Friday, December 4, 2009

RAHSIA RINDU 21


Seperti yang Haizal beritahu aku melalui emel, syafikah menghubungi aku malam itu. Mulanya aku mahu sahaja membiarkan panggilannya tidak berjawab. Perasaan tidak sedap menyelinap ke tangkai hati. Aku yang ketika itu masih bersama Mukhris akhirnya terpaksa mengalah selepas tiga kali sahabat aku itu menghubungiku. Mukhris mengangguk seperti memberi aku kekuatan untuk menjawab panggilan daripada Syafikah. Syafikah menjemput aku ke rumahnya untuk makan-makan. Katanya, sudah lama kami tidak makan bersama. Bila aku beritahu padanya aku bersama Mukhris, dia menyuruh aku mengajak Mukhris sekali.
Ahad itu, aku ditemani Mukhris ke rumah Syafikah dan Haizal yang terletak di Bangsar. Ketika kami sampai sudah ada beberapa orang kenalan kami ketika zaman university dulu. Masing-masing datang bersama pasangan. Ada yang sudah beranak pinak tetapi meninggalkan anak-anak di rumah. Oleh kerana mereka tidak mengenali Mukhris, ada di antaranya menganggap Mukhris sebagai kekasih malah suamiku. Mukhris hanya tersengih bila aku memperbetulkan tanggapan mereka.
“Erm, insyaALLAH bulan September nanti kenduri. You all datanglah ya! Nanti I bagi kad.”
“Lagi empat bulan lah eh? Bila nak tunjuk bakal suami kat kitaorang? I sah-sah ingat thats guy tu bakal suami you!” Nora gelak kecil. Aku dengan Nora tidaklah rapat benar. Sekadar teman sekelas dan sekampus. Kekadang sahaja kami membuat aktiviti bersama. Selebihnya aku bersama Syafikah.
“InsyaALLAH, tapi my abang tu mengajar kat kampong I. Susah la sikit nak jumpa.”
“Wah kau! Cikgu kampong tu?! Melekat kat hati tu dah lama ya?!” sampuk Zuhairi. Aku hanya tersengih. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan. Sebentar tadi aku mahu menolong Syafikah di dapur tetapi Syafikah tidak membenarkan. Katanya hanya tinggal mahu memasukkan lauk ke dalam bekas. Dia menyuruh aku melayan tetamunya dihadapan. Kelibat Haizal langsung aku tak nampak. Dalam perjalanan tadi Mukhris awal-awal lagi sudah menasihati aku supaya berlagak seperti biasa. Aku sedang mencubanya dan aku percaya Syafikah bukanlah seperti yang diperkatakan oleh Haizal. Lelaki itu sudah hilang akal warasnya mungkin!
Haizal muncul ketika kami sedang menikmati makanan. Mata kami bertentang tetapi tidak lama. Aku terus tunduk menjamah makanan yang di sediakan Syafikah. Haizal bersamalan dengan semua yang hadir termasuk aku. Dengan berat hati aku menyambut salamnya kerana tidak mahu rakan-rakan lain mengesyaki apa-apa. Lagi pula mereka sendiri tahu, Haizal dahulunya adalah kekasih aku!
“Aku naik kejap. Kejap lagi aku turun.”
Haizal berlalu naik ke tingkat atas. Waktu itu mataku bertaut dengan mata Syafikah. Tiada senyuman dari seraut wajah itu. Hatiku jadi kurang sedap. Emel Haizal beberapa hari lepas bagaikan terlayar di ruang mata. Perasaan aku berbolak balik waktu ini. Mempercayai Haizal atau Syafikah?! Ke dua-dua mereka telah aku kenali sekian lama. Aku jadi keliru.
Haizal turun beberapa minit selepas itu. Dia duduk disebelah Mukhris. Aku tidak ambil peduli dengan kehadirannya itu. Sambil makan sambil berborak-borak dengan rakan-rakanku yang seramai empat orang tu. Syafikah pula banyak berdiam. Bila di tanya barulah dia menjawab. Haizal pula berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Selepas makan masing-masing beralih ke ruang tamu. Mukhris tidak ikut serta sebaliknya dia memberitahuku dia mahu ke laman. Bila kutanya untuk apa, dia sekadar memberi isyarat mahu merokok. Berkerut dahiku. Pertama kali aku mengetahui Mukhris merokok. Selama ini tidak pernah aku lihat pun.
“You all nak air tak, I ambilkan kat dapur?” tanyaku bila melihat gelas masing-masing sudah kosong. Begitu juga di dalam jug air yang disediakan oleh Syafikah. Zuhairi mengangguk. Aku ke dapur dengan membawa jug air yang telah kosong.
“You ingat Ira percaya cakap you. Eh, I ni kawan baik dia tau! Dia tak akan percayakan you sebab you ni jelous dia nak kahwin dengan Faris!”
“Aku memang cemburu sebab aku yang patutnya memiliki dia. Aku akan pastikan Maira tahu siapa kawan sebenar dia malam ni juga! Kau ingat aku tak berani!? Aku dah jelak dengan perempuan macam kau!”
“Hei, you ingat Ira tu lebih percayakan you dari I? I ada gambar you tidur dengan I! You ingat I bodoh sangat nak buang gambar tu lepas kita nikah?!”
