Tuesday, October 20, 2009

RAHSIA RINDU 12


Pagi itu aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Faris. Dia mengejutkan aku untuk bangun solat subuh. Buat pertama kalinya, aku berjemaah dengan keluarga Faris. Faris yang mengimami kami. Selesai solat, aku tercari-cari Along. Entah kenapa lelaki itu bagai menggamit keinginanku untuk mengetahui tentangnya.
Along hanya kelihatan ketika kami sedang menikmati mi goreng sebagai hidangan untuk sarapan pagi itu. Mata kami bertaut, sekejap sahaja. Tiada kemesraan di mata itu apatah lagi dari bibirnya. Along menuang air kosong ke dalam botol. Seperti semalam rambutnya yang agak panjang dibiarkan lepas.
“Along, makan sekali.” Aku dengar suara Faris mengajak Along makan.
“Makanlah. Along nak keluar.” Suara Along kedengaran juga akhirnya. Aku pandang Ana. Ana pandang aku. Akhirnya, senyuman aku ukirkan untuk gadis itu.
Along hilang sebaik sahaja menaiki tangga ke ruang tamu. Aku sekadar memandang langkah Along sehingga terasa bahuku di cuit.
“Jangan cakap Maira Ris ni dah jatuh cinta dengan Along Ris!” pelahan Faris berbisik ditelingaku. Mengundang kerutan di dahiku. Jatuh cinta? Ish! Gila apa?!
“Dah makan dulu Faris. Kamu jangan nak berdrama hindustan kat depan makanan ni!”
Ana tergelak. Faris tersengih. Aku? Merah bukan kepalang rasanya muka dengan teguran mak Faris. Cepat-cepat aku menyuap mi goreng ke dalam mulut.
“Ala mak ni… tengok Maira dah segan tu!” Faris bersungut tapi di akhir kata ada tawa. Ketawakan akulah tu?! Bisikku pada diri sendiri. Mak Faris turut ketawa kecil. Rasa diri aku menjadi bahan ketawa terutama Faris satu cubitan yang mahu kuat aku hadiahkan di pehanya. Mengaduh kesakitan Faris. Mengundang rasa pelik di wajah mak Faris dan Ana. Aku sekadar tersengih. Padan muka!
“Sakitlah sayang!”
“Itulah siapa suruh ketawakan orang!”
“Ala, mak pun ketawakan awak.” Faris tayang muka muncung. Aku tersenyum melihat riak mukanya itu. Comel juga dia ni! Akhirnya aku ketawa dalam hati. Baru hari ini aku sedar Faris comel. Faris comel. Mukhris kacak. Mukhris? Aku menelan air liur. Rasa tersekat dikerongkong. Nama itu tiba-tiba muncul. Sudah lama kami tidak berbalas-balas SMS mahupun saling menghubungi. Jumpa pun sekadar bila secara kebetulan ketika melawat Sean. Selebihnya diam membisu. Syafikah juga begitu. Aku jadi lupa bila kali terakhir kami bertemu.
“La, kenapa muka monyok tetiba ni? Are you okey?”
Aku cuba untuk senyum memandang Faris walaupun aku tahu senyuman aku itu kelihatan cukup pelik. Kenapa nama lelaki itu pula yang terfikir olehku?! Tidak ada lelaki lain ke?
“Habiskan mi tu. Lepas ni Ris bawak Maira jalan-jalan kat sawah.”
Aku sekadar mengangguk. Mi goreng yang tinggal berbaki beberapa suap aku habiskan. Ana dan mak Faris entah sudah hilang ke mana. Tanpa sedarku, hanya aku dan Faris yang berada di meja makan.
“Maira fikirkan apa tadi?”
“Ha?” Aku balas soalan Faris dengan soalan juga. Asyik benar aku dengan sawah padi yang nampak cukup mendamaikan. Faris tersenyum. Jari-jemariku diraihnya. Aku mahu menariknya takut dipandang oleh mak Faris tetapi tidak sampai hati.
“Ris tanya apa yang Maira fikirkan masa makan tadi. Tiba-tiba muka monyok semacam jer?!” tanya Faris tepat memandang mataku. Mahu menilik aku bercakap benar atau tidak mungkin!
“Tak ada apalah Ris. Maira teringatkan Sean.” Bohongku. Sekejap saya, sekejap Maira. Ah, biarlah! Kadang-kadang aku lebih suka membiasakan diri dengan panggilan saya. Kadang-kadang pula aku membahasakan diri dengan namaku sendiri.
“Maira suka sangat buat Ris cemburukan Sean!” ada nada rajuk pada bicara lelaki itu.
“Dengan Sean pun Ris nak merajuk. Kelakarlah Ris ni!” aku ketawa kecil.
“Sean tu bukan manusia juga ke? Handsome pula tu. Tergugat tau Ris cam ni!” aku pandang Faris. Mahu pecah ketawaku. Dengan Sean pun Faris boleh cemburu?! Sean tidak lebih dari seorang kawan padaku. Tidak lebih dari itu.
