin
Allah ada perancangan lain.
“Cuba
cerita dengan I supaya I faham. I nak cuba faham apa yang you rasa dan lalui.”
“Untuk apa?
you tak perlu nak faham I dan minta
maaf sebab jeling you dan apa
sahajalah yang you rasa I salah.”
“ Okey,
biar I berterus-terang dengan you. I tak
pernah excited bila ada perempuan tunjuk
minat dengan I. Pada I, I memang tak suka perempuan yang mulakan dulu. Dan I
tahu your jealousy...
“I tak
jealous pun...”
“Okey...
Okey... you tak jealous.. you cuma cemburu...”
“Daniel!”
“Hahaha...
biar I habis cakap dulu... please?! Okey?
you marahkan I kan masa kita tengok movie
hari tu? Dan you punya moody hari tu Kak Gee bagi tahu yang
paling teruk. I pun perasan sebab you macam
tak selesa masa I duduk sebelah you then masa kita makan lepas tu you langsung tak bersuara. you sibuk sangat belek handphone you.”
“Lagi?”
“Dan I
pasti you marahkan I bila you nampak je I dekat lif you
tak macam biasa. you bukan Aisyah
yang akan senyum lebar bila nampak I... okey... bukan I sorang... tapi you dah
tak join Shima dan Kak Gee main
bowling macam biasa.”
“Ni you nak buktikan kan I ada perasaan
dekat you ke apa? Biar I jelaskan
dengan sejelas-jelasnya okey? I tak marahkan you... I marahkan diri sendiri sebab I yang macam terhegeh-hegeh
kononnya nak friendly dengan orang
yang langsung tak pedulikan I. Okey? Jelas? Tak perlu nak serabut otak you fikir yang I marahkan you.”
“Okey..
okey... kalau macam ni sampai tahun depan tak habis. I tak tahu apa yang you lalui dan apa yang you rasa sebenarnya tapi I pasti you perlukan seseorang bukan? I akan
jadi seseorang tu untuk you. Not only as
a friend but... someone lebih daripada tu.”
“Apa yang you mengarut ni? I tak faham.” Degupan jantungku waktu itu usah cakaplah. Tubuh
badanku serasa panas tetiba walaupun kipas angin ligat berpusing di atas
kepalaku.
“I nak jadi
boyfriend ... dan kalau Allah izinkan
I nak jadi suami you.” Daniel senyum
lebar. Sedangkan aku rasa mahu pengsan mendengar kata-katanya.
“You jangan nak main-main, Daniel!”
“I am serious. Ke you nak I propose you with
candle light dinner, a bouquet siap cincin baru you percaya?”
Aku tidak
berkata apa-apa. Masih tidak percaya dengan apa yang baru diungkap kan oleh Daniel.
“I tak
main-main tapi I nak beritahu you yang
I akan resign from SDAV dalam dua
bulan lagi dan akan mula kerja tempat baru lepas tu. Tapi I akan dihantar ke Dubai enam bulan untuk
training. Jadi you
punya banyak masa untuk fikir.”
“Hah?!”
“Kau tak
pergi jemput Daniel ke? Dia balik hari ni kan?”
Aku
gelengkan kepala. Biarlah ahli keluarga Daniel yang datang mengambilnya.
Lagipun aku segan untuk bertemunya setelah setahun tak bertemu muka. Tempoh
enam bulan yang dijangka oleh Daniel dilanjutkan kepada setahun. Dalam tempoh
itu aku dan dia memang jarang bertukar-tukar mesej. Apatah lagi bercakap di
telefon. Nak kata seminggu sekali berbalas mesej pun susah. Dan kerana itu juga
aku tidak merasakan Daniel serius dengan kata-katanya lebih setahun yang lalu.
Pada Shima dan Kak Gee malah kepada sesiapa sahaja yang bertanyakan hubungan
aku dengan Daniel jawapan aku antara kami tidak lebih daripada kawan.
Dan aku
lihat gambar-gambar di facebook yang dimuat-naik oleh kawan-kawannya yang turut
ke Dubai, Daniel kelihatan rapat dengan gadis cantik berwajah persis wanita
Arab. Bukan sekali dia aku lihat gadis itu memuat naik gambar merek berdua. Aku
senyum sahaja bila Shima mahupun Kak Gee menyatakan rasa tidak puas hati
terhadap wanita itu.
Hari ke
tiga Daniel pulang ke Malaysia, tiada satupun panggilan mahupun mesej daripada
lelaki itu. Aku kawal diri dari memulakan dahulu kerana aku tidak sanggup
kecewa bila panggilan mahupun mesejku tidak berjawab. Mungkin pada Daniel aku
tidak penting dan aku tidak menyalahkannya. Aku wanita biasa-biasa yang tiada
apa yang menariknya berbeza dengan gadis-gadis yang selalu didampinginya. Orang
kata bagaikan langit dengan bumi. Aku dan Daniel ibarat Pipit dengan Enggang.
