Lia pandang wajah Zahim. Lama. Zahim sedari tadi tak bersuara. Zahim tunduk sahaja. Hari ini, pertama kali Lia tengok Zahim menangis.
Lia rasa mahu sahaja jumpa Zihan dan Azli saat ini juga. Lia mahu berhadapan dengan dorang. Lia mahu
Dari dulu lagi apa yang Lia miliki semua orang akan sakiti. Lia tak mahu Zahim jadi macam Hafis. Hafis meninggal sebab orang macam dorang. Lia ingat lagi malam tu malam terakhir Lia jumpa Hafis. Hafis cerita pada Lia, kawan-kawan dia semua macam sisihkan Hafis.
Lia tak mahu Zahim alami apa yang Hafis alami. Lia tak nak kehilangan Zahim. Zahim yang faham Lia. Zahim macam Hafis. Selalu sangat buat Lia gembira. Tak pernah sekali pun Zahim sakiti Lia. Lia nak Zahim gembira. Lia tak nak Zahim sedih macam sekarang. Lia akan pastikan Zihan dan Azli menyesal seumur hidup kerana menyakiti perasaan orang yang Lia sayang.
“Dahlah. Lia masuklah rumah. Im nak balik. Nanti abang bising pulak balik lambat sangat.” Akhirnya setelah sekian lama menyepi Zahim bersuara. Lia hanya mengangguk kerana difikiran Lia sekarang terfikirkan sesuatu yang akan kembalikan kegembiraan Zahim. Lia pasti Zahim akan suka dengan apa yang Lia buat.
Lia tak hantar Zahim ke bawah. Hanya setakat depan pintu lif sahaja.
“Woi, dah masuk ke? Meh la borak-borak. Zahim tu kenapa? Aku tengok macam bad mood jer?” tegur Zihan. Suaranya kuat. Boleh dengar satu flat gamaknya. Lia hanya sengih sahaja.
*******************************************************************
Pagi tu Lia bangun lebih awal dari biasa. Lia ke dapur. Lia tahu hari ini semua orang kelas pagi. Lia dapatkan apa yang Lia nak. Lia tersenyum sendiri. Lepas solat subuh, Lia duduk atas katil. Sambil tersenyum pandang
Pagi itu, sengaja Lia tidak naik bas yang disediakan kolej. Lia bagi alasan kat
“Weh, tumpang kereta kau. Aku dah lambat ni.”
“Tapi aku nak kena ambil
“Tak apalah kalau macam tu, Lia ikutlah. Lagipun, kelas
“Okay tapi kalau kau kena marah ke denda ke dengan
Cepat sahaja Lia mengangguk. Lia tak kisah kena marah dengan
Lia naik kereta
Lia geram sangat. Lia mahu sahaja terus melaksanakan agenda Lia tapi Lia kena sabar. Lia tak boleh terburu-buru. Lia kena tunggu bila sampai ke tempat yang boleh Lia laksanakan rancangan Lia dengan baik. Lia suruh Adli ikut jalan lain, jalan tu jarang orang gunakan sebab kawasan tu sunyi sepi. Amat menakutkan bila memandu seorang diri di kawasan itu.
“Diamlah pulak kau ni. Selalunya mulut kau tu kepoh je!” bertambah Lia sakit hati. Selalu sangat Adli menyindir Lia macam tu. Lia tak kisah sebab Lia tahu Adli bergurau dengan Lia. Tapi kalau dia menyindir Zahim, Lia tak boleh terima.
“Asal kau dengan Zihan tak puas hati dengan Zahim?” Lia mulakan sesi Lia bila kereta Adli mula mendaki bukit. Kereta tak banyak ketika ini dan Lia harap sangat nanti sampai kat kawasan tu tak ada kereta yang lalu lalang.
“Masa bila pula? Kami okey jer dengan Zahim.” Lia tak puas hati dengan jawapan Adli. Adli tipu! Adli dari dulu lagi suka sangat kenakan Zahim. Masa tu Lia diam sahaja sebab Zahim tak kisah.
“Habis tu semalam dia cakap korang macam tak suka dia datang rumah korang. Siap perli-perli lagi.”
“Weh, cool la babe! Kau ni emo sangatlah. Kita orang gurau jer lah. Patutlah semalam dia terus blah jer.”
Hah! Tahu pun kau! Kau ingat Zahim tu tak ada perasaan. Tak ada perasaan macam korang?!
“Aku nak kau berhenti kat depan tu.”
“Eh, tak payahlah Lia. Aku hantar kau. Kejap lagi kat kolej aku jumpa Zahim, okay?”
“Aku kata berhenti kat depan tu!” Lia dah menjerit. Serta merta Adli berhenti. Tahu pun kau takut!
“Lia nak kau rasakan apa yang Zahim rasa. Lebih teruk dari tu.”
Lia kuarkan pisau tajam dari beg Lia. Adli terkejut. Itu yang Lia nak tengok. Lia nak tengok muka Adli yang ketakutan. Lia nak toreh-toreh muka Adli. Lia nak sangat tengok darah Adli.
“Lia, jangan macam ni.” Lia sedar Adli nak buka pintu kereta. Lia tak akan benarkan dia terlepas. Lia sempat tarik lengan Adli. Serentak itu, Lia toreh lengan Adli sepenuh hati. Adli menjerit. Lia ketawa. Lia suka.
