Tuesday, May 19, 2009

Rahsia Rindu - BAB 2


Belum pun pukul lima setengah petang aku sudah bersiap untuk pulang. Malas menghadap kerja yang tidak pernah habis. Lagipun sudah beberapa hari aku pulang lewat kerana perlu menyiapkan kertas kerja penting yang bakal menguntungkan syarikatku.
Sean, I balik dulu ok?! You settlelah. Esok I buatkan mi goreng untuk you!”
Sean mencebir. Itulah modalku setiap kali meminta pertolongan lelaki itu. Bukan sekali dua tapi sudah kerap kali tetapi aku yakin Sean tidak pernah berkira tentang hal itu kerana sepanjang waktu berkerja aku tidak pernah cuba curi tulang. Sean cuma perlu menolong sedikit sahaja.
“I ingatkan you nak belanja I tomyam ker nasi ayam ker. Hari-hari mi goreng. Muka I ni pun dah nak jadi mi goreng!”
“I malaslah nak buat tomyam tu. Erm, I belanja lunch ajerlah esok! Kita pergi makan tom yam. I tahu nak bawa you makan kat mana. Tentu you suka.”
“Okey, I keep your promise. Jangan you hilang time lunch sudah. Nanti jadi macam dulu.”
“Okey, I janji. Kali ni no more excuses.”
Dari pejabatku, aku memandu ke Low Yat Plaza. Mencari pen drive yang diminta oleh Hartini, rakan serumahku. Sedang aku mendengar penjelasan jurujual berbangsa Cina itu aku tiba-tiba di sapa oleh seseorang dari arah belakang. Bila aku menoleh Mukhriz sedang tercegat betul-betul dibelakangku.
“You buat apa kat sini?”
“Jumpa member. Dari jauh I dah nampak you. Lama you tak call I.”
“Erm, sorry Riz. Busy sikit. You tu pulak kalau I tak call takkan you tak boleh call I.”
Mukhriz tersengih, menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengambil tempat disebelahku.
“I nampak you dari tadi lagi. I takut salah orang, tapi lama I dok perhati sahlah you.”
“Apalah you ni! Okeylah, I nak yang ni.”
Aku menyerah beberapa keping not sepuluh ringgit. Beberapa saat kemudian jurujual itu menyerahkan barang yang ku minta.
“Erm, you dah nak balik ker? I baru jer nak ajak you temankan I makan.”
Aku menoleh ke belakang. Lelaki itu berhenti melangkah. Aku memandang jam tanganku, kurang dua puluh minit pukul tujuh petang. Perutku memang terasa lapar kerana sewaktu makan tengah hari tadi aku tidak berkesempatan untuk makan.
“Okeylah I temankan you tapi you belanja I. okey?!”
Ada sinar pada wajah itu. Dia kembali melangkah menyaingiku. Dari Low Yatt Plaza kami bergerak ke Mid Valley menggunakan kereta masing-masing.
“ Dah dua minggu I tak dengar cerita you. Tak sangka jumpa you kat Low Yatt. Berseri-seri pulak tu.”
“Apa yang berserinya?!”
“Berseri dengan minyak!”
Selamba sahaja Mukhriz menuturkan kata-kata itu. Aku pulak sempat mencubit lengannya, menyedari lelaki itu sedang mengenakan aku.
“Tak apa you kenakan I. Nanti I kenakan you pulak padan muka you.”
Mukhriz masih lagi ketawa. Aku sekadar membiarkannya. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi perangainya.
Dari tempat letak kereta kami bergerak ke restoran makanan.segera yang terletak di tingkat paling bawah.
“Macam mana dengan bisnes you? Okey?”
Aku bersuara setelah agak lama membisu. Mukhriz yang asyik memandang ke arah sekumpulan gadis sedari tadi segera berpaling ke arahku.
“Well, okey ajer. Makin maju jugaklah. Erm, budak-budak I dah start tanya you. Dua minggu you tak datang, rindu budak-budak tu.”
“Sorrylah, I busy sangat sejak akhir-akhir ni. Banyak kerja. Kadang-kadang tu nak makan pun tak sempat. Hari ni pun I balik awal sebab dah boring dok ngadap komputer kat office tu.”
“Okey, I terima alasan you tu bukan sebab frust dengan Haizal!”
“Sorry sikit yer! Tak mainlah frust-frust ni. I dah lupakanlah.”
Mukhriz mencebik. Pandangannya kembali ke arah sekumpulan gadis yang kelihatan menyedari pandangan Mukhriz sedari tadi.
“Dah terpikat ker?” soalku bergurau.
Mukhriz kembali menolehku. Dia tersenyum. Tanpa menjawab dia terus menyuap potato wages ke dalam mulutnya.
“I dah terlalu tua untuk terpikat dengan budak- budak tu.”
“Erm, yer ker? Umur youkan baru thirty. Muda lagi. Okeylah dengan ‘budak-budak’ tu!” sengaja aku menyebut perkataan budak budak itu agak kuat.
“Dari dengan budak-budak tu baik I dengan you. Lagi best!”
Aku menelan air liur mendengar kata-kata Mukhriz itu. Tubuhku terasa panas tiba-tiba. Kata-kata Syafikah mula terngiang-ngiang di cuping telingaku.