Aku sedar diri.
Petang itu,
Shima dan Kak Gee yang baru balik dari kerja menyuruh aaku bersiap. Kata Shima,
Daniel akan datang mengambil kami sekejap lagi kerana ada majlis makan-makan di
rumah kakak Daniel. Bila aku tanya majlis makan-makan untuk apa mereka sekadar
menjawab tidak tahu cuma yang datang bukan kami bertiga sahaja. Aku mulanya
menolak untuk pergi kerana pada aku Daniel seperti menjemput kawan-kawan
kumpulannya semasa di SDAV sahaja tetapi setelah di desak oleh mereka aku
mengalah. Sebaik melihat kelibat Daniel, jantungku berdegup kencang dan sepanjang
perjalanan ke rumah kakaknyaa aku diam membisu.
Sebaik
memasuki rumah teres dua tingkat itu kami diperkenalkan kepada emak dan kakak Daniel.
Dan aku rasa dunia aku kosong bila aku diperkerkenalkan kepada Athirah, gadis
yang aku lihat gambarnya dan Daniel di facebook. Serasa mahu menangis. Kecewa!
Jadi benarlah telahanku! Inilah sebabnya Daniel banyak berdiam diri dariku.
Akhirnya
aku buang jauh-jauh rasa kecewa dan sedih itu. Ini bukan masa untuk aku bermain
perasaan sendiri. Aku tidak mahu sesiapa pun sedar akan keadaan aku. Lalu aku cuba
ukir senyum dan pura-pura ikut serta mereka berbual.
“Akak nak
tanya awak sesuatu boleh? Kakak Daniel toleh kebelakang. Waktu ini hanya kami
berdua di dapur kerana yang lainnya ke tingkat atas bersolat Maghrib. Hanya
kami berdua bercuti.
“Tanya apa
kak?” soalku gugup.
“Kamu tahu
siapa girlfriend Daniel?”
Terus
jantungku hilang rentak. Bekas bihun goreng yang maahu dihidangkan aku pegang
kemas. Nafas aku tarik dan lepaskan perlahan.
“Erm tak tahulah
saya kak. Kenapa? Dia ada cakap dia ada girlfriend
ke?”
“Dia kata
malam ni nak perkenalkan dengan emak calon isteri.”
Aku senyum
sedikit. Pasti itu bukan aku!
“Saya tak
tahu sangat pasal tu lagipun dia tak ada
beritahu apa-apapun.”
“Daniel tu memang
perahsia. Awak jangan beritahu dia yang akak tanya ni...”bisik kakak Daniel.
Aku senyum sambil anggukkan kepala.
Malam itu
aku sedaya upaya untuk senyum dan berbual seperti biasa tetapi sesekali aku
memandang ke arah Athirah yang jelas begitu ramah dengan emak dan kakak Daniel.
Emak dan kakak Daniel juga begitu selesa dengan Athirah. Siap emaknya membahasakan
dirinya dengan Athirah sebagai ibu.
Bila
Athirah dan rakan-rakan sekerja Daniel mahu balik emak Daniel siap berpesan
kepada Athirah untuk selalu datang ke rumah. Aku jadi cemburu tapi segala
perasaan itu harus aku buang jauh-jauh bila aku teringatkan perbualan aku
dengan kakak Daniel di dapur tadi.
Sepanjang
perjalanan pulang aku sekadar berdiam diri. Sebenarnya tiada sesiapa yang
bersuara. Tidak tahu sama ada Kak Gee dan Shima kepenatan atau kekenyangan. Hanya
kedengaran lagu Inggeris daan Melayu berselang seli daripada kereta Daniel.
“Sya, I nak
cakap dengan you sekejap,” ujar
Daniel sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan rumah. Aku pandang Shima
yang duduk di sebelahku, mengharap dia menolak permintaan Daniel bagi pihakku.
“Kalau korang nak bercakap apa-apa jangan di
dalam kereta ni.” Suara Kak Gee yang kedengaran dan serentak dengan itu Kak Gee
dan Shima keluar dari kereta. Aku pun teragak-agak turun.
“You nak cakap hal apa?” soalku bila Kak
Gee dan Shima melangkah masuk ke dalam kawasan rumah. Mereka mengambil tempat
di bangku panjang yang terletak di luar rumah.
“You marahkan I?”
Aku geleng.
“You langsung tak tegur I pun tadi.
Dahlah I balik Malaysia pun you langsung
tak peduli.”
Tersengih
aku mendengar kata-kata Daniel. Dia seperti menyalahkan aku. Sedangkan dia
boleh sahaja menghubungi aku terlebih dahulu. Kenapa aku yang perlu memulakan
semuanya? Adakah dia seronok bila aku yang memulakan terlebih dahulu?
“I yang tak
peduli atau you yang tak peduli?
Kenapa I yang kena pedulikan you sedangkan
you langssung tak peduli? Dan kenapa
I perlu peduli bila you happy je?” aku memberanikan diri
mempersoalkan Daniel.
