Monday, November 16, 2009

RAHSIA RINDU 19

Sean telah di bawa balik ke Melaka, supaya senang untuk auntie Suzie menjaganya. Niat Sean untuk memeluk islam terhenti di situ. Auntie Suzie langsung tidak menyuarakan apa-apa. Aku tahu auntie Suzie tentu sahaja mendengar perbualan antara aku dan Sean.

Janji aku untuk mencari Shofea aku teruskan tetapi nyata aku masih gagal menjejakinya. Aku ke rumah sewa Shofea tetapi menurut rakannya, Shofea tergesa-gesa berpindah. Telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan bahagian sumber manusia. Naib baiklah kerani pentadbiran bernama Misha itu memberi kerjasama. Daripadanya, aku mendapat alamat kampung Shofea. Tetapi aku hampa kerana alamat yang diberikan Shofea ketika mengisi borang adalah alamat lama. Rumah itu sudah di huni oleh keluarga lain.

Bila aku beritahu Sean tentang berita itu, aku dengar keluhan berat dilepaskan lelaki itu. Aku turut bersedih. Ke manakah Shofea membawa rajuknya? Terluka benar hatinya dengan layanan Sean.

Belum hilang kegusaran aku tentang Shofea, Haizal pula tidak habis-habis menganggu. Namun, aku sekadar membiarkan gangguannya tidak bersambut. Aku tidak mahu Syafikah terluka punya suami seteruk Haizal

Salam Maira.Please, baca emel I ni. Apa sahaja u nak fikir lepas baca emel I ni, terpulang pada u. sama ada u nak kata I buat-buat cerita or fikir I gila ke apa. I tak kisah. Selagi I simpan semua ni selagi tu I rasa tak tenteram.I kahwin dgn Syafikah bukan kerana cinta. Cinta I hanya untuk seorang Umaira. I tak pernah rasa cinta bila dengan Syafikah. U fikirlah apa yang u nak fikir. Demi ALLAH, perasaan I pada Syafikah tak pernah sama dengan perasaan I pada u. I diperangkap oleh Syafikah, maira! Kawan yang u anggap terlalu baik itu telah mengkhianati u utk kepentingan sendiri. Seminggu sebelum I jumpa u untuk memutuskan hubungan kita telah terjadi sesuatu dalam antara I dengan Syafikah. I menyesal seumur hidup kerana percayakan dia. Demi ALLAH, kalau tidak kerana u, I tak akan sesekali ikut Syafikah ke rumah sewa u. I tahu u xakan percaya Syafikah sanggup khianati u tapi itu yang terjadi. I tak mahu cerita banyak dengan u sbb I tahu you tak mungkin percaya. I akan buktikan pada u yang Syafikah bukan kawan u. dia pengkhianat. I beritahu u sbb I dah tak sanggup untuk hidup dengan Syafikah dan kehilangan u pada seorang lelaki yang layak bergelar adik u. I akan buktikan kata-kata I betul. Hari ahad ni Syafikah mahu mengadakan majlis makan-makan. Semua kawan-kawan kita akan ada di sana. I tak akan malukan Syafikah depan dorang tetapi I akan buat u sedar siapa dia.Salam

Berderau darahku bila seawal pagi itu membuka emel peribadiku, terpapar jelas nama Haizal di situ. Sudah sekian lama aku tidak menerima apa-apa emel daripadanya dan hari ini kedatangan emelnya mengocak seluruh perasaanku. Benarkah begitu sekali Syafikah? Aku cuba mengingat setiap detik ketika bersama Syafikah! Mengingat pernahkah aku mencari masalah dengannya?!

Ya ALLAH, musibah apakah yang sedang melandaku? Perlukah aku percaya akan emel yang baru kuterima ini? Atau ia sekadar permainan Haizal semata?Tanpa berfikir panjang, aku menutup emel lalu mematikan komputer. Mencapai beg tanganku, terus sahaja aku berlalu. Membiarkan sapaan Vanessa tak berjawab.
Fikiran aku ligat memikir. Sedar- sedar aku sudah berada di dalam kereta. Aku mengeluh lemah. Kereta proton Waja berwarna metalic itu kupandang lama. Fikiranku kosong. Bunyi hon kereta yang entah dari mana menyedarkan aku.Menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu meninggalkan kawasan tempat letak kereta aras satu itu.

Aku tidak tahu mahu ke mana. Jalan raya yang sesak menambahkan sesak di dadaku. Aku terus memandu tanpa arah tujuan hinggalah aku berhenti di hadapan Desa Rasa. Desa Rasa masih sunyi sepi.

Vee, I EL today. Please inform En. Z! thanks

Pesanan itu aku tinggalkan untuk Vanessa. Tiada semangat mahu berkerja dengan keadaan ini. Entah kenapa ia benar-benar menganggu. Aku mahu menghubungi Mukhris tetapi aku batalkan hasrat itu kerana tidak mahu menganggunya. Mungkin masih lena lagi di ulit mimpi.

Aku mengambil keputusan menunggu Desa Rasa di buka. Merendahkan kedudukan kerusi, mahu lena sebentar. Pag-pagi begini sisa-sisa mengantuk yang masih ada memungkinkan sekejap sahaja mata terpejam.

Ketukan di tingkap kereta mengejutkan aku dari lena. Terpisa-pisat aku bangun. Memandang empunya diri yang mengetuk-ngetuk pintu keretaku. Bukan Mukhris, tetapi Salehan. Tukang masak Desa Rasa merangkap orang kanan Mukhris.

