Friday, September 4, 2009

RAHSIA RINDU 8


Petang itu, aku menemani Sean. Semuanya gara-gara aku terlupa akan janjiku untuk membawanya makan tom yam. Sean, kalau bab mengungkit memang serah kat dia.
“Sean, malam nanti temankan I shopping ya? I nak beli blouse.” Suara rengekan Shofea menerjah gegendang telingaku tengah hari itu. Meluat aku mendengarnya. Serasa mahu sahaja aku menyumbat mulutnya itu dengan gumpalan kertas.
“I busy. Hurm lagi pula petang ni I dah janji dengan Umaira nak temankan dia.”
Aku dan Sean saling berpandangan. Jelas dari riak wajahnya mahu aku berkompromi dengannya sedangkan kami langsung tidak berjanji apa-apa.
“Yep, I dah booking Sean dulu.”
Wajah Shofea yang tadi tersenyum manja bertukar riak. Masam mencuka. Tanpa sebarang kata terus sahaja langkahnya dihayun meninggalkan kami berdua. Sean mencebik sambil liuk badannya meniru gaya Shofea berjalan. Aku ketawa sedikit kuat. Sean suka mempersendakan gadis itu tetapi Shofea tak pernah serik dan berputus asa untuk mendekati Sean. Bagi Sean pula, gadis bermata galak itu bukanlah citarasanya.
“Well, nampaknya you kena belanja I lah Sean!”
“You yang kena belanja I. Tom yam yang you janji tu I belum dapat bau lagi pun.” Perlinya.
“Yelah, petang nanti I belanja you.”
Sebenarnya, hubungan aku antara Sean terhad sekadar rakan di tempat kerja. Tidak pernah kami keluar bersama luar dari waktu bekerja. Sean hanya akan menghubungi atau menghantar pesanan ringkas sekiranya berkaitan dengan hal kerja. Aku tidak berapa mengenali Sean secara dekat.
“Umaira kan?” sapa seorang wanita lewat lima puluhan ketika aku dan Sean sedang tercari-cari tempat kosong di Restoran Tom Yam Seri. Aku mengangguk dan mengamati wanita yang berdiri dihadapanku.
“Mak cik Hanim kan?” tanyaku untuk kepastian. Wanita itu mengangguk dalam senyuman. Aku menyalaminya. Tanpa sedar wanita itu menarik aku ke dalam pelukannya. Aku tidak mampu berkata apa-apa.
“Ini kekasih Maira ke?” tanya emak kepada Mukhris itu sambil memandang Sean. Tergelak aku mendengarnya. Sean pula sekadar tersenyum sambil menyalami Mak Cik Hanim. Tubuhnya ditundukkan sedikit lantas menciumi tangan Mak Cik Hanim. Agak terkesima aku dengan tingkah Sean.
“Ini Sean, kawan office saya, mak cik. Datang sini sebab janji dengan dia ni nak belanja tom yam.”
“Oh ya ke? Ingatkan bakal suami tadi. Maaf ye Sean.”
“Eh, tak apalah auntie. Bukan ada cop pun kat dahi ni. Kalau ada senang la nak kenal.” Seloroh Sean mengundang tawa aku dan Mak Cik Hanim. Boleh tahan juga budak ni! Getus hatiku.
Mak Cik Hanim mengajak kami makan bersamanya. Kebetulan, dia hanya makan bersama adik perempuan Mukhris. Memandangkan tempat sudah penuh aku dan Sean menerima pelawaan Mak Cik Hanim. Dapat juga aku mengenali adik Mukhris bernama Maisara. Wajahnya saling tak tumpah seperti Mukhris. Putih bersih. Paling ketara persamaan mereka pada senyuman. Aduh! Bagaimana pula aku boleh teringatkan Mukhris saat-saat begini.
“Riz bagitau mak cik yang Maira dah nak bertunang. Betul ke?” pertanyaan Mak Cik Hanim hampir sahaja membuatkan aku tersedak. Cepat-cepat aku capai minumanku.
“Macam reporter pula Mukhris tu. InsyaALLAH mak cik. Semuanya dalam perancangan.” Ujarku pelahan.
“Aik, macam mana I tak tahu? Nampaknya melepaslah peluang saya mak cik!” sampuk Sean, sempat dia bergurau. Mak Cik Hanim tergelak.
“You nak tahu apa. Nak borak dengan you hal personal memang susah!” tingkahku.
Sepanjang makan itu, Sean memang tak kekok untuk berborak dengan Mak Cik Hanim. Ada sahaja ideanya. Sesekali dia mengenakan Maisara yang banyak membisu. Tersenyum malu gadis itu. Aku yang merasakan demikian bila teringatkan perbualan antara kami beberapa bulan lepas ketika di majlis persandingan Syafikah.