“Siapa kata
I tak pedulikan you? I Cuma agak busy dan I nak tengok you rindukan I tak!.”
“Atau you nak tengok I terhegeh-hegehkan you ke tak? Kan?”
“Apa yang you mengarut ni, Aisyah?”
Suara
Daniel sedikit kuat dan buat pertama kali seingat aku dia memanggil nama
penuhku.
“Dahlah,
Daniel. I tak tahu apa motif you tapi
I harap you berhenti buat I macam ni.
You dah ada awek pun kan? Jadi I tak
nak ada apa-apa hubungan dengam you.”
“Hah? Awek?
Ni siapa yang buat cerita dekat you ni?”
“Tak perlu
pun sesiapa cerita dengan I. Mata I ni masih terang dan I bukan budak-budak
yang tak faham apa-apa. Kalau nak kenakan I pun remove I dari friend list you,
tak adalah I nak nampak semua tu!”
Aku cuba
mengawal emosi walaupun aku dapat mendengar sendiri intonasi suara aku yang
cuba menahan rasa sebak. Aku cuba untuk kuat supaya Daniel tahu aku bukanlah
perempuan yang terlalu lemah.
“Maksud you apa ni? I betul-betul tak faham.”
“Tak
apalah, you tak perlu faham apa-apa. Cuma
berhenti buat I macam perempuan murah.”
Aku senyum.
Senyuman yang aku cukup pasti cuba memujuk dan membohongi diri aku sendiri. Aku
pasti Daniel pura-pura tidak memahami dan aku malas untuk cuba fahamkannya.
“You nak I tanya Kak Gee dengam Shima ke?”suaranya
kedengaran serius. Aku pandang Daniel dan jelas raut wajahnya yang mencerut
masam.
“Tak
perlulah libatkan orang lain! You dah
ada Athirah dan I rasa ada baiknya you setia
dengan dia daripada you buang masa
dengan I. You tak rasa rugi ke kalau you kehilangan dia atau you fikir dia akan tetap dengan you sebab you boleh yakinkan dia yang you
terpaksa dengan I sebab I yang terhegeh-hegeh nak you jadi boyfriend I.”
Daniel
sudah mendegus. Aku dapat melihat rona wajahnya yang kemerahan. Sama ada dia
marah dengan telahan aku yang betul atau tidak aku tidak pasti.
“Tolong
jadi perempuan yang confident dengan
diri you sendiri boleh tak? Dan I
dengan Athirah tak ada apa-apa hubungan melainkan kawan.”
Suara
Daniel yang kuat membuatkan aku kurang selesa. Kak Gee dan Shima juga kelihatan
turut memandang kami. Aku hampir pasti ada jiran yang mendengarnya.
“Kawan? Entahlah
Daniel, I tahu tak semestinya kalau you keluar
berdua dengan dia dikira you dengan
dia dating tapi kalau dah asyik berkepit berdua bukan setakat I
yang akan fikir bukan-bukan semua orang akan fikir yang sama. Lagipun I tak
nampak pun yang ni penting bagi you. Selama
you dekat Dubai boleh kira dengan
jari berapa kali you mesej I. Itu pun tak sampai 10 jari ni pun you yang mulakan dulu. Jadi you tanyalah diri you Daniel... apa yang you rasa
bila you ada kat tempat I?”
Dia
mendengus lagi. Jelas wajahnya yang tidak berpuas hati dengan kata-kataku.
“Dahlah Daniel. I tak
mengharap apa-apa daripada you. Jadi ada
baiknya you tak perlu susah-susah nak
jelaskan apa pun dengan I. You dengan
hidup you, I dengan hidup I. Bolehkan?”
Tanpa
menunggu jawaapan daripada Daniel aku terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Panggilan Kak Gee aku biarkan tak bersahut. Aku nekad tidak mahu ada apa-apa
hubungan dengan Daniel. Bukan aku terlalu terdesak mahu berlaki sekalipun
persoalan tentang perkahwinan sentiasa diajukan. Biarlah!
Hampir dua
minggu berlalu, seperti dugaku Daniel diam membisu. Tipu jika aku katakan aku
tidak kecewa tetapi aku sudah biasa. Sudah biasa sehingga rasa kecewa aku itu
tidak lebih daripada rasa kecewa. Kecewa yang bukan marah. Kecewa yang bukan
sedih.
Daniel
mungkin menyedari bukan aku yang dia mahukan. Dia bukan mahukan aku untuk
menjadi kekasihnya jauh sekali menjadi isterinya. Mungkin selama ini dia rasa
teruja bila mengetahui aku menaruh minat terhadapnya. Dalam berpuluh-puluh
gadis yang mahu mendekati dan memiliki hatinya dan aku yang ‘terpilih’ bukan
kerana dia berkongsi rasa itu dengan aku.