“Kau nak ke mana? Lia tak akan biarkan kau terlepas.” Lia ketawa. Lia gembira. Lia suka tengok Adli menanggung kesakitan. Lia terbayangkan senyuman Zahim.
Adli berjaya keluar kereta bila Lia terleka teringatkan Zahim. Lia keluar kereta. Lia ketawa sebab Lia tahu Adli tak boleh berlari sangat. Adli senang penat. Adli ada asma. Lagipun kawasan ni dah jauh dari orang ramai.
Lia baling pisau ke arah Adli yang berlari. Lia lari lagi laju.
“Kau gila Lia!”
Lia mencebik. Lia hampiri Adli yang tak mampu nak bangun.
“Inilah akibatnya kau sakiti orang yang Lia sayang. Kau akan mampus.”
Lia keluarkan lagi pisau dari beg galas Lia. Adli nampak bertambah terkejut. Belum sempat Adli cakap apa-apa, Lia tusuk perut Adli dengan pisau. Adli meraung. Kuat.
“Tak ada siapa nak dengar kau kat sini! Kau pun pernah cakapkan, kawasan ni orang jarang guna. Tapi aku suka tempat ni. Sakit ya?!”
Adli dah tak boleh bangun sama sekali. Dia menginsut menjauhi Lia. Kenapa nak jauhi Lia? Ini hukuman yang patut kau dapat. Lepas ni Zihan pula. Lia suka nak tengok
Lepas tu, Lia toreh muka Adli. Harap sahaja muka handsome tetapi perangai mengalahkan apa je!! Adli menjerit lagi.
“Mampus kau! Lia nak balik. Nak jumpa Zihan pulak. Lia ada hal dengan dia. Tak payah hantar Lia balik. Lia balik sendiri.” Lia melambai Adli. Lia tinggalkan Adli. Biar dia mati kat situ. Puas hati Lia. Lia nak tengok Zahim gembira seperti Zahim gembirakan Lia. Lia campak pisau yang ada darah Adli sejauh mungkin. Biar tiada siapa tahu. Lia lap tangan Lia yang ada darah Adli dengan tuala kecil Lia. Jijik rasanya! Balik nanti Lia nak bersihkan diri sebersihnya. Lia tak nak kesan darah Adli dan Zihan melekat kat tubuh Lia. Lia pakai jaket yang ada dalam beg Lia supaya tak ada orang nampak darah Adli yang memercik kat baju Lia.
Lia berjalan secepat mungkin. Lia tak nak terlepas Zihan. Zihan pun patut rasa apa yang Adli rasa. Tak sampai sepuluh minit Lia dah sampai jalan besar. Lia tersenyum sebab tak ada kereta melalui jalan tadi. Kalau ada pun, tentu sahaja Adli nak mati.
Lia tahan sebuah teksi yang kebetulan lalu. Lia merasakan hari ini Lia direstui. Semuanya berjalan lancar.
Sampai kawasan flat, Lia terus hubungi Zihan. Dua kali Lia call baru Zihan angkat. Dia kata pada Lia, dia tengah bersiap nak ke kolej.
Sabar ya, Im! Lia akan pastikan Zihan dapat hukuman. Dia memang patut dihukumkan? Lia tahu Zahim mesti bersetuju dengan apa yang Lia buat sebab semuanya untuk Zahim. Lia cintakan Zahim.
Baru sahaja kereta Zihan melepasi pintu utama kawasan flat, dua orang lelaki menahan keretanya. Lia sumpah seranah. Lia dah tak sabar nak jalankan misi Lia terhadap Zihan. ada pulak orang yang mengacau.
“Boleh keluar sekejap.” Pinta lelaki berbaju t-shirt biru itu kepada Zihan bila zihan turunkan cermin kereta. Lelaki itu pandang semacam pada Lia. Lia pura-pura senyum. Dalam hati Lia sumpah seranah lelaki itu dan kawannya. Zihan keluar. Lelaki itu membawa Zihan jauh dari kereta. Lia cuma memerhati. Lelaki itu bercakap sesuatu dengan Zihan. Zihan pandang Lia. Tak lama lepas tu, ada sebuah kereta berwarna putih berhenti di hadapan kereta Zihan. Seorang lelaki dan seorang perempuan keluar dari kereta tu lalu menghampiri Lia. Perempuan tu ketuk pintu kereta Zihan. Lia turunkan cermin kereta. Kali ini, perempuan tu suruh Lia keluar pula. Lia ikut sahaja. Apa yang Zihan buat?!
“
Mendengar kata-kata perempuan itu, Lia jadi tak keruan. Lia tak bunuh Adli!
“Saya tak bunuh dia.”
Tapi perempuan tu tak dengar kata Lia. Dia terus gari tangan Lia. Lia tak bunuh Adli! Dia memang patut kena hukum!
************************************************************
Lia kat mana ni? Kenapa semua putih? Kenapa tangan Lia kena ikat? Mana Zahim?
“Nurse, ikat kaki dia. Saya mahu suntuk ubat penenang.”
Lia dengar lelaki berbaju putih tu kata macam tu.
4 comments:
udah fulluw
tgu kul 9 ye
-cite ni...cam pernah kene jew
mak aih..suspen tuh..da percikan darah..seram dowh..
tak paham la citer ni..........sory....
anon: maaf ye, buat awak tak faham.. cerita ni ditulis semula,... yang asal dah hilang.. jadi tak berapa nak jadi buatnya... :(
Post a Comment