Menerima panggilan daripada Syafikah yang baru balik dari bulan madu sedikit membuatkan aku terasa cemburu. Riang benar Syafikah bercerita tentang percutiannya di negeri mat salleh. Entah kenapa akal jahatku menganggap Syafikah cuba menyakitkan hatiku. Semacam sengaja dia bercerita kepadaku perihal bulan madunya. Tidakkah dia tahu suaminya sekarang pernah menjadi kekasih aku dahulu?
Tengah hari itu dengan separuh hati juga aku menerima ajakannya untuk makan tengah hari bersama. Tika aku tiba di Restoran Desa Rasa milik Mukhriz, Syafikah dan Haizal sedia menunggu dalam senyuman. Aku sambut senyuman itu seikhlas mungkin.
“Dah lama sampai?” tanyaku sekadar berbasa basi.
“Baru ajer. Duduklah!”
Aku mengambil tempat di sebelah Syafikah. Aku perasan akan lirikan mata Haizal yang memandangku. Namun, aku buat selamba seolah-olah pandangannya itu tidak memberi sebarang makna kepadaku.
“You berdua duduk dulu. I nak pinjam you kejap boleh, Maira?” suara Mukhriz yang kedengaran dari arah belakangku sedikit membuatkan aku terkejut.
“You ni ada jerlah nak susahkan I. I baru jer sampai. Penat pun tak hilang lagi!” dengusku.
“Jom ajerlah.”
Dalam marah, aku tetap bangun mengikut langkah Mukhriz ke belakang. Beberapa pekerja Mukhriz yang mengenaliku menyapa ramah. Mungkin kekerapan aku datang berkunjung mendekatkan aku dengan mereka.
“Kenapa you nak ‘pinjam’ I ni? Tak cukup pekerja ker nak suruh I tolong?”
“Hei, tolong sikit. Bankrupt I kalau you yang kerja kat sini. Masak jauh sekali pandai. Nak mop lantai pun tak tahu!”
Terbelalak mataku mendengar sindiran Mukhriz. Dia ingat aku ni perempuan jenis apa? Dia belum lagi rasa masakan aku! Kalau sekali rasa agaknya sampai tidur pun mimpikan masakan aku!
“Mulut you laser mengalahkan mulut Azwan Ali. Habis tu you nak I buat apa kat sini?”
“Duduk kat sini dulu. I tahu you tak senang duduk kat depan tu. So you duduk sini. Tolong I kemas meja I ni. Berselerak!”
Melopong aku mendengar arahan Mukhriz. Mejanya yang sememangnya berselerak aku perhati dalam geram. Dia ingat aku ni tukang cuci ker?
“Sorry ya, Encik Mukhriz . I rasa I bukan cleaner you jauh sekali kuli you. I dahaga sekarang dan I nak pergi minum. Meja you ni kemas sendiri ya?”
Serta merta aku meninggalkan pejabat Mukhriz yang terletak di tingkat atas restoran. Sesekali mengenakan Mukhriz seronok juga. Aku turun ke bahagian dapur. Memerhati beberapa tukang masak yang sibuk menyediakan makanan yang di pesan.
“Apa yang you buat kat sini. Tercongok macam patung. Nizam dah hantar air you kat depan tu. Pergi sekarang, nanti tak jadi kerja pulak budak-budak I dok melayan you!”
Membulat mataku memandang Mukhriz yang berdiri di belakangku. Dia ni semacam tidak punya perasaan. Cakap-cakaplah elok sikit! Tak pernah nak berlembut denganku!
“I kata pergi depan sekarang. You nak I seret you ke depan ker?”
Sebal aku mendengar ugutannya. Kak Nani dan Syidi yang hanya mendengar tersenyum-senyum memandangku.
“I tahulah you jealous. Takut I mengorat si Nathankan?!” ujarku selamba, sambil memaut tangan Nathan yang terpinga-pinga dengan kelakuanku.
“Nathan pun tak nak kat you tu. Girlfriend dia lebih cantik dari you. Betul tak cakap I Nathan?”
Lelaki berbangsa India itu serba tidak kena. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku mencebik dalam senyuman.