Kak Gee dan
Shima bagaikan mengerti. Sekali sahaja mereka bertanya dan jawapan bisu aku
menjadi nokhtah pertanyaan mereka. Hidup aku teruskan seperti adanya Daniel dan
seperti tiada apa-apa yang berlaku. Nombor telefon Daniel dengan separuh rela aku
buangkan dari dalam rekod senarai rakan di telefon bimbitku dan senarai rakan facebookku. Lebih baik begini dari aku
terus makan hati.
I nak jumpa you esok. I tahu esok you off day. Jumpa
I.dekat restoran shop lot area rumah you pukul 10am. Kalau you x datang, I akan
cari you dekat rumah.
Walaupun
nombor telefon bimbit Daniel sudah aku buang tetapi beberapa kombinasi nombor
telefonnya masih aku ingat.
Nak buat apa? I malas nak keluar.
Then I come to your house?
Untuk apa?
I perlu cakap dengan you.
Pasal?
Kita
Apa lagi yang x settle?
Semuanya belum settle
Dahlah Daniel. I malaslah nak serabutkan otak ni.
I tak kira. Esok jumpa I!
Apa masalah you ni? Tak faham bahasa?
I faham dan I minta maaf kalau I buat you terasa. I
tak ada niat macam tu.
I dah maafkan you jadi tak perlulah jumpa.
I hate this feeling. I Cuma nak confirmkan.
Confirmkan apa?
I have something for you... my feeling.
STOP IT DANIEL!
Bagi I peluang, please?!
Utk apa? Maaf Daniel I dah malas bagi peluang pada
orang yang akhirnya I yang sakit hati? I Cuma berangan berimpian dan I tak
minta semua tu jadi kenyataan.You adalah salah satu angan2 I tapi I bukan
maksudnya I nakkan you.
Aisyah, boleh tak you datang esok?Please?
Sorry Daniel. Tolong faham blh?
I need you.
Athirah ada. Mak you pun sukakan dia. You tak perlukan
I.
ATHIRAH? She is my friend. Nothing more nothing less.
I tak pernah ada perasaan dengan dia. Kalau I nakkan dia pun belum tentu dia
nakkan I. Dia ada seseorang yang dia sayang dan orang itu bukan I. I boleh bagi
no.hp Athirah & you sendiri confirm dengan dia.
Tak payahlah. Kalaupun betul I tak peduli. Biarkan I
bagi jawapan... perasaan something you tu Cuma perasaan you yang teruja bila
ada perempuan macam I ni tunjuk minat dekat you. Bukan something yang maksudnya
you sukakan I.
I on my way to your house. 15min.
????
I nak jumpa you malam ni. I sampai I msg you.
I tak nak jumpa you.
Tiada
jawapan balas daripada Daniel. Aku terlalu geram dengannya sehinggakaan aku
campak telefon bimbitku ke lantai. Sikap Daniel mengingatkan aku kepada lelaki-lelaki yang hadir ke dalam hidupku
sebelum ini. Semuanya suka memaksa dan berperangai kebudak-budakan. Membuatkan
aku rimas dan menyampah.
“Kak Sya, Ani rasa kawan akak kot kat luar. Lelaki.”
Beritahu Anita, rakan sebilikku yang baru balik dari kerja pada perkiraanku.
“Tunggu kak
Gee atau Kak Shima kot.” Balasku sambil mengutip telefon bimbitku yang berada
di atas lantai. Bateri telefon bimbitku terpelanting ke bawah katil.
Anita tidak
berkata apa-apa sebaliknya selepas menyalin pakaian uniformnya dia turun ke
tingkat bawah. Aku biarkan telefon bimbitku tidak di on.
Tidak
sampai sepuluh minit kemudian kedengaran pintu utama rumah di tarik. Kedengaran
suara Suhana, Patricia dan Ashikin yang menyewa bilik utama bersama Juliza, staf
hospital yang sama dengan mereka.
“Kak Sya
ada ke kat atas? Kawan dia nak jumpa tu.”
“Aik tadi
akak bagitau Kak Sha, dia kata bukan nak jumpa dia. Korang
naik bagi taulah Kak Sya. Boyfriend dia
kot.”
Hendak
sahaja aku menjerit dari tingkat atas menidakkan serkap jarang Anita tetapi
berat mulutku untuk bersuara. Aku buat-buat tidak dengar perbualan mereka bila
Patricia muncul di hadapan pintu bilikku yang tidak ditutup.
“Kak, ada
orang tunggu akak dekat luar. Erm, saya tengok macam tak sihat. Pakai sweater tebal... suara pun dengar macam
orang sakit. Kesian kak.” Ada sengihan di hujung bicara gadis Sabah itu.
“Yelah,
akak turun. Tapi akak nak bagitau dia bukan boyfriend
akak.”
“Iya kak.
Saya faham. Baik akak turun sekarang nanti pengsan dekat depan tu tak
pasal-pasal kami kena jadi nurse
terlebih tauliah pulak!”
