Aku kembali bekerja pada hari Isnin. Sengaja tidak mahu mengambil cuti panjang kerana ada perancangan untuk baki cuti tahunanku nanti. Kembali ke pejabat, bertalu-talu ucapan tahniah dari rakan-rakan sekerjaku. Aku sekadar menyambutnya dengan senyuman.
Ada berita yang mengejutkan juga aku terima sebaik sahaja aku kembali bekerja. Shofea telah menghantar notis berhenti dua minggu tetapi Shofea sudah tidak hadir bertugas sejak Jumaat. Menurut Vanessa , Shofea menghabiskan cuti tahunannya sekaligus. Aku jadi terkejut besar dengan berita itu. Jadi tertanya-tanya kenapa Shofea mengambil keputusan mendadak itu. Adakah kerana Sean ?
Tengah hari itu juga aku ke hospital. Nasib aku baik ketika sampai, Sean masih berada di biliknya. Menurut auntie Suzie , Sean sudah di benarkan pulang tetapi perlu hadir ke hospital setiap minggu. Auntie Suzie membiarkan aku berbual dengan Sean sementara dia menguruskan urusan di kaunter.
“Erm you tahu Shofea dah resigned?” soalku.
“Siapa bagitahu you?”
“Hafiz. Dia datang Jumaat tu.”
“You tahu kenapa dia berhenti?”
“Sebelum Hafiz datang, Shofea ada datang. Dia bawakan laksa untuk I tapi dia tak ada bagitahu pun dia nak resign.”
“Dia langsung tak cakap apa-apa?”
Seperti tadi, Sean geleng lagi kepalanya.
“Kenapa tiba-tiba dia berhenti?!” tanyaku pelahan, pada diri sendiri. Sean memandang aku kosong. Pasti dia sendiri tidka tahu kenapa Shofea mengambil keputusan begitu.
“Jumaat tu last lah dia datang tengok you?”
“Kenapa Sean ?”
“Sean ...”
Entah kenapa kata-kataku terhenti di situ. Tidak tahu sama ada perlu aku tanya atau tidak persoalan yang bermain difikiranku ketika itu. Sean menoleh memandangku. Kosong.
“Tak ada apalah. Erm, mana ibu you ni?! Dah lama keluar!” aku pura-pura bertanyakan tentang auntie Suzie . Aku dapat rasakan Sean mula memberi ruang di hatinya untuk Shofea. Bila memikirkan tentang Shofea, aku merasakan gadis itu seteruk mana. Mungkin dia sudah terbiasa dengan perangai begitu dan tidak sedar keadaan itu mendatangkan ketidakpuasan hati dan rasa kurang suka dengannya.
“Something happen. Salah I.” Hanya itu yang lahir dari mulut Sean . Pelahan dan lambat-lambat perkataan itu keluar dari mulut Sean . Aku pandang wajah Sean . Sean tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“I scold Shofea but I tak bermaksud macam tu. Shofea terus keluar. Dia tinggalkan laksa atas meja. I ingat dia marah sekejap je.”
“Salah I. Since five years ago, Shofea never give-up.”
Aku berkira-kira sendiri. Kalau menurut Sean tadi, dia sudah mengenali Shofea sebelum mereka bekerja di Xadz lagi. Jadi, sudah lama Shofea menyukai Sean ? Aduh, hebat benar penangan lelaki kacukan China-India ini. Kalau ikutkan, Shofea boleh mencari lelaki yang lebih hebat dari Sean . Cara pergaulan dan rupa paras yang menarik memudahkan Shofea mendekati lelaki-lelaki yang jauh lebih gah dari Sean tetapi aura lelaki ini cukup kuat untuk menepis godaan lelaki lain.
“Dia berubah kerana I. She’s not like that before this. She’s totally tipikal Malay girl. She’s wearing tudung but because of me...”