“Sorry kejutkan Cik Ira. Dari tadi perasan Cik Ira kat sini.” Salehan tersengih, menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di bahunya tersandang beg.

“Erm, tak apa. Bagus juga awak kejutkan saya. Bos dah sampai?” aku memandang-mandang ke arah Desa Rasa. Dua-tiga orang pekerja sedang sibuk mengemas ruang hadapan.

“Bos sejak dua menjak ni jarang datang DS pepagi. Tengah hari baru sampai. Itupun sekejap je.”

Aku sekadar mengangguk sambil menuruti Salehan melangkah ke Desa Rasa. Tentu sahaja Mukhris kepenatan. Masanya banyak di habiskan dengan berulang alik dari Desa Rasa ke hospital. Jadi sejak Sean sudah dibenarkan pulang, Mukhris mungkin mengambil peluang untuk merehatkan diri. Semetelaah, dia semakin sibuk dengan urusannya di China. Entah kenapa, aku terasa semakin kehilangan!

“Cik Ira nak minum? Makan?” soal Salehan, terhenti langkahnya seraya menoleh ke arahku.

“Boleh juga. Bagi saya teh tarik dengan nasi lemak.”

Salehan mengangguk sebelum berlalu ke belakang. Memerhati langkah Salehan sehingga lelaki lewat dua puluhan itu hilang dari pandangan. Sesungguhnya kepercayaan Mukhris terhadap lelaki itu tidak sia-sia. Ketika tiada siapa mahu menawarkan kerja kepada bekas banduan itu, Mukhris tidak teragak-agak menawarkan kerja kepadanya. Sekadar pembantu dapur pada permulaan kerjanya, Salehan mendapat kepercayaan untuk mengetuai tukang masak di dapur.

“Saya terhutang budi dengan Encik Mukhris. Kalau tak kerana dia mungkin sekarang saya kembali menagih. Saya hampir-hampir kembali menagih disebabkan penerimaan masyarakat tapi Encik Mukhris selamatkan saya.”

Masih terngiang-ngiang kata-kata Salehan satu masa dahulu ketika Mukhris meraikan kenaikan Salehan sebagai ketua memasak. Wajah itu sugul sekali apabila menceritakan pengalamannya. Sesekali Mukhris gemar mengadakan majlis untuk pekerja-pekerjanya. Tidak kiralah majlis hari lahir, majlis meraikan pekerja baru, majlis meraikan kehadiran anggota baru dalam keluarga pekerjanya dan macam-macam lagi. Walaupun majlisnya ringkas tetapi itu cara Mukhris menghargai pekerjanya. Itu sebabnya, kebanyakan pekerjanya masih setia dengan Desa Rasa.

“Ini air dan nasi lemak Cik Ira.”

Salehan meletakkan segelas teh tarik dan nasi lemak yang masih panas di atas meja. Aku sekadar memberikan senyuman kepadanya. Aroma nasi lemak benar-benar membangkitkan seleraku yang mati tadi.
Belum sempat aku menyuap nasi lemak ke dalam mulut, sebuah kereta berhenti di hadapan Desa Rasa. Aku pandang jam di tangan. Baru pukul sepuluh lima belas minit pagi. Awal pula Mukhris datang hari ni!

“You tak kerja ke?” soal Mukhris sambil melangkah masuk. Dia hanya berseluar pendek dan t-shirt lengan panjang berwarna biru muda.

“Malas. Tak ada mood.” Jawabku ringkas sambil mengunyah nasi lemak. Mukhris tidak terus kepadaku sebaliknya dia ke kaunter. Bercakap sesuatu dengan Rizal. Lelaki itu kelihatan mengangguk-angguk tanpa sebarang suara.

“Man, teh O suam!”

“Okay bos!”

“Boleh pulak macam tu?!”

Mukhris tidak memandangku sebaliknya dia mencapai sudu dan menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Aku menggerutu marah. Suka benar dia mengacau aku makan.

“You kalau pagi-pagi ada kat sini. Lepas tu bagi alasan macam tu, mesti ada benda tak kena ni!”

Aku tersengih. Mukhris selalu dapat mengagak. Susah menyembunyikan apa sahaja dari pengetahuan lelaki ini. Aku membiarkan kata-kata Mukhris tidak bersambut sebaliknya asyik benar menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

“You ni kalau makan depan I tak pernah nak bersopan. Kalau depan Faris, rasanya seminit satu suap.”

Mukhris mengeleng-gelengkan kepalanya. Riak wajahnya masam mencuka. Aku tersengih lagi lalu menghirup pelahan teh tarik yang sudah agak suam.

“Dengan you tak apa. Dengan Faris, I kenalah tunjuk ciri-ciri wanita Melayu terakhir.” Ujarku. Mukhris mencebik.

“You datang sini nak cerita apa dengan I?Salehan call I beritahu dah lama you ada kat sini!”

Patutlah, rupa-rupanya kehadiranku telah diberitahu kepadanya. Aku pandang Mukhris. Mukhris pandang aku tetapi tidak lama. Matanya turun ke pinggan nasi lemakku. Menarik pinggan supaya menghadapnya dan mula memegang sudu.

“You cerita, I dengar sambil makan. I tahu nasi lemak ni kalau dapat kat you memang tak habis.”

Tanpa menunggu jawapanku, dia terus menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Tanpa memandangku tetapi aku tahu Mukhris sedang menunggu aku bercerita.

“Sebenarnya…”

2 comments:

epy elina said...

knapa episode 19 brulang ni..

MissNera said...

sori e. elina..

ada masalah dgn entry sblmnye..

ada member kata xleh baca, so sya terpaksa delete and send balik.. sowi :(