Aku
menjeling Patricia yang sudah ketawa. Sebaik sahaja Patrica berlalu masuk ke
biliknya aku terus turun ke tingkat bawah. Anita dan Suhana pandang aku sekilas
sebelum memusatkan pandangan ke arah peti televisyen.
“Ingatkan
nak bagi I tidur dekat depan rumah you malam
ni.” Suaranya kedengaran sedikit serak. Wajahnya pucat dan hidungnya kelihatan
merah.
“Niat hati
memang macam tu. Dah tahu sakit nak jugak keluar. Duduk rumah tak boleh ke?”
Dia ketawa
kecil.
“I tak
boleh sabar nak tunggu esok. Takut you
lari daripada I.”
Aku
mencebik.
“Jadi
sekarang you dah confirm dah ke pasal perasaan you
tu? Boleh I masuk sekarang?”
“You kalau marah boleh tahan jugak ya?”
“Mana ada
marah. Cuma malas sesakkan fikiran ni. Banyak benda nak kena fikir. Lagipun you kan tak sihat, nanti pengsan kat
depan ni siapa yang susah?!”
Kali ini
Daniel ketawa. Aku pandang dia yang seperti menahan sejuk. Jangan menjadi
kenyataan kata-kataku tadi sudahlah!
“I nak jadi
boyfriend you.”
Aku angkat
kening bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata itu daripada mulut Daniel.
“Bukan boyfriend… but your partner… your husband…”
“I rasa you punya demam ni affect fungsi otak you agaknya.”
Aku ketawa kecil, cuba menutup rasa gugup yang bertandang.
“I demam
sebab I fikirkan you sejak hari tu.”
“Yelah tu.
Macamlah I percaya.”
“Terpulanglah
tapi I cakap yang betul. I tahu sekarang ni you
masih marahkan I tapi I akan pastikan you
akan terima I jugak. This time, I will be the one to get your love.
I akan jadi lelaki terakhir dalam hidup you.”
“Sejak bila
you kalah pelakon Korea ni. Gelilah I
dengar!”
“Sejak I
tengok you keluar rumah tadi.”
“Gila!
Dahlah, pergilah balik. Dah start
hujan dah ni. Nanti bertambah demam tu pulak.”
“I akan
balik lepas you temankan I makan. Bolehkan? I laparlah. Kedai belakang tu jer.”
Melihat dia
yang begitu aku menjadi tidak sampai hati menolak. Kami makan di restoran yang
terletak berhampiran rumahku. Dalam demam begitu, habis jugak semangkuk tomyam
campur dan sepinggan nasi.
“I tak akan
lepaskan you. Jadi you kena ingat jangan rapat dengan
mana-mana lelaki selagi you tak bagi
jawapan pada I.” Ujar Daniel sebaik sahaja kereta yang dipandunya berhenti di
hadapan rumahku.
“Jadi nanti
kalau I terima you, you akan sekat I
berkawan dengan lelaki lain? Macam tu?” Tanyaku sekadar menduga.
“Depends. I tak kisah kalau you
tahu your limits.”
“Jadi selama ni you tengok I ni macam perempuan yang tak
tahu…”
“Sayang… Okay, I’m so sorry. I salah. Maksud I, I
tahu you tahu limits you cuma jangan rapat. Okey? You tahukan maksud I?”
Aku diam.
Masih tidak mempercayai yang apa yang aku dengar. Adakah begitu senang Daniel memanggil
begitu?
“Lah,
kenapa diam pulak?”
“Erm.. Tak
ada apa-apa. I masuk rumah dululah. Lama-lama dalam kereta ni orang cakap apa
pulak.”
“Okey, Cuma
jangan salah faham maksud I tadi.”
“Okey.
Assalamualaikum.” Ucapku sambil membuka pintu kereta.
“Waalaikumussalam.
Esok I call you.”
I Cuma nak kita berkawan shj. X lebih dari tu
Pesanan itu
aku kirim kepada Daniel melalui Whatsapp
keesokan paginya. Dari sepanjang-panjang yang aku taip akhirnya itu sahaja yang
aku hantar. Telefonku bergetar dan nama Daniel tertera di skrin. Aku tidak
punya rasa mahu menjawab panggilan tersebut. Akhirnya dia membalas pesananku.
Apa maksud u?
I tak nak fikir hubungan kita ni lebih dari kawan.
U marahkan I?
X
Dah tu?
I rasa ni yg terbaik utk u dan i.
We need to talk f2f
Tlg daniel! I tak nak jumpa u.
U cuba larikan diri dari i.
Terpulang apa yang nak u fikir dan i minta maaf sebab
I tak mampu percayakan u.
Sya... bagi I peluang ok?
Pesanan itu
menjadi pesanan terakhir antara aku dan Daniel. Aku bukan mahu bermain tarik
tali ataupun menjual mahal. Aku Cuma tidak cukup yakin Daniel akan jatuh cinta
dengan aku. Aku tidak mampu membuang perasaan kurang yakin dengan diri aku
sendiri tambahan pula bila aku yang mula-mula seperti sukakan dia.