“You ni kalau tak mengarut tak boleh ker?” balasku sambil menunjuk muka masam.
“Masa bila pulak I mengarut. I cakap benda yang betul. Dari I pilih budak-budak yang tak reti nak hidup sendiri baik I pilih you yang dah sah ada kerja, ada kereta. Gaji pulak bukan main lumayan. Bila I kahwin dengan you bolehlah I duduk goyang kaki jer!”
Terbeliak mataku mendengar bicara panjang lebar Mukhriz. Lelaki itu sudah mula ketawa. Sedarlah aku Mukhriz tidak bermaksud apa-apa dengan kata-katanya tadi. Sekadar gurauan untuk mempermainkan aku.
“I sanggup tak kahwin, Riz. Buat apa kalau ada suami macam you. Seksa jer!”
“Betul ni you tak nak dengan I? Jangan menyesal bila nanti I kahwin dengan orang lain.” Masih bersisa ketawa Mukhriz. Aku hanya mencebik sebelum menghirup minumanku.
“Siapalah yang malang tu ya? Kesian dia kena tanggung you.”
“Eh, dengan you jer I buat macam tu. Kalau perempuan lain I bagi layanan paling istimewa sekali. Siap I carikan maid lagi.”
“Yerlah, cakap ajerlah you memang tak nak kat I. Tak payahlah nak ….”
“Merajuk ya? Toksahlah you nak merajuk dengan I. Dah tak larat I nak pujuk!”
Belum sempat aku membalas kata-katanya, telefon bimbit Mukhriz berbunyi. Dia memberi isyarat untuk menjawab panggilan tersebut. Serta merta aku membisu.
“Abang kat luar ni, sayang! Erm, tengah makan dengan buah hati. Okay, nanti abang belikan. Assalamualaikum.”
Mukhriz menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam saku seluar. Aku tayang muka selamba walaupun di dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaanku. Cebisan ayam yang masih bersisa aku kunyah pelahan-lahan. Perut yang tadinya lapar terasa cukup kenyang.
“You temankan I beli barang sikit, boleh?”
Aku ketawa pelahan mendengar permintaan Mukhriz. Pelahan benar suaranya. Aku tidak terus menjawab sebaiknya menjamah potato wagesnya. Dengan Mukhriz, aku mampu bersikap selamba. Berkali-kali juga aku ‘mencuri’ makanannya.
“You ni kalau makan macam kebuluran. Sampaikan yang I pun you nak,” tegur Mukhriz.
“You tu makan macam perempuan. Lembab. So, adik you suruh you beli apa?”
“Barang dapur dialah. Adik I study dekat UNITEN. Malas nak keluar, I yang jadi mangsa. Beli itu ini untuk dia.”
“Alah, apa salahnya. Youkan abang dia. Abang mithali kan?”
Mukhriz mencebik. Sebaik sahaja minumannya habis, terus dia menarik tanganku supaya bangun. Lelaki ini mengalahkan apa lagi! Pakai main ikut suka dia ajer! Dia ingat aku ni apa?!
“Sakitlah, Riz. You kalau pun nak pegang tangan I bagilah hint dulu, ni pakai main serbu jer!” perliku. Langkah pantas Mukhriz tiba-tiba terhenti. Mengundang rasa marah lelaki Cina yang berjalan di belakangnya. Mukhriz pula boleh buat muka selamba tanpa kata maaf.
“Tolong sikit ya! I nak pegang tangan you?” tanya Mukhriz. Aku mengejek.
“Dah tu, you dok pegang tangan I ni kenapa? I masih pandai cari jalan kalau sesat kat sini!”
Dengan Mukhriz setiap kata-kataku memang jarang berlapik. Apa yang terlintas di fikiranku itulah yang keluar di mulutku. Tidak ada perasaan bersalah kalau kata-kataku terasa agak menyinggung perasaan lelakinya.
“Apa-apalah! I nak pergi surau dulu. You kalau tak boleh nak bersolat, tunggu I kat depan bakery tu!” Mukhriz memberi arahan. Ah, dia memang suka memberi arahan! Sudahlah tu, semacam dia tahu pula aku tengah keuzuran untuk menunaikan solat.
“Okay, boss. I tunggu you kat bakery.”
Bergegas Mukhriz melangkah sehingga kelibatnya hilang di sebalik puluhan manusia yang bersesak. Waktu-waktu begini sememangnya ramai orang. Kadang-kala nak bergerak pun susah.
Dalam menunggu Mukhriz, aku menunggunya di bangku yang terletak di hadapan bakery. Serta merta fikiranku teringatkan kata-kata Syafikah tentang Mukhriz. Mukhriz ada segala-galanya. Segala-gala yang diimpikan oleh wanita ada padanya. Mungkin tidak salah kalau aku katakan Mukhriz tentu sahaja menjadi mimpi indah bagi setiap wanita yang mengenalinya. Aku? Entahlah! Sikapnya yang berlawanan ketika bersamaku sukar untukku mengertikan.

1 comment:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

seri dgn minyak...muahahahaha! haros sentap...ekekeke =D