“I tak tahulah, boss. I tak ada girlfriend tapi kalau Cik Ira nak jadi girlfriend saya okay juga! Cantik pun cantik!” jawab Nathan lambat-lambat. Mungkin takut dengan Mukhriz! Semakin melebar senyumanku mendengar pujian Nathan . Pekerja-pekerja Mukhriz yang lain ketawa lepas. Mungkin tidak mengagak Nathan menyebelahi aku.
“Okay. Bulan ni gaji you I potong seminggu!” Mukhriz terus sahaja meninggalkan kami. Terkebil-kebil Nathan dengan keputusan Mukhriz.
“Don’t worrylah, Nat. Boss you tu bukan betul sangat. Kalau betul dia potong gaji you, beritahu I. biar I smash dia cukup-cukup.”
Aku kembali semula ke ruang hadapan. Menghampiri Syafikah dan Mukhriz yang rancak berbual. Haizal kelihatan hanya mendengar dan tersenyum.
“Asal you tak duduk jer kat dapur tu teman Nathan !”
“Korang ni bergaduh lagi ker?”
“Tak adalah. Ris ni jealous tak bertempat.”
“Aik, I pulak yang kena?!”
“Okay, dah. Jangan nak bergaduh kat sini. Buat malu jer! Kami datang ni nak jumpa korang bukan nak dengar korang bergaduh!”
“Betul tu!” Syafikah menyokong suaminya. Aku menjeling tajam Mukhriz yang mencebik. Geram dengan sikapnya yang sering kali menyakitkan hatiku.
“So, macam mana honeymoon? Seronok ker pergi tempat orang?” Tanyaku kepada Syafikah. Seboleh mungkin aku akan tenang dan ceria mendengar cerita bulan madu Syafikah dan Haizal.
“Ish you ni takkan honeymoon orang pun nak ambil tahu!”
Aku menjeling Mukhriz yang tersenyum nakal. Lelaki ini kalau tidak mengenakan aku sehari tak boleh ker!? Ada sahaja benda yang dia nak kacau aku! Jelingan aku singgah ke arah Haizal yang asyik merenungku sedari tadi. Ada bini kat sebelah, boleh lagi renung aku macam tu! Apa kena pula dengan lelaki ni?!
“Alah, Ris bukannya ada apa-apa pun. Macam pergi bercuti jer. Seronok sangat. Erm, aku syorkan korang kalau ada masa pergilah bercuti kat sana .”
“Aku ni bukan nak tak teringin nak bercuti tapi kerja aku bertimbun. Nak balik kampung pun susah.” Keluhku pelahan sambil tanganku terus menyelak helaian album yang Syafikah hulur kepadaku.
“Itulah kau, aku suruh tukar kerja kau nak juga kerja kat situ. Kerja ngan syarikat luar negara memang macam tu!”
Aku menggeleng mendengar omelan Syafikah. Kalau ikutkan hati memang sudah lama aku ingin menukar kerja tapi bila memikirkan betapa susahnya nak mencari kerja sekarang ni niatku itu terbantut. Tambahan pula, aku pula menanggung tiga orang adikku yang masih bersekolah. Emak dan abahku pula semakin hari semakin tidak sihat. Dah tak boleh membuat kerja-kerja berat.
“Susahlah, Ika. Sekarang ni susah nak cari kerja. Kau bayangkan berapa ramai yang duk menganggur sekarang ni!?”
Aku masih tidak memanggung kepala. Masih menatap gambar perkahwinan Syafikah dan Haizal. Entah kenapa, perasan sebak dan sedih tadi hilang serta merta. Hadir perasaan seronok melihat gambar-gambar pengantin yang cukup cantik. Pandai jurugambar yang dipilih!
“Erm, I ada satu kerja untuk you. Itupun kalau you naklah kerja dengan I.” Mukhriz tiba-tiba bersuara. Aku memaling memandangnya.
“You nak bagi jawatan apa? Tukang masak you? Atau tukang kebun you?” tanyaku menyindirnya.