Lebih
seminggu aku menghilangkan diri. Aku mohon cuti kecemasan dan bernasib baik
cuti aku diluluskan dek kerana cuti tahunan aku masih berbaki sepuluh hari.
“Bukan ni
caranya kau berhadapan masalah, Nur. Kau lari macam ni... sampai bila pun tak
selesai. Dan aku paling tak suka dengan perangai kau yang satu ni. Dari dulu
kau tak pernah berubah. Kau tak yakin dengan diri kau. Kau terlalu banyak fikir
yang bukan-bukan. Pada aku tak ada masalahnya kalau kau sukakan dia lebih daripada
dia sukakan kau dan dia sukakan kau sebab kau sukakan dia. Dia pilih kau dari
perempuan-perempuan lain yang kau kata sukakan dia. Cuba kau fikir balik, ikut
logik akal kau. Perempauan-perempuan lain tu lebih cantik dan menarik daripada
kau. Belajar tinggi, gaji besar tapi kenapa dia pilih kau yang pada kau tak
cantik, belajar takat SPM...budak kampung!? Kau sendiri cakap dia bukan lelaki
yang suka permainkan perempuan jadi aku tak fikir dia nak mainkan perasaan kau.
Belajar terima diri kau, Nurul. Kau fikir arwah ayah dengan arwah emak kau..
kaalau dorang masih hidup seronok
tengok kau macam ni?”
Aku senyum
sahaja mendengar omelan Najihah. Aku kehilangan emak dan ayah seawal usia aku
dua belas tahun. Walaupun aku kemudiannya tinggal dengan keluarga Pak Long yang
tidak pernah menyisihkan aku tetap tidak betah dan sentiasa merasakan kehadiran
aku banyak menyusahkan Pak Long dan Mak Long yang perlu membesarkan lima orang
anak kandung mereka sendiri dan aku hanya dengan rezeki menoreh getah.
“Aku nak
sangat tengok kau bahagia dan enjoy
hidup kau tanpa perlu terlalu negatif terhadap diri kau sendiri. Tak salah kau
mencuba dan bagi peluang untuk dia. Kalau kau tak cuba kau tak akan tahu.
InshaAllah aku yakin dia akan sayangkan kau... cintakan kau... lebih daripada
kau sukakan dia. Yang perlu kau lakukan sekarang cuba bagi peluang dan ruang.
Jangan fikir bukan-bukan. Belajar terima diri kau dan dia seadanya. Boleh tak?”
Aku toleh
ke arah Najihah. Raut wajahnya penuh pengharapan. Aku senyum sedikit sebelum
kembali memandang ke hadapan. Aku bangun dari dudukku dan melangkah ke gigi
pantai. Najihah menyertai aku kemudiannya.
“Kau tahukan
kau kawan aku yang paling memahami. Kita jarang berjumpa tapi kau sentiasa ada
untuk aku. Dan sekarang giliran aku pulak. Tak kira apapun keputusan kau, aku
tetap akan sokong kau. Tapi aku berharap aku akan dapat kad kahwin dari kau dan
Daniel!”
“Boleh
tahan jugak kau punya bawak diri sampaikaan aku dengan Kak Gee pun tak boleh
jejak kau. So sekarang kau okey tak?”
“Okey je.
Janganlah risau aku pergi jalan-jalan makan angin je.”
“Mana boleh
tak risau? Kau tu tetiba buang tabiat. Kau tahu tak Daniel tu dah jadi orang
sasau cari kau. Yang jadi mangsa kami tau!?”
“Bukan Kak
Gee dengan Kak Shima je... habis kami semua kena.” Sampuk Anita dengan senyum
lebarnya.
“Jangan nak
bagitahu dia ya aku dah balik!”
“Tak payah
siapapun bagitahu. Tu ha... dah tercegat depan pagar tu. Dia tahu akak dah
balik.” Muncul Suhana dari muka pintu.
Aku pandang
Shima yang sudah tersengih dan angkat bahunya.
“Pergilah
jumpa dia, Sya. Tak baik tahu buat orang macam tu.”
Aku
mendengus perlahan. Aku masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Daniel.
Aku tidak tahu keputusan yang harus aku buat.
“Betul kata
Kak Gee tu. Pergilah selesaikan masalah korang. Rimaslah aku nak mengadap dia
hari-hari pasal kau.”
Aku paksa
diri aku keluar menemui Daniel.
“Seronok
bercuti?” Soal Daniel sebaik sahaja aku menghampirinya. Aku hanya menjeling
kerana aku pasti dia memerliku. Daniel senyum sedikit tetapi senyumannya nampak
tidak ikhlas.
“You pergi mana? Handphone off!”
“Bercuti
kenalah off handphone.”
“Bercutilah
sangat! Bukan you cuba larikan diri
daripada I?
Aku diam
tanpa menjawab. Rasa canggung.
“I tak tahu
macam mana nak cakap lagi.”
