Hujung minggu itu, aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Cuti selama seminggu yang kuminta sejak awal bulan dahulu akhirnya diluluskan. Mungkin kerana sepanjang hampir sebulan aku tidak bercuti. Sabtu dan Ahad aku terpaksa bekerja hingga lewat malam.
“Apa yang akak menungkan tu?”
“Semalam abang Faris ada tanya pasal akak. Macam tahu jer akak nak balik hari ni. Ehem, nampaknya abang Faris tu masih admire kat akak lagi!”
“Ish, mengarutlah Nadia ni! Entah-entah dia dah ada orang lain. Pandai-pandai jer dia!”
Nadia ketawa kecil. Dia mengambil tempat disebelahku. Aku kembali memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit.
“Alah kak, Nadia tahu abang Faris tu tunggu akak. Dari dulu lagi. Akak jer yang nak mengelak dari dia. Abang Faris ada cakap akak tak pernah jawab pun kalau dia call. Dulu alasan akak sebab akak ada abang Haizal. Abang Faris masih study. Sekarang ni akak dah tak ada abang Haizal. Abang Faris pula dah lama habis study, dah kerja pun.”
“Nadia, Nadia tak faham apa yang akak rasa. Akak tak boleh nak terima Faris. Memang akak dah tak ada abang Haizal dan Faris dah habis study tapi perasaan akak pada dia tak ada, zero. Nadia faham tak?”
“Nadia faham ,kak. Tapi kalau akak bagi abang Faris peluang, Nadia yakin akak akan sukakan abang Faris!”
“Tak, Nadia. Akak tak boleh. Lagipun, Faris tu sama umur dengan Kak Ngah . Akak tak boleh jatuh cinta dengan lelaki lebih muda.”
“Apa masalahnya kak?! Kak Ngah pun tak kisah. Kak Ngah lagi suka kalau akak dengan abang Faris. Abang Faris tu baik. Mak dengan abah pun suka. Nadia pun. Ini bukan soal abang Faris lebih muda dari akak tapi ini soal bagaimana abang Faris sanggup tunggu akak.”
Aku mengeluh. Setiap kali aku balik sahaja soal Faris tentu sekali tidak pernah lekang. Guru muda yang sebaya dengan Jannah, sudah lama mengharap aku menerimanya. Aku jadi simpati dengannya. Bertahun menanti jawapanku sedangkan aku tidak pernah memikirkannya. Aku tahu aku kejam dengan memberi sedikit harapan kepadanya. Harapan yang akan tinggal harapan semata-mata.
“Dahlah, akak penat ni. Akak masuk tidur dulu. Nadia jangan risau pasal akak. Akak tahu apa yang terbaik untuk akak.”
Aku berlalu masuk ke dalam. Tengah hari tadi emak baru sahaja bercakap tentang Faris. Lelaki itu kerap kali datang bertandang ke rumah dan setiap kali itulah dia tidak pernah lupa bertanyakan tentangku. Lebih-lebih lagi bila dia tahu aku dan Haizal sudah tiada apa-apa. Semakin menggunung harapannya.
“Awal tidur, Ira ?”
“Penatlah, mak. Rasa dah tak larat dah ni! Ira masuk tidur dulu ya!” bohongku.
Emak hanya menggangguk sebelum pandangannya kembali menatap cerita di televisyen. Lama aku berdiri di muka pintu bilikku, sebelum melangkah masuk ke bilik. Emak dan abah sudah lama teringin bermenantu. Dulu, semasa aku bersama Haizal emak dan abah sering bertanya bila kami akan mengikat hubungan kami. Setiap kali emak atau abah menghubungiku, perkara itu akan dibangkitkan. Bila hubungan aku dan Haizal berakhir senyap sekejap tetapi timbul kembali bila Faris sering datang bertandang. Entahlah, aku sendiri tidak tahu siapakah nanti yang akan menjadi suamiku! Yang akan memimpin aku menjalani kehidupan ini! Entahlah!
Pagi itu, aku berkira-kira untuk ke pekan Bahau. Sudah lama tidak ke sana . Mungkin pekan itu sudah banyak berubah. Niat di hati ingin membawa emak dan abah sekali tetapi kedua-duanya menolak dengan alasan perlu ke rumah Mak Cik Leha . Ada kenduri doa selamat. Akhirnya, aku pergi keseorangan. Nadia sibuk dengan kelas tambahannya. Tahun ini dia akan menghadapi SPM.
Melewati Pekan Mahsan, aku tidak nampak apa-apa perkembangan yang memberangsangkan kecuali deretan rumah teres yang terletak di sebelah kiri sudah hampir siap. Di sebelah kanan pula, terdapat beberapa buah rumah teres yang dicat dengan warna jingga. Dari papan tanda yang terletak di simpang jalan, mungkin itulah bangunan yang dijadikan Kolej Komuniti Mahsan .
“Nasi ayam. Minum, Nescafe panas.” Pesanku. Gadis itu menggangguk sambil mencatat pesananku ke atas sekeping kertas.
Sementara menunggu pesanan aku membaca akhbar yang berada di atas mejaku. Kuselak helai demi helaian, sekadar membaca tajuk-tajuk sahaja.
“Assalamualaikum.”
“Boleh saya duduk?”
Aku tidak bersuara, cuma menggangguk. Seorang budak lelaki menghampiri kami setelah Faris duduk berhadapan denganku.
“Erm, air tembikai. Makan, mi goreng.”