“Jadi isteri I.” Terbeliak mataku mendengar kata-kata Mukhriz. Merah padam mukaku. Lagi pula, Mukhriz berbisik pelahan di telingaku. Aku menelan air liur, kesat!
“Direct you purpose kawan aku ni, Ris! Romantikkan, bang!”
Kali ini aku memalingkan muka memandang Syafikah yang duduk di hadapanku. Wanita itu terseyum tapi aku tidak melihat garis senyuman di bibir Haizal. Keruh! Apa maksud riak muka itu?
“You nak tak, Maira. Kerja dengan I?”
“Tak ingin I! Dari I kahwin dengan you, baik I tak payah kahwin. Buat terseksa jer!” aku mencebik. Aku tahu Mukhriz tidak serius menuturkannya. Bukan sekali dua dia bergurau begitu denganku. Berkali-kali.
“Jual mahal! You buatlah jual mahal nanti jadi andartu padan muka!”
Deringan telefon bimbitku bagaikan penyelamat. Segera aku menjawab panggilan setelah melihat nama Sean tertera di skrin.
“Weh, you kalau nak curi tulang pun janganlah lama-lama. Boss cari you, server down ni. Huru hara satu office. You sedap-sedap jer dating!”
Belum sempat aku bersuara, Sean terlebih dahulu ‘menyembur’. Sakit telingaku mendengar suara jantannya yang garau.
“Yalah, I balik office sekarang. You ni pakai main sembur jer! I baru keluar tak sampai dua jam you nak bising. Amoi you tu sampai ke petang tak nampak batang hidung, you diam jer!” sengaja aku menduga reaksi Sean .
“Perempuan tu kalau tak datang langsung pun tak apa. Ada pun sakitkan hati jer. Kalau you tak ada, kaki I ni hilang sebelah tau!”
Aku ketawa mengekek mendengar kata-kata Sean . Langsung tidak menghiraukan Mukhriz dan Haizal yang masih merenungku. Ah, depan lelaki-lelaki ni aku tak payah berlakon jadi perempuan Melayu terakhir. Buang karan jer!
“Okaylah, kesian you nanti cacat pula. I balik sekarang. You nak order apa-apa tak? I kat restoran kawan I ni!”
“No, thanks. You balik office pun dah mengeyangkan I. Okaylah, orang tua you dah pandang I semacam tu. Kalau amoi I tahulah sebab apa!” pelahan suara Sean .
“Okay. Dalam setengah jam I sampai.” Ujarku dalam ketawa yang masih bersisa. Dalam marah Sean sempat juga dia buat lawak!
“Amboi, seronok you ya! Ketawa tak ingat dunia. Terus reject jadi bini I!”
Aku mencubit kuat lengan Mukhriz. Semacam rasa puas dapat melihat mukanya yang merah padam menahan sakit.
“Sakitkan, cik abang! Lepas ni, sebelum you kutuk I, you ingat lebam ni ya!?”
“Kau ni, kesian Mukhriz tu!”
“Biar, padan muka dia. Okaylah, aku terpaksa pergi ni. Erm, you belanjakan air I ni! Thanks ya!”
Aku menyalami Syafikah sebelum menghulur tangan kepada Haizal. Tidak mahu terus merasa kekok dengannya. Hakikat tetap hakikat. Dia sekarang suami kawanku. Haizal menyambutnya.
“Ehem, dengan I tak nak salam ?”
“Dengan you? Lain kalilah!”
Segera aku meninggalkan mereka. Sempat aku melambai ke arah mereka apabila keretaku mula bergerak meninggalkan kawasan restoran milik Mukhriz. Syukur, aku mampu hadapinya. Terima kasih, ya ALLAH!
2 comments:
i x pasti ni luahan hati u or adaptasi dari novel..whatever best bila membaca..if ini kisah you i just nak you tabah n bersabar..coz i pernah rasa so i faham..
hehehe..
hi nas.. salam... bukan luahan hati or adaptasi dari mana2 novel... dan juga bkn kisah idup sya ar..
just imaginasi...try to be novelist.
n terima kasih kerana sudi membaca...
:)
Post a Comment