Agak lama kemudian
barulah Daniel bersuara.
“Kalau
macam tu.. I masuklah.”
“Aisyah...”
“Erm...”
“I tak tahu
nak buat apa lagi untuk buat you bagi
I peluang. Memang I yang bersalah sebab buat you jadi macam ni kan?”
“You tak salah apapun, Daniel. Mungkin I
yang salah. Mungkin jugak kita sama-sama salah. Jadi you tak payah nak serabutkan diri you. Lupakan apa yang berlaku antara kita.”
“I dah
boleh agak apa yang you nak cakap. Okay....
kalau itu yang you nak.... I pun tak boleh nak terus paksa you kan? Jadi I hormat keputusan you dan mulai saat ni kita cuma kawan.”
Mendengar
bait-bait terakhir kata-kata Daniel membuatkan seperti separuh daripada diriku
kecewa.
“Kenapa
diam?” soalnya
Aku senyum
sedikit. Senyuman yang pastinya canggung tapi aku pasti perasaan ini untuk
ketika ini sama macam selalu. Sama macam bila Daniel tidak memperdulikan
kehadiran aku dulu. Sama macam sesiapa sahaja yang hadir di dalam hidup aku dan
kata-kata mahupun perbuatan mereka menghiris perasaan aku. Sedangkan kekadang
aku pasti mereka tidak pernah berniat begitu. Aku seorang yamg terlalu emosi!
“Aisyah...”
“Okeylah
kalau macam tu. I masuk dululah.”
Aku berikan
senyuman untuk Daniel dan terus melangkah masuk. Dan itulah kali terakhir aku bertemu
dengannya. ‘Kawan sahaja’ juga turut berkubur.
Setahun kemudian
dia muncul di hadapan aku. Dalam senyuman yang nyata pada penglihatanku cukup janggal.
“Mana you tau I kat sini?” soalku setelah
mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya.
“Kak Gee...”
jawabnya pendek.
“Oh..
okey.”
“You sihat?”
“Sihat
je...”
Diam
membisu. Sedangkan di dalam fikiran aku sekarang ini bermacam-macam soalan yang
ingin aku hamburkan.
“You macaam tak sihat je I tengok.”
Akhirnya
aku bersuara setelah di langsung tidak ada tanda-tanda ingin membuka mulut.
Matanya ralit memandang sekumpulan anak-anak bermain di pantai.
Pandangannya
beralih kepada aku dan senyuman terukir di bibirnya.
“Sihat je.
Mungkin penat sikit. I berniaga sendiri sekarang ni.”
Aku tahu
itu. Semuanya dari Kak Gee yang rajin menyampaikan cerita walaupun aku tidak
pernah bertanya.
“Kak Gee
mesti dah beritahu you kan?”
Aku senyum
sedikit sambil menganggukkan kepala.
“You seronok duduk sini?”
“Bolehlah.”
“Tak nak
ikut I balik KL?”
“Buat apa?”
“I dah bagi
you masa cukup lama kot sampai Kak
Gee kata kalau lagi lama I akan melepas.” Senyumannya semakin melebar. Dan aku
seperti selalu buat-buat tidak faham.
“Tak
fahamlah...”
“Tak faham
atau buat-buat tak faham, Sya? Setahun ni hubungaan kita tergantung macam tu
je. I mengaku yang hampir semuanya salah I. Apapun alasan I.. I rasa semuanya
macam tak guna. Tapi I percaya sekarang antara I dengaan you... kita ada sesuatu. Maksud I, I tak pernah rasa I akan tunggu
atau ingat seseorang tu kalau dia tak ambik kisah pasal I. Tapi dengan you lain.”
“Lain macam
mana?”
“Entah. I
tak tahu. I tak pandai nak terangkan dengan you
tapi I betul-betul perlukan you. Boleh
tak you bagi I peluang? I akan cuba
sedaya upaya I untuk gembirakan you.
Bolehkan?”
“Erm...
I.. I.. tak tahu nak cakap apa... macam... terlalu mengejut... you datang sini tetiba I...”
“Macam I
cakap tadi... apapun alasan I tak guna... dan I minta maaf kerana tu. I sendiri
pun bila fikir semula, I tak tahu kenapa I buat semua tu.”
“You tak perlu minta maaf.”
“Jadi... Aisyah...
bagi I peluang ya?”
“Bagi I
fikir dulu... I tak tahu... you
datang jumpa I tiba-tiba selepas setahun lebih you diam macam tu je. I jadi keliru dengan sikap you macam ni dan I jugak keliru dengan
diri I sendiri. I tak tahu sama ada I ada perasaan pada you sama macam pasangan yang lain. You pun macam tak percaya dengan perasaan you terhadap I,” aku luahkan rasa yang berbuku di hati. Dia
merenung aku lama. Mungkin ini pertama kali dia mendengar aku bercakap lebih
panjang daripada biasa.
Dia
berdehem sambil menggaru keningnya.