Budak lelaki itu menggangguk sebelum berlalu ke belakang. Aku masih membisu menunggu Faris yang bersuara dahulu. Sejak mengetahui dia punya perasaan terhadapku, setiap kali terserempak dengannya aku kekok untuk memulakan perbualan.
“Lama tak nampak awak. Banyak sangat ker kerja kat KL tu sampai susah sangat nak tengok awak balik sini?”
“Erm, biasalah kerja. Kadang-kadang waktu cuti pun kena kerja. Sorang jer?”
“Sorang jerlah. Berapa hari cuti?”
“Seminggu.”
Minuman kami tiba ketika Faris baru ingin membuka mulut. Segelas besar jus tembikai untuk Faris dan Nescafe panas untukku. Sebaik sahaja air yang di pesan tiba, nasi ayamku pula menyusul. Aku tidak ambil peduli dengan Faris yang berada dihadapanku sebaliknya nasi ayam yang memang nampak enak bagi orang yang tengah lapar sepertiku, kusuap ke dalam mulut.
“Ehem, pelahanlah sikit makan tu sayang oi! Nanti tercekik pula.”
“Minum air ni! Kalau minum air panas tu nanti melecur pulak lidah tu!” tenang Faris bersuara sambil terus menghulur minumannya kepadaku.
“No, thanks. I’m okay!” aku menolak pelahan minumannya. Nescafe panasku kuhirup pelahan. Bukannya panas mana pun! Getus hatiku. Sengaja nak ambil hati akulah tu!
“Erm, nak ke mana lepas ni?” tanya Faris.
“Entah. Mungkin nak pergi tengok tudung dan kain pasang kot! Baju kurung saya dah banyak lusuh. Bertahun-tahun tak tukar.” Ujarku tanpa memandangnya. Sememangnya sudah lama aku tidak membeli baju kurung. Malah ada yang kusam. Aku tidak suka membeli baju kurung yang siap sedia. Tidak selesa bila memakainya.
“Itulah, kerja besar baju pun tak beli.”
Aku mencebik mendengar kata-kata Faris yang mungkin sekadar ingin mengusik. Mi goreng yang di pesan Faris tiba beberapa minit kemudian. Kami menghadap makanan masing-masing tanpa sepatah kata.
“Saya temankan awak beli barang ya? Lagipun saya memang nak cari kain pasang. Nak buat baju melayu.” Ujar Faris ketika kami melangkah keluar dari kedai makan yang terletak berhadapan dengan Bintang Walk.
Aku tidak menggangguk mahupun menggeleng. Kalau aku menggeleng sekalipun lelaki itu tetap ingin mengikut aku. Gasak kaulah, Faris! Aku tak rugi pun kalau kau ikut!
“Awak datang naik apa?” tanyaku sekadar berbahasa ketika membelek helain kain pasang yang berjuntaian.
“Tumpang Cikgu Roslan . Kebetulan dia memang nak keluar. Malas nak naik motor.”
“Belilah kereta. Kereta sekarang dah murahkan?! Kancil pun okay!”
“Nantilah. Kalau permohonan saya untuk bertukar diluluskan nanti baru saya beli kereta.”
“Awak minta tukar? Ke mana?”
“Erm, adalah. Dekat sikit nak balik kampung. Mak saya tu bukannya larat sangat. Kalau terjadi apa-apa kat dia susah saya nak balik menjenguk.”
Aku tidak ingin terus mendesak Faris memberitahuku tentang tempat pertukarannya. Lagi pula, kalau Faris sudah bertukar sekolah aku juga yang gembira. Taklah tiap kali balik kampung muka ini yang harus aku hadapi!
Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk. Sambil membelek-belek barangan yang terdapat di setiap kedai kami bercerita tentang pelbagai perkara. Erm, bersembang dengan lelaki yang bergelar cikgu ini banyak idea yang dikeluarkan. Nasib baik, Faris tidak membuka cerita soal hati dan perasaan seperti selalu. Mungkin dia sudah sedar aku tidak mungkin menerimanya lebih daripada seorang rakan.
“Saya tumpang awak balik ya? Cikgu Roslan terus ke Seremban tadi.”
Tidak sampai hati aku ingin mengatakan tidak boleh. Kami singgah di Medan Selera Serting untuk menunaikan solat zohor.
“Erm, thanks sebab hantar saya.”
Aku sekadar menggangguk dalam senyuman seikhlas mungkin. Tidak luak pun kalau aku senyum padanya. Sebaik sahaja Faris melepasi pintu pagar kondominium sebelas tingkat yang menempatkan para guru dan pertugas sekolah. Aku terus melucur meninggalkan kawasan perkarangan sekolah. Rumah guru yang dibina di dalam kawasan sekolah memang memudahkan.
“Awak tahu apa yang saya doakan tadi? Ehem, saya doakan semoga ALLAH memakbulkan doa saya sebelum ni. Moga ada jodoh antara kita.”
Masih terngiang-ngiang kata-kata Faris sebaik sahaja keretaku meninggalkan kawasan medan selera tadi. Aku pura-pura tidak dengar sedangkan hatiku digugat bermacam perasaan. Simpati dan terharu. Waktu itu juga entah kenapa wajah Mukhriz bermain di layar fikiranku. Senyuman dan usikannya buatkan aku merinduinya.
Hah! Cepat-cepat aku tersedar dari lamunan. Mana mungkin aku merindui Mukhriz! Untuk apa aku merindui lelaki itu sedangkan kami tiada apa-apa hubungan. Aku mengeluh lagi.
No comments:
Post a Comment