Sampai sahaja di rumah, azan isyak sedang berkumandang dari masjid berdekatan. Sementara menunggu azan berhenti, aku membelek telefon bimbitku. Tujuh belas panggilan tidak berjawab dari Mukhris. Sembilan daripada Faris. Erm, Mukhris memang macam ni!
Usai solat isyak terus sahaja aku menghubungi Faris. Lemah sahaja kedengaran suara lelaki itu. Salamku di jawab pelahan. Aku kesan tentu sahaja Faris tidak sihat.
“Maira pergi mana tadi? Ris call tak jawab-jawab.”
Belum aku sempat bertanya, Faris terlebih dahulu menyoal. Terbit rasa serba salah kerana membiarkan Faris risau.
“Maira minta maaf ya! Maira pergi tengok Sean tadi, tertinggal handphone.” Aku tidak mahu Faris tahu apa yang aku rasa petang tadi. Sementelaah dia kurang sihat.
“Ris demam ya?”
“Demam rindu.” Jawab Faris. Suaranya pelahan tetapi masih dapat ditangkap butir bicaranya. Di hujung bicara aku dengar Faris ketawa tetapi rasa sukar benar untuk dia ketawa.
“Erm, Ris ni! Makan ubat belum?”
“Tengok tu. Orang nak manja-manja sikit buat tak tahu je. Maira tahu tak Ris rindu sangat kat Maira. Kita tak payah tunang lama-lama ya?!” permintaan Faris aku jawab dengan gelak kecil. Kekadang sikap Faris mengalahkan budak kecil.
“Ris, bukan Maira yang tentukan semua tu. Ris kena bincang dengan abah dulu. Erm, Ris makan tak tadi?” soalku cuba membawa isu bertunang itu jauh dari perbualan.
“Entah. Tak lalu nak makan. Teringatkan masakan buah hati Ris ni. Dah lama Ris tak merasa masakan Maira.” Aku tergelak kecil.
Teringat pertama kali Faris merasa masakanku. Merah padam mukanya menahan pedas. Aku jadi kasihan melihatnya tetapi Faris tetap menyatakan masakan sedap sekali. Tetap dihabiskannya walaupun beberapa kali aku menyuruhnya berhenti.
“Maira masak tak sedaplah.”
“Sedap. Cuma kurangkan pedas ya sayang! Nanti minggu depan Maira masakkan Ris ikan masak asam pedas ya?! Tapi kurangkan pedas!” Faris tergelak kecil di hujung talian.
Aku ikut tergelak. Rasa segala masalah yang menghantui aku tadi hilang serta merta.
“Maira..”
“Ye, Ris!”
“Bila nak tukar panggil Ris dengan nama abang? Kahwin nanti takkan nak panggil nama je?!”
Aku tersengih sendiri. Tak pernah terfikir mahu memanggil Faris dengan panggilan itu. Langsung tidak. Terasa janggal. Memanggil Faris yang sebaya Jannah itu dengan panggilan ‘abang’ rasa serba tidak kena.
“Ris tahu apa yang Maira fikirkan tapi nanti bila kahwin tak manis la orang dengar kita paggil nama jer. Lembutkanlah lidah sayang tu panggil abang.”
“Maira cuba ya?! Tapi janganlah mengharap secara mendadak Maira nak panggil Ris macam tu. Bagi Maira masa ya?!” akhirnya keputusan itu yang aku ambil.
“Boleh sayang! Ambil la masa. Erm Maira, hujung bulan ni Maira balik kampung tak?”
“Insya-ALLAH balik. Kenapa?”
“Mak tu dah bising la. Dah tak sabar nak bermenantu. Hujung bulan ni juga dia dengan Pak Ngah mahu berbincang dengan keluarga Maira. Mak kata, bertunang hari ni, esok nikah. Mak tak nak lama-lama.”
Terbeliak mataku mendengar penjelasan Faris berkenaan dengan keinginan ibunya. Serasa tak tertelan air liur aku mendengarnya. Sebegitu cepatkah?! “Mak kata paling lambat pun kita nikah hujung tahun ni.” Sambung Faris lagi menambahkan kejutan.
“Ikutlah Ris. Maira serahkan pada Ris dan keluarga. Kalau dorang kata okay, Maira ikut aje. Esok pun Maira tak kisah!” hujung ayat sempat aku bergurau dengan Faris.