“Aisyah… I
tak tahu macam mana mahu yakinkan you tapi
I yakin dengan diri I sekarang ni yang I mahukan you sebagai isteri I dan I yakin perasaan I pada you sama macam pasangan lain. Boleh tak
I minta you berhenti bersikap tak
yakin dengan diri you sendiri? You macam banyak sangat berfikir yang
bukan-bukan. I nak you bahagia macam
orang lain. Bagi I peluang untuk bahagiakan you…”
Entah kenapa
aku rasa sebak tiba-tiba. Aku tunduk memandang meja bagi mengelakkan Daniel
melihat air mataku.
“Tapi I tak
janji I akan jadi romantic macam drama tv tu… tapi… you jangan risau I akan sentiasa ingat tarikh-tarikh penting kita…
macam hari ni…”
Aku dongakkan
kepala memandang dia yang tersenyum.
“You menangis?” senyumannya serta-merta
menghilang.
“Taklah.”
“Tipu.
Dengar suara you pun I dah tahu.
Kenapa you menangis?”
“Tak ada
apalah.”
“I tak suka
you macam ni. Semuanya nak simpan
sendiri.”
“Betul tak ada
apa-apa. Apa maksud you dengan hari
ni?”
Senyumannya
kembali terukir di bibirnya.
“Hari ni
hari yang sama tiga tahun lepas I offer diri
I untuk jadi boyfriend you.”
Dahiku
berkerut-kerut. Tidak ingat bila dan ketikanya.
“Hari yang
sama I up status kat Facebook.
Ingat?”
“Malas nak
ingat!”
Dia ketawa.
“Masih
marah lagi pasal tu?”
Aku
menjeling sahaja sebagai jawapan.
"I
rindu tengok you jeling I macam tu.”
“Mengarut!”
“Betullah. Aisyah….
I serius untuk jadikan you isteri I.
I tak main-main dan perasaan I pada you pasti.”
“Daniel…”
“Tolong
percayakan I kali ni. Atau kalau you
tak percaya, I akan cari Pak Long you dan
I akan minta family I hantar
rombongan meminang.”
“Daniel…”
“I akan
pastikan perasaan you terhadap I pun
sama dengan I dan kita akan kahwin lepas tu bahagia macam orang lain.”
“Macam mana
lepas kita kahwin you rasa I tak
layak untuk you?”Soalku dalam nada
suara sedikit bergetar.
Dia
menghela nafas kasar.
“Masalah
sekarang ni bukan you tak sukakan I
kan? Masalahnya you terlalu fikir
negatif pasal diri you! You tengok I ni perfect
sangat luar dalam ke? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan, Aisyah. You kena yakin dengan diri you sebelum you nak orang yakin dengan diri you.”
“Cakap
senanglah…” getusku. Mataku sudah kembali bertakung. Perasaan bertahun-tahun ini
tak mungkin hilang dalam sekelip mata. Perasaan itu terlalu menebal di dalam
diri aku yang aku rasa tidak mungkin hilang dengan apa cara sekalipun. Aku akui
aku tidak pernah percaya akan diri sendiri. Aku tidak pernah yakin. Aku
sentiasa memikirkan pujian dari orang sekeliling sekadar cara mereka berbaik
denganku. Cara mereka menjaga hatiku!
“I tak suka
tengok you menangis macam ni dan I
tak tahu nak buat apa. Tolong Aisyah… I memang tak reti pujuk-pujuk… tapi I nak
you tahu I akan cuba terima segala
kekurangan you tapi dengan syarat you kena bagi diri you peluang. Kita cuba dan serahkan semuanya pada ALLAH.”
Kali ini
suara itu perlahan dan lembut dipendengaranku. Raut wajahnya benar seperti berharap dan air
mataku yang cuba aku tahan mengalir deras.
“Alah…
janganlah menangis macam ni… Aisyah…”
Aku
tundukkan kepala sambil mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurung. Aku
tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.
“Aisyah…”
“You janji tak akan menyesal?”
“InshaALLAH
tak selagi you janji dengan I yang you tak akan sembunyikan apapun perasaan
you daripada I.”
“Entahlah…”
“Tengok
tu!”
Aku ketawa
untuk pertama kalinya. Aku rasa tidak salah aku memberi peluang dan ruang untuk
aku sendiri. Aku perlu mencuba dan yakin dengan diri sendiri dan juga Daniel. Seperti
mereka yang merasa bahagia dan disayangi walaupun dengan kekurangan, aku juga
berhak untuk melalui perkara yang sama. Aku ingin juga bahagia dan rasa
disayangi! Aku mahu menjadi optimis! InshaALLAH aku boleh!
2 comments:
hai kak nera!
lamanyaaaaa saya tak jenguk nukilan-nukilan kak nera. macam biasa, nukilan akak memang best!
Hai Hana..
Terima kasih ye..tak perasan ada komen. 😅
Terima kasih sebab dari dulu lagi dok menyokong akak. 😘😘
Post a Comment