“Maira, kita kahwin ya?!” Faris melamarku kah? Renungan matanya benar-benar menusuk hatiku. Aduh, payah benar mahu aku berikan jawapan. Ya atau tidak. Bukankah matlamat aku bersama Faris adalah untuk membina rumah tangga bersama.
“Maira, answer me. Kita kahwin. Hujung bulan ni Ris suruh mak minta tolong Pak Ngah hantar rombongan merisik.”
“Kenapa ni tetiba Ris ajak kahwin ni?” aku tidak memberikan jawapan yang Faris mahukan sehingga lelaki itu mengeluh lemah. Genggaman jari-jemarinya dileraikan. Kali ini Faris berpeluk tubuh. Matanya memandang sawah padi yang terbentang luas. Marahkah dia?
“Dah lama Ris tunggu Maira. Dah lama juga Ris mahukan Maira menjadi suri hidup Ris. Ris betul-betul tak sabar nak jadikan Maira isteri Ris yang sah dan…”
Kata-kata Faris terhenti di situ. Matanya melirik memandangku dengan senyuman yang tiba-tiba terukir dibibirnya. Hilang sudah wajah seriusnya tadi. Sekejap sahaja.
“Dan apa Ris sayang?!” sengaja aku tekankan perkataan sayang itu. Faris tergelak kecil. Sempat dia mencubit pipiku. Aku mengaduh kesakitan.
“Dan lepas kahwin bolehlah Ris peluk Maira puas-puas. Ris tak nak lepas-lepas!” Faris gelak lagi. Jari-jemariku kembali dalam genggamannya. Aku tersenyum. Perasaan bahagia menyelinap ke setiap inci tubuhku.
“Kita kahwin ya?” sekali lagi Faris bertanya. Lambat-lambat aku mengangguk. Saat itu kedengaran jeritan kuat daripada Faris. Dia melompat kegembiraan. Aku ketawa dengan tingkahnya. Macam budak-budak baru dapat gula-gula! Getusku.
Entah macam mana pandanganku tertancap ke arah sesusuk tubuh yang sedang memandang kami. Along! Sebaik menyedari aku memandangnya Along terus berpaling.
“Ris…”
“Ya, sayang.”
“Along tu kenapa?”
“Erm, Maira ni spoil la. Apa yang Maira nak tahu tentang Along? Pertanyaan terhad ni. Esok-esok Ris tak nak Maira tanya pasal Along lagi!”
Aku tersengih memandang wajah Faris yang tidak berona. Dengan Along sendiri pun mahu cemburu?!
“Ris cemburu ya?” soalku tergelak-gelak. Faris mencebik. Menambahkan ketawaku.
“Gelak la. Suka la kenakan orang eh?!”
Aku tidak menjawab, merapati Faris. Menarik hujung baju t-shirtnya. Faris tetap kaku. Kononnya merajuklah tu!
“Awak, dengan Along pun nak jelous ke? Buruk la merajuk kat tengah-tengah bendang ni. Buat muka macam tu lagi, orang tolak masuk bendang kang!” ugutku dekat dengan telinga Faris.
Faris tidak menjawab. Masih cuba menduga aku agaknya. Jari-jemarinya masih bermain dengan bunga lalang yang tumbuh ditepi bendang. Melurutnya dan kemudian dibiarkan lepas ditiup angin.
Okay. Merajuklah. Lalang-lalang, kau bagi tahu lelaki yang kat sebelah aku ni, merajuklah puas-puas. Aku tak pandai nak pujuk-pujuk ni. Kang kalau buat mulut macam burung bangau tu, aku suruh cari ikan kat bendang ni.” Aku pura-pura tunjuk muka serius. Tidak semena-menanya aku merasakan pehaku sakit yang amat. Aku menjerit kesakitan. Faris sudah tergelak-gelak.
“Ris jahatlah!” terus sahaja aku mengejarnya yang sudah terlebih dahulu melarikan diri. Di pertengahan jalan aku berhenti berlari. Terasa semput. Sampai terduduk di atas batas. Dengan ekor mataku, aku melihat Faris menghampiri. Aku tersenyum, memikirkan rancangan untuk mengenakan Faris.
“Sayang okey tak ni? Itulah awak tu perempuan, berlari mengalahkan apa lagi. Kan dah semput. Meh,”
Faris menyuakan tangan tetapi aku tidak menyambut. Sebaliknya, menolak Faris ke dalam bendang. Aku ketawa sambil menutup mulut tatkala melihat Faris yang bergelumang dengan lumpur.
“Okaylah Maira menang. Tolong Ris naik. Kaki Ris tak boleh tarik ni. Habislah bau lumpur!”
Faris hulurkan tangan kanannya sambil tangan kirinya cuba menarik kaki kanannya yang tersangkut.
“Padan muka. Baru Ris tahu.” Aku masih lagi ketawa sambil menghulur tangan kepada Faris. Terasa kasihan pula melihat dia kotor begitu. Tiba-tiba…
debushh… Faris ketawa kuat dan aku merasakan badanku terasa amat sejuk. Bau lumpur menusuk hidung. Aduh, macam mana nak balik ni?!!

2 comments:

Hana_aniz said...

hahaha... comel!! kahwin la cepat!! along tu nape??

sofi said...

salam,

sukanya sofi novel ni. cepat sambung!