Tidak mahu dia memikirkan rasa serba salahnya dengan niat ibunya. Lagi pula, aku memang tidak kisah dengan cadangan ibu Faris yang mahu mempercepatkan pernikahan kami. Aku mahu Haizal melihat, aku menjadi milik Faris. Bukan miliknya! Dan akan aku buktikan aku bahagia dengan Faris. Bunga-bunga cinta ini akan aku cambahkan bagi mengisi segenap ruang hati.
“Betul ni?” jelas suara Faris yang teruja di hujung sana. Terbang sudah rasa serba salahnya. Aku tersenyum.
“Betul la tapi kalau esok tu tak betul. Maira ikut aje apa yang keluarga kita tentukan.”
“Terima kasih, Sayang. Ris macam tak percaya jer. Tadi takut sangat nak bagitahu Maira.” Faris gelak lagi. Aku ikut gelak.
“Maira…”
"Erm,”
“Boleh tak Ris tidur sekarang? Kepala ni rasa berat sangat.” Pelahan sahaja permintaan Faris. Terus rasa sebak menjalar ke seluruh pelusuk tubuhku.
“Tidurlah. Esok subuh, Maira kejutkan ya?!”
“Terima kasih sayang. Maaf ya?!”
“Tak ada apalah, Ris. Maira pun nak tidur juga.”
Kami akhiri perbualan dengan ucapan salam. Telefon masih ditelingaku ketika Faris menamatkan panggilan. Entah apa sebabnya air mataku mengalir. Setitis demi setitis. Akhirnya aku menangis teresak-esak untuk sebab yang aku sendiri tidak ketahui. Aku berbaring di atas katil sambil memeluk erat bantal.
Deringan telefon bimbit yang tiba- tiba kedengaran menjadikan tangisan aku terhenti tiba-tiba. Nama Syafikah tertera di skrin. Aku mengeluh. Saat ini aku rasa tidak mahu di ganggu. Namun memikirkan tentu ada hal yang penting ingin di sampaikan Syafikah malam-malam begini aku kuatkan diri. Menekan butang berwarna hijau dan meletakkan telefon dekat dengan telingaku.
“Assalamualaikum,” ucapku sambil berdehem beberapa kali, cuba mencari suaraku yang tidak mahu keluar.
“Waalaikumsalam. Kau okay ke ni? Suara kau semacam je!”
“Aku okay je. Tengah tidur kau call.” Jelasku.
“Erm, aku nak tanya kau sikit ni?!” rentak suara Syafikah kedengaran lain macam sahaja. Aku jadi berdebar-debar. Kehadiran Haizal tengah hari tadi berlayar didepan mata.
“Tanya apa?”
“Haizal ada datang jumpa kau ke petang tadi?”
“Erm, ada. Singgah katanya. Masa dia sampai tu dah dekat lunch. Aku dah janji dengan Mukhris nak lunch sama. Ajak dia joint sekali, dia tak mahu.”
Akhirnya Mukhris yang terpaksa menjadi penyelamat. Aku tidak mahu Syafikah bertanya lebih dari itu. Aku takut tidak mampu mengawal rasa.
“Oh macam tu. Okaylah, Haizal dah balik tu. Lain kali aku call lagi! Assalamualaikum.”
Belum sempat aku menjawab salamnya, Syafikah sudah mematikan talian. Aku termangu sendirian. Melihat jam di meja tepi, sudah menginjak angka 10.30. Baru balikkah Haizal?! Apa yang terjadi dengan perkahwinan Haizal dan Syafikah? Pertanyaan Syafikah tadi membuatkan aku memikirkan bahawa ada yang tidak kena dengan hubungan mereka. Ada riak cemburu. Ada riak marah. Namun semuanya cuba dikawal Syafikah.
Ya ALLAH, aku pohon dari-Mu moga Kau rahmatilah perkahwinan sahabatku itu! Aku jadikan mereka pasangan yang bahagia dunia dan akhirat! Aku redha dan pasrah akan ketentuan jodohku bukan dengan Haizal!
5 comments:
ish,.. nape sy rse faris tu ada penyakit ye?
tak.. tak..
nak faris dgn maira!
hahaha.. bkn ke ari tu nak maira ngan mukhris.. da terbalik ka??
salam,
tp kan miss nera, sofi nak maira ngan mukhriz jugak.
boleh, kan?
cheerio.
hohooh...
x thu maira ngn sape..
dua2 rsanya ok x ksh la sape dpt maira sma ada faris or mukriz...
hhehehe best2 smbung2...
to sofi:
teruskan membaca...hehehe
to e.elina:-
tq utk sudi membaca..
insyaALLAH kesudahannya pasti memuaskan ati awk!
Post a Comment