Kata-kata Sean terhenti di situ. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya lemah. Dahinya berkerut. Matanya bergenang dengan air mata. Aku hanya mampu mengucap panjang di dalam hati. Betapa Shofea sanggup melepasi batasan itu kerana cinta. Adakah Shofea akan tinggalkan Islam andai Sean mahukan begitu!? Masya-ALLAH, jauhkan Shofea dari dosa besar itu! Lindunginya ya ALLAH!
“I telah membuat Shofea hilang pegangan, Ira !”
“You tak salah Sean . Mungkin you hanya salah satu sebabnya tetapi Shofea seorang yang berakal. Dia bertanggungjawab ke atas tindakannya. Pernah you suruh dia menjadi seperti Shofea yang sekarang?!”
“I tak boleh terima dia walau apa sahaja yang dia cuba buat untuk I.”
“I faham. Dahlah, you jangan risau sangat, you masih belum sihat lagi. I tolong you carikan Shofea okay. I tahu perasaan you pada dia sekarang sudah berubah bukan?!”
Kali ini Sean tersenyum tetapi senyuman itu cukup berat untuk di ukirkan. Aku balas senyuman itu dengan senyuman juga. Kekadang dengan satu musibah lahirkan sesuatu yang indah! Aku berharap Shofea akan kembali. Walaupun bukan di Xadz tetapi kepada Sean . Juga aku berharap ALLAH memilih Sean untuk diberikan hidayah terulung ini.
“Dah, I tolong you kemas barang. Erm, tangan you yang kiri ni bila boleh gerak?” soalku sambil memandang tangan kiri Sean yang masih berbalut. Penuh balutan itu dengan tulisan rakan-rakan sekerja kami yang meninggalkan pesan dan nasihat. Bila di ingatkan balik tika itu aku rasa mahu tergelak. Masing-masing sudah macam kanak-kanak lagaknya.
“Doktor kata bulan depan. Kalau boleh I nak buka sekarang, rimas!”
“Kesian you. You yang teruk. I tak ada apa-apa pun!”
“You telah diselamatkan.”
“Maksud you?”
“Yalah, we accident selepas you solat. That’s mean you diselamatkan.”
Aku jadi kelu dengan jawapan Sean . Jawapan yang tidak aku sangkakan. Aku tidak mampu membalas balik kata-katanya. Telah tertakdir ketika kemalangan itu berlaku, aku telah pun menunaikan solat maghrib.
“You juga yang telah ingatkan I, Sean !”
Itu sahaja jawapan yang aku mampu berikan akhirnya. Jauh di sudut hatiku bersyukur kerana ketika berlaku musibah itu aku telah diberi kesempatan untuk bersolat.
“Ira , kalau I... I... convert.. means be muslim.. I... I.. dah lama berminat dengan Islam.”
Untuk kali ke dua aku terpaku. Aku pandang wajah Sean . Aku mencari kejujuran di wajah itu.
“I tak main-main dalam hal ni.. I really love Islam. I want to be Muslim!”
Serentak dengan itu, muncul emak Sean . Terhenti langkah auntie Suzie . Pintu bilik yang terbuka luas dari tadi memungkinkan auntie Suzie mendengar setiap butir perkataan yang Sean ungkapkan. Ungkapan Sean tadi jelas dan agak kuat, mungkin Sean mahu menyatakan kepadaku betapa dia benar-benar bermaksud dengan apa yang diperkatakannya.
“Mummy...”
3 comments:
hohohoho..
sean nak msuk islam...
bgus2xx..
napa x ada crta psl mukris ngn faris...
nak lagi...
e.elina:
mukhris ngan faris berehat sbntar!! hehee
salam missnera
untuk menjadikan karya lebih mature dan penulisan boleh bergerak dengan begitu bebas, jangan sesekali mengunakan ganti nama 'aku' bila ganti nama aku sudah digunakan, jadi pandangan hanya dari seorang sahaja..dan cerita itu adalah dari sudut pandangan seorang..
jangan giveup bila berkarya..
Post a Comment