Bagaikan mendengar kilat sambung menyambung ketika kata-kata itu aku dengar dari Syafikah sendiri. Air mataku tanpa sedar mengalir. Mereka berkahwin kerana telah berzina? Ya ALLAH! Aku tutup mulutku dengan tapak tangan. Tidak mahu tangisanku didengar.
“Heh, sial! Kau yang kenakan aku! Kau yang khianati kawan kau sendiri! Kalau tak disebabkan Maira, aku tak datang rumah korang la! Dan sebabkan Maira la aku sanggup hadap kau hari-hari. Aku simpan rahsia kau dari Maira sebab aku tak nak Maira sedih. Tapi aku silap kau perangkap aku sampai kau buat aku percaya yang aku tidur dengan kau. Buat benda keparat tu! Kau ni kan memang dasar pompuan murah! Kalau kau tak mahu Maira tahu hal ni, better kau sign surat penceraian tu!”
“You jangan harap nak ceraikan I lepas tu kembali pada perempuan jalang tu!”
Ya ALLAH, ya Tuhan! Benarkah apa yang aku dengar ini? Syafikah kah yang mengeluarkan kata-kata itu? Ya ALLAH! Tolonglah hambaMu ini..
“Kau yang jalang. Jangan sesekali kau panggil Maira macam tu kalau kau tak nak rasa sepak terajang aku! Aku lebih tahu siapa Maira!”
“You jangan harap I akan sign surat tu. Perempuan tu tak tahu cerita sebenar dan you ingat dia nak percaya kan cerita you tanpa bukti? I yang ada bukti bukan you!”
Aku jadi tidak sanggup untuk mendengar perbualan suami isteri itu. Terus sahaja aku letakkan jug minuman yang kosong di atas almari. Aku mahu tinggalkan rumah ini secepat mungkin. Dalam tergesa-gesa itu aku hampir sahaja terlanggar Mukhris.
“Maira, kenapa dengan you?! Maira!” lembut sahaja pertanyaan Mukhris. Dia cuba memegang tanganku. Aku menepisnya sambil menggeleng-gelengkan kepala tetapi tangisanku makin menjadi.
“Sayang, kenapa ni? You dengar apa tadi? Maira!”
Aku tidak ambil peduli dengan panggilan Mukhris. Dia panggil aku apa pun aku tidak ambil peduli, yang aku tahu aku mahu keluar dari rumah ini secepat mungkin. Aku benci!
“Ira! Eh, you kenapa ni?”
Pertanyaan Nora aku biarkan tidak berjawab. Tas tanganku yang berada di sofa aku capai terus melangkah ke luar. Aku dengar suara Nora, Zuhairi dan Mahfis memanggilku. Dengar juga suara Mukhris.
Aku terus melangkah tanpa memperdulikan mereka yang memanggil aku. Air  mataku terus mengalir laju. Betapa rendahnya martabat seorang sahabat di mata Syafikah! Aku dipanggil perempuan jalang sedangkan aku bukannya pernah membuat khianat k eats dirinya! Aku tidak pernah membuat sebarang kesalahan sehingga aku boleh di panggil begitu.
Tetiba aku terasa sakit yang amat sangat. Terasa tanganku di tarik kebelakang. Aku mengaduh kesakitan.
“Sakitlah!” aku menjerit sekuat hati.
“Tau pun sakit! Yang you menonong macam ni kenapa? You buat macam ni bahaya!”
“Peduli apa I! I nak balik! I tak pernah ada kawan sebangsat perempuan tu!!”
“Maira! Bertenang okay! Dah, masuk dalam kereta sekarang! Ke you nak I dukung you!”
Aku menjeling Mukhris dalam air mata yang masih bersisa. Lelaki itu tersengih. Mahu sahaja aku menghempas begku ke mukanya. Dalam keadaan aku macam ni pun dia masih sanggup tersengih! Memang tak ada perasaan betul lelaki ni! Terus sahaja aku berjalan ke kereta.
“Pakai sit belt tu! Dalam keadaan you tengah marah macam ni karang tak pasal-pasal kita accident!”
“Heh you ni kenapa? You yang drive ke I? Kalau I memang la boleh accident, entah2 mampus terus!” aku lepaskan segala kemarahan. Sudah tidak berlapik lagi cakapku. Aku peduli apa! Tangisan aku sudah berhenti. Yang tinggal kini api kemarahan yang makin membara. Seorang sahabat yang telah aku anggap seperti ahli keluargaku sendiri sanggup mengkhianatiku!
“Sayang, you kalau marah macam gozilla!” Berlambak lagi ketawa Mukhris. Aku pandangnya dengan renungan tajam tetapi Mukhris langsung tidak menunjukkan riak takut denganku.
“Yang you ni tetiba panggil I sayang bagai ni kenapa? Dah buang tabiat sangat dah?!”
“Tak boleh?!” soal Mukhris dalam senyuman yang aku rasa mengejekku.
“Dahlah. Lama-lama dekat kawasan ni, tak pasal-pasal I pergi lapah perempuan tu!”
Mukhris terus dengan ketawanya. Seketika kemudian enjin kereta di hidupkan dan terus sahaja Mukhris memandu. Suasana sunyi sepi kemudiaanya. Air mataku mengalir lagi!

3 comments:

sofi said...

pendeknya n3 ni, missnera! tak puas dong...
nak lagi ok!

Hana_aniz said...

hohoho.. mukhris da start tunjuk rse syg dia kt maira...
nak lagi!!

Maryam Kamal said...

wah kak nera!

surprisenya entri nih..
chayok!!

;)