“You nak singgah solat kat masjid depan tu ke?” aku terkejut mendengar pertanyaan Sean.
Kedengaran azan maghrib berkumandang di corong radio. Mungkin kerana menaiki keretaku, Sean segan untuk menukar siaran radio.
“You lamunkan apa? Naik-naik kereta senyap je.”
“Eh sorry. I tak sengaja.” Ujarku, tersenyum memandang Sean yang memandu.
“I tanya you nak singgah masjid depan tu ke?”
Terus sahaja aku mengangguk mengundang ketawa Sean. Mungkin kelucuan melihat reaksiku mengangguk dengan pertanyaannya.
Sean memangkirkan kereta di hadapan masjid. Katanya dia malu nak memandu masuk ke dalam kawasan masjid. Malu dengan orang-orang yang tentu pelik memandangnya. Aku tidak berkata apa-apa melainkan hanya tersenyum. Raut wajah Sean tiada bezanya dengan lelaki Melayu. Kalau ada yang tidak mengenalinya tentu menganggap jejaka itu Melayu. Tambahan pula lelaki itu fasih benar berbahasa Melayu. Bahasa Kebangsaan harus dikuasai semua. Katanya dulu.
Sepanjang melangkah masuk ke perkarangan masjid, aku terbayang akan sikap dan perbuatan Sean sebentar tadi. Cara dia menyalami Mak Cik Hanim. Kepekaannya terhadap solat. Membuatkan aku jadi tertarik dengannya.
“Ya ALLAH, seperti mana Kau telah memilih Umar al-Khatab untuk diberikan Hidayah-MU, aku pohon moga kau bukakan jua pintu Hidayah-Mu kepada Sean.”
Diakhir solat, aku tidak lupa mendoakan untuk Sean. Hatiku kuat menyatakan satu hari nanti Sean akan menganuti agama yang turut aku anuti sedari azali ini. Namun, aku juga tahu semuanya bergantung kepada Hidayah ALLAH S.W.T.
“You doakan I tak?”
Terbeliak mataku saat mendengar pertanyaan Sean. Dia ketawa lagi sebelum menghidupkan enjin kereta dan berlalu meninggalkan kawasan itu.
“Kelakarlah you ni buat muka macam tu. Ni you nak I drive balik office dulu ke atau nak suruh I berhenti kat mana-mana?”
“Balik officelah. Kereta you tu siapa yang nak bawa balik.”
Sean mengangguk. Suasana sunyi seketika. Sean menumpukan perhatiaan terhadap pemanduannya. Sesekali kedengaran dia menyanyi-nyanyi kecil. Bercampur-campur lagunya. Sekejap lagu Mawi. Sekejap lagu Siti. Sekejap lagu English. Lagu China dan Tamil pun dinyanyikan.
“Apa yang you gelakkan? Macam orang gila pulak I tengok gelak sorang-sorang!” tegurnya. Serta merta ketawaku terhenti. Aku ingatkan dia tak perasan.
“Sorry, Sean. You tu lah menyanyi entah lagu apa-apa. Semuanya sekerat-sekerat. You faham ke lagu yang you nyanyi tu?”
“Eh mestilah I faham. I kan Chindian. Itulah kalau you maksudkan I faham ke tak dengan apa yang I nyanyi. My mum selalu ingatkan I masa-masa kecil dulu. I kena belajar mandarin, cantonese, hokkein dan bahasa tamil sebab keluarga kami ni mix. So bila I cakap dengan my mum, I akan cakap hokkien. Dengan daddy I pulak, I akan cakap tamil.”
“Tapi you fasih dalam bahasa Melayu ya!? Jarang I jumpa orang bukan Melayu yang fasih bahasa Melayu.” Aku sekadar menguji.
“Well, we’re Malaysian right? Sejak dari standard one till form six I study kat sekolah kebangsaan. Parent I nak adik beradik I bergaul dengan semua lapisan. Masa I kat UPM dulu, I boleh juga berbahasa Dusun sebab housemate I orang Sabah tapi tak sempat habis belajar dia berhenti study.”
Aku menjadi kagum dengan Sean. Kagum juga dengan cara didikan keluarga Sean. Kalaulah semua ibu bapa berpendirian seperti ibu dan bapa Sean alangkah bagusnya. Dari hal bahasa sehinggalah ke hal agama rancak sahaja kami berborak. Menurut Sean, kakaknya yang sulung telah memeluk Islam empat tahun yang lalu. Pengislaman kakaknya betitik tolak dari peristiwa kakaknya tersesat di dalam hutan. Paling buat aku hampir mengalirkan air mata bila Sean mengakui dia juga teruja akan Islam.
Namun belum sempat aku bersuara untuk memberi galakan kepada Sean, aku ternampak sebuah lori besar dari arah depan laju memasuki lorong kami. Sean terus sahaja memusing stereng keretaku, cuba mengelak. Namun, lori itu terlebih dahulu melanggar keretaku sehingga terdorong ke bahu jalan dan melanggar penghadang jalan dan tiang lampu. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Tergamam. Sean disebelah aku pandang dengan pandangan berbalam. Ya ALLAH!
Aku langsung tidak berganjak dari tempatku. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Saat itu kedengaran suara-suara menyuruh aku keluar. Kemudian, pintu kereta aku dibuka dan tubuhku ditarik keluar.
Ya ALLAH! Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku terduduk di atas jalan. Aku tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh orang di sekelilingku. Tidak lama kemudian aku mendengar siren ambulan dan bomba. Aku berdoa moga Sean selamat walaupun aku tahu kemungkinannya untuk selamat amat tipis memandangkan keadaannya yang jelas sekali